KIDEX TETAP DIBATALKAN DAN SOLUSINYA CUKUP SENANG, KERAJAAN PERSEKUTUAN TANGGUNG PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Friday 20 March 2015

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor bertegas untuk membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Alasannya sama, iaitu 'mempertahankan tanah rakyat Selangor'.

Namun penyelesaian trafik di kawasan yang cukup bermasalah tersebut, amat mudah. Dan rasa-rasanya kalaupun seorang pelajar tadika menjadi Menteri Besar Selangor, penyelesaian itu juglah yang akan diambil.

Kata Azmin Ali, segala tanggungjawab menyelesaikan masalah trafik dan kesesakan di kawasan berkenaan, DISERAHKAN kepada Kerajaan Persekutuan menerusi pembaikian mutu perkhidmatan awam!

Azmin Ali sudah terlalu lama tidak menyusuri jalan-jalan raya di sekitar Selangor, terutama di kawasan yang menjadi sub kepada Bandaraya Kuala Lumpur seperti Puchong, Kinrara, Damansara, Kelana Jaya, mahupun Petaling Jaya, malah Kelang dan Kepong. Jadi, disebabkan itulah, Azmin Ali tidak tahu masalah sebenar kesesakan jalanraya.

Berapa kerat daripada penduduk di kawasan-kawasan terbabit yang mahu menggunakan pengangkutan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri dengan alasan-alasan klise dan tipikal yang sudah boleh jangka?

Bukankah setiap kali Kerajaan Persekutuan mahu meningkatkan taraf pengangkutan awam, maka Pakatan Rakyat sendiri yang akan menentangnya kononnya pembaziran negara? Projek MRT bernilai beberapa bilion itu, ditentang keras oleh DAP dan menganggap kewujudannya sekadar menambahkan lagi masalah terutama perampasan tanah sehinggakan DAP berjaya membuat tunjuk perasaan bagi pemilik-pemilik premis perniagaan Jalan Sultan yang mereka perlu berpindah bagi membolehkan pembinaan terowong bawah tanah untuk MRT dilakukan?

Bukankah MRT dibina merentasi negeri Selangor sedangkan itu jugalah projek yang cukup kuat dibantah?

Senang benar menjadi Menteri Besar Selangor. Cukup dengan mengeluarkan kenyataan dan segala-galanya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Timbul pertanyaan, berapa banyakkah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat pemilik bas-bas awam memandangkan kebanyakan syarikat-syarikat tersebut kini sebahagian besarnya sudah lupus atau pun terpaksa mengurangkan jumlah dan masa operasi memandangkan kekurangan penumpang?

Tak mahu buat lebuhraya tetapi penyelesaiannya diserahkan kepada Kerajaan Pusat.

Bijak! Bijak akal DAP dalam kepala dan mulut Azmin Ali!

Jadi, dia makan gaji sebagai Menteri Besar buat apa?

3 comments:

  1. azmin mmg bijak..yang bodohnya ialah menteri kerajaan pusat...huhu

    ReplyDelete
  2. Menteri Besar yang tidak bertanggung jawab. Kalau macam ini janganbuat apa-apa pun. Projek air pun batal jer. Biar rakyat Selangor minum air perigi dan air longkang.

    ReplyDelete
  3. Elok la sgt. Lepas ni biar isu air biar aje begitu. Biar selangor xde air. Nk kutuk, kutuklah. Kalau ditolongpun umpama anjing je...menggigit balik.

    ReplyDelete

KIDEX TETAP DIBATALKAN DAN SOLUSINYA CUKUP SENANG, KERAJAAN PERSEKUTUAN TANGGUNG PENGANGKUTAN AWAM SELANGOR

Friday 20 March 2015 ·

Azmin Ali, Menteri Besar Selangor menegaskan, Kerajaan Negeri Selangor bertegas untuk membatalkan projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX). Alasannya sama, iaitu 'mempertahankan tanah rakyat Selangor'.

Namun penyelesaian trafik di kawasan yang cukup bermasalah tersebut, amat mudah. Dan rasa-rasanya kalaupun seorang pelajar tadika menjadi Menteri Besar Selangor, penyelesaian itu juglah yang akan diambil.

Kata Azmin Ali, segala tanggungjawab menyelesaikan masalah trafik dan kesesakan di kawasan berkenaan, DISERAHKAN kepada Kerajaan Persekutuan menerusi pembaikian mutu perkhidmatan awam!

Azmin Ali sudah terlalu lama tidak menyusuri jalan-jalan raya di sekitar Selangor, terutama di kawasan yang menjadi sub kepada Bandaraya Kuala Lumpur seperti Puchong, Kinrara, Damansara, Kelana Jaya, mahupun Petaling Jaya, malah Kelang dan Kepong. Jadi, disebabkan itulah, Azmin Ali tidak tahu masalah sebenar kesesakan jalanraya.

Berapa kerat daripada penduduk di kawasan-kawasan terbabit yang mahu menggunakan pengangkutan awam berbanding menggunakan kenderaan sendiri dengan alasan-alasan klise dan tipikal yang sudah boleh jangka?

Bukankah setiap kali Kerajaan Persekutuan mahu meningkatkan taraf pengangkutan awam, maka Pakatan Rakyat sendiri yang akan menentangnya kononnya pembaziran negara? Projek MRT bernilai beberapa bilion itu, ditentang keras oleh DAP dan menganggap kewujudannya sekadar menambahkan lagi masalah terutama perampasan tanah sehinggakan DAP berjaya membuat tunjuk perasaan bagi pemilik-pemilik premis perniagaan Jalan Sultan yang mereka perlu berpindah bagi membolehkan pembinaan terowong bawah tanah untuk MRT dilakukan?

Bukankah MRT dibina merentasi negeri Selangor sedangkan itu jugalah projek yang cukup kuat dibantah?

Senang benar menjadi Menteri Besar Selangor. Cukup dengan mengeluarkan kenyataan dan segala-galanya diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Timbul pertanyaan, berapa banyakkah bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada syarikat-syarikat pemilik bas-bas awam memandangkan kebanyakan syarikat-syarikat tersebut kini sebahagian besarnya sudah lupus atau pun terpaksa mengurangkan jumlah dan masa operasi memandangkan kekurangan penumpang?

Tak mahu buat lebuhraya tetapi penyelesaiannya diserahkan kepada Kerajaan Pusat.

Bijak! Bijak akal DAP dalam kepala dan mulut Azmin Ali!

Jadi, dia makan gaji sebagai Menteri Besar buat apa?

3 comments:

Anonymous said...
20 March 2015 at 17:47  

azmin mmg bijak..yang bodohnya ialah menteri kerajaan pusat...huhu

Anonymous said...
20 March 2015 at 18:26  

Menteri Besar yang tidak bertanggung jawab. Kalau macam ini janganbuat apa-apa pun. Projek air pun batal jer. Biar rakyat Selangor minum air perigi dan air longkang.

Anonymous said...
20 March 2015 at 18:40  

Elok la sgt. Lepas ni biar isu air biar aje begitu. Biar selangor xde air. Nk kutuk, kutuklah. Kalau ditolongpun umpama anjing je...menggigit balik.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks