Dalam Tempoh 2 Hari, Khalid Ibrahim Akan Bubar DUN dan Saman PKR

Wednesday 6 August 2014

Sama ada drama yang dipentaskan atau ianya benar-benar berlaku tetapi maklumat yang Buletin 247 baru terima ialah Khalid Ibrahim bakal membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan dalam tempoh tidak sampai 48 jam dari sekarang.

Pada masa yang sama, Khalid Ibrahim juga turut diberitahu sudah mengarahkan peguam-peguamnya membuat tuntutan saman fitnah terhadap beberapa individu dalam PKR seperti Saifuddin Nasution, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan PKR secara keseluruhannya.

PAS juga dikhabarkan telah mengambil langkah bersiap sedia untuk mencari calon-calon baru untuk dipertandingkan di kawasan-kawasan yang sebelum ini diletakkan calon-calon PKR. Sekaligus menunjukkan bahawa PAS sedang melakukan proses 'berkerat rotan berpatah arang' dengan PKR dan cuba membuktikan bahawa sebenarnya yang lebih memerlukan bantuan bagi mendapatkan sokongan dalam Pakatan Rakyat adalah PKR dan DAP, bukannya PAS.

Sumber turut memberitahu, Anwar Ibrahim sedang giat untuk memujuk Khalid Ibrahim agar menerima konsensus baru di mana Khalid dilantik sebagai Pengerusi yang mengawalselia konsensi air di seluruh Selangor dengan kuasa tidak terbatas sebagai pertukaran agar DUN tidak dibubarkan dan jawatan Menteri Besar dilepaskan secara lancar kepada Wan Azizah.

DAP juga dikhabarkan sudah mengambil langkah-langkah persediaan untuk memastikan calon-calon parti tersebut kompeten untuk memenangi lebih banyak kerusi di DUN Selangor. Beberapa orang anak muda Melayu telah dikenalpasti dan bakal dicalonkan di beberapa kawasan yang dianggap kawasan campuran dengan majoriti Melayu sebagai persediaan menuntut kerusi Menteri Besar Selangor sekiranya DAP menguasai jumlah majoriti pada PRN nanti.

PKR memberi tempoh 3 hari atau 72 jam bermula petang semalam kepada Khalid Ibrahim untuk menjawab surat tunjuk sebab walaupun keputusan untuk memecat Khalid Ibrahim sudah pun dibuat. Dan Khalid Ibrahim pula memberi masa 48 jam untuk pembubaran DUN!!!

3 comments:

  1. Kalau benar PRK Negeri Selangor,thumbs up DAP!you're good player,PKR PAS yg majoriti melayu rasalah penangan sendiri

    ReplyDelete
  2. let us see, i think majoriti melayu go to UMNO n Khalid Ibrahim n PASwhile PKR n DAP will get the chinese vote and lost selangor ,Khalid MB one more term, PKR will go down the drain like semangat 46, anuar thrown into jail,almost half of PKR join PAS, another half Join BN. Chinese PKR member join DAP which include the indian n Anwar Nepo family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. possibility ,,,,,,,,,this could happen as what you said

      Delete

Dalam Tempoh 2 Hari, Khalid Ibrahim Akan Bubar DUN dan Saman PKR

Wednesday 6 August 2014 ·

Sama ada drama yang dipentaskan atau ianya benar-benar berlaku tetapi maklumat yang Buletin 247 baru terima ialah Khalid Ibrahim bakal membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan Pilihanraya Negeri Selangor diadakan dalam tempoh tidak sampai 48 jam dari sekarang.

Pada masa yang sama, Khalid Ibrahim juga turut diberitahu sudah mengarahkan peguam-peguamnya membuat tuntutan saman fitnah terhadap beberapa individu dalam PKR seperti Saifuddin Nasution, Anwar Ibrahim, Rafizi Ramli dan PKR secara keseluruhannya.

PAS juga dikhabarkan telah mengambil langkah bersiap sedia untuk mencari calon-calon baru untuk dipertandingkan di kawasan-kawasan yang sebelum ini diletakkan calon-calon PKR. Sekaligus menunjukkan bahawa PAS sedang melakukan proses 'berkerat rotan berpatah arang' dengan PKR dan cuba membuktikan bahawa sebenarnya yang lebih memerlukan bantuan bagi mendapatkan sokongan dalam Pakatan Rakyat adalah PKR dan DAP, bukannya PAS.

Sumber turut memberitahu, Anwar Ibrahim sedang giat untuk memujuk Khalid Ibrahim agar menerima konsensus baru di mana Khalid dilantik sebagai Pengerusi yang mengawalselia konsensi air di seluruh Selangor dengan kuasa tidak terbatas sebagai pertukaran agar DUN tidak dibubarkan dan jawatan Menteri Besar dilepaskan secara lancar kepada Wan Azizah.

DAP juga dikhabarkan sudah mengambil langkah-langkah persediaan untuk memastikan calon-calon parti tersebut kompeten untuk memenangi lebih banyak kerusi di DUN Selangor. Beberapa orang anak muda Melayu telah dikenalpasti dan bakal dicalonkan di beberapa kawasan yang dianggap kawasan campuran dengan majoriti Melayu sebagai persediaan menuntut kerusi Menteri Besar Selangor sekiranya DAP menguasai jumlah majoriti pada PRN nanti.

PKR memberi tempoh 3 hari atau 72 jam bermula petang semalam kepada Khalid Ibrahim untuk menjawab surat tunjuk sebab walaupun keputusan untuk memecat Khalid Ibrahim sudah pun dibuat. Dan Khalid Ibrahim pula memberi masa 48 jam untuk pembubaran DUN!!!

3 comments:

Anonymous said...
6 August 2014 at 09:50  

Kalau benar PRK Negeri Selangor,thumbs up DAP!you're good player,PKR PAS yg majoriti melayu rasalah penangan sendiri

Anonymous said...
6 August 2014 at 10:24  

let us see, i think majoriti melayu go to UMNO n Khalid Ibrahim n PASwhile PKR n DAP will get the chinese vote and lost selangor ,Khalid MB one more term, PKR will go down the drain like semangat 46, anuar thrown into jail,almost half of PKR join PAS, another half Join BN. Chinese PKR member join DAP which include the indian n Anwar Nepo family.

Anonymous said...
6 August 2014 at 12:01  

possibility ,,,,,,,,,this could happen as what you said

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks