Saifuddin Nasution Boikot PKR Papar Sebab Sokong Khalid Ibrahim, Rafizi Ramli Kutuk Azmin Ali Dengan Gelaran Aiskrim Jamban

Tuesday 29 April 2014

Semalam, antara jam 8:00 malam sehingga 10:15 malam, Nurul Izzah yang merupakan Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai serta Fauziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah mengadakan pertemuan dengan AJK PKR Cabang Papar. Lebih kurang 70 orang hadir. Turut hadir adalah Datuk James Gani, Ketua Cabang PKR Papar.

Dalam majlis ini Saifuddin Nasution yang merupakan calon TimbalanPresiden PKR Pusat tidak hadir ke majlis berkenaan kerana Datuk James Ghani adalah 'Line-Up' kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

Bagaimanapun sebelum itu, pada pukul 2:30 petang sehingga 4:30 petang, Saifuddin Nasution hadir di majlis Temu Mesra Bakal-Bakal Calon PKR Pusat di Sabah yang dipengerusikan oleh Johari Tahir, Ahli PKR dan bekas calon SAPP N.34 Liawan di Restoran Roof Top Garden, Tingkat 4, Hotel Sento, Keningau.

Seramai lebih kurang 85 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PKR P.180 Keningau dan P.182 Pensiangan hadir dalam majlis tersebut. Antara yang dikenali adalah:

1). Nurul Izzah Anuar - AP Lembah Pantai
2). Saifuddin Nasution - Setiausaha Agung PKR Pusat.
3). Rafizi Ramli - AP Pandan, Ampang Selangor
4). Fauziah Salleh - AP Kuantan, Pahang
5). Qooi Shiai Leung - AP Alor Setar, Kedah
6). Sim Tze Tzin - AP Bayan Baru, Pulau Pinang
7). Ignatius Dorell Leiking - AP Penampang
8). Stephen Sandor - Ketua Cabang PKR P.180 Keningau
9). Afendy Lukan - Ketua Cabang PKR P.182 Pensiangan

Dalam ucapannya, Stepen Sandor meminta agar hadiri mengundi calon-calon yang sanggup turun padang, khususnya di kawasan pedalaman. Dia turut menyeru agar pilihan hanya dibuat ke atas calon-calon yang berkemampuan memimpin serta memberikan keutamaan kepada tugas. Pemimpin yang dipilih pula nanti harus boleh membawa suara rakyat khususnya di kawasan pedalaman kepada pucuk pimpinan parti.

Rafizi Ramli pula, dalam ucapannya, meminta sokongan penuh diberikan kepada Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden kerana pengalaman luas serta sanggup berjuang di dalam parti dalam apa juga suasana. Lebih menarik lagi ialah, Rafizi Ramli secara terang-terangan menyatakan, jangan ada sokongan diberikan kepada Khalid Ibrahim dan Azmin Ali kerana mereka tidak sehaluan ditambah pula dengan krisis seperti isu air dan rampasan Bible oleh Khalid Ibrahim. Rafizi Ramli turut memberitahu dan menjenakakan Azmin Ali sebagai 'mempunyai masalah tertentu'.

Fauziah Salleh pula berkata, sebagai Ahli Parlimen Kuantan, dia kecewa kerana kerajaan BN telah menolak segala usaha untuk membantah kewujudan kilang Lynas. Sekiranya dia menang dalam perlumbaan jawatan Naib Presiden PKR Pusat, dia berjanji akan menjelajah seluruh Sabah.

Manakala Saifuddin Nasution pula berkata, dia sanggup melepaskan jawatan sebagai Setiausaha Agung BN dengan gaji lumayan semata-mata untuk memperjuangkan hak rakyat di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat.

Berdasarkan kepada pemerhatian, sambutan untuk program tersebut tidak menggalakkan. Sepanjang majlis berlangsung pengedaran risalah dan nombor calon oleh mereka yang bertanding dan wakil calon telah dapat dikesan. Selesai majlis tersebut, Nurul Izzah bersama rombongan bergerak ke Daerah Papar untuk meneruskan kempen di sana.

Kehadiran pemimpin parti Pakatan Rakyat seperti Nurul Izzah Anwar dan Rafizi Ramli serta rombongannya merupakan kempen/ road show mereka untuk melobi sokongan bagi menghadapi pemilihan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Pusat yang akan diadakan tidak lama lagi.

Diperhatikan juga kumpulan yang menyambut mereka iaitu kedua-dua Cabang PKR P.180 Keningau dan P.182 Pensiangan merupakan kumpulan yang menyokong lineup mereka sementara kumpulan yg penyokong lineup YB Azmin Ali tidak hadir dalam majlis tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Saifuddin Nasution Boikot PKR Papar Sebab Sokong Khalid Ibrahim, Rafizi Ramli Kutuk Azmin Ali Dengan Gelaran Aiskrim Jamban

Tuesday 29 April 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks