SPRM Tangkap Kastam Rasuah, 22 Orang Ditahan

Thursday 4 September 2014


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Sepuluh daripada mereka merupakan pemilik syarikat dan ejen-ejen mereka. Turut ditahan pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi khas secara besar-besaran di Lembah Klang.

Operasi ini turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan.

Difahamkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.

Salah seorang daripada 12 pegawai Kastam itu merupakan Pengarah Kastam Negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, tindakan menahan kesemua mereka merupakan hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Kata beliau, sindiket melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang.

"SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Barang-barang yang tidak dibayar duti kastam terbabit terdiri daripada rokok dan arak. Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara. Malah sebahagian barang terbabit turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.

Operasi yang dijalankan bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh SPRM bersama pasukan petugas khas. Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity.

6 comments:

  1. Wow....jerung dah kena tangkap....selepas masuk mahkamah didapati bebas tuduhan kemudian sambung balik kerja sehingga pencen....tahniah kastam....inilah akibat semua pekerja terdiri Dari satu keturunan....fuck kastam

    ReplyDelete
  2. Anonymous 12:30 dah kena cekup suspek kes mana boleh bertugas,digantung perkhidmatan sehingga selesai kes...hihi
    Tahniah sprm

    ReplyDelete
  3. lepas ni gi pulak kat JPJ, disitu lagi banyak jerung yg menyusahkan rakyat dan yg menyenangkan apek2 cina

    ReplyDelete
  4. tahniah sprm....banteras sampai habis...warga kastam x semua x betul..cuma yg segelintir ni la jadikan sehingga org sebut KASTAM sebagai Kalau Ada Sapu Tak Ada Mintak..emmm

    ReplyDelete
  5. SPRM siasat sampai 1tahun. Betul . Bukan senang nak dapatkan bukti sahih untuk menangkap jerung besar. Shabas . Dan harap jerung2 yang masih bebas itu juga terus diawasi walau lambat tetapi mesti lengkap dengan bukti kukuh.....janjinya setiap peribadi yang pecah amanah di cekup dan dihukum.

    Dalam hal ini adakah kastam2 ni dapat khidmat peguam percuma dap itu? Tentu dapat agaknya sebab dap ini ramai peguam yang rajin menolong .

    ReplyDelete
  6. Katanya kerajaan takde duit lah, rupanya orang kerajaan yang buat duit, rakyat ge yang susah.

    ReplyDelete

SPRM Tangkap Kastam Rasuah, 22 Orang Ditahan

Thursday 4 September 2014 ·


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menahan 22 individu termasuk 12 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang disyaki terbabit dalam aktiviti rasuah dalam melepaskan barang seludup yang tidak diisytihar cukai.

Sepuluh daripada mereka merupakan pemilik syarikat dan ejen-ejen mereka. Turut ditahan pemandu lori yang membawa barang-barang yang diseludup.

Kesemua mereka ditahan dalam satu operasi khas secara besar-besaran di Lembah Klang.

Operasi ini turut merampas wang tunai daripada individu terbabit dan barang yang diseludup dari gudang pelabuhan.

Difahamkan nilai ketirisan akibat aktiviti lari daripada cukai ini mencecah ratusan juta ringgit.

Salah seorang daripada 12 pegawai Kastam itu merupakan Pengarah Kastam Negeri.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Sri Mohd Shukri Abdull berkata, tindakan menahan kesemua mereka merupakan hasil pemantauan lebih setahun di kawasan Zon Perdagangan Bebas Cukai di Pelabuhan Klang.

Kata beliau, sindiket melibatkan transaksi rasuah kerana melindungi sindiket aktiviti penyeludupan dan penyalahgunaan kemudahan di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang.

"SPRM percaya tangkapan ini telah berjaya menumpaskan dalang yang terbesar dalam aktiviti penyeludupan rokok dan arak, yang tidak dibayar duti kastam, di sebuah pelabuhan utama di Zon Perdagangan Bebas Cukai Pelabuhan Klang," kata beliau dalam satu kenyataan petang ini.

Barang-barang yang tidak dibayar duti kastam terbabit terdiri daripada rokok dan arak. Ia diseludup keluar untuk pasaran dalam negara. Malah sebahagian barang terbabit turut dihantar untuk jualan di negara jiran secara haram.

Operasi yang dijalankan bermula semalam dilaksanakan secara bersepadu diketuai oleh SPRM bersama pasukan petugas khas. Turut menyertai operasi khas ini ialah Polis Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Bank Negara dan CyberSecurity.

6 comments:

Anonymous said...
4 September 2014 at 12:30  

Wow....jerung dah kena tangkap....selepas masuk mahkamah didapati bebas tuduhan kemudian sambung balik kerja sehingga pencen....tahniah kastam....inilah akibat semua pekerja terdiri Dari satu keturunan....fuck kastam

Anonymous said...
4 September 2014 at 12:40  

Anonymous 12:30 dah kena cekup suspek kes mana boleh bertugas,digantung perkhidmatan sehingga selesai kes...hihi
Tahniah sprm

Anonymous said...
4 September 2014 at 12:54  

lepas ni gi pulak kat JPJ, disitu lagi banyak jerung yg menyusahkan rakyat dan yg menyenangkan apek2 cina

Anonymous said...
4 September 2014 at 12:57  

tahniah sprm....banteras sampai habis...warga kastam x semua x betul..cuma yg segelintir ni la jadikan sehingga org sebut KASTAM sebagai Kalau Ada Sapu Tak Ada Mintak..emmm

Anonymous said...
4 September 2014 at 21:33  

SPRM siasat sampai 1tahun. Betul . Bukan senang nak dapatkan bukti sahih untuk menangkap jerung besar. Shabas . Dan harap jerung2 yang masih bebas itu juga terus diawasi walau lambat tetapi mesti lengkap dengan bukti kukuh.....janjinya setiap peribadi yang pecah amanah di cekup dan dihukum.

Dalam hal ini adakah kastam2 ni dapat khidmat peguam percuma dap itu? Tentu dapat agaknya sebab dap ini ramai peguam yang rajin menolong .

Anonymous said...
5 September 2014 at 05:36  

Katanya kerajaan takde duit lah, rupanya orang kerajaan yang buat duit, rakyat ge yang susah.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks