APA HUBUNGAN ISTIMEWA KIT SIANG DENGAN HAKIM MAHKAMAH AGUNG SAMPAI DIA KOMPLEN HAKIM TERSEBUT TIDAK NAIK PANGKAT?

Wednesday 25 February 2015

Mungkin sebahagian daripada anda tidak perasan atau mungkin juga sebaliknya, setiap kali Lim Guan Eng terkantoi, terdesak atau tidak boleh menjawab kerana isu-isu besar melibatkan pembohongannya sendiri, Lim Kit Siang pasti akan muncul dengan beberapa isu yang sengaja dicetuskan semata-mata untuk melindungi Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng bukan sahaja sedang berhadapan dengan kemarahan orang Melayu dan sebahagian orang Cina Pulau Pinang kerana dasar-dasar populisnya tetapi menzalimi rakyat marhein, malah hubungan renggang antara DAP dan PAS terutama yang berkaitan dengan hudud, semakin membungkamkan mulut Lim Guan Eng. Sedangkan seperti yang diketahui, Lim Guan Eng adalah seorang yang kuat bercakap tetapi kurang bekerja. Dia akan bercakap apa-apa sahaja di samping cuba memperkecil-kecilkan sesiapa sahaja yang dilihat boleh mengancam populiritinya atau membuka tembelangnya.

Bukan itu sahaja, Lim Guan Eng yang suatu ketika pernah menjadi pemimpin DAP yang paling disayangi PAS, kini terdedah sebagai dalang yang membiayai PASMA, sebuah kumpulan parasit yang kewujudan mereka bertujuan untuk menghancurkan PAS dari dalam. Lim Guan Eng adalah pembiaya PASMA yang memperolehi dana bantuan sebanyak RM500,000 bagi setiap tiga bulan untuk operasi menghancurkan PAS dengan projek utama merampas saf kepimpinan utama PAS dalam pemilihan akan datang.

Demi menyelamatkan air muka Lim Guan Eng yang semakin hari semakin bacul dan pondan sifatnya, Lim Kit Siang cuba membangkitkan isu yang dilihatnya lebih besar iaitu isu institusi kehakiman, sekaligus pada masa yang sama, semakin mengesahkan hasratnya untuk mencampuri bidang kuasa yang bukan di bawah bidangnya.

Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria yang tidak menaikkan pangkat Hishamuddin Mohd Yunus yang merupakan hakim Mahkamah Agung. Menurut Lim Kit Siang, tindakan Ketua Hakim Negara itu boleh dipersoalkan.

Bagaimanapun, tindakan Lim Kit Siang mempersoalkan kenaikan pangkat itu juga boleh dipersoalkan. Apa hubungan dan kaitan antara Hishamuddin Mohd Yunus dengan DAP? Apakah hubungan itu sama seperti hubungan Hakim Muhammad Ariff, salah seorang hakim Mahkamah Agung dengan PAS di mana dia sendiri adalah bekas calon PAS untuk DUN Kota Damansara pada tahun 2004 dan telah menjadi hakim untuk beberapa kes yang akhirnya dimenangi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat?

Tindakan Lim Kit Siang menyebut secara terperinci tentang Hishamuddin Mohd Yunus, merupakan satu penunjuk arah bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Apa yang diharapkan sangat oleh Lim Kit Siang yang sudah tentu bersuara bagi pihak anak lelakinya, Lim Guan Eng menerusi tindakan menaikkan pangkat Hihamuddin Mohd Yunus ke Mahkamah Persekutuan?

Apakah Lim Kit Siang turut berada dalam situasi mencaturkan hakim-hakim tertentu sepertimana dalam beberapa kes yang melibatkan hakim-hakim tertentu yang keputusan penghakiman mereka akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP seperti dalam kes saman fitnah Lim Guan Eng?

Tuduhan mencatur hakim sudah lama dibuat oleh DAP tetapi dalam kebanyakan kes DAP menentang Kerajaan, hakim-hakim tertentu memberikan kemenangan kepada DAP walaupun secara jelas, DAP membuat tuntutan tidak berasas. Walaupun wujud juga penglibatan peguam-peguam mewakili kerajaan yang dilihat menjadi faktor kekalahan kerana selain lemah dan kelihatan tidak bersedia, ada pula yang dengan sengaja ponteng daripada menghadiri perbicaraan seperti yang berlaku kepada FELDA dan Utusan Malaysia.

Sistem kehakiman negara ini perlu telus dan dilihat telus. Apabila pemimpin yang berkepentingan terutama sekali apabila anaknya memegang rekod sebagai penyaman fitnah terbesar di Malaysia memerlukan hakim-hakim yang berpihak kepadanya, mula bersuara dan memperkatakan tentang kepincangan sistem kehakiman, maka pastilah ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Pastilah keengganan Ketua Hakim Negara menaikkan pangkat hakim-hakim tertentu yang menjadi perhatian mereka, menimbulkan keresahan sehingga akhirnya menyebabkan mereka cuba mempolitikkan isu ini sepertimana yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.

2 comments:

  1. Ben, apa kna mngena coretan ni dgn tjuk yg f ktngahkn d atas!!!

    ReplyDelete
  2. Pembangkang DAP dan PKR dah lama mencaturi & melacuri Badan Perundangan dengan berselindung di sebalik hak asasi Manusia. Hancur lunyai seluruh sistem perundangan negara dibajak mereka.

    ReplyDelete

APA HUBUNGAN ISTIMEWA KIT SIANG DENGAN HAKIM MAHKAMAH AGUNG SAMPAI DIA KOMPLEN HAKIM TERSEBUT TIDAK NAIK PANGKAT?

Wednesday 25 February 2015 ·

Mungkin sebahagian daripada anda tidak perasan atau mungkin juga sebaliknya, setiap kali Lim Guan Eng terkantoi, terdesak atau tidak boleh menjawab kerana isu-isu besar melibatkan pembohongannya sendiri, Lim Kit Siang pasti akan muncul dengan beberapa isu yang sengaja dicetuskan semata-mata untuk melindungi Lim Guan Eng.

Lim Guan Eng bukan sahaja sedang berhadapan dengan kemarahan orang Melayu dan sebahagian orang Cina Pulau Pinang kerana dasar-dasar populisnya tetapi menzalimi rakyat marhein, malah hubungan renggang antara DAP dan PAS terutama yang berkaitan dengan hudud, semakin membungkamkan mulut Lim Guan Eng. Sedangkan seperti yang diketahui, Lim Guan Eng adalah seorang yang kuat bercakap tetapi kurang bekerja. Dia akan bercakap apa-apa sahaja di samping cuba memperkecil-kecilkan sesiapa sahaja yang dilihat boleh mengancam populiritinya atau membuka tembelangnya.

Bukan itu sahaja, Lim Guan Eng yang suatu ketika pernah menjadi pemimpin DAP yang paling disayangi PAS, kini terdedah sebagai dalang yang membiayai PASMA, sebuah kumpulan parasit yang kewujudan mereka bertujuan untuk menghancurkan PAS dari dalam. Lim Guan Eng adalah pembiaya PASMA yang memperolehi dana bantuan sebanyak RM500,000 bagi setiap tiga bulan untuk operasi menghancurkan PAS dengan projek utama merampas saf kepimpinan utama PAS dalam pemilihan akan datang.

Demi menyelamatkan air muka Lim Guan Eng yang semakin hari semakin bacul dan pondan sifatnya, Lim Kit Siang cuba membangkitkan isu yang dilihatnya lebih besar iaitu isu institusi kehakiman, sekaligus pada masa yang sama, semakin mengesahkan hasratnya untuk mencampuri bidang kuasa yang bukan di bawah bidangnya.

Lim Kit Siang mempersoalkan tindakan Ketua Hakim Negara, Arifin Zakaria yang tidak menaikkan pangkat Hishamuddin Mohd Yunus yang merupakan hakim Mahkamah Agung. Menurut Lim Kit Siang, tindakan Ketua Hakim Negara itu boleh dipersoalkan.

Bagaimanapun, tindakan Lim Kit Siang mempersoalkan kenaikan pangkat itu juga boleh dipersoalkan. Apa hubungan dan kaitan antara Hishamuddin Mohd Yunus dengan DAP? Apakah hubungan itu sama seperti hubungan Hakim Muhammad Ariff, salah seorang hakim Mahkamah Agung dengan PAS di mana dia sendiri adalah bekas calon PAS untuk DUN Kota Damansara pada tahun 2004 dan telah menjadi hakim untuk beberapa kes yang akhirnya dimenangi oleh para pemimpin Pakatan Rakyat?

Tindakan Lim Kit Siang menyebut secara terperinci tentang Hishamuddin Mohd Yunus, merupakan satu penunjuk arah bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Apa yang diharapkan sangat oleh Lim Kit Siang yang sudah tentu bersuara bagi pihak anak lelakinya, Lim Guan Eng menerusi tindakan menaikkan pangkat Hihamuddin Mohd Yunus ke Mahkamah Persekutuan?

Apakah Lim Kit Siang turut berada dalam situasi mencaturkan hakim-hakim tertentu sepertimana dalam beberapa kes yang melibatkan hakim-hakim tertentu yang keputusan penghakiman mereka akan berpihak kepada Pakatan Rakyat, khususnya DAP seperti dalam kes saman fitnah Lim Guan Eng?

Tuduhan mencatur hakim sudah lama dibuat oleh DAP tetapi dalam kebanyakan kes DAP menentang Kerajaan, hakim-hakim tertentu memberikan kemenangan kepada DAP walaupun secara jelas, DAP membuat tuntutan tidak berasas. Walaupun wujud juga penglibatan peguam-peguam mewakili kerajaan yang dilihat menjadi faktor kekalahan kerana selain lemah dan kelihatan tidak bersedia, ada pula yang dengan sengaja ponteng daripada menghadiri perbicaraan seperti yang berlaku kepada FELDA dan Utusan Malaysia.

Sistem kehakiman negara ini perlu telus dan dilihat telus. Apabila pemimpin yang berkepentingan terutama sekali apabila anaknya memegang rekod sebagai penyaman fitnah terbesar di Malaysia memerlukan hakim-hakim yang berpihak kepadanya, mula bersuara dan memperkatakan tentang kepincangan sistem kehakiman, maka pastilah ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Pastilah keengganan Ketua Hakim Negara menaikkan pangkat hakim-hakim tertentu yang menjadi perhatian mereka, menimbulkan keresahan sehingga akhirnya menyebabkan mereka cuba mempolitikkan isu ini sepertimana yang dilakukan oleh Lim Kit Siang.

2 comments:

Anonymous said...
26 February 2015 at 10:45  

Ben, apa kna mngena coretan ni dgn tjuk yg f ktngahkn d atas!!!

Anonymous said...
26 February 2015 at 12:51  

Pembangkang DAP dan PKR dah lama mencaturi & melacuri Badan Perundangan dengan berselindung di sebalik hak asasi Manusia. Hancur lunyai seluruh sistem perundangan negara dibajak mereka.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks