BANJIR DI KAJANG... K3NAPA PAKATAN TAK TERANGKAN BANJIR DISEBABKAN PAKATAN JUAL TANAH YANG SEPATUTNYA JADI SALIRAN ELAK BANJIR?

Friday 14 November 2014

Banjir kilat melanda Kajang sekali lagi dalam tempoh yang amat singkat. Kita belum mendengar sebarang alasan konkrit dari Kerajaan Negeri Selangor mahupun MPKj.

Namun satu fakta yang tidak boleh dinafikan atau cuba disorokkan oleh Pakatan Rakyat ialah, antara punca utama banjir di Kajang ialah ketamakan, kehalobaan dan keserakahan Pakatan Rakyat sendiri!

Tahu atau tidak pada tahun 2007, Kerajaan Negeri Selangor yang pada waktu itu merupakan kerajaan BN telah merancang satu projek pengairan yang akan mengatasi banjir kilat di Kajang.

Projek tersebut akan menyambungkan Sungai Jelok dan Sungai Langat memandangkan kedua-dua sungai tersebut mengairi pekan Kajang. Kerajaan BN Selangor turut merancang untuk menyambung  Sungai Langat dengan Sungai Kelang menerusi terusan bagi mengelakkan limpahan air sungai.

Bagaimanapun pada Februari 2011, Pakatan Rakyat telah membatalkan projek tersebut dan menjual tanah yang sepatutnya terusan dibina kepada sebuah syarikat swasta iaitu Tropicana untuk tujuan pembinaan perumahan mewah. Tanah tersebut telah dijual pada kadar harga yang sangat rendah dan hanya dibayar dalam tempoh 20 tahun bermula dari April 2013.

Pembatalan projek terusan itu telah menyebabkan Kajang berhadapan dengan banjir kilat yang sangat teruk.

Begitulah apabila keuntungan untuk kaum kroni lebih diutamakan berbanding kepentongan rakyat. Yang kenyang dannkaya raya dalam masalah yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk Kajang ialah Tropicana, syarikat yang amat dijaga oleh Azmin Ali dan Pakatan Rakyat sehinggakan Khalid Ibrahim diguling untuk tujuan memastikan Tropicana dan kepentingan syarikat itu di Selangor terjaga.

2 comments:

  1. Inilah masalahnya apabila beruk dan monyet dipilih menjadi yb....

    ReplyDelete
  2. YB tu kan ada kipas. Suruh dia kipas awan yang bawa hujan pasti tak banjir lahabau punya wakil rakyat kuat nipu.

    ReplyDelete

BANJIR DI KAJANG... K3NAPA PAKATAN TAK TERANGKAN BANJIR DISEBABKAN PAKATAN JUAL TANAH YANG SEPATUTNYA JADI SALIRAN ELAK BANJIR?

Friday 14 November 2014 ·

Banjir kilat melanda Kajang sekali lagi dalam tempoh yang amat singkat. Kita belum mendengar sebarang alasan konkrit dari Kerajaan Negeri Selangor mahupun MPKj.

Namun satu fakta yang tidak boleh dinafikan atau cuba disorokkan oleh Pakatan Rakyat ialah, antara punca utama banjir di Kajang ialah ketamakan, kehalobaan dan keserakahan Pakatan Rakyat sendiri!

Tahu atau tidak pada tahun 2007, Kerajaan Negeri Selangor yang pada waktu itu merupakan kerajaan BN telah merancang satu projek pengairan yang akan mengatasi banjir kilat di Kajang.

Projek tersebut akan menyambungkan Sungai Jelok dan Sungai Langat memandangkan kedua-dua sungai tersebut mengairi pekan Kajang. Kerajaan BN Selangor turut merancang untuk menyambung  Sungai Langat dengan Sungai Kelang menerusi terusan bagi mengelakkan limpahan air sungai.

Bagaimanapun pada Februari 2011, Pakatan Rakyat telah membatalkan projek tersebut dan menjual tanah yang sepatutnya terusan dibina kepada sebuah syarikat swasta iaitu Tropicana untuk tujuan pembinaan perumahan mewah. Tanah tersebut telah dijual pada kadar harga yang sangat rendah dan hanya dibayar dalam tempoh 20 tahun bermula dari April 2013.

Pembatalan projek terusan itu telah menyebabkan Kajang berhadapan dengan banjir kilat yang sangat teruk.

Begitulah apabila keuntungan untuk kaum kroni lebih diutamakan berbanding kepentongan rakyat. Yang kenyang dannkaya raya dalam masalah yang dihadapi oleh rakyat dan penduduk Kajang ialah Tropicana, syarikat yang amat dijaga oleh Azmin Ali dan Pakatan Rakyat sehinggakan Khalid Ibrahim diguling untuk tujuan memastikan Tropicana dan kepentingan syarikat itu di Selangor terjaga.

2 comments:

Anonymous said...
15 November 2014 at 22:15  

Inilah masalahnya apabila beruk dan monyet dipilih menjadi yb....

Anonymous said...
16 November 2014 at 17:10  

YB tu kan ada kipas. Suruh dia kipas awan yang bawa hujan pasti tak banjir lahabau punya wakil rakyat kuat nipu.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks