SPAD, HAMID ALBAR DAN LIM GUAN ENG... ADAKAH MEREKA RAKAN SUBAHAT?

Friday 20 March 2015

Berita dan pengumuman anak lelaki Allahyarham Jaafar Albar bahawa tambang teksi dan bas ekspress dinaikkan, telah menyebabkan semua orang marah, sekalipun ramai daripada mereka tidak lagi menggunakan perkhidmatan teksi dan bas ekspress.

Allahyarham Syed Jaafar Albar semasa hidupnya digelar sebagai SINGA UMNO kerana kelantangannya ke atas Lee Kuan Yew. 

Malahan, Syed Hamid yang mendapat jolokan baru sebagai KODOMO LION, menerima kecaman paling buruk kerana pengumuman dan keputusan yang dibuat, di luar mesyuarat Kabinet. Malah ada yang membuat andaian, pengumuman tentang kenaikan tambang tersebut dikatakan, telah dibuat tanpa pengetahuan dan persetujuan Kabinet.

Difahamkan dalam berita terbaru, Perdana Menteri telah bersetuju untuk mengarahkan SPAD agar membatalkan kenaikan harga tambang sepertimana yang diumumkan oleh Syed Hamid Albar. Namun berita tersebut masih lagi bersifat spekulasi selagi tiada pemberitahuan atau pengumuman rasmi.

Walau apa pun yang diumumkan, persepsi rakyat sekarang sudah jelas. SPAD sedang mengusahakan kerja 'TIKAM BELAKANG' terutama ke atas Najib Abdul Razak membabitkan GST dan dasar-dasar negara terhadap rakyat marhein.

Dengan kata lain, walaupun Najib seringkali menyatakan, Rakyat Didahulukan tetapi banyak agensi serta orang-orang kepercayaan yang dilantiknya sendiri bertindak sebaliknya.

Ia tidak sama seperti apa yang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. Berita kenaikan tarif air sebanyak 400% langsung tidak diperkatakan, dikutuk mahupun dibenci oleh mereka yang kononnya memperjuangkan kedudukan rakyat marhein.

Selama 19 tahun, Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang dipimpin oleh GERAKAN tidak pernah menaikkan kadar air sekaligus menjadikan kadar air Pulau Pinang merupakan yang paling rendah di Malaysia.

Namun selepas DAP mengambil alih Kerajaan Negeri, kadar tarif air telah dinaikkan sebanyak tiga kali termasuklah memperkenalkan surcaj air pada tahun 2011 yang mana ia tidak pernah wujud sebelum itu dan kemudiannya menggandakannya pada tahun 2013.

Pengguna domestik telah bertambah sebanyak 16.7% dan sehingga 30% bagi pengguna tegar. Namun bagi pengguna komersial, tarif air telah meningkat lebih dramatik iaitu sehingga 400% untuk harga asas dan sekali ganda bagi penggunaan air pada kadar normal.

Peninggatan ini menjadikan peningkatan kadar tambang SPAD tidak ubah seperti permainan kanak-kanak!

Menariknya, Perbadanan Air Pulau Pinang meminta penambahan bekalan air mentah secara percuma dari Kerajaan Negeri Kedah sedangkan air itu kemudiannya dikenakan bayaran setinggi 400% daripada kadar asal. Kerajaan Negeri Kedah pula, tidak mendapat apa-apa walaupun air yang diniagakan oleh Perbadanan Air Pulau Pinang itu adalah air dari Negeri Kedah.

Apa yang dilakukan oleh Pulau Pinang sebenarnya cukup mudah untuk dikesan. Lim Guan Eng tidak akan menurunkan kadar air yan telah dinaikkan itu walau apa cara sekalipun. Sebaliknya Kerajaan Negeri Kedah yang akan dipersalahkan, kononnya enggan bekerjasama dengan Negeri Pulau Pinang membekalkan air mentah sehinggakan KErajaan Negeri Pulau Pinang perlu menaikkan kadar tarif air agar rakyat lebih berjimat.

Nampak tak permainan puak-puak ni?

2 comments:

SPAD, HAMID ALBAR DAN LIM GUAN ENG... ADAKAH MEREKA RAKAN SUBAHAT?

Friday 20 March 2015 ·

Ted Manoff said...
20 March 2015 at 21:35  

Oh..ini Syed Botak Gondol

Unknown said...
25 April 2017 at 00:44  

pulau opinang mmg semua cina yaang kontrol tiada yg pelik laa

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks