PERANG DI PARLIMEN DAN PAKATAN TAK PERCAYA SHAFEE ABDULLAH CUMA DIBAYAR RM1000 UNTUK DAKWA ANWAR IBRAHIM!

Wednesday 11 March 2015

Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri memberitahu Parlimen, bayaran kepada Shafee Abdullah untuk mendakwa Anwar Ibrahim, hanyalah RM1,000 sahaja, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan ternyata tidak berpuas hati dan tidak percaya.

Mereka secara terang-terangan menuduh kenyataan itu adalah bohong dan tipu!

Sukar bagi mereka untuk menerima hakikat bahawa Shafee Abdullah sebenarnya yang menawarkan diri untuk membantu kerajaan dan mendakwa Anwar Ibrahim sehingga sabit kesalahannya selepas Anwar Ibrahim berjaya meloloskan diri semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Malah mereka langsung tidak mengambil kira dengan janji Shafee Abdullah bahawa dia sanggup memberikan khidmat percuma dalam kes berkenaan.

Semuanya kerana Anwar Ibrahim telah mengupah belasan orang peguam yang berharga mahal untuk membelanya sepanjang perbicaraan selama 7 tahun. Dalam usaha para Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membuktikan kerajaan telah membazirkan wang rakyat membayar Shafee Abdullah yang amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim, mereka cuba juga melarikan persoalan berapa jumlah sebenar yang telah digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk membayar peguam-peguam upahannya.

Kerana itu jugalah, Ahli Parlimen Pangerang, Azalina Othman Said membelasah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan terutama sekali Nurul Izzah dan PKR-DAP yang gagal menerima keputusan mahkamah yang telah mensabitkan kesalahan Anwar Ibrahim.

Katanya, Pakatan seharusnya menghormati dan menerima keputusan mahkamah apatah lagi perbicaraan tersebut berlangsung selama 7 tahun dan Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat telah menggunakan pelbagai cara dan usaha untuk memenangi kes tersebut.

Azalina Othman turut menyelar peguam-peguam yang menjadi Ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Rakyat yang menuduh mahkamah tidak berlaku adil.

"Kalau betulah institusi kehakiman Malaysia ini institusi yang dibelenggu oleh syaitan, jangan jadi peguam. Letak jawatan, jadi pendakwaraya yang berpendidikan... apabila menang, hakim 'best', kalau kalah, hakim 'tak best'," katanya.

5 comments:

  1. RM1,000 mahal tu sebab Anuar jadi penasihat ekonomi selangor dapat RM1 saje

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi punahsihat cuma RM1 tetapi elaun beribu ribu... tak ke tanya berapa dia bayar 16 peguam tu...

      Delete
  2. CUCU SAYA YANG BELAJAR DI PUSAT ASUHAN KANAK KETAWA BERDEKAH-DEKAH BILA DAPAT TAHU KES LIWAT ANUAR DIBICARA SELAMA 7 TAHUN, DITANGGUH 60 X, PEGUAM BELA 16 ORANG LAWAN PENDAKWA RAYA (2-3 ORANG). Bila kalah kata Mahkamah Tak Adil. Bila menang undang-undang adil. (Memang patut masuk dalam sejarah perundangan dunia dan bukan setakat M'sia) Kah...kah...kah..kah Bolo punya olang lu PKR/DAP

    ReplyDelete
  3. Tak habis lagi ke hal Anwar ni / wahai ahli ahli parlimen (maksud saya semua parti ) cukup cukup lah dgn hal Anwar / YB YB semua telah dipilih dan dilantik mewakili rakyat bersidanglah dengan jujur untuk rakyat dan negera. CUKUP CUKUP LAA

    ReplyDelete
  4. jomsokongpetitionini11 March 2015 at 17:01

    Please support this petition where they asked obama to give justice to anwar but ask anwar and PKR to give justice to the "whistleblower" whom claim his family land encroached since 2012......we believe many others pkr members, voters, selangorian and malaysian that was denied justice by pkr esp during pkr party election........ie khalid ibrahim etc....and if you do please support the petition...

    https://petitions.whitehouse.gov/petition/anwar-ask-his-releasejustice-how-about-myjusticeanwar-party-led-stateselangormake-me-lost-10k-sqft-land-no-actnext/lyCbkFpX

    ReplyDelete

PERANG DI PARLIMEN DAN PAKATAN TAK PERCAYA SHAFEE ABDULLAH CUMA DIBAYAR RM1000 UNTUK DAKWA ANWAR IBRAHIM!

Wednesday 11 March 2015 ·

Apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri memberitahu Parlimen, bayaran kepada Shafee Abdullah untuk mendakwa Anwar Ibrahim, hanyalah RM1,000 sahaja, Ahli-Ahli Parlimen Pakatan ternyata tidak berpuas hati dan tidak percaya.

Mereka secara terang-terangan menuduh kenyataan itu adalah bohong dan tipu!

Sukar bagi mereka untuk menerima hakikat bahawa Shafee Abdullah sebenarnya yang menawarkan diri untuk membantu kerajaan dan mendakwa Anwar Ibrahim sehingga sabit kesalahannya selepas Anwar Ibrahim berjaya meloloskan diri semasa perbicaraan di Mahkamah Tinggi.

Malah mereka langsung tidak mengambil kira dengan janji Shafee Abdullah bahawa dia sanggup memberikan khidmat percuma dalam kes berkenaan.

Semuanya kerana Anwar Ibrahim telah mengupah belasan orang peguam yang berharga mahal untuk membelanya sepanjang perbicaraan selama 7 tahun. Dalam usaha para Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk membuktikan kerajaan telah membazirkan wang rakyat membayar Shafee Abdullah yang amat ditakuti oleh Anwar Ibrahim, mereka cuba juga melarikan persoalan berapa jumlah sebenar yang telah digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk membayar peguam-peguam upahannya.

Kerana itu jugalah, Ahli Parlimen Pangerang, Azalina Othman Said membelasah Ahli-Ahli Parlimen Pakatan terutama sekali Nurul Izzah dan PKR-DAP yang gagal menerima keputusan mahkamah yang telah mensabitkan kesalahan Anwar Ibrahim.

Katanya, Pakatan seharusnya menghormati dan menerima keputusan mahkamah apatah lagi perbicaraan tersebut berlangsung selama 7 tahun dan Anwar Ibrahim serta Pakatan Rakyat telah menggunakan pelbagai cara dan usaha untuk memenangi kes tersebut.

Azalina Othman turut menyelar peguam-peguam yang menjadi Ahli Parlimen dan pemimpin Pakatan Rakyat yang menuduh mahkamah tidak berlaku adil.

"Kalau betulah institusi kehakiman Malaysia ini institusi yang dibelenggu oleh syaitan, jangan jadi peguam. Letak jawatan, jadi pendakwaraya yang berpendidikan... apabila menang, hakim 'best', kalau kalah, hakim 'tak best'," katanya.

5 comments:

Anonymous said...
11 March 2015 at 16:11  

RM1,000 mahal tu sebab Anuar jadi penasihat ekonomi selangor dapat RM1 saje

Anonymous said...
11 March 2015 at 16:22  

CUCU SAYA YANG BELAJAR DI PUSAT ASUHAN KANAK KETAWA BERDEKAH-DEKAH BILA DAPAT TAHU KES LIWAT ANUAR DIBICARA SELAMA 7 TAHUN, DITANGGUH 60 X, PEGUAM BELA 16 ORANG LAWAN PENDAKWA RAYA (2-3 ORANG). Bila kalah kata Mahkamah Tak Adil. Bila menang undang-undang adil. (Memang patut masuk dalam sejarah perundangan dunia dan bukan setakat M'sia) Kah...kah...kah..kah Bolo punya olang lu PKR/DAP

Anonymous said...
11 March 2015 at 16:38  

Tak habis lagi ke hal Anwar ni / wahai ahli ahli parlimen (maksud saya semua parti ) cukup cukup lah dgn hal Anwar / YB YB semua telah dipilih dan dilantik mewakili rakyat bersidanglah dengan jujur untuk rakyat dan negera. CUKUP CUKUP LAA

jomsokongpetitionini said...
11 March 2015 at 17:01  

Please support this petition where they asked obama to give justice to anwar but ask anwar and PKR to give justice to the "whistleblower" whom claim his family land encroached since 2012......we believe many others pkr members, voters, selangorian and malaysian that was denied justice by pkr esp during pkr party election........ie khalid ibrahim etc....and if you do please support the petition...

https://petitions.whitehouse.gov/petition/anwar-ask-his-releasejustice-how-about-myjusticeanwar-party-led-stateselangormake-me-lost-10k-sqft-land-no-actnext/lyCbkFpX

Anonymous said...
11 March 2015 at 17:16  

jadi punahsihat cuma RM1 tetapi elaun beribu ribu... tak ke tanya berapa dia bayar 16 peguam tu...

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks