TONY PUA dan Saifuddin Nasution Dakwa Khalid Ibrahim Berbohong Tentang Sokongan Majoriti ADUN Yang Diterimanya

Monday 11 August 2014

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

TAN SRI KHALID IBRAHIM PERLU BUKTIKAN SOKONGAN MAJORITI DEWAN

KEADILAN dan DAP mengambil maklum kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini bahawa beliau akan kekal menjadi Menteri Besar kerana mempunyai sokongan majoriti dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

KEADILAN dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor. Ini bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh dari jumlah ADUN di Selangor.

PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini.

Oleh yang demikian, kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.

Dengan penolakan terbuka KEADILAN dan DAP, itu juga bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan dari 12 ADUN UMNO.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP mendesak supaya:

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa. Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO;

UMNO menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seperti mana yang didakwa oleh beliau. Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

KEADILAN dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA Pengerusi DAP Selangor
11 Ogos 2014


9 comments:

  1. Ayoyo ciputdin, apsal dua parti je ko cerita?? Parti PAS sudah hilang dari Pakatan Rakyat ke?? Sokongan PAS + UMNO + Khalid = 28 orang, PKR + DAP - speaker = 27 orang.

    Ko tau kira ke tak ni wahai ciputdin??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini boleh digunapakai untuk undi tidak percaya pada november nanti.
      Dalam status sekarang khalid hanya memerlukan 4 exco dari 10 exco untuk menyokongnya bagi kekal MB sehingga november.

      Delete
    2. Begitu mudah tetapi tak begitu sedar implikasinya

      Delete
  2. kenapa PUA dan Saifuddin..dah x boleh lena ke? hiiiii

    ReplyDelete
  3. Sekolah ke tidak saifuddin ni..
    Khalid hanya memerlukan 4 exco untuk terus kekal sebagai MB sehingga November...Dewan yg bersidang kemudiannya membuat keputusan semula termasuklah undi tidak percaya.
    Sehingga tempoh tersebut Khalid sudahpun "membeli" dengan secukupnya untuk terus menjadi MB atas kapasiti wakil parti barunya.

    ReplyDelete
  4. BERI PELUANG UNTUK TSKI MEMBERI PENJELASAN. SAYA TAK FIKIR TSKI BERANI MEMBERI ATAU MEMBUAT KENYATAAN BERASAS DUSTA. TERINGAT SAYA KENYATAAN BERASAS REKAAN SERTA MEARAGUKAN PERNAH DIBUAT OLIH DSAI APABILA MENYEBUT TELAH DAPAT PERKENAN AGONG DAN RAJA2 MELAYU BAGI BELIAU MENJADI PM DAN MEMBENTUK KERAJAAN BARU.

    ReplyDelete
  5. pada kaum india bukalah mata sekarang...klu kamu masih pilih pkr..aku tengok kat tv kaum kamu yg bergaduh baling2 kerusi kerana pkr..parti kelentong rakyat

    ReplyDelete
  6. Mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor seperti Artikel 53 (2) (b) menyatakan Selangor hanya memerlukan 4 orang Ahli Majlis Mesyuarat atau Exco, dan Khalid Ibrahim sudah pun mempunyai keempat-empat orang Exco tersebut...bengong

    ReplyDelete
  7. INI SATU TEORI ATAU RAMALAN

    KRISIS AKAN MEMBUKA PELUANG LUAR BIASA KPD PROFSYEN2 TERTENTU.
    BAWA KES KE MAHKAMAH. SEPERTI BERLAKU DI PERAK. BERKEMUNGKINAN AMAT2 BESAR UMNO+ PAS+ TSKI DIBERI PENENTUAN .

    NANTI ADALAH ROAD SHOW MACAM PERTUNJUKAN CIRCUS. JUGA MACAM DI PERAK SAMPAILAH ORANG NAIK MUAK SEBAB ORG2 BIASA NI NAK BEKERJA, NAK MENYARA HIDUP. KERJA DIA BUKAN MENCETUS KRISIS BUAT RAOAD SHOW. INI JOB SPEC POLICIAN2 TERTENTU.
    .

    ReplyDelete

TONY PUA dan Saifuddin Nasution Dakwa Khalid Ibrahim Berbohong Tentang Sokongan Majoriti ADUN Yang Diterimanya

Monday 11 August 2014 ·

KENYATAAN MEDIA PARTI KEADILAN RAKYAT & PARTI TINDAKAN DEMOKRATIK

TAN SRI KHALID IBRAHIM PERLU BUKTIKAN SOKONGAN MAJORITI DEWAN

KEADILAN dan DAP mengambil maklum kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim selepas mengadap DYMM Tuanku Sultan Selangor pagi ini bahawa beliau akan kekal menjadi Menteri Besar kerana mempunyai sokongan majoriti dari kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor.

KEADILAN dan DAP telah menyatakan secara terbuka bahawa YAB Tan Sri Khalid Ibrahim tidak lagi mendapat sokongan kedua-dua parti ini sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor. Ini bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang kepercayaan 28 ADUN iaitu separuh dari jumlah ADUN di Selangor.

PAS pula belum membuat keputusan mengenai sokongan mereka kepada YAB Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar dan Jawatankuasa PAS Pusat hanya akan bermesyuarat pada 17 Ogos 2014 ini.

Oleh yang demikian, kenyataan YAB Tan Sri Khalid Ibrahim kepada pihak Istana bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri itu adalah meragukan.

Dengan penolakan terbuka KEADILAN dan DAP, itu juga bermakna YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hanya boleh mempunyai sokongan majoriti dengan mendapat sokongan dari 12 ADUN UMNO.

Oleh yang demikian, KEADILAN dan DAP mendesak supaya:

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim membuktikan kepada rakyat jelata sokongan majoriti yang diperolehi oleh beliau itu seperti mana yang beliau dakwa. Ini termasuklah memanggil sidang Dewan Undangan Negeri untuk melakukan undi kepercayaan atau cara-cara lain yang boleh membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan dari ADUN PAS dan UMNO;

UMNO menyatakan secara terbuka bahawa 12 ADUN UMNO menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim seperti mana yang didakwa oleh beliau. Jika 12 ADUN UMNO tidak menyokong YAB Tan Sri Khalid Ibrahim, maka jelaslah beliau telah mempersembahkan maklumat palsu kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor.

KEADILAN dan DAP akan terus menggunakan segala kaedah mengikut Undang-undang Tubuh Negeri dan enakmen yang berkenaan untuk mengembalikan tampuk pemerintahan Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat yang dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum yang lepas. Langkah seterusnya mengikut Undang-undang Tubuh Negeri akan dimaklumkan selepas pimpinan Pakatan Rakyat terus bermesyuarat mencari muafakat menyelesaikan perkara ini dengan baik.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL Setiausaha Agong KEADILAN

TONY PUA Pengerusi DAP Selangor
11 Ogos 2014


9 comments:

Anonymous said...
11 August 2014 at 17:37  

Ayoyo ciputdin, apsal dua parti je ko cerita?? Parti PAS sudah hilang dari Pakatan Rakyat ke?? Sokongan PAS + UMNO + Khalid = 28 orang, PKR + DAP - speaker = 27 orang.

Ko tau kira ke tak ni wahai ciputdin??

Anonymous said...
11 August 2014 at 17:37  

kenapa PUA dan Saifuddin..dah x boleh lena ke? hiiiii

Quantum Metal Consultant said...
11 August 2014 at 17:38  

Sekolah ke tidak saifuddin ni..
Khalid hanya memerlukan 4 exco untuk terus kekal sebagai MB sehingga November...Dewan yg bersidang kemudiannya membuat keputusan semula termasuklah undi tidak percaya.
Sehingga tempoh tersebut Khalid sudahpun "membeli" dengan secukupnya untuk terus menjadi MB atas kapasiti wakil parti barunya.

Anonymous said...
11 August 2014 at 17:40  

BERI PELUANG UNTUK TSKI MEMBERI PENJELASAN. SAYA TAK FIKIR TSKI BERANI MEMBERI ATAU MEMBUAT KENYATAAN BERASAS DUSTA. TERINGAT SAYA KENYATAAN BERASAS REKAAN SERTA MEARAGUKAN PERNAH DIBUAT OLIH DSAI APABILA MENYEBUT TELAH DAPAT PERKENAN AGONG DAN RAJA2 MELAYU BAGI BELIAU MENJADI PM DAN MEMBENTUK KERAJAAN BARU.

Anonymous said...
11 August 2014 at 17:41  

pada kaum india bukalah mata sekarang...klu kamu masih pilih pkr..aku tengok kat tv kaum kamu yg bergaduh baling2 kerusi kerana pkr..parti kelentong rakyat

Quantum Metal Consultant said...
11 August 2014 at 17:41  

Ini boleh digunapakai untuk undi tidak percaya pada november nanti.
Dalam status sekarang khalid hanya memerlukan 4 exco dari 10 exco untuk menyokongnya bagi kekal MB sehingga november.

Anonymous said...
11 August 2014 at 17:43  

Begitu mudah tetapi tak begitu sedar implikasinya

Anonymous said...
11 August 2014 at 17:48  

Mengikut undang-undang tubuh negeri Selangor seperti Artikel 53 (2) (b) menyatakan Selangor hanya memerlukan 4 orang Ahli Majlis Mesyuarat atau Exco, dan Khalid Ibrahim sudah pun mempunyai keempat-empat orang Exco tersebut...bengong

Anonymous said...
11 August 2014 at 17:53  

INI SATU TEORI ATAU RAMALAN

KRISIS AKAN MEMBUKA PELUANG LUAR BIASA KPD PROFSYEN2 TERTENTU.
BAWA KES KE MAHKAMAH. SEPERTI BERLAKU DI PERAK. BERKEMUNGKINAN AMAT2 BESAR UMNO+ PAS+ TSKI DIBERI PENENTUAN .

NANTI ADALAH ROAD SHOW MACAM PERTUNJUKAN CIRCUS. JUGA MACAM DI PERAK SAMPAILAH ORANG NAIK MUAK SEBAB ORG2 BIASA NI NAK BEKERJA, NAK MENYARA HIDUP. KERJA DIA BUKAN MENCETUS KRISIS BUAT RAOAD SHOW. INI JOB SPEC POLICIAN2 TERTENTU.
.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks