CADANGAN MENTERI WANITA HERET IBU BAPA ROTAN ANAK-ANAK KE PENJARA, DITENTANG KERAS SEMUA PIHAK!

Sunday 25 January 2015


Hari ini, Menteri Wanita, Rohani Karim menimbulkan perdebatan hangat di dunia media sosial apabila menekankan bahawa kementeriannya bercadang akan membentangkan rang undang-undang yang bakal menjadikan ibu bapa sebagai penjenayah kerana merotan anak-anak ke Parlimen pada Jun nanti bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Ternyata, ia bukan sahaja disindir dan diperlecehkan kerana kenyataan Rohani Karim itu semakin mengesahkan bahawa Kerajaan masakini seperti kehilangan arah dengan serangan bertali arus kaum LGBT dan mereka yang menyamar sebagai pejuang hak asasi, tetapi juga ditentang keras oleh pemimpin UMNO mahupun peguam-peguam pro-Kerajaan.

Ini adalah dua kenyataan iaitu daripada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil dan SukaGuam:

------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN AKHBAR

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PINDAAN AKTA KANAK-KANAK 2001:
JANGAN TERGESA-GESA JENAYAHKAN IBU BAPA


KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2015 – Saya merujuk kenyataan akhbar oleh YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah. Wanita UMNO mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan. Namun begitu, pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta supaya pihak kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam hal ini, saya harap pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar yang berkenaan sebelum keputusan dibuat.

Saya berpandangan walaupun Malaysia merupakan Negara pihak kepada CRC, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan obligasinya supaya kepentingan terbaik kanak-kanak serta keluarga mereka turut diambil kira, selaras dengan acuan kita sendiri.

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child - CRC) yang diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995, menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil segala langkah perundangan dan pentadbiran sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan oleh ibu bapa atau pihak lain yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Namun, Artikel 5 dan 18 CRC turut menyatakan Negara pihak menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak, selaras dengan adat tempatan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu diberi ruang untuk mendisiplinkan anak-anak mereka, tetapi tidak sehingga peringkat mendera.

Saya merujuk kepada keputusan menjatuhkan hukuman ke atas ibu bapa yang merotan anak mereka (seperti kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshaldi di Switzerland pada tahun 2014) boleh membawa kepada PEMISAHAN SEMENTARA antara kanak-kanak dengan ibu bapa mereka. Ada pihak yang menyatakan bahawa perkara ini mungkin bercanggah dengan Artikel 9 CRC yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya.

Wanita UMNO juga meminta supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan satu pertemuan segera dengan semua stakeholders termasuk Wanita Barisan Nasional untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap pindaan undang-undang yang akan dilakukan.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SukaGuam minta kementerian segera batalkan cadangan jadikan merotan anak sebagai kesalahan jenayah.

Rujukan kes pasangan Malaysia Sweden sudah jelas dan nyata, mungkinkah anak-anak akan dipisahkan dengan ibubapa kandung hingga berusia 18 tahun ?

Akan wujudkah manipulasi dan 'industri anak angkat' yang memberi pulangan lumayan, sepertimana Sweden membayar 10 ribu Swedish Kronas (RM4,300) kepada ibubapa angkat ?
--------------------------------------

1. Pengalaman SukaGuam sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden mendapati larangan merotan anak seperti terkandung dalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ditentang hebat oleh pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak-pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

2. Jika pihak mereka juga tidak sependapat berkenaan perkara ini, mengapa pula Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat negara ini yang merotan anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin melalui kaedah tertentu.

3. Harus diingat bahawa merotan bagi tujuan mendidik adalah 'amat berbeza' dengan perbuatan mendera seperti yang ditafsir dalam CRC. Malah, statistik penderaan kanak-kanak tidak pun berkurangan, malah bertambah buruk di negara-negara yang melarang perbuatan merotan anak.

4. Kesalahan jenayah melibatkan 2 elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah). Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar dari pengertian ini.

5. SukaGuam bimbang, hukuman ke atas ibubapa yang merotan anak akan disusuli dengan tindakan susulan seperti di Sweden iaitu memisahkan anak-anak berkenaan sehingga berusia 18 tahun. Anak-anak akan diperintah mahkamah untuk diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berkemungkinan berbeza agama.

6. Hasil kajian kami di Sweden juga mendapati bahawa sejak undang-undang itu diperkenalkan pada 1979, sudah lebih 300 ribu kanak-kanak dipisahkan dengan ibubapa kandung mereka dan terpaksa hidup dengan keluarga angkat sehingga berusia 18 tahun. Undang-undang ini amatlah menyiksa jiwa anak-anak dan ibubapa kandung berkenaan.

5. Beberapa pihak di Sweden juga mendedahkan betapa undang-undang ini dimanipulasi untuk mengaut keuntungan dengan wujudnya 'industri anak angkat', di mana pemberi maklumat dan ibubapa angkat diberi bayaran sehingga 10 Ribu Swedish Krona (kira-kira RM4,300) bagi seorang anak angkat yang dijaga.

6. Menteri berkenaan mungkin terkhilaf dalam perkara ini, namun masih belum terlambat untuk memperbetulkannya. Merotan anak-anak adalah diharuskan oleh agama bagi tujuan mendidik, seperti yang disebut dalam Hadis Nabi.

7. Mengapa kita mahu termakan umpan agenda Barat melalui Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang secara halus mahu umat Islam menjauhi ajaran agama dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah ?

8. Cadangan ini jika dilaksanakan bakal melahirkan 'generasi besar kepala', tidak menghormati ibubapa, seterusnya membesar dengan akhlak buruk seperti yang kini berlaku di negara yang mengamalkan peraturan larangan merotan anak.

Khairul Anwar Rahmat
Pengerusi SukaGuam Malaysia.



12 comments:

  1. menteri yang tak pikir panjang bila buat statement dan suka diskriminasi kaum lelaki kat Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Ikut sahaja panduan ugama Islam dalam mendidik anak. Jangan ikut panduan golongan kafir dan munafik. Benda yang mudah, jangan dirumitkan.

    ReplyDelete
  3. Saya rasa undang undang tersebut tidak perlu diadakan kerana tidak sesuai dengan budaya Malaysia dan mendidik anak secara Islam. Merotan bukan bermakna mendera anak tersebut kerana ia lebih kepada mengajar. Kita pun telah ada undang undang mendera kanak kanak yang hukemannya adalah berat. Jangan sampai nanti ibu bapa tak boledh mendidik anak mereka. Apa nak jadi dengan perkembangan kanak kanak tersebut jika ibu bapa tidak boleh menghukum mereka. Saya berharap kerajaan memikirkan sedalam dalam nya akan implikasi yang akan timbul. Jangan nak ikut barat secara membabi buta. Rujuk pendapat rakyat jelata dan alim ulama.

    ReplyDelete
  4. menteri ni mewakili comango ke?

    ReplyDelete
  5. Inilah kualiti menteri2 sekarang.. Tak boleh pikiaq ka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi tu..buleh pikiaq..tp dlm otak ada sikit selaput bebal..kna wat operate buang selaput tu.

      Delete
  6. Nabi ajar ,kalo umur 10 tahun x solat boleh dirotan..ape ke bangangnye Mak menteri ni rotan dikira jenayah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila rujuk fatwa yang dipetik daripada Islam Q and A :-

      How to Smack Children to Make Them Pray?

      http://islamqa.info/en/127233

      "With regard to smacking a child for not praying, it is stipulated that the smacking should be light and should not be painful and should not break the skin, or break a tooth or bone. It should be on the back or the hand and the like, and the face is to be avoided because it is forbidden to strike it, because the Prophet (blessings and peace of Allaah be upon him) forbade that.

      It should not be more than ten blows, and it should be done for the purpose of discipline and teaching. So he (the parent etc) should not show his desire to punish, except when there is a need to show that, such as if the child is turning away from prayer and forsaking it, and the like".

      Delete
  7. Fikir baik-baik. Dalam ISLAM HARAM MEMUKUL DENGAN ROTAN anak-anak. Rotan ialah satu media yang boleh menimbulkan kesakitan jika di gunakan dengan daya MEMUKUL.

    Memukul anak-anak menurut syarie tidak boleh dengan rotan. Setuju dengan Menteri. Nak pukul anak silalah ikut syarie. Kalau nak guna rotan pun bukannya MEMUKUL. Cukup dengan meletakkannya dengan perlahan sebagai simbolik hukuman.

    Hak untuk Merotan/Sebat yang menimbulkan kesakitan (walaupun sedikit - seperti sebatan Qzaf zina dan minum arak) hanya terletak pada pemerintah bukan Mak bapak.

    MEMUKUL DENGAN ROTAN ANAK-ANAK ialah SATU JENAYAH DALAM ISLAM kerana ROTAN DAN DAYA MEMUKUL boleh menimbulkan kesakitan.

    ReplyDelete
  8. Oi anon 18:59 - LU JGN: BIKIN TEMBERANG aaahh!

    ReplyDelete
  9. Kan Dunia Islam dan ramai pemimpin Islam-LIBERAL-SOTONG/DAYUS dok asyik TERUJA mcm. si PEMBODEK-BANGANG memanjang - dok SEMBAH-mcm-si-KULI, "hak asasi kesamaan-kebebasan tanpa-batasan/demokrasi"-SAMPAH si MUSUH ISLAM dari Barat-ZIONIS dan ejen-ejen mereka dari si DAPBANGKAI/PKRSODOM!

    Sedgkan si HIPOKRIT Barat/ISrael-KEPARAT boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH/MEROGOL umat Islam termasuk ANAK-ANAk ISLAM kita, dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  10. http://youtu.be/cWmJ59RlVEk

    SILA LIHAT

    ReplyDelete

CADANGAN MENTERI WANITA HERET IBU BAPA ROTAN ANAK-ANAK KE PENJARA, DITENTANG KERAS SEMUA PIHAK!

Sunday 25 January 2015 ·


Hari ini, Menteri Wanita, Rohani Karim menimbulkan perdebatan hangat di dunia media sosial apabila menekankan bahawa kementeriannya bercadang akan membentangkan rang undang-undang yang bakal menjadikan ibu bapa sebagai penjenayah kerana merotan anak-anak ke Parlimen pada Jun nanti bagi menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Ternyata, ia bukan sahaja disindir dan diperlecehkan kerana kenyataan Rohani Karim itu semakin mengesahkan bahawa Kerajaan masakini seperti kehilangan arah dengan serangan bertali arus kaum LGBT dan mereka yang menyamar sebagai pejuang hak asasi, tetapi juga ditentang keras oleh pemimpin UMNO mahupun peguam-peguam pro-Kerajaan.

Ini adalah dua kenyataan iaitu daripada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Shahrizat Abdul Jalil dan SukaGuam:

------------------------------------------------------------------------------------------

KENYATAAN AKHBAR

DATO’ SRI SHAHRIZAT ABDUL JALIL
KETUA PERGERAKAN WANITA UMNO MALAYSIA

PINDAAN AKTA KANAK-KANAK 2001:
JANGAN TERGESA-GESA JENAYAHKAN IBU BAPA


KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2015 – Saya merujuk kenyataan akhbar oleh YB Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berhubung cadangan untuk menjadikan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah. Wanita UMNO mempertahankan hak kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan, pengabaian, penderaan dan keganasan. Namun begitu, pindaan ini perlu diteliti dengan lebih mendalam serta meminta supaya pihak kerajaan tidak tergesa-gesa untuk menggubal rang undang-undang baharu yang bakal menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001.

Dalam hal ini, saya harap pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sudah mengadakan rundingan khusus dengan semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) seperti Persatuan Ibu Bapa, pakar psikologi, NGO dan pakar-pakar yang berkenaan sebelum keputusan dibuat.

Saya berpandangan walaupun Malaysia merupakan Negara pihak kepada CRC, kerajaan tidak perlu tergesa-gesa dalam melaksanakan obligasinya supaya kepentingan terbaik kanak-kanak serta keluarga mereka turut diambil kira, selaras dengan acuan kita sendiri.

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (Convention on the Rights of the Child - CRC) yang diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1995, menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil segala langkah perundangan dan pentadbiran sewajarnya untuk melindungi kanak-kanak daripada segala bentuk penganiayaan oleh ibu bapa atau pihak lain yang bertanggungjawab menjaga mereka.

Namun, Artikel 5 dan 18 CRC turut menyatakan Negara pihak menggunakan usaha terbaik untuk memastikan pengiktirafan prinsip bahawa kedua ibu bapa mempunyai tanggungjawab utama bagi didikan dan perkembangan kanak-kanak, selaras dengan adat tempatan. Dalam hal ini, ibu bapa perlu diberi ruang untuk mendisiplinkan anak-anak mereka, tetapi tidak sehingga peringkat mendera.

Saya merujuk kepada keputusan menjatuhkan hukuman ke atas ibu bapa yang merotan anak mereka (seperti kes Azizul Raheem Awaluddin dan Shalwati Norshaldi di Switzerland pada tahun 2014) boleh membawa kepada PEMISAHAN SEMENTARA antara kanak-kanak dengan ibu bapa mereka. Ada pihak yang menyatakan bahawa perkara ini mungkin bercanggah dengan Artikel 9 CRC yang menyatakan bahawa kanak-kanak tidak boleh dipisahkan daripada ibu bapanya tanpa kerelaannya.

Wanita UMNO juga meminta supaya Jabatan Peguam Negara mengadakan satu pertemuan segera dengan semua stakeholders termasuk Wanita Barisan Nasional untuk mendengar penjelasan dan maklum balas mengenai kesan terhadap pindaan undang-undang yang akan dilakukan.

SHAHRIZAT ABDUL JALIL

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SukaGuam minta kementerian segera batalkan cadangan jadikan merotan anak sebagai kesalahan jenayah.

Rujukan kes pasangan Malaysia Sweden sudah jelas dan nyata, mungkinkah anak-anak akan dipisahkan dengan ibubapa kandung hingga berusia 18 tahun ?

Akan wujudkah manipulasi dan 'industri anak angkat' yang memberi pulangan lumayan, sepertimana Sweden membayar 10 ribu Swedish Kronas (RM4,300) kepada ibubapa angkat ?
--------------------------------------

1. Pengalaman SukaGuam sebagai pemerhati dalam kes pasangan Malaysia di Sweden mendapati larangan merotan anak seperti terkandung dalan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) ditentang hebat oleh pengamal undang-undang, bekas hakim, aktivis masyarakat dan ibubapa di negara itu. Malah, ia turut dikecam oleh pihak-pihak yang rasional dari Nordic Committee for Human Rights, World Peace Foundation (Sweden) serta The Stockholm Institute of Public and International Law.

2. Jika pihak mereka juga tidak sependapat berkenaan perkara ini, mengapa pula Malaysia mahu mencontohi undang-undang yang jelas berlawanan dengan amalan agama majoriti rakyat negara ini yang merotan anak bagi tujuan mendidik dan mendisiplin melalui kaedah tertentu.

3. Harus diingat bahawa merotan bagi tujuan mendidik adalah 'amat berbeza' dengan perbuatan mendera seperti yang ditafsir dalam CRC. Malah, statistik penderaan kanak-kanak tidak pun berkurangan, malah bertambah buruk di negara-negara yang melarang perbuatan merotan anak.

4. Kesalahan jenayah melibatkan 2 elemen iaitu actus reus (perlakuan) dan mens rea (niat jenayah). Niat jenayah hanya wujud andai ia berlaku secara konsisten dan tidak bersebab. Merotan anak bagi tujuan mengasuh jelas terkeluar dari pengertian ini.

5. SukaGuam bimbang, hukuman ke atas ibubapa yang merotan anak akan disusuli dengan tindakan susulan seperti di Sweden iaitu memisahkan anak-anak berkenaan sehingga berusia 18 tahun. Anak-anak akan diperintah mahkamah untuk diletakkan di bawah jagaan keluarga angkat yang berkemungkinan berbeza agama.

6. Hasil kajian kami di Sweden juga mendapati bahawa sejak undang-undang itu diperkenalkan pada 1979, sudah lebih 300 ribu kanak-kanak dipisahkan dengan ibubapa kandung mereka dan terpaksa hidup dengan keluarga angkat sehingga berusia 18 tahun. Undang-undang ini amatlah menyiksa jiwa anak-anak dan ibubapa kandung berkenaan.

5. Beberapa pihak di Sweden juga mendedahkan betapa undang-undang ini dimanipulasi untuk mengaut keuntungan dengan wujudnya 'industri anak angkat', di mana pemberi maklumat dan ibubapa angkat diberi bayaran sehingga 10 Ribu Swedish Krona (kira-kira RM4,300) bagi seorang anak angkat yang dijaga.

6. Menteri berkenaan mungkin terkhilaf dalam perkara ini, namun masih belum terlambat untuk memperbetulkannya. Merotan anak-anak adalah diharuskan oleh agama bagi tujuan mendidik, seperti yang disebut dalam Hadis Nabi.

7. Mengapa kita mahu termakan umpan agenda Barat melalui Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak yang secara halus mahu umat Islam menjauhi ajaran agama dalam mendidik anak-anak soleh dan solehah ?

8. Cadangan ini jika dilaksanakan bakal melahirkan 'generasi besar kepala', tidak menghormati ibubapa, seterusnya membesar dengan akhlak buruk seperti yang kini berlaku di negara yang mengamalkan peraturan larangan merotan anak.

Khairul Anwar Rahmat
Pengerusi SukaGuam Malaysia.



12 comments:

Anonymous said...
25 January 2015 at 16:57  

menteri yang tak pikir panjang bila buat statement dan suka diskriminasi kaum lelaki kat Malaysia.

Anonymous said...
25 January 2015 at 17:09  

Ikut sahaja panduan ugama Islam dalam mendidik anak. Jangan ikut panduan golongan kafir dan munafik. Benda yang mudah, jangan dirumitkan.

Anonymous said...
25 January 2015 at 17:46  

Saya rasa undang undang tersebut tidak perlu diadakan kerana tidak sesuai dengan budaya Malaysia dan mendidik anak secara Islam. Merotan bukan bermakna mendera anak tersebut kerana ia lebih kepada mengajar. Kita pun telah ada undang undang mendera kanak kanak yang hukemannya adalah berat. Jangan sampai nanti ibu bapa tak boledh mendidik anak mereka. Apa nak jadi dengan perkembangan kanak kanak tersebut jika ibu bapa tidak boleh menghukum mereka. Saya berharap kerajaan memikirkan sedalam dalam nya akan implikasi yang akan timbul. Jangan nak ikut barat secara membabi buta. Rujuk pendapat rakyat jelata dan alim ulama.

Anonymous said...
25 January 2015 at 18:14  

menteri ni mewakili comango ke?

Anonymous said...
25 January 2015 at 18:20  

Inilah kualiti menteri2 sekarang.. Tak boleh pikiaq ka..

Anonymous said...
25 January 2015 at 18:38  

Nabi ajar ,kalo umur 10 tahun x solat boleh dirotan..ape ke bangangnye Mak menteri ni rotan dikira jenayah..

Anonymous said...
25 January 2015 at 18:43  

Betoi tu..buleh pikiaq..tp dlm otak ada sikit selaput bebal..kna wat operate buang selaput tu.

Anonymous said...
25 January 2015 at 18:59  

Fikir baik-baik. Dalam ISLAM HARAM MEMUKUL DENGAN ROTAN anak-anak. Rotan ialah satu media yang boleh menimbulkan kesakitan jika di gunakan dengan daya MEMUKUL.

Memukul anak-anak menurut syarie tidak boleh dengan rotan. Setuju dengan Menteri. Nak pukul anak silalah ikut syarie. Kalau nak guna rotan pun bukannya MEMUKUL. Cukup dengan meletakkannya dengan perlahan sebagai simbolik hukuman.

Hak untuk Merotan/Sebat yang menimbulkan kesakitan (walaupun sedikit - seperti sebatan Qzaf zina dan minum arak) hanya terletak pada pemerintah bukan Mak bapak.

MEMUKUL DENGAN ROTAN ANAK-ANAK ialah SATU JENAYAH DALAM ISLAM kerana ROTAN DAN DAYA MEMUKUL boleh menimbulkan kesakitan.

Laksa Johor said...
25 January 2015 at 21:06  

Sila rujuk fatwa yang dipetik daripada Islam Q and A :-

How to Smack Children to Make Them Pray?

http://islamqa.info/en/127233

"With regard to smacking a child for not praying, it is stipulated that the smacking should be light and should not be painful and should not break the skin, or break a tooth or bone. It should be on the back or the hand and the like, and the face is to be avoided because it is forbidden to strike it, because the Prophet (blessings and peace of Allaah be upon him) forbade that.

It should not be more than ten blows, and it should be done for the purpose of discipline and teaching. So he (the parent etc) should not show his desire to punish, except when there is a need to show that, such as if the child is turning away from prayer and forsaking it, and the like".

Anonymous said...
26 January 2015 at 09:49  

Oi anon 18:59 - LU JGN: BIKIN TEMBERANG aaahh!

Anonymous said...
26 January 2015 at 09:49  

Kan Dunia Islam dan ramai pemimpin Islam-LIBERAL-SOTONG/DAYUS dok asyik TERUJA mcm. si PEMBODEK-BANGANG memanjang - dok SEMBAH-mcm-si-KULI, "hak asasi kesamaan-kebebasan tanpa-batasan/demokrasi"-SAMPAH si MUSUH ISLAM dari Barat-ZIONIS dan ejen-ejen mereka dari si DAPBANGKAI/PKRSODOM!

Sedgkan si HIPOKRIT Barat/ISrael-KEPARAT boleh asyik MENJAJAH/MEROMPAK Dunia Islam dan MEMBUNUH/MEROGOL umat Islam termasuk ANAK-ANAk ISLAM kita, dlm. GENOSID yg. berterusan, termasuk di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Afghanistan, Nigeria, Mali, Afrika Tengah, Guinea, Kenya, Somalia dsbnya! Dasar si HIPOKRIT-puak-syaitan termasuk UN/ICC-ICJ-INTERPOL dsbnya yg. disyaki diKUASAI si PENGGANAS Barat/NATO- ZIONIS!!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...
30 January 2015 at 03:40  

http://youtu.be/cWmJ59RlVEk

SILA LIHAT

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks