RAFIZI DITANGKAP KERANA #KITALAWAN, BUKANNYA KERANA REPORT POLIS 1MDB

Wednesday 11 March 2015

Pecacai Pakatan Rakyat sekarang ini sedang berusaha memutarbelitkan fakta dan cuba menipu secara jelas.

Semalam, Rafizi Ramli telah ditangkap ketika hendak membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri dan 1MDB. Rafizi Ramli yang sudah mengetahui dia akan ditangkap kerana pembabitannya dalam hasutan #KITALAWAN dan March To Freedom, cuba mengambil kesempatan untuk menonjolkan namanya dengan memberi gambaran konon-kononnya Perdana Menteri terlalu takut dan mengarahkan PDRM menangkapnya.

Beberapa orang yang lain turut sama ditangkap sebelum ini termasuklah Ketua AMK, Nik Nazmi dan seorang aktivis AMK, Saifullah Zulkifli telah ditahan kerana pembabitan, hasutan serta penganjuran demonstrasi #KITALAWAN pada 7 Mac 2015.

Rafizi Ramli dilihat menjadi instrumen kepada Tony Pua dalam memerangi 1MDB yang dilihat berjaya 'menjajah' tanah di Pulau Pinang bagi tujuan pembinaan rumah mampu milik di Air Itam. Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh Lim Guan Eng, mahukan tanah tersebut untuk dibangunkan bagi pembinaan kondominium dan apartment mewah berbanding 1MDB yang berjaya mendapatkan tanah tersebut untuk rumah mampu milik yang enggan dibina oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang.

DAP menerusi Tony Pua berusaha berhempas pulas untuk membuktikan 1MDB adalah satu skandal dan penyelewengan kewangan terbesar negara. PKR menerusi Rafizi Ramli pula bertindak sebagai peracun fikiran rakyat terutama sekali orang Melayu untuk percaya, Najib Abdul Razak telah menggunakan 1MDB yang sebenarnya mendapat suntikan pelaburan dari luar negara, khususnya dari PetroSaudi milik Kerajaan Arab Saudi bagi pelbagai tujuan pelaburan dan pembangunan.

0 comments:

Post a Comment

RAFIZI DITANGKAP KERANA #KITALAWAN, BUKANNYA KERANA REPORT POLIS 1MDB

Wednesday 11 March 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks