UMNO Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor, Tapi Poster Calon PCM Disabotaj

Sunday 18 May 2014


Setiap kali laporan dibuat berhubung sabotaj terhadap barang-barang pilihanraya, Pakatan Rakyat akan segera menuding kepada UMNO. Kononnya UMNO yang melakukannya walaupun UMNO tidak bertanding di situ. Tujuannya adalah untuk membantu calon Barisan Nasional.

Namun di Bukit Gelugor, UMNO tidak bertanding. Barisan Nasional juga tidak meletakkan sebarang calon di situ.

Billboard calon PCM yang berukuran 6 x 8 kaki berhubung isu rumah yang terletak di persimpangan lampu isyarat Jalan Cy Choy dan Jalan Lembah bersebelahan dengan Apartment Mutiara Court telah didapati disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dengan menggunakan benda tajam.

Apa pula alasan yang akan diberikan oleh Pakatan Rakyat berhubung perkara ini? Adakah DAP akan menyatakan bahawa perbuatan sabotaj tersebut dilakukan oleh orang upahan calon dari PCM, Huan Cheng Guan bagi menarik simpati?

0 comments:

Post a Comment

UMNO Tidak Bertanding Di Bukit Gelugor, Tapi Poster Calon PCM Disabotaj

Sunday 18 May 2014 ·


Setiap kali laporan dibuat berhubung sabotaj terhadap barang-barang pilihanraya, Pakatan Rakyat akan segera menuding kepada UMNO. Kononnya UMNO yang melakukannya walaupun UMNO tidak bertanding di situ. Tujuannya adalah untuk membantu calon Barisan Nasional.

Namun di Bukit Gelugor, UMNO tidak bertanding. Barisan Nasional juga tidak meletakkan sebarang calon di situ.

Billboard calon PCM yang berukuran 6 x 8 kaki berhubung isu rumah yang terletak di persimpangan lampu isyarat Jalan Cy Choy dan Jalan Lembah bersebelahan dengan Apartment Mutiara Court telah didapati disabotaj oleh pihak-pihak tertentu dengan menggunakan benda tajam.

Apa pula alasan yang akan diberikan oleh Pakatan Rakyat berhubung perkara ini? Adakah DAP akan menyatakan bahawa perbuatan sabotaj tersebut dilakukan oleh orang upahan calon dari PCM, Huan Cheng Guan bagi menarik simpati?

0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks