KUIL HINDU TERSELAMAT, TAPI SURAU TAHUN 1997, HENDAK DIROBOHKAN AZMIN ALI KERANA 'CEROBOH' TANAH KERAJAAN!!!

Monday 9 February 2015

Surau Al-Islah di Taman Langat Jaya, Bandar Baru Seksyen 5, telah dibina pada penghujung 1997 memandangkan keperluan sebuah surau untuk penduduk di taman perumahan tersebut. Sebelum itu, masyarakat di taman perumahan tersebut mengadakan solat berjamaah di sebuah rumah yang dijadikan tadika oleh seorang penduduk.

1997, Seksyen 5 Bandar Baru Bangi hanyalah melibatkan Taman Langat Jaya yang 100% penduduknya adalah Melayu-Islam, dan Taman West Country yang melibatkan campuran masyarakat India dan Melayu dengan sebahagian daripada mereka ditempatkan di situ apabila estet tempat mereka bekerja, telah diambilalih.

Masjid yang paling dekat dengan Taman Langat Jaya adalah Masjid UKM yang jaraknya adalah hampir 5 kilometer. Terdapat beberapa kuil Hindu di West Country yang kebanyakannya pula terletak di tanah rezab sungai.

Atas semangat dan keperluan kifayah umat Islam, penduduk bergotong royong dengan mengeluarkan wang poket dan tenaga empat kerat membersihkan kawasan yang menjadi rezab sungai untuk dijadikan tapak surau. Pentadbiran Khir Toyo (UMNO-BN) telah memberikan kebenaran pendudukan sementara memandangkan surau tersebut terletak hampir 150 meter dari tebing sungai. Turut memberikan kebenaran adalah JAIS dan Pejabat Daerah dan Tanah pada waktu itu.

Pelebaran mahupun proses mendalamkan sungai tidak langsung melibatkan surau tersebut. Surau juga makmur dengan aktiviti penduduk Taman Langat Jaya, termasuklah untuk mengadakan majlis kenduri mahupun majlis ilmu.

Surau Al-Islah, walaupun pada zaman Reformasi tahun 1998, turut menjadi tempat aktiviti puak reformasi dan PAS yang kuat menyokong Anwar Ibrahim,

Dari tahun 1997 sehingga 2014, tiada sebarang ancaman kepada kewujudan Al-Islah, walaupun pada masa yang sama, taman perumahan baru di sebelah Taman Langat Jaya, dibangunkan sebuah surau bernama Al-Ikhwan yang sehingga kini masih lagi dalam pembinaan.

Keputusan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Azmin Ali untuk merobohkan Surau Al-Islah, sebenarnya dilihat terlalu kejam memandangkan Kerajaan Negeri dan Pejabat Daerah tidak mengkhususkan tapak tertentu untuk Surau Al-Islah dipindahkan. Sebaliknya berdasarkan perbualan dengan penduduk setempat, surau tersebut bakal dimusnahkan kerana 'menceroboh tanah kerajaan' walaupun pada zaman Khir Toyo UMNO-BN, kebenaran telah diberikan.

Lebih menarik lagi ialah, kuil Hindu di seberang sungai yang juga terletak di tanah rezab sungai, tidak terjejas dan tidak pula menerima sebarang notis perobohan seperti Surau Al-Islah. Terdapat dua kuil Hindu di West Country dengan salah satunya terletak hanya lebih kurang 500 meter dari Surau Al-Islah, manakala sebuah lagi terletak di sisi sekolah jenis kebangsaan tamil.

0 comments:

Post a Comment

KUIL HINDU TERSELAMAT, TAPI SURAU TAHUN 1997, HENDAK DIROBOHKAN AZMIN ALI KERANA 'CEROBOH' TANAH KERAJAAN!!!

Monday 9 February 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks