Pijak Bendera Barisan Nasional dan Kereta Diconteng Kerana Double-Park di Teluk Intan

Monday 19 May 2014

Dia Melayu. Dia ahli PKR. Dia begitu bersemangat untuk memenangkan calon DAP yang merupakan rakan sekongkol PKR. Dia mahu mencetuskan provokasi agar pergaduhan berlaku dan nama baik DAP akan terangkat. Tanpa dia sedar, dia hanyalah Melayu yang dipergunakan untuk menjayakan misi DAP untuk jadi penguasa dan menghapuskan Artikel 152, Artikel 153 dan Artikel 159 Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengikut konsep MALAYSIA MALAYSIA yang dibawa oleh DAP. 

Di sebalik 'keseronokan' dan keterujaan para penyokong berpusu-pusu ke pusat penamaan calon, terdapat mereka yang cenderung untuk menyusahkan orang lain dan melanggar peraturan. Barangkali sokongan yang keterlaluan yang diberikan, membuatkan mereka berasa, mereka sudah cukup kebal daripada undang-undang dan tidak wajar dikenakan sebarang tindakan sekalipun menyusahkan orang lain, khususnya pengguna jalan raya. Hasilnya ialah, contengan pada badan kereta yang sudah tentu akan menyakitkan hati, dan besar kemungkinan boleh menyebabkan pergaduhan.

Dalam apa-apa juga acara politik yang berlangsung di negara ini, yang paling kuat menyertainya adalah orang Melayu. Kebanyakan pesara sektor awam, akhirnya akan menjadi penyokong Pakatan Rakyat kerana beranggapan, mereka lebih bijak, mereka lebih pandai dan mereka lebih berwawasan. Ruang serta waktu lapang diisi dengan kegiatan-kegiatan politik yang menurut tanggapan mereka, mereka adalah untuk perjuangan mendapatkan sebuah negara yang lebih berkebajikan walaupun sebenarnya, gelagat yang mereka tunjukkan boleh mencetuskan kerosakan yang lebih besar. 

Majoriti golongan ini adalah MELAYU!

Kalaupun ada Cina yang sangat ektrim dengan politik, golongan tersebut samalah seperti lelaki yang berpakaian dan berbasikal serba merah di bawah ini, meronda sekitar Jalan Sultan Abdullah, Teluk Intan sambil membawa bendera DAP yang dikenali oleh penduduk setempat sebagai orang yang fikirannya cacat!

0 comments:

Post a Comment

Pijak Bendera Barisan Nasional dan Kereta Diconteng Kerana Double-Park di Teluk Intan

Monday 19 May 2014 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks