RSN RAYER Pula Ditangkap Polis Kerana Menghasut!!!

Monday 1 September 2014


Makin marahlah DAP, makin mengamuklah Anwar Ibrahim yang sudah mula bercakap tentang OPERASI LALANG II.

Berita terbaru yang diterima ialah, RSN Rayer hari ini ditangkap jam 6:33 petang tadi di bawah Akta Pertubuhan dan kini ditahan di IPD Timur Laut di Jalan Pattani.

Rayer dikehendaki memberi kenyataan pada jam 3:00 petang tadi dan selepas memberikan keterangan, dia telah ditahan. Menurut Rayer, dia hanya diberitahu, penahanannya adalah di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan dia terpaksa bermalam di lokap.

Penahanan Rayer adalah ekoran penahanan 156 orang anggota PPS yang ditahan selepas pembabitan mereka dalam perarakan Hari Kemerdekaan semalam di Padang Kota Lama. Antara yang turut ditahan adalah Exco Negeri, Phee Boon Poh yang juga merupakan Pengerusi PPS.

Rayer yang merupakan salah seorang peguam kumpulan tersebut, sebelum ini dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka selama empat hari di lokap.

Kesemua mereka ditahan selepas Ketua Polis Negara mengisytiharkan PPS adalah pertubuhan haram memandangkan tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. PPS juga didakwa terbabit dalam gangsterisme.

Sebelum ini, Rayer telah didakwa di bawah Seksyen 41 (b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan 'CELAKA' yang ditujukan kepada tiga orang pemimpin UMNO. Rayer dituduh mengeluarkan perkataan tersebut di persidangan DUN Pulau Pinang pada 20 Mei dan juga sewaktu berceramah di Island Glades, tiga hari sebelum PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei. 

Sewaktu ditemui di pintu pagar IPD, Lim Guan Eng berkata OCPD Georgetown, Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penangkapan tersebut. 

1 comment:

  1. TUN SAMBANTHAN .... Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.

    Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

    Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society).

    Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

    BERBEZA DGN INDIA DAP ini kan !!! Dasar tidak berterima kasih. Melayu masih ingat peristiwa hitam DAP MEI 13HB. ... rayer ... Peristiwa KS tidak pernah mengajar ko yer .. !! Tunggu nasib ko .. Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar

    ReplyDelete

RSN RAYER Pula Ditangkap Polis Kerana Menghasut!!!

Monday 1 September 2014 ·


Makin marahlah DAP, makin mengamuklah Anwar Ibrahim yang sudah mula bercakap tentang OPERASI LALANG II.

Berita terbaru yang diterima ialah, RSN Rayer hari ini ditangkap jam 6:33 petang tadi di bawah Akta Pertubuhan dan kini ditahan di IPD Timur Laut di Jalan Pattani.

Rayer dikehendaki memberi kenyataan pada jam 3:00 petang tadi dan selepas memberikan keterangan, dia telah ditahan. Menurut Rayer, dia hanya diberitahu, penahanannya adalah di bawah Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 dan dia terpaksa bermalam di lokap.

Penahanan Rayer adalah ekoran penahanan 156 orang anggota PPS yang ditahan selepas pembabitan mereka dalam perarakan Hari Kemerdekaan semalam di Padang Kota Lama. Antara yang turut ditahan adalah Exco Negeri, Phee Boon Poh yang juga merupakan Pengerusi PPS.

Rayer yang merupakan salah seorang peguam kumpulan tersebut, sebelum ini dibebaskan selepas polis gagal mendapatkan perintah reman untuk menahan mereka selama empat hari di lokap.

Kesemua mereka ditahan selepas Ketua Polis Negara mengisytiharkan PPS adalah pertubuhan haram memandangkan tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. PPS juga didakwa terbabit dalam gangsterisme.

Sebelum ini, Rayer telah didakwa di bawah Seksyen 41 (b) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan perkataan 'CELAKA' yang ditujukan kepada tiga orang pemimpin UMNO. Rayer dituduh mengeluarkan perkataan tersebut di persidangan DUN Pulau Pinang pada 20 Mei dan juga sewaktu berceramah di Island Glades, tiga hari sebelum PRK Bukit Gelugor pada 25 Mei. 

Sewaktu ditemui di pintu pagar IPD, Lim Guan Eng berkata OCPD Georgetown, Mior Faridalatrash Wahid mengesahkan penangkapan tersebut. 

1 comments:

Anonymous said...
1 September 2014 at 21:02  

TUN SAMBANTHAN .... Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun.

Pada tahun 1955, Sambanthan membawa MIC masuk Parti Perikatan, satu parti campuran antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) untuk bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu. Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak. Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

Cabaran gentir ketika itu pula adalah pemecahan kawasan perladangan yang merupakan punca pencarian sebahagian besar rakyat India Malaysia. MIC kemudiannya berusaha menubuhkan koperasi bagai mentakbir ladang tersebut dan dengan itu mendorong kepada penubuhan NLFCS (National Land Finance Cooperative Society).

Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan. Lalu Sambanthan dilantik menjadi Menteri Kesihatan. Seterusnya pada tahun 1959, Sambanthan dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom dan Pos. Jawatan yang terakhir dipegang oleh Sambanthan ialah Menteri Perpaduan Negara. Sepanjang tempoh menjadi menteri kabinet, begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi.

BERBEZA DGN INDIA DAP ini kan !!! Dasar tidak berterima kasih. Melayu masih ingat peristiwa hitam DAP MEI 13HB. ... rayer ... Peristiwa KS tidak pernah mengajar ko yer .. !! Tunggu nasib ko .. Allahuakbar ... Allahuakbar ... Allahuakbar

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks