DI SEBALIK Lim Guan Eng Dakwa Dia Pandai, Rupa-Rupanya Jadi Bahlol Bila Panik Khalid Pecat Semua Exco DAP Selangor

Thursday 14 August 2014

Lim Guan Eng tanpa rasa segan tanpa rasa malu dan bapanya, Lim Kit Siang yang telah menjadi pemimpin pembangkang Malaysia jauh lebih lama berbanding kewujudan Wilayah Persekutuan berkata, Khalid Ibrahi perlu bersara kerana telah menipu DYMM Sultan Selangor apabila mendakwa mempunyai jumlah majoriti ADUN yang menyokongnya di DUN Selangor.

"Satu-satunya cara terhormat buat Khalid untuk menutup kesalahannya menipu tuanku ialah dengan meletakkan jawatan," kata Lim Guan Eng.

Jelas, Lim Guan Eng memang cukup risau dengan gerakan-gerakan serta langkah-langkah yang diambil oleh Khalid Ibrahim dalam menangani pengganggu kelancaran pentadbirannya.

Lim Guan Eng takkan langsung tak tahu, Khalid menghadap DYMM Sultan Selangor adalah pada 11 Ogos dan Wan Azizah hanya mengumpulkan 30 ADUN pada hari ini (14 Ogos) dan DYMM Sultan Selangor sudah pun berada di luar negara.

Guan Eng mempersoalkan bukti yang dipersembahkan oleh Khalid kepada Tuanku pada 11 Ogos, tetapi mengapa pula Wan Azizah tidak menunjukkan bukti pada hari yang sama dan terpaksa menunggu sehingga ke hari ini dan pada ketika Tuanku tiada di Selangor? Mengapa tidak menunjukkan bukti pada keesokan harinya iaitu 12 Ogos dan 13 Ogos? Mengapa harus menunggu sehingga DYMM Sultan Selangor tiada?

Ada banyak perkara dan benda yang boleh berlaku dalam tempoh 3 hari. Begitu jugalah dengan PENGKHIANAT DAN KATAK yang boleh muncul dalam tempoh beberapa hari ini.

Adakah Guan Eng dan bapanya, si puaka tua itu rasa, Khalid tahu yang dua orang ADUN PAS akan mengkhianati parti mereka?

Pada 11 Ogos, berdasarkan kepada maklumat yang Khalid perolehi dari PAS Selangor dan UMNO Selangor, dia mengandaikan sokongan kepadanya adalah 12 orang ADUN UMNO dan 15 orang ADUN PAS selain seorang ADUN Bebas (dirinya sendiri), menjadikan jumlah keseluruhanya adalah 28 ADUN berbanding PKR-DAP yang hanya mempunyai 27 ADUN.

Bagaimanakah yang dikatakan, Khalid telah menipu DYMM Sultan sedangkan Wan Azizah-Anwar Ibrahim terpaksa mengambil empat hari untuk mengumpulkan 30 orang ADUN tersebut walaupun pada asalnya, Anwar Ibrahim dengan penuh bangga menyatakan Wan Azizah memperolehi 35 orang sokongan ADUN Selangor?

Dengan perkembangan terkini dalam PAS, bagaimana Lim Guan Eng dan bapanya, si puaka itu sangat yakin, kedua-dua ADUN PAS tersebut tidak akan menarik kembali sokongan mereka kerana bimbang menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga selepas PAS membuat keputusan pada 17 Ogos nanti?

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang juga sepatutnya tahu, Khalid telah dipecat oleh PKR kerana mengingkari arahan parti agar meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Wan Azizah. Oleh kerana itu, seperti yang dilaung-laungkan, 'KEADILAN UNTUK SEMUA', mengapa Lim Guan Eng bapanya, si puaka Kit Siang tidak menuntut agar kedua-dua ADUN PAS itu dipecat oleh PAS kerana melanggar perintah parti?

1 comment:

  1. nak tunjuk pandai dan berkuasa konon, menuduh khalid menipu DYMM Sultan, ada bukti? kenapa? takut khalid masuk pas dan kau melepas

    ReplyDelete

DI SEBALIK Lim Guan Eng Dakwa Dia Pandai, Rupa-Rupanya Jadi Bahlol Bila Panik Khalid Pecat Semua Exco DAP Selangor

Thursday 14 August 2014 ·

Lim Guan Eng tanpa rasa segan tanpa rasa malu dan bapanya, Lim Kit Siang yang telah menjadi pemimpin pembangkang Malaysia jauh lebih lama berbanding kewujudan Wilayah Persekutuan berkata, Khalid Ibrahi perlu bersara kerana telah menipu DYMM Sultan Selangor apabila mendakwa mempunyai jumlah majoriti ADUN yang menyokongnya di DUN Selangor.

"Satu-satunya cara terhormat buat Khalid untuk menutup kesalahannya menipu tuanku ialah dengan meletakkan jawatan," kata Lim Guan Eng.

Jelas, Lim Guan Eng memang cukup risau dengan gerakan-gerakan serta langkah-langkah yang diambil oleh Khalid Ibrahim dalam menangani pengganggu kelancaran pentadbirannya.

Lim Guan Eng takkan langsung tak tahu, Khalid menghadap DYMM Sultan Selangor adalah pada 11 Ogos dan Wan Azizah hanya mengumpulkan 30 ADUN pada hari ini (14 Ogos) dan DYMM Sultan Selangor sudah pun berada di luar negara.

Guan Eng mempersoalkan bukti yang dipersembahkan oleh Khalid kepada Tuanku pada 11 Ogos, tetapi mengapa pula Wan Azizah tidak menunjukkan bukti pada hari yang sama dan terpaksa menunggu sehingga ke hari ini dan pada ketika Tuanku tiada di Selangor? Mengapa tidak menunjukkan bukti pada keesokan harinya iaitu 12 Ogos dan 13 Ogos? Mengapa harus menunggu sehingga DYMM Sultan Selangor tiada?

Ada banyak perkara dan benda yang boleh berlaku dalam tempoh 3 hari. Begitu jugalah dengan PENGKHIANAT DAN KATAK yang boleh muncul dalam tempoh beberapa hari ini.

Adakah Guan Eng dan bapanya, si puaka tua itu rasa, Khalid tahu yang dua orang ADUN PAS akan mengkhianati parti mereka?

Pada 11 Ogos, berdasarkan kepada maklumat yang Khalid perolehi dari PAS Selangor dan UMNO Selangor, dia mengandaikan sokongan kepadanya adalah 12 orang ADUN UMNO dan 15 orang ADUN PAS selain seorang ADUN Bebas (dirinya sendiri), menjadikan jumlah keseluruhanya adalah 28 ADUN berbanding PKR-DAP yang hanya mempunyai 27 ADUN.

Bagaimanakah yang dikatakan, Khalid telah menipu DYMM Sultan sedangkan Wan Azizah-Anwar Ibrahim terpaksa mengambil empat hari untuk mengumpulkan 30 orang ADUN tersebut walaupun pada asalnya, Anwar Ibrahim dengan penuh bangga menyatakan Wan Azizah memperolehi 35 orang sokongan ADUN Selangor?

Dengan perkembangan terkini dalam PAS, bagaimana Lim Guan Eng dan bapanya, si puaka itu sangat yakin, kedua-dua ADUN PAS tersebut tidak akan menarik kembali sokongan mereka kerana bimbang menceraikan isteri masing-masing dengan talak tiga selepas PAS membuat keputusan pada 17 Ogos nanti?

Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang juga sepatutnya tahu, Khalid telah dipecat oleh PKR kerana mengingkari arahan parti agar meletakkan jawatan dan menyerahkan jawatan Menteri Besar Selangor kepada Wan Azizah. Oleh kerana itu, seperti yang dilaung-laungkan, 'KEADILAN UNTUK SEMUA', mengapa Lim Guan Eng bapanya, si puaka Kit Siang tidak menuntut agar kedua-dua ADUN PAS itu dipecat oleh PAS kerana melanggar perintah parti?

1 comments:

Anonymous said...
15 August 2014 at 14:22  

nak tunjuk pandai dan berkuasa konon, menuduh khalid menipu DYMM Sultan, ada bukti? kenapa? takut khalid masuk pas dan kau melepas

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks