AIDILFITRI SEMAKIN DEKAT... OPS Selamat dan Kempen Rumah Selamat Telah Dilancarkan

Monday 21 July 2014

Kadar kemalangan jalanraya akan meningkat beratus peratus menjelang beberapa hari ini sehinggalah seminggu selepas Aidil Fitri. Pelbagai kempen telah dijalankan, tetapi kadar kemalangan jalanraya pada musim perayaan, tidak banyak berubah.

Begitu juga dengan kadar pecah rumah semasa warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Lebaran.

Antara terawal yang melancarkan kempen Ops Selamat adalah Polis Johor.

Majlis pelancaran dibuat di Arasa Bawah AEON Bukit Indah, Nusajaya, Johor dan dihadiri 200 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis, ahli CP taman-taman perumahan berdekatan dan pengunjung AEON.

Kempen tersebut yang menandakan persepaduan dan kerjasama antara polis dengan masyarakat awam, telah bermula dari tahun 2006 lagi. Kempen tahun ini akan bermula pada 21 Julai dan berakhir pada 24 Ogos.



Antara lain, Ops Selamat dilancarkan bagi menjamin keselamatan jalanraya dan berhemah ketika memandu. PDRM akan memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang dianggap hot spot bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut di kawasan tersebut. Malah Polis Johor berikrar akan melipatgandakan usaha bagi mengurangkan kadar jenayah.

Majlis berkenaan sebenarnya merupakan salah satu daripada kempen tahunan yang dianjurkan oleh PDRM Johor bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri itu. Di samping itu, dalam sidang media yang dibuat, Ketua Polis Johor turut memaklumkan, seramai 700 orang anggota trafik akan bertugas semasa Aidil Fitri dan mereka akan ditempatkan di 38 lokasi di sekitar jalanraya di seluruh neger itu.

1 comment:

  1. Pengguna jalanraya selalunya lebih arif menangani masaalah kemalangan daripada berlaku. Namun masih ada pemandu yang memandu perlahan diatas jalan Persekutuan atau pun highway. Demikian juga lori sesama lori pun berlumba2 memotong hingga menyebabkan semua lorong menjadi perlahan. Seharusnya pemandu yang sengaja memandu perlahan di jalan sibuk di ambil tindakan undang2 kerana mengangu kenderaan lain bergerak lancar. Itulah sebabnya ada pemandu kereta terpaksa memotong walau pun berisiko besar mendapat kemalangan.

    Memandu jalan negeri buatlah cara jalan negeri slow tidak mengapa. Tetapi kalau di Highway masih nak rilek lagi alamat kena kemalangan jawabnya..........Kerajaan kena kaji hal ini ....jangan dok kira nak saman kereta laju saja. biar adil...slow pun kena saman - laju lebih pun kena saman ...baru adil namanya.

    ReplyDelete

AIDILFITRI SEMAKIN DEKAT... OPS Selamat dan Kempen Rumah Selamat Telah Dilancarkan

Monday 21 July 2014 ·

Kadar kemalangan jalanraya akan meningkat beratus peratus menjelang beberapa hari ini sehinggalah seminggu selepas Aidil Fitri. Pelbagai kempen telah dijalankan, tetapi kadar kemalangan jalanraya pada musim perayaan, tidak banyak berubah.

Begitu juga dengan kadar pecah rumah semasa warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut Hari Lebaran.

Antara terawal yang melancarkan kempen Ops Selamat adalah Polis Johor.

Majlis pelancaran dibuat di Arasa Bawah AEON Bukit Indah, Nusajaya, Johor dan dihadiri 200 orang yang terdiri daripada pegawai dan anggota polis, ahli CP taman-taman perumahan berdekatan dan pengunjung AEON.

Kempen tersebut yang menandakan persepaduan dan kerjasama antara polis dengan masyarakat awam, telah bermula dari tahun 2006 lagi. Kempen tahun ini akan bermula pada 21 Julai dan berakhir pada 24 Ogos.



Antara lain, Ops Selamat dilancarkan bagi menjamin keselamatan jalanraya dan berhemah ketika memandu. PDRM akan memberikan tumpuan kepada kawasan-kawasan yang dianggap hot spot bagi mengelakkan berlakunya kemalangan maut di kawasan tersebut. Malah Polis Johor berikrar akan melipatgandakan usaha bagi mengurangkan kadar jenayah.

Majlis berkenaan sebenarnya merupakan salah satu daripada kempen tahunan yang dianjurkan oleh PDRM Johor bagi mengurangkan kadar jenayah di negeri itu. Di samping itu, dalam sidang media yang dibuat, Ketua Polis Johor turut memaklumkan, seramai 700 orang anggota trafik akan bertugas semasa Aidil Fitri dan mereka akan ditempatkan di 38 lokasi di sekitar jalanraya di seluruh neger itu.

1 comments:

Anonymous said...
21 July 2014 at 14:38  

Pengguna jalanraya selalunya lebih arif menangani masaalah kemalangan daripada berlaku. Namun masih ada pemandu yang memandu perlahan diatas jalan Persekutuan atau pun highway. Demikian juga lori sesama lori pun berlumba2 memotong hingga menyebabkan semua lorong menjadi perlahan. Seharusnya pemandu yang sengaja memandu perlahan di jalan sibuk di ambil tindakan undang2 kerana mengangu kenderaan lain bergerak lancar. Itulah sebabnya ada pemandu kereta terpaksa memotong walau pun berisiko besar mendapat kemalangan.

Memandu jalan negeri buatlah cara jalan negeri slow tidak mengapa. Tetapi kalau di Highway masih nak rilek lagi alamat kena kemalangan jawabnya..........Kerajaan kena kaji hal ini ....jangan dok kira nak saman kereta laju saja. biar adil...slow pun kena saman - laju lebih pun kena saman ...baru adil namanya.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks