Pages - Menu

Thursday, 31 July 2014

Mulai 1 Ogos, Kerajaan Malaysia Layan Kerajaan Singapura Dengan Kenaikan Tol... DAP Marah!

DAP dan Pakatan Rakyat sedang bersungguh-sungguh untuk mengecam kerajaan kerana menaikkan tol di CIQ Senai. Ramai yang tidak tahu, turut marah-marah walaupun mereka yang menggunakan lebuhraya penyuraian di kawasan terbabit tidak terlibat langsung dengan kenaikan kadar tol.

Kenaikan besar tol di Johor Causeway sebenarnya adalah reaksi kepada tindakan Singapura menaikan kadar VEP mereka untuk kenderaan-kenderaan Malaysia yang memasuki Singapura, dari S$20 menjadi S$35 atau lebih kurang RM89.50 bermula 1 Ogos.

Sepatutnya tindakan kerajaan itu dilihat sebagai 'pembelaan' ke atas rakyat Malaysia yang dikenakan bayaran berlebihan kerajaan yang kuat menyokong Zionis itu.

Tidakkah kaum pecacai Pakatan itu melihat kenaikan besar kadar tol secara tiba-tiba itu dan tempoh pemberitahuan yang singkat tersebut hampir 'kebetulan' dengan tarikh 1 Ogos yang Singapura isytiharkan kenaikan VEP untuk rakyat Malaysia?

Bukankah kenaikan besar-besaran dan bersifat tergesa-gesa itu, bukanna karektoristik Kerajaan Malaysia? Tidakkah anda dapat melihatnya?

Mungkin para pecacai Pakatan Rakyat yang tidak begitu pandai, tidak tahu bahawa ini adalah 'respons diplomatik' dan tindakan Kerajaan Malaysia menaikkan kadar tol secara besar-besaran, sebenarnya menggambarkan ketidakpuasan hati Malaysia kepada negara penyokong kuat Zionis itu.

Kenaikan tol tersebut BUKANNYA perkara besar berbanding permit kemasukan kenderaan Singapura yang telah dinaikkan kepada RM90 yang bakal dikenakan pada hari yang sama tol di Johor Causeway dinaikkan.

Justeru.. sekiranya anda bekerja di Singapura, anda perlu ke negara tersebut menggunakan kenderaan awam berbanding menggunakan kenderan sendiri bagi mengelakkan Singapura mendapat RM90 daripada anda sahaja, sekaligus membiarkan wang negara mengalir ke negara yang kuat menyokong Zionis itu.

Kenaikan kadar tol dan VEP akan memberi kesan kepada rakyat Malaysia yang melakukan perjalanan ke Singapura namun pada masa yang sama, mengembalkan wang kita ke dalam negara berbanding memberi faedah kepada Singapura sahaja. Malah kesan yang lebih terpaksa ditanggung oleh rakyat Singapura yang masuk ke Malaysia.

Perlu diingat, pada setiap hujung minggu atau musim perayaan, rakyat Singapura berpusu-pusu masuk ke Malaysia dengan sebahagian besar daripada mereka menjadikan Malaysia sebagai destinasi utama. Dan kalaupun mereka hendak ke Thailand dengan menggunakan lebuhraya, mereka tetap terpaksa membayar kepada Malaysia.

Sepatutnya para pecacai Pakatan turut bertanya memandangkan mereka tidak berpuas hati, mengapa Kerajaan Singapura menaikkan kadar VEP untuk kenderaan dari Malaysia sebegitu banyak, bukannya mempersoalkan tindakan Kerajaan Malaysia mempertahankan kepentingan rakyat Malaysia.

Wednesday, 30 July 2014

LIM GUAN ENG Terlalu Takut Mati Dibunuh, Sehingga Perlu Body Guard dan Pengiring Yang Ramai

Tidak lama dahulu, pendedahan dibuat bahawa Lim Guan Eng telah menggunakan peruntukan yang besar untuk mewujudkan body guard peribadinya dan polis persendiriannya yang dikenali sebagai PPS. Ng Wei Aik yang isterinya telah mengeluarkan kenyataan menghina negara setelah MH17 ditembak jatuh, turut memberitahu bahawa pasukan berkenaan boleh menggantikan PDRM di Pulau Pinang.

Kisah PPS dan body guard peribadi Lim Guan Eng yang ramai menggunakan wang negeri itu, telah lama diperkatakan. Lim Guan Eng sendiri tidak pernah berani untuk bercakap perkara yang benar dan lebih banyak mengelak apabila ditanya erhubung perkara itu.

Yang dipersoalkan sekarang ialah, berapa juta ringgit setahun yang telah digunakan oleh Lim Guan Eng untuk membiayai body guard dan pengawal peribadinya itu?

Apa yang sangat ditakuti oleh Lim Guan Eng sehingga dia memerlukan pengawal peribadi yang sebegitu ramai, malah jauh lebih ramai daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Malaysia. Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Polis Negara pun tidak mempunyai pengawal peribadi yang sebegitu ramai berbanding Lim Guan Eng.

Satu-satunya petunjuk ialah, Lim Guan Eng cuba menyaingi DYMM Sultan Johor yang mempunyai Askar Timbalan Setia Johor yang wujud dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan menjadi syarat utama penerimaan Johor sebagai salah sebuah negeri yang membentuk Malaysia.

Lim Guan Eng sebenarnya mahu menunjukkan bahawa dia sebagai seorang Ketua Menteri, jauh lebih mulia dan tinggi martabatnya berbanding Sultan-Sultan Melayu walaupun Pulau Pinang sebenarnya masih berada dalam Kedah dan kedudukan Pulau Pinang selaku sebuah negeri atau daerah dalam Kedah seandainya DYMM Sultan Kedah membuat keputusan tentang Pulau Pinang.

Kebencian Lim Guan Eng kepada Sultan-Sultan Melayu nampaknya terlalu ketara.

Cuma satu sahaja yang menjadi perhatian... berapa ramaikah daripada pengawal peribadi dan body guard Lim Guan Eng itu memiliki senjata api secara haram?

USTAZ SHAHUL HAMID Minta Maaf, Di Brickfield, MIC Anjur Demonstrasi Kutuk Shahul

Laporan polis yang dibuat oleh seorang pegawai polis berpangkat Inspektor yang bertugas di Bukit Aman, berjaya menarik perhatian pemimpin-pemimpin MIC yang sebelum ini berada dalam kebingungan dan mati akal untuk berhadapan dengan ketiadaan sokongan masyarakat India kepada parti itu.

Sebelum DAP melakukannya, MIC terlebih dahulu menganjurkan demonstrasi di Brickfield mengecam kuliah yang dibuat oleh seorang pendakwah bebas terkenal dari Pulau Pinang, Shahul Hamid yang juga merupakan seorang ahli PAS.

Shahul Hamid dalam ceramahnya di sebuah surau di Shah Alam pada Februari lalu yang kemudiannya dimuatnaik ke Youtube, telah mengecam umat Islam yang tidak mengusul periksa benda yang dijadikan makan minum mereka sehingga akhirnya mengabaikan produk keluaran syarikat Islam-Bumiputera.

Ratusan orang telah berkumpul di Brickfield hari ini untuk mendesak agar tindakan keras diambl terhadap  Shahul Hamid kerana kononnya menghina agama Hindu dalam ceramah tersebut. Penganjur demonstrasi tersebut adalah Pemuda MIC serta beberapa NGO lain, yang turut menyaksikan Naib Presiden MIC, M.Saravanan mendesak pengesahan sama adalah Shahul Hamid sebenarnya seorang ahli PAS.

Dalam klip video tersebut, Shahul Hamid berceramah dengan memberitahu umat Islam agar tidak membeli produk serbuk kari daripada syarikat-syarikat Hindu seperti Alagappas dan Babas.

"Kalau anda pergi ke kilang Alagappas di Permatang Pauh, anda akan dapat melihat patung Tuhan mereka di pintu gerbang dengan lidah yang terjelir keluar. Kenapa lidahnya terjelir? Sebab Dewa itu mesti merasa semua serbuk kari sebelum mereka menjualnya," kata Shahul di dalam video tersebut.

Shahul telah memohon maaf di Facebooknya dan berkata, dia telah membuat kenyataan itu dalam majlis tertutup dan dia tidak pernah menggalakkan atau menyuruh sesiapa pun memuatnaikkan klip video berkenaan.

Menjelang tengah hari tadi sahaja, pihak penganjur berkata, lebih 400 laporan polis telah dibuat terhadap Shahul Hamid berhubung isu tersebut.


Pada ketika seorang pegawai polis di Sungai Petani dikenakan tindakan kerana memberikan respons terhadap kenyataan provokasi seorang wanita India yang mahu menghapuskan sekolah agama di negara ini, Pemuda MIC langsung tidak bersuara. Malahan tiada langsung laporan polis daripada MIC atau NGO-NGO yang terlibat dalam demonstrasi di Brickfield tengah hari tadi.

Kecuali beberapa laporan daripada ahli serta pemimpin kecil parti GERAKAN, UMNO dan PAS juga nampaknya tidak memberikan perhatian kepada masalah berkenaan.

Mungkin sedar, kalau membabitkan bukan Islam menghina Islam, maka tiada tindakan yang diambil. Sebaliknya kalau orang Islam memberikan respons, marah-marah dan tidak berpuas hati, mereka pula akan dikenakan tindakan. Justeru, tiadalah laporan polis dibuat atau sebarang tindakan diambil terhadap Vignamona Vm walaupun printscreen Facebooknya telah viral dan pemilik akaun tersebut segera menghadkan akses ke akaunnya.

SOSMA Nak Dakwa Dalang Tembak Jatuh MH17... Timbalan Menteri KDN Nyanyuk Atau Mabuk Ketupat Rendang?

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar bahawa Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) mempunyai peruntukan untuk membicarakan dalang yang menembak jatuh MH17, benar-benar menggelikan hati.

Walau apa pun alasan yang diberikan, Timbalan Menteri KDN itu jelas seorang yang mamai, mengantuk dan bermimpi.

Kita ambil contoh yang paling mudah.

Sehingga kini, kes melibatkan lanun-lanun Sulu yang menyerang wilayah Malaysia, masih gagal dapat diselesaikan oleh SOSMA. Ramai militan Malaysia yang terlepas kerana SOSMA merupakan antara undang-undang paling longgar dan paling tidak boleh diharap. Malah ahli-ahli politik seperti RSN Rayer, Teresa Kok, Tony Pua, Tian Chua, P.Ramasamy dan sebagainya masih lagi lepas bebas tanpa sedikit pun gentar dengan SOSMA sebagaimana gentarnya mereka dengan ISA dahulu.

Seperti yang diketahui, SOSMA tidak seperti ISA. Berdasarkan niat sahaja tidak memadai untuk disabitkan dengan tuduhan dan pendakwaan. Apatah lagi, undang-undang seperti SOSMA yang bersifat kewilayahan hanya berfungsi di dalam wilayahnya atau negara sahaja. Peguam Negara sebaik mana pun, apatah lagi Peguam Negara lembik seperti Ghani Patail, tidak akan bertindak melebihi batasan.

Kecualilah jikalau penembak jatuh pesawat tersebut masuk ke Malaysia sebagai pelancong atau ditangkap di Malaysia.

Kononnya SOSMA adalah terbaik berbanding ISA, tetapi semenjak dilaksanakan, tidak banyak kes yang berjaya disabitkan, bahkan terlalu banyak kes yang dilepaskan begitu sahaja. Sehinggakan kesannya boleh dilihat menerusi penghinaan demi penghinaan bahkan usaha untuk mengeluarkan sebahagian wilayah Malaysia untuk 'dimerdekakan'.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri KDN itu hanyalah bersifat jenaka ria sepanjang Syawal demi menyedapkan hati perut sendiri. Kalau masalah dalam negara pun, SOSMA tidak boleh berbuat apa-apa, apatah lagi kes-kes di luar negara!

Pegawai Polis Buat Laporan Kerana Terkesan ANTI-PERNIAGAAN HINDU Dalam Youtube

Dua laporan polis telah dibuat oleh seorang pegawai kanan polis dari Pejabat Bahagian Jenayah Siber Multimedia, Bukit Aman, telah membuat dua laporan polis berhubung penyiaran klip video dan artikel yang disiarkan menerusi Youtube serta Facebook agar siasatan dan tindakan lanjut dapat dibuat.

Dalam klip video yang dimuatkan di Youtube, pengadu merujuk kepada sebuah klip video yang telah dimuatnaikkan oleh individu atas nama Mohd Izuman bertajuk: USTAZ SHAHUL HAMID 2014 - Serbuk Kari Babas dan Alagapas (SEMPOI).

Klip video tersebut bagaimanapun telah dikeluarkan dari Youtube. Bagaimanapun, beberapa klip video lain melibatkan Ustaz Shahul Hamid masih boleh ditonton.


Menurut pengadu, dalam klip video tersebut, terdapat unsur-unsur hasutan dan kebencian kaum yang amat ketara. Pegawai polis berkenaan tentu sekali merujuk kepada ceramah Shahul Hamid yang memperkatakan tentang orang Islam yang menyokong serbuk kari dan produk-produk keluaran syarikat Babas dan Allagapas yang dimiliki oleh bukan Islam, sedangkan di Malaysia mempunyai syarikat-syarikat pengeluar dari kalangan umat Islam sendiri.

Laporan kedua yanga menyusul laporan pertama adalah membabitkan kenyataan di Facebook yang menghina azan Solat Subuh yang dilakukan oleh seorang pengguna Facebook bernama Kelvin Yip.


Kelvin Yip dalam Facebook telah menulis seperti berikut;

"Eh hello bastards. I know it's hari raya and all but please fucking keep your prayers to the almighty off some loudspeaker at 6.45 in the morning - annoying shit.'

Laporan pertama sebenarnya merujuk kepada contoh bagaimana umat Islam perlu memakmurkan ekonomi umat Islam terlebih dahulu dan contoh yang diberikan oleh Shahul Hamid selain perkataan 'HINDU' yang dituturkannya (HINDU bagi orang utara merujuk kepada masyarakat Tamil dan seringkali tidak melibatkan agama).

Ceramah tersebut dibuat di dalam masjid atau surau atau lebih tepat lagi di tempat tertutup. Bagaimanapun, seseorang telah merakam dan memuatnaikkan ke Youtube untuk ditonton.

Agak menarik ialah, walaupun antara bidang tugas pegawai polis tersebut adalah membuat pemantauan, tetapi pegawai polis itu terlalu sensitif kerana membabitkan agamanya. Bagaimanapun, dalam banyak penghinaan yang dibuat terhadap agama Islam dan umat Islam, pegawai polis berkenaan tidak pula membuat laporan.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan, kalau bukan kerana video tersebut, penghinaan yang dilakukan oleh Kelvin Yip di Facebook, tidak akan dilaporkannya malah dia mungkin akan buat bodoh sahaja. Hanya untuk menunjukkan 'keadilan', laporan kedua menyusul tetapi tekanan diberikan kepada laporan pertama membabitkan kepentingan masyarakatnya.

Selama ini terdapat terlalu banyak isu membabitkan perkauman di Facebook, Youtube dan sebagainya. Timbul persoalan, mengapa kes-kes sebelum ini tidak disiasat langsung. Malah baru-baru ini seorang pegawai polis turut dikenakan tindakan bertukar serta-merta hanya kerana dia memberikan respons kepada provokasi yang dibuat oleh seorang wanita India.

Tiada pula laporan polis oleh pegawai yang sangat prihatin itu. Dan wanita berkenaan bebas begitu sahaja tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Tuesday, 29 July 2014

AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI PERLU DIKEMBALIKAN.... SOSMA Tidak Berkesan!

Entah di mana silapnya tetapi yang pasti, SOSMA yang menggantikan I.S.A dilihat terlalu pincang, tidak berkesan serta lebih layak kalau dikatakan menjadi hiasan semata-mata.

Ketika sudah ada ura-ura bahawa Akta Hasutan akan dihapuskan dengan bantuan Majlis Peguam dan Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) yang dikuasai sepenuhnya oleh golongan liberal dan sangat berpihak kepada Anwar Ibrahim, keadaan di dalam negara tidak lebih aman berbanding sebelum Akta Keselamatan Dalam Negeri dihapuskan dan SOSMA dijadikan hiasan untuk beretorik.

Cuma yang agak pasti ialah, selepas I.S.A dihapuskan, pihak yang paling banyak mengaut keuntungan adalah golongan peguam. Justeru tidak hairanlah jikalau Majlis Peguam menjadi antara pihak yang paling lantang mengkritik apa-apa akta yang dilihat tidak menguntungkan perniagaan mereka.

Dari semasa ke semasa, pelbagai pihak melakukan penghinaan, cemuhan serta upaya membangkitkan permusuhan dan kebencian kaum. Bermula dengan cabaran ke atas pihak berkuasa negara termasuklah PDRM, mahupun Perlembagaan Persekutuan membabitkan kedudukan Islam, Melayu-Bumiputera, Raja-Raja Melayu dan Bahasa Kebangsaan, sehinggalah kepada yang bersifat cubaan menimbulkan permusuhan.

Media sosial, khususnya Facebook menjadi medium yang paling berkesan untuk golongan tersebut melaksanakan agenda mereka. Anehnya, pihak berkuasa seperti SKMM yang sepatutnya boleh menangani masalah tersebut dengan mudah apabila melibatkan orang Melayu-Bumiputera, kelihatan terpinga-pinga apabila dihadapkan dengan kes-kes melibatkan bukan Melayu.

Dengan hanya beralasan, AKAUN KENA HACK, mereka dibebaskan walaupun beberapa petunjuk, jelas mengarah kepada mereka dan mereka yang melakukan perbuatan tersebut terutama sekali yang membabitkan nombor I.P.

Reaksi yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, dilihat tidak mengurangkan retorik tindakan undang-undang. Manakala Peguam Negara pula, terus mendiamkan diri sehingga ke hari ini dan gagal menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan berhubung tindakan tidak adil yang diambil dalam memastikan kedaulatan undang-undang dijunjung.

Kita tidak boleh menyalahkan polis kerana dalam hal ini, polis sendiri terikat dengan peraturan serta undang-undang sedia ada. Dalam banyak kes, polis hanya boleh mengambil keterangan dan tidak boleh menahan suspek kerana ketiadaan bukti. Ditambah pula dengan campurtangan pihak-pihak luar, khususnya dari Pejabat Peguam Negara - dalam beberapa kes seperti kes blogger lucah - polis hanya mampu menjadi benteng kemarahan orang ramai.

Kesilapan terbesar kerajaan ialah menghapuskan I.S.A. Maka sudah menjadi tugas kerajaan untuk mengembalikan I.S.A atau setidak-tidaknya mengukuhkan SOSMA agar lebih berkesan dan dapat menghalang sebarang perilaku buruk sesetengah orang yang kerja mereka memang mencabar undang-undang negara!

Monday, 28 July 2014

Kes Samseng dan Kongsi Gelap, Cuba Diviralkan Sebagai MELAYU SERANG INDIA!!!

Ada pihak yang tidak bertanggungjawab sedang mengedarkan gambar-gambar yang memperlihatkan dua orang lelaki India mengalami kecederaan parah akibat senjata tajam sedang terbaring. Si empunya cerita cuba menyatakan bahawa kejadian tersebut berlaku di Selangor dan merupakan serangan berasaskan kebencian kaum.

Lebih tepat lagi, ia membabitkan dua orang pemuda India yang tidak melakukan sebarang kesalahan telah diserang oleh sekumpulan lelaki Melayu di Kelang.

Berita tersebut adalah palsu semata-mata!


Kejadian berkenaan berlaku pada 20 Julai 2014 di Pondok Pengawal Keselamatan Apartment Mutiara, Batu Feringgi.

Dua orang lelaki India itu adalah pengawal keselamatan yang sedang bertugas. Mereka telah diserang oleh sekumpulan pemuda berbangsa India berjumlah lebih kurang 20 orang yang menaiki 15 buah motosikal. Kedua-dua mangsa cuba bersembunyi dan berlindung di dalam pondok pengawal. Malangnya, suspek-suspek tersebut berjaya masuk dan melakukan serangan bertubi-tubi sehingga mengakibatkan kecederaan parah kepada kedua-dua mangsa.

Hasil siasatan mendapati, serangan tersebut dibuat bermotifkan dendam. Siasatan juga tidak menolak kemungkinan pembabitan dua kongsi gelap terkenal iaitu Geng 04 dan Geng 08 yang saling bermusuhan serta melakukan serangan antara satu sama lain kerana berebut kawasan atau habuan.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Feringgi pada hari kejadian dan pada jam 10:00 malam.

Ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba menyebarkan berita palsu dan cuba mencetuskan pergaduhan antara kaum dengan menjadikan insiden ini sebagai PERGADUHAN KAUM biarpun sebenarnya yang menyerang adalah BERBANGSA INDIA, manakala yang diserang pula, juga BERBANGSA INDIA.

Thursday, 24 July 2014

SI PENGHINA JURUTERBANG MH-17 DAN IBADAH PUASA, DIBERIKAN LAYANAN ISTIMEWA!!!

Sim Kwung Jung yang telah menghina Allahyarham juruterbang dan pembantu juruterbang MH-13 selain menyifatkan ibadah puasa yang mereka jalani sebagai punca nahas udara di Timur Ukraine, kononnya telah ditangkap dan disimpan di dalam lokap selama seminggu selepas pendedahan dibuat.

Dia yang tinggal di Tawau, diberitakan serta dilaporkan oleh media, tidak sahaja ditangkap dan dilokapkan, tetapi juga wi-fi, komputer riba, i-phone dan kad sim juga kononnya telah dirampas.

Namun, beberapa maklumat selain dakwaan-dakwaan yang kedengaran di Tawau, amat bertentangan dengan laporan media yang telah dibuat.

Sim Kwung Jung TELAH DIBERIKAN LAYANAN ISTIMEWA!!!

Apabila dia dibawa ke balai, laporan polis telah dibuat. Sim Kwung Jung kemudiannya diarahkan duduk di bilik menunggu OCS. Selesai laporan polis dibuat, dia telah dibawa naik untuk memberikan kenyataan dan kemudiannya diberikan jaminan polis, sekaligus dibebaskan.

Apa yang menjadi persoalan ialah, kenyataan OCPD dalam akhbar, kononnya Sim Kwung Jung telah direman selama seminggu. Sekaligus, kenyataan yang disiarkan oleh akhbar terbabit menunjukkan yang Sim Kwung Jung telah masuk lokap.

Hakikatnya, Sim Kwung Jung masuk lokap TIDAK SAMPAI PUN SEMINIT!

Benarkah dakwaan-dakwaan tersebut? Mengapa kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan amat bercanggah daripada keadaan sebenar? Ramai pula yang berkata, disebabkan Sim Kwung Jung berlatar belakangkan KELUARGA KAYA, membolehkan dia menerima layanan istimewa daripada Polis Tawau.

Dakwaan seperti ini amat merbahaya dan boleh menghakis kepercayaan kepada seluruh institusi kepolisian negara.

Lebih menghairankan lagi ialah apabila Sim Kwung Jung berulang-ulang kali meminta maaf. Mengapa pula dia minta maaf berulang-ulang kali kalau dia tidak buat posting menghina juruterbang, pembantu juruterbang dan anak-anak kapal beragama Islam yang disifatkannya sebagai KAMBING MERAGUT RUMPUT kerana mereka berpuasa?

Yang ramai persoalkan ialah, adalah keistimewaan seperti yang dinikmati oleh Sim Kwung Jung akan dinikmati sekiranya Sim Kwung Jung itu adalah seorang Melayu? Adakah mana-mana penguasa akan memberikan layanan yang serupa seperti mana yang diberikan kepada Sim Kwung Jung?

Ramai yang membuat perbandingan antara Sim Kwung Jung dengan Kiki Kamaruddin, yang telah didakwa walaupun tiada laporan polis terhadapnya, tidak seperti Sim Kwung Jung yang mendapat laporan polis dari seluruh Malaysia.

Kalau Kiki Kamaruddin didenda RM5,000 dan dikenakan hukuman 240 jam melakukan kerja-kerja kebajikan, mengapa pula Sim Kwung Jung mendapat keistimewaan?

PEGAWAI POLIS Dikenakan Diberi Arahan Tukar SERTA-MERTA Kerana Laporan Polis Masyarakat India!!!

Semalam, blog ini mendedahkan tentang gelagat seorang wanita India bernama Vignamona Vm yang membuat kenyataan berunsur perkauman dan kebencian agama di dalam Facebook. Sebaik-baik sahaja pendedahan dibuat, wanita berkenaan telah menutup dan memansuhkan akaun Facebooknya.

Sekaligus menjadikan pendedahan yang dibuat kononnya adalah FITNAH semata-mata.

Bagaimanapun, beberapa pihak telah membuat printscreen ke atas kenyataan Vignamona Vm. Malah beberapa siasatan telah dijalankan terhadap wanita berkenaan selain perbualannya dengan seorang lagi pengguna Facebook bernama 'KAK LONG' yang menjurus ke arah kebencian terhadap Islam.


Malam tadi, kumpulan yang turut melibatkan Pemuda MIC telah membuat laporan polis terhadap pegawai berkenaan di Sungai Petani. Dalam perbualan Whatsapp antara pegawai itu dengan wakil Pemuda MIC, ternyata jelas, wkail Pemuda MIC itu juga tidak faham Bahasa Melayu dan lebih faham bahawa perkataan PARIA dalam kenyatan balas ASP Ahmad Tarmizi Yaakob adalah merujuk kepada seluruh kaum India dan pertanyaan seandainya digalakkan agar kuil-kuil Hindu runtuhkan adalah hasutan.

Berbanding kenyataan Vignamona Vm yang memang terang-terang menghasut dan mahukan sekolah-sekolah agama diruntuhkan manakala orang Melayu-Islam digelarkan sebagai BABI dan SYAITAN, pertanyaan Ahmad Tarmizi Yaakob sepatutnya menyedarkan wakil Pemuda MIC itu bahawa perbuatan dan sikap Vignamona Vm adalah sangat bahaya.

Malangnya, kegagalan memahami Bahasa Melayu walaupun mereka rakyat Malaysia, telah menterbalikkan keseluruhan proses tersebut.



Reaksi turut diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abu Bakar Khalid. Dalam kenyataan ringkasnya, Ketua Polis Negara itu menyatakan yang ASP Ahmad Tarmizi telah ditukarkan serta-merta. Manakala wanita berkenaan akan dipanggil untuk disiasat.

Sekali lagi SITUASI membuktikan, orang Melayu-Islam tidak boleh memberikan sebarang reaksi balas di atas provokasi yang dibuat oleh bukan Islam yang bersifat menghina Islam, mahupun menentang Perlembagaan Persekutuan. Seandainya dibuat, mereka akan dikenakan hukuman. Manakala yang melakukan provokasi pula sekadar diberitahu akan dipanggil untuk memberikan keterangan.

Namun KEISTIMEWAAN akan diberikan kepada golongan provokator tersebut sepertimana yang berlaku di Tawau melibatkan SIM KWUNG JUNG yang sekadar berada di Balai Polis Tawau selama 10 sehingga 15 minit walaupun dalam kenyataan media, wanita berkenaan kononnya dilokapkan!

Wednesday, 23 July 2014

Yang Nak Runtuhkan Sekolah-Sekolah Agama BABI SETAN, Tak Diambil Tindakan Langsung, Yang Bagi Respons Balas Diadukan!!!


Malaysia sudah terbalik!

Penghinaan dan caci nista terhadap agama Islam, institusi agama Islam mahupun orang Islam, tidak dikenakan sebarang tindakan. Malahan aduan dan laporan polis terhadap individu tersebut, juga tidak dibuat. Dasar tolak ansur yang keterlaluan, menyebabkan golongan seperti individu tersebut besar kepala dan berasakan mereka sentiasa betul dan tiada sesiapa pun yang boleh menyentuh mereka. Sedangkan orang Melayu-Islam yang memberikan respons dengan nada yang serupa, dituduh mencetuskan isu perkauman dan dibuat laporan polis terhadapnya.

Ini yang berlaku di Kedah.

Seorang perempuan India bernama VINAMONA VM telah menulis di dalam FACEBOOK... "HAPUSKAN SEKOLAH AGAMA DULU, BABI SAITAN".

Kenyataannya itu mengundang reaksi marah daripada pengguna-pengguna Facebook yang lain, terutama sekali yang beragama Islam. Ini adalah kerana institusi agama Islam termasuklah sekolah-sekolah agama Islam mempunyai kedudukan istimewa dalam Perlembagaan Persekutuan. Pemberian kewarganegaraan kepada datuk nenek VINAMONA VM pada tahun 1957 dahulu adalah berdasarkan persetujuan bahawa mereka dan keturunan mereka dalam apa yang dikenali sebagai KONTRAK SOSIAL, tidak akan sama sekali mempersoalkan tentang kedudukan agama Islam, institusi agama Islam mahupun hak-hak orang Islam dalam peruntukan negara.

Turut memberikan komen adalah seorang pegawai polis yang bertugas di IPD Kuala Muda, Kedah. Marah dengan kenyataan Vinamona Vm, Ahmad Tarmizi Yaakob mengeluarkan pertanyaan, "KALAU KITA KATA RUNTUHKAN KUIL HINDU, PARIA NI MARAH TAK?"

Pertanyaan Ahmad Tarmizi Yaakob itu kemudiannya diputarbelitkan oleh puak-puak Vinamona Vm dan mereka telah berkumpul di Sungai Petani untuk membuat laporan polis terhadap Ahmad Tarmizi Yaakob sambil bersandarkan kononnya, selaku seorang pegawai polis, Ahmad Tarmizi Yaakob dituduh tidak amanah.

Walhal, Ahmad Tarmizi Yaakob sekadar memberikan reaksi sebagai seorang Islam. Apatah lagi, yang mencetuskan masalah tersebut adalah Vinamona Vm. Respons negatif tidak dapat dielakkan apabila orang seperti Vinamona Vm cuba mencetuskan kebencian terhadap agama Islam, institusi agama Islam dan hak-hak umat Islam yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Dalam Whatsapp yang digerakkan oleh kumpulan yang menyokong Vinamona, mereka menjadikan perkataan PARIA sebagai kebencian terhadap masyarakat India untuk membuat laporan polis sedangkan secara jelas, kenyataan Ahmad Tarmizi itu adalah merujuk kepada Vinamona dan PERANGAI PARIAHnya yang tidak habis-habis memusuhi institusi Islam.

Komen Ahmad Tarmizi adalah sebagai perbandingan atau pertanyaan kepada penama, apa pula perasaannya jikalau ada orang Melayu atau orang Islam menggesa agar kuil-kuil Hindu diruntuhkan, apakah dia akan menerima kenyataan tersebut sebagai keinginan Vignamona Vm mahu orang Melayu-Islam menerima kenyataan provokatifnya.

Apatah lagi kenyataan 'HAPUSKAN SEKOLAH AGAMA' adalah merujuk kepada agama Islam!

Tindakan segera perlu diambil terhadap VIGNAMONA VM. Kalau dia boleh tanpa berfikir panjang mengeluarkan kenyataan yang memusuhi agama Islam, menentang Perlembagaan Persekutuan dan membenci hak-hak yang telah ditetapkan oleh undang-undang negara, mengapa pula AHMAD TARMIZI YAAKOB perlu dienakan tindakan undang-undang sedangkan Ahmad Tarmizi Yaakob hanya mengeluarkan kenyataan untuk mengingatkan Vignamona bahawa perbuataannya adalah tidak wajar?

Tuesday, 22 July 2014

LEGASI KONGSI GELAP MELAYU Terus Angkuh


Salah satu pengguna akaun Facebook ialah LEGASI KONGSI GELAP MELAYU (LKGM). Individu ini merupakan salah satu daripada RBA yang ditugaskan untuk menimbulkan kebencian kaum peribumi dan Bumiputera Sarawak terhadap Kerajaan Pusat serta menentang dan memberontak terhadap kaum Melanau Islam (Melayu Sarawak) yang memegang tampuk kuasa di negeri itu.

Menyamar sebagai ultra Melayu yang amat membenci kaum Dayak Kristian, LKGM mula melangkah setapak lagi dengan mula mencabar pihak berkuasa khususnya PDRM untuk bertindak ke atasnya.

Setakat ini, beberapa laporan polis telah dibuat terhadap LKGM, tetapi belum ada sebarang tindakan berkesan sebaliknya dia terus bermaharajalela mengeluarkan pelbagai kenyataan provokasi dan menghasut di Facebook termasuklah yang terbaru, menfitnah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Muhyiddin Yassin meninggal dunia.


Malah dalam satu kenyataan terbaru, LKGM dengan penuh lagak, berbangga kerana dapat melakukan jenayah dengan membelasah dua orang remaja yang kononnya ditangkap tidak berpuasa. 

SKMM sebenarnya mempunyai akses untuk mengesan LKGM. Bagaimanapun, laporan demi laporan selain pendedahan demi pendedahan yang dibuat, langsung tidak menarik perhatian SKMM yang merupakan LUBUK DUIT daripada syarikat-syarikat TELCO. SKMM seolah-olah tidak wujud, tidak tahu menjalankan tugas dan tidak ambil peduli kesan-kesan dan bahaya daripada provokasi Internet selagi duit TELCO masuk ke suruhanjaya tersebut.

Ia seolah-olah menjadi trend dewasa ini untuk mencabar undang-undang negara. Mungkinkah kerana ketiadaan penguatkuasaan atau badan-badan penguatkuasa tidur, membuatkan golongan anarki ini semakin bermaharajalela?

Dari sehari ke sehari, semakin ramai yang mempertikaikan badan-badan berkuasa yang diamanahkan untuk menangani masalah sebegini tetapi gagal berbuat demikian.

Akhirnya Perempuan Cina Kurang Ajar, Biadap dan Menghina Islam, Ditahan Di Lokap Balai Polis Tawau Untuk Siasatan

Apabila pendedahan tentang perangai biadap serta kurang ajar Sim Kwung Jung didedahkan, dia tidak mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis dengan bantuan Ketua Penyokong Barisan Nasional Sabah yang sememangnya mempunyai masalah peribadi dan kewangan yang tersendiri.

Alasan yang diberikan oleh Sim Kwung Jung dalam laporan terbarunya iaitu selepas kata-kata penghinaan dibuat ialah, akaun Facebooknya telah digodam dan dipalsukan semenjak dari tahun 2012 lagi. Dia kemudiannya menggunakan akaun Facebook, SIM KWUNG JUNG SIM sehingga ke hari ini.

Ironinya, orang ramai tidak marah dan tidak peduli dengan akaun SIM KWUNG JUNG yang sudah tidak aktif semenjak 2012 lagi, tetapi kenyataan-kenyataan biadap yang sangat menghina umat Islam itu boleh dibaca menerusi akaun SIM KWUNG JUM SIM, akaun yang dikatakannya, telah digunakan dari tahun 2012 sehingga ke hari ini setelah akaun asal, SIM KWUNG JUNG telah digodam dan kata laluannya ditukar.

Seperkara yang sangat menarik tentang kenyataan Sim Kwung Jung ialah, sama ada dalam akaun SIM KWUNG JUNG mahupun SIM KWUNG JUNG SIM, ayat-ayat yang digunakn adalah sama. Berbekalkan kepada laporan polis pada tahun 2013, wanita berkenaan cuba mewujudkan alibi untuk dia mengelak daripada dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Alasan AKAUN KENA HACK, merupakan alasan standard yang diberikan oleh mereka yang terkantoi. Bagaimanapun, selepas ditangkap, dilokapkan atau diambil keterangan, akaun-akaun Facebook tersebut tidak lagi aktif.


Dalam kes CHOW JACK yang dikatakan telah dikejar, diparang dan diberikan amaran keras ketika bersembunyi di dalam sebuah pondok pengawal, I.P Address yang digunakan adalah I.P. Address rumahnya sendiri. Sekali lagi, sama seperti Sim Kwung Jung, alasan yang diberikan adalah akaun Facebooknya telah dipalsukan walaupun dia memuatnaikkan posting dari rumahnya sendiri.

Chow Jack bagaimanapun tidak ditahan atau dibicarakan. Sedangkan Sim Kwung Jung pula, akhirnya ditahan oleh polis Tawau untuk disiasat dan memberikan keterangan.

Bagaimanapun, sesuatu yang pasti, golongan seperti Sim Kwung Jung akan bersolidariti dengannya dan mula melakukan provokasi agama dan kaum selain mencabar pihak berkuasa menangkap mereka pula.

Monday, 21 July 2014

ADUN Tuduh Penduduk Kampung Mengada-ngada Kerana Merungut Tentang Nyamuk Aedes Akibat Kontraktor Tutup Sistem Perparitan Kampung




Masalah ini berlaku di Kelantan.... nampaknya PBT dan Kerajaan Negeri langsung tidak dapat berbuat apa-apa terhadap pemaju hartanah. Bahkan memilih untuk memejamkan mata dan memekakkan telinga. Manakala ADUN kawasan terbabit pula enggan mengambil tahu masalah rakyat dan lebih senang memberikan ceramah untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional.

Pada 19 Julai lalu, antara jam 10:15 pagi sehingga jam 10:50 pagi, penduduk Kampung Tebing Tinggi, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu telah mengadakan satu demonstrasi kerana tidak berpuas hati dengan projek pembinaan kondominium 19 tingkat oleh pemaju, SYARIKAT HALAMAN GROUP yang beralamat di Lot PT738, Jalan Sri Cemerlang 1/27, 15000 Kota Bharu, Kelantan.

BUTIR2 PEMILIK/PEMAJU DAN KONTRAKTOR(.)

A). SKY VENTURE MANAGEMENT SDN BHD
ALAMAT: LOT PT738, JALAN SRI CEMERLANG 1/27,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN(.)
NO TEL : 097418811, 097418813 FAX NO: 097418816(.)

B). HALAMAN CONSTRUCTION SDN. BHD.
ALAMAT: LOT PT738, JALAN SRI CEMERLANG 1/27,
15000 KOTA BHARU, KELANTAN(.)
NO TEL : 097418811, 097418813 FAX NO: 097418816(.)

C). KUEK WEE CHIEN ARCHITECT (ARKITEK)
NO: C-1-3 KUCHAI EXCHANGE, NO 43 JALAN KUCHAI MAJU 13,
58200 WILAYAH PPERSEKUTUAN, KUALA LUMPUR(.)


Berdasarkan kepada siasatan, projek pembinaan kondominium 19 tingkat tersebut mula dijalankan pada Januari 2014 oleh kontraktor Halaman Construction Sdn. Bhd. Namun sepanjang projek tersebut dijalankan, kontraktor bukan sahaja mengabaikan aspek-aspek keselamatan, sebaliknya turut menutup sistem saliran dan perparitan Kampung Tebing Tinggi.

Pihak kontraktor pada masa yang sama, telah membuat satu lubang besar tetapi pam penyedut air tidak mampu membuang air dari lubang itu ketika hujan lebat. Ini menyebabkan air naik mendadak ketika hujan, dan banjir kilat kerap berlaku. Air yang bertakung juga mengundang kepada pelbagai jenis penyakit vektor seperti denggi.

Pihak penduduk kampung telah beberapa kali cuba berjumpa dan mengadu kepada pihak kontraktor, majlis perbandaran dan juga wakil rakyat, namun mereka dilayan seperti sampah. Bahkan ADUN kawasan berkenaan menuduh penduduk kampung mengada-ngada dan tidak bersyukur kerana pembangunan telah dilakukan di kawasan kampung mereka.

AIDILFITRI SEMAKIN DEKAT... OPS Selamat dan Kempen Rumah Selamat Telah Dilancarkan

Kadar kemalangan jalanraya akan meningkat beratus peratus menjelang beberapa hari ini sehinggalah seminggu selepas Aidil Fitri. Pelbagai kempen telah dijalankan, tetapi kadar kemalangan jalanraya pada musim perayaan, tidak banyak berubah.

Begitu juga dengan kadar pecah rumah semasa warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Lebaran.

Antara terawal yang melancarkan kempen Ops Selamat adalah Polis Johor.

Majlis pelancaran dibuat di Arasa Bawah AEON Bukit Indah, Nusajaya, Johor dan dihadiri 200 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis, ahli CP taman-taman perumahan berdekatan dan pengunjung AEON.

Kempen tersebut yang menandakan persepaduan dan kerjasama antara polis dengan masyarakat awam, telah bermula dari tahun 2006 lagi. Kempen tahun ini akan bermula pada 21 Julai dan berakhir pada 24 Ogos.



Antara lain, Ops Selamat dilancarkan bagi menjamin keselamatan jalanraya dan berhemah ketika memandu. PDRM akan memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang dianggap hot spot bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut di kawasan tersebut. Malah Polis Johor berikrar akan melipatgandakan usaha bagi mengurangkan kadar jenayah.

Majlis berkenaan sebenarnya merupakan salah satu daripada kempen tahunan yang dianjurkan oleh PDRM Johor bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri itu. Di samping itu, dalam sidang media yang dibuat, Ketua Polis Johor turut memaklumkan, seramai 700 orang anggota trafik akan bertugas semasa Aidil Fitri dan mereka akan ditempatkan di 38 lokasi di sekitar jalanraya di seluruh neger itu.

Sunday, 20 July 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA ANWAR IBRAHIM-LAJIM UKIM DI KOTA KINABALU HANYA DIDATANGI ORANG CINA!!!

Sepatutnya yang hadir lebih dari 5000 orang kerana sasarannya adalah para penyokong Pakatan Rakyat dari Kota Kinabalu, Putatan, Sepanggar, Beaufort dan sekitar Likas. Ditambah pula dengan 'daya tarikan' menerusi kehadiran pemimpin-pemimpin PKR seperti Lajim Ukim, Johari Abdul, Christina Liew, James Ghani, Darrel Liking, Roland Chia, Edwin Bosi dan Junz Wong.

Namun jumlah yang hadir hanyalah tidak lebih 200 orang dengan 80% daripada mereka adalah orang Cina dan BBI. Umpan DUIT RAYA tidak menjadi dan tidak dapat menarik perhatian serta kedatangan lebih ramai orang ke majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh Lajim Ukim dan Anwar Ibrahim di No.2084, Lorong Kenari, Taman Likas Jaya, Likas, Kota Kinabalu.


Lajim yang cuba menghilangkan kecurigaan Anwar Ibrahim kepadanya, dalam ucapannya berkata, perintah berkurung di Sabah tidak sepatutnya berlaku jikalau Kerajaan Negeri Sabah mendengar dan memenuhi tuntutan rakyat Sabah. Kononnya, selagi Barisan Nasional memerintah Sabah, masalah tersebut tidak akan selesai kerana pemimpin BN tidak serius menangani PATI.

Anwar Ibrahim pula dalam ucapannya menyatakan, dalam al Quran, umat Islam dituntut menghormati golongan bukan beragama Islam. Dan yang paling menarik ialah, Anwar Ibrahim masih lagi hidup dalam khayalan apabila menyerang dan menyalahkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) apabila mengungkit kononnya hasil kerja SPR membuatkan dia tidak dapat menjadi Perdana Menteri dan Pakatan Rakyat kalah.

Kononnya SPR berat sebelah. Kononnya banyak insiden dan perlanggaran peraturan berlaku. Pada masa yang sama, Anwar Ibrahim yang turut menyentuh perintah berkurung yang dilaksanakan di perairan 6 daerah di timur Sabah, menyalahkan polis dan tentera kerana tidak pernah menjalankan kerja. Menurut Anwar Ibrahim, polis dan tentera yang dilengkapi pelbagai senjata canggih, lebih banyak tidur daripada menjalankan tugas mengawal keamanan negara. Malah PDRM menurutnya, lebih banyak menjaga hal ehwal politik berbanding mengawasi anasir-anasir subversif seperti PATI.

Anwar Ibrahim turut cuba mengambil kredit dengan mencadangkan agar Barisan Nasional menyokong usul Pakatan Rakyat mengutuk pembunuhan dan penindasan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza walaupun dari awal lagi Barisan Nasional telah melakukannya, bahkan telah menggerakkan bantuan untuk menyokong rakyat Palestin, berbanding Anwar Ibrahim sendiri yang telah berikrar untuk menyokong ZIONIS ISRAEL dan kewujudan negara haram mereka.


Sidang akhbar yang dibuat kemudiannya hanya dihadiri oleh wartawan dari Daily Express dan Oversea Chinese Daily. Dan sedar bahawa umat Islam di Sabah tidak memberikan sokongan kepadanya, Anwar Ibrahim dan Lajim Ukim cuba bercakap tentang Islam.

Kononnya Kerajaan BN seringkali melaungkan Negara Islam tetapi tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam, sedangkan pada masa yang sama, Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sendiri mendesak agar negara ini lebih liberal dan kesemua agama dianggap sama.

Kononnya juga, ramai umat Islam tertindias sama ada di luar negara mahupun dalam negara. Kata Anwar Ibrahim, Kerajaan Persekutuan sepatutnya perlu lebih tegas dan mempunyai ketetapan memperjuangkan umat Islam yang teraniaya di Semenanjung Gaza. Anwar Ibrahim cuba menggunakan pendekatan Amerika Syarikat dan Zionis Israel yang boleh melanggar negara orang sesuka hati agar lebih mudah Malaysia diserang dan dihancurkan oleh kuasa Zionis.

Katanya lagi, kerajaan perlu lebih telus dalam menangani isu keselamatan di kawasan Pantai Timur Sabah dengan mewujudkan tempoh masa yang sesuai dalam isu ini. Sedangkan hakikatnya, memang kerajaan telah mewujudkan tempoh masa untuk perintah berkurung serta perlaksanaan zon keselamatan di kawasan terbabit.

Untuk menarik orang ramai datang ke majlis tersebut, diumpan DUIT RAYA. Tetapi melihat kepada jumlah yang hadir dan 70% daripada mereka meninggalkan majlis selesai makan kerana acara seterusnya adalah bersolat maghrib, Isyak dan tarawih, acara tersebut terpaksa dipendekkan.

Hanya seramai 23 orang anak-anak tahfiz Tuaran dan ibu tunggal diberikan sampul surat mengandungi wang RM100 oleh Anwar Ibrahim. Selepas itu, Anwar Ibrahim bergegas meninggalkan majlis dan difahamkan berangkat pulang ke Kuala Lumpur dengan wajah kecewa kerana sambutan yang diberikan kepadanya begitu hambar. Malah Anwar Ibrahim menolak untuk hadir dalam acara sembahyang teraweh tanpa sebarang alasan kecuali perlu pulang segera ke Kuala Lumpur.

Ramai yang melihat, majlis tersebut sebenarnya adalah helah Lajim Ukim untuk meminta duit daripada Anwar Ibrahim. Dan Anwar Ibrahim juga sedar, sekiranya lebih lama dia berada di Kota Kinabalu, lebih ramai Ketua-Ketua Cabang akan datang untuk meminta duit daripadanya.

Jadi, tidak mustahillah, Anwar Ibrahim bergegas pulang ke Kuala Lumpur tanpa sebarang alasan.

Walau apa pun, majlis itu juga dilihat sebagai majlis terakhir Anwar Ibrahim di Sabah sebelum dia berehat panjang di dalam penjara sekiranya keputusan bersalah dan dipenjarakan selama lima tahun, dikekalkan oleh Mahkamah Persekutuan.


DAP Gelisah Bila Anak Muda Cina Menzahirkan Perasaan Sayang Kepada Malaysia


Semalam, Nga Kor Ming menerima tamparan paling besar apabila rata-rata pengguna Facebook yang menjadi FRIENDnya mengecam cubaannya untuk mempolitikkan tragedi MH-17 yang telah ditembak jatuh di Timur Ukraine dan mengorbankan 295 penumpang serta anak kapal pelbagai warganegara. Cubaan Nga Kor Ming untuk menimbulkan kebencian terhadap Kerajaan Malaysia dan MAS dengan menyelar penggunaan laluan, akhirnya membuktikan yang dia bukanlah seorang yang cerdik, sebaliknya dia hanyalah seorang ahli politik bodoh yang tidak tahu apa-apa, tetapi berlagak macam tahu.

Nga Kor Ming ternganga-nganga apabila diberitahu 327 penerbangan pelbagai negara telah menggunakan laluan tersebut dalam masa seminggu termasuklah dari Singapura, Australia, UAE, Belanda dan sebagainya, bukan hanya MAS.


Mungkin kerana sudah terlalu malu, Nga Kor Ming menuduh semua pengguna Facebook yang mengecamnya sebagai perkakas Barisan Nasional dan penjilat MCA!

Sebelum PRU-13, Nga Kor Ming dan Pakatan Rakyat sentiasa meuwar-uwarkan bahawa golongan muda Cina adalah penyokong tegar DAP dan Pakatan Rakyat. Mereka sentiasa membenarkan apa-apa sahaja yang dikatakan oleh DAP dan Pakatan Rakyat. Untuk menunjukkan kebenaran tersebut, mereka menubuhkan RBA yang bukan sahaja melakukan kerja-kerja provokasi sebaliknya melakukan ugutan terhadap mana-mana 'NAMA CINA' yang enggan menyokong DAP.


Dalam kes MH-17, keadaan berubah. Kebencian terhadap kegilaan berpolitik Nga Kor Ming selain cercaan melampau terhadap MAS, Najib Abdul Razak dan Kerajaan Malaysia telah dibalas dengan cemuhan. Tidak cukup dengan itu, ramai yang menyuarakan kebanggaan kepada negara dan syarikat penerbangan negara.

Kalau keadaan seperti ini berterusan, bermakna, DAP sukar mencapai matlamatnya untuk menguasai negara kerana untuk menjayakan rancangannya, DAP memerlukan pengundi-pengundi muda yang bencikan Malaysia, gemar mencetuskan perbalahan kaum dan kebencian agama.

ANWAR IBRAHIM DAN LAJIM UKIM BAGI DUIT RAYA DI SABAH HARI INI!!!

Hari ini, bermula dari jam 6:00 petang, orang ramai di seluruh Sabah terutama sekali di sekitar Kota Kinabalu, telah dijemput untuk menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anwar Ibrahim, Ketua Umum PKR dan Lajim Ukim, Pengerusi MPN PKR Sabah.

Lokasi sebenar adalah di Likas Jaya, Kota Kinabalu.

Difahamkan setiap hadirin terutama mereka yang berjaya membuktikan keahlian dalam PKR menerusi kad keahlian yang ditunjukkan, akan menerima DUIT RAYA sebanyak RM300 daripada Anwar Ibrahim manakala Lajim Ukim pula akan memberikan wang raya sebanyak RM200.

Turut difahamkan, Anwar Ibrahim juga akan memberi duit raya kepada mereka yang berasal dari Semenanjung dan Sarawak yang bekerja di Sabah, termasuklah kakitangan kerajaan yang akan hadir di majlis berbuka puasa itu.

PKR Sabah berada dalam keadaan huru-hara. Berita tentang kemungkinan Lajim Ukim akan melompat parti, semakin kuat kedengaran. Kehadiran Anwar Ibrahim dan 'RASUAH WANG RAYA' terpaksa dilakukan untuk memujuk Lajim Ukim yang baru sahaja selesai urusan jualan sebidang tanahnya yang berharga RM12 di Kuala Penyu.

DARURAT Di Sabah... Ada Pihak Sama Ada Tak Faham Atau Memang Bodoh Semulajadi!


Pada 19 Julai jam 10:30 pagi, di bilik Auditorium Tingkat 5, IPK Sabah, Pesuruhjaya Polis Sabah telah mengisytiharkan perintah berkurung bagi 6 daerah bermula serta merta dan berakhir pada 20 Julai 2014 jam 6:00 pagi.

Daerah-daerah tersebut adalah Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Bagaimanapun, aktiviti nelayan pesisir pantai masih boleh dilakukan tidak melebihi 3 batu nautika dari pantai.

Kawasan-kawasan yang terlibat dan dimaksudkan dalam perintah berkurung ini adalah KAWASAN PERAIRAN LAUT iaitu selepas 3 batu nautika dari pesisiran pantai, bukannya DI KAWASAN DARAT.

Peta di atas menunjukkan kawasan-kawasan terlibat. Garisan Merah adalah sempadan negara. Garisan Hitam adalah kawasan yang dibenarkan untuk menjalankan aktiviti nelayan pesisiran pantai. 

Dengan kata lain, kawasan yang terlibat dengan perintah berkurung ini adalah kawasan perairan laut iaitu selepas jarak 3 batu nautika dari pantai. Untuk makluman, 1 batu nautika bersamaan dengan 1.852 kilometer. Bermakna 3 batu nautika x 1.852 kilometer bersamaan dengan 5.556 kilometer dari arah pantai!

Walau bagaimanapun, orang awam atau nelayan-nelayan kecil masih boleh bergerak bebas menjalankan aktiviti harian seperti biasa di perairan dalam lingkungan jarak 5.556 kilometer.

Semua agensi keselamatan yang bertugas di perairan perintah berkurung adalah dibenarkan untuk melepaskan tembakan kepada mana-mana kapal atau bot yang berada di kawasan larangan iaitu kawasan perintah berkurung kerana ingkar arahan.

Walau bagaimanapun, 6 Ketua Polis Daerah kawasan terbabit boleh menggunakan budi bicara jikalau ada mana-mana nelayan laut dalam yang ingin melalui kawasan perintah berkurung dilaksanakan. Namun, mereka hanya dibenarkan melalui kawasan itu sahaja dan bukannya menjalankan aktiviti menangkap ikan.