PECAH RAHSIA! PAS Hantar Tiga Nama ADUN PAS Sebagai Calon Menteri Besar!

Thursday 4 September 2014

PAS sekali lagi menimbulkan 'kegemparan' sekaligus melebarkan lagi jurang parti tersebut dengan PKR dan DAP yang sudah mula mencurigainya. Walaupun dikatakan PAS mengusulkan nama Azmin Ali dan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, maklumat lain bagaimanapun memberitahu PAS dipercayai menghantar tiga nama ADUNnya yang juga merupakan Exco Negeri Selangor untuk jawatan Menteri Besar Selangor sebagaimana yang diminta oleh Istana Selangor.

Surat daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh akhir 3 September. Surat berkenaan turut mengandungi 'lebih dari dua nama' untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas Khalid Ibrahim dipecat oleh PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Wan Azizah.

Menurut maklumat itu lagi, Hadi sendiri yang menandatangani surat dari PAS kepada Istana Selangor dan menamakan tiga orang Exco Selangor sebagai calon-calon Menteri Besar Selangor.

Ketiga-tiga mereka adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus. Seorang lagi Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah Halimah Ali.

Seorang pegawai kanan pembantu Hadi Awang yang diminta komen, tidak menafikan kewujudan surat seperti itu, sebaliknya menyatakan terpulang kepada pimpinan parti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

"Ini adalah perkara rahsia dan saya tidak boleh membincangkannya," kata pegawai berkenaan.

Surat tersebut ternyata bertentangan dengan konsensus yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat, sebuah pakatan yang sangat longgar dan tidak mempunyai sebarang garis panduan kecuali Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. DAP dan PKR telah bersetuju untuk hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak Istana Selangor untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS berkeras menyatakan bahawa lebih dari dua nama perlu diserahkan sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor.

4 comments:

  1. Exco sedia ada PAS adalah yang paling layak menggantikan Khalid.

    ReplyDelete
  2. klau betulla...silap2 akan jadi PAS + UMNO di selangor......harap2 jadi laa....peluang utk melayu dan islam bersatu

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah....amin...

    Generasi baru....buang sifat dendam,iri hati...dan bersatulah...demi agama bangsa dan negara...

    ReplyDelete
  4. Ini berita baik kearah pencerahan kredebiliti tubuh pas itu sendiri yang cukup hebat di kecam masa kini. Pas tidak akan kesunyian tampa pkr dan dap. Tubuh2 umno yang solatnya sama kiblat dengan pas berada bersama pas dalam adun Selangor. Ada kebijaksanaan dalam kepimpinan pas lebih matang menongkah arus politik masa kini. Harap ini suatu reliti dan selepas ini pas harus berubah sikap berani kerana benar dan tak takut andai tak bersalah. Dan ayam berbulu musang dalam pas Selangor harus dibunuh sahaja kariar politik mereka.

    ReplyDelete

PECAH RAHSIA! PAS Hantar Tiga Nama ADUN PAS Sebagai Calon Menteri Besar!

Thursday 4 September 2014 ·

PAS sekali lagi menimbulkan 'kegemparan' sekaligus melebarkan lagi jurang parti tersebut dengan PKR dan DAP yang sudah mula mencurigainya. Walaupun dikatakan PAS mengusulkan nama Azmin Ali dan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor, maklumat lain bagaimanapun memberitahu PAS dipercayai menghantar tiga nama ADUNnya yang juga merupakan Exco Negeri Selangor untuk jawatan Menteri Besar Selangor sebagaimana yang diminta oleh Istana Selangor.

Surat daripada Presiden PAS, Abdul Hadi Awang telah dihantar sebelum tarikh akhir 3 September. Surat berkenaan turut mengandungi 'lebih dari dua nama' untuk jawatan Menteri Besar Selangor selepas Khalid Ibrahim dipecat oleh PKR kerana enggan memberikan laluan kepada Wan Azizah.

Menurut maklumat itu lagi, Hadi sendiri yang menandatangani surat dari PAS kepada Istana Selangor dan menamakan tiga orang Exco Selangor sebagai calon-calon Menteri Besar Selangor.

Ketiga-tiga mereka adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi dan Ahmad Yunus. Seorang lagi Exco PAS dalam Kerajaan Negeri Selangor adalah Halimah Ali.

Seorang pegawai kanan pembantu Hadi Awang yang diminta komen, tidak menafikan kewujudan surat seperti itu, sebaliknya menyatakan terpulang kepada pimpinan parti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

"Ini adalah perkara rahsia dan saya tidak boleh membincangkannya," kata pegawai berkenaan.

Surat tersebut ternyata bertentangan dengan konsensus yang telah dipersetujui oleh DAP dan PKR yang membentuk Pakatan Rakyat, sebuah pakatan yang sangat longgar dan tidak mempunyai sebarang garis panduan kecuali Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. DAP dan PKR telah bersetuju untuk hanya menghantar nama Wan Azizah kepada pihak Istana Selangor untuk diperkenankan sebagai Menteri Besar Selangor.

PAS berkeras menyatakan bahawa lebih dari dua nama perlu diserahkan sebagaimana yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor.

4 comments:

Anonymous said...
4 September 2014 at 15:08  

Exco sedia ada PAS adalah yang paling layak menggantikan Khalid.

jejakazman said...
4 September 2014 at 15:30  

klau betulla...silap2 akan jadi PAS + UMNO di selangor......harap2 jadi laa....peluang utk melayu dan islam bersatu

Anonymous said...
4 September 2014 at 17:19  

InsyaAllah....amin...

Generasi baru....buang sifat dendam,iri hati...dan bersatulah...demi agama bangsa dan negara...

Anonymous said...
4 September 2014 at 21:21  

Ini berita baik kearah pencerahan kredebiliti tubuh pas itu sendiri yang cukup hebat di kecam masa kini. Pas tidak akan kesunyian tampa pkr dan dap. Tubuh2 umno yang solatnya sama kiblat dengan pas berada bersama pas dalam adun Selangor. Ada kebijaksanaan dalam kepimpinan pas lebih matang menongkah arus politik masa kini. Harap ini suatu reliti dan selepas ini pas harus berubah sikap berani kerana benar dan tak takut andai tak bersalah. Dan ayam berbulu musang dalam pas Selangor harus dibunuh sahaja kariar politik mereka.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks