AMARAN KERAS RAFIZI RAMLI KEPADA PAS: TARIK BALIK BOIKOT ATAU PKR AKAN PUTUSKAN SEMUA HUBUNGAN DENGAN PAS SEPERTI DI SABAH!

Monday 20 April 2015


Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut :-

1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.

3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP?

7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS.

8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.

9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.

Sekian, terima kasih.

YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

20 April 2015

10 comments:

  1. CAKAP BERDEGAR DEGAR.PUTUSKAN SAHAJALAH KALAU REAL JANTAN.
    POOOOORA.

    ReplyDelete
  2. Nko ni siapa dlm dap ? Apa hal memandai2. Nko ni becakap bg pehak pkr ke dap.
    Nko tau ke kerusi parlimen permatang pauh tu ditandingi oleh pas masa anwar dlm umno ? Nko ni hinggus pun tak kering lg.

    ReplyDelete
  3. Fuiyooo..terbaik la drama bersiri pas pkr ni... tp yg x best nye dah boleh agak dah dia punye ending...

    ReplyDelete
  4. Masa susah Pas di cari bila dah agak senang Pas di maki,nasiblah Pas.Redho je lah ,awak dah tersilap langkah,berkawan dgn parti sekular,Bikin fatwa tahaluf syiasi yg entah dari ayat mana ,hadith mana yg di teliti,utk menghalalkan persingkokolan.Akhirnya memakan diri.

    ReplyDelete
  5. Tk perlu fanatik utk sesuatu parti.guna akal masa mengundi.yg mana terbaik memperjuang kn islam dn bangsa melayu.itusaja.tk perlu bergaduh,maki hamun di blog.guna kn kuasa undi memilih yg terbaik.yg menang pun masih tetap penting kn diri. elaun yg berhormat dinaik kn,sekor tkde membantah.nyorok bawah meja.ini dinamakn pejuang rakyat.memang aku tk balik ngundi di permatang pauh le jwabnya.tk berbaloi.

    ReplyDelete
  6. Bila pas bekawan dgn pkr,bukti cctv pon di anggap besi,apa punya samdol la pas ne

    ReplyDelete
  7. Pas membantu pkr umpama anjing tersepit,ini lah jadinya

    ReplyDelete
  8. Tanpa ahli pas... pkr ade penyokong ke?(gah mcm skrg ni)

    ReplyDelete
  9. Tanpa ahli pas... pkr ade penyokong ke?(gah mcm skrg ni)

    ReplyDelete

AMARAN KERAS RAFIZI RAMLI KEPADA PAS: TARIK BALIK BOIKOT ATAU PKR AKAN PUTUSKAN SEMUA HUBUNGAN DENGAN PAS SEPERTI DI SABAH!

Monday 20 April 2015 ·


Berhubung kenyataan media yang telah dikeluarkan oleh YDP PAS Kawasan Permatang Pauh berkenaan hubungan kerjasama PAS - PKR dalam PRK P.Pauh, PKR ingin menegaskan perkara berikut :-

1. Menuntut PAS menarik balik kenyataan mengeluarkan kenyataan media secara terbuka tidak akan membantu PKR dalam PRK Permatang Pauh.

2. Kerusi Parlimen Permatang Pauh adalah milik tradisi PKR. PAS tidak berhak untuk mencampuri dan mempersoalkan calon yang akan dipilih kepimpinan PKR. PAS juga tidak perlu ada niat untuk meletakkan calon di kawasan tersebut.

3. PKR ingin memperjelaskan sekali lagi bahawa PKR tetap sependapat dengan DAP dan tidak akan menyokong Rang Undang-Undang Persendirian tentang hudud oleh Kerajaan PAS Kelantan.

4. PKR dan DAP tidak akan teragak-agak untuk memutuskan segala hubungan dengan PAS sepertimana yang telah dilakukan di Sabah sekiranya kepimpinan PAS masih lagi bersikap mementingkan diri dan tidak mengikuti keputusan bersama dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat.

5. Kepimpinan PAS harus menerima hakikat bahawa kemenangan kerusi milik PAS dalam siri pilihanraya lepas disebabkan kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

6. PAS dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang sebagai Presiden PAS dilihat gagal mewujudkan pentadbiran dan pengurusan negeri secara bijaksana sehingga mengakibatkan kekalahan Pakatan Rakyat di Kedah dan Perak. Sebagai bukti, Selangor di bawah PKR dan Pulau Pinang di bawah DAP tetap teguh dan memenangi lebih banyak kerusi berbanding PAS. Bukankah ini penanda aras bahawa kekuatan sebenar dalam Pakatan Rakyat ialah PKR dan DAP?

7. Kepimpinan PAS harus menerima kenyataan ini secara terbuka bagi memastikan bahawa Pakatan Rakyat dibawah PKR dan DAP adalah jauh lebih baik berbanding PAS.

8. PKR juga menyeru kepada semua ahli PAS agar berani membuat perubahan dalam kepimpinan PAS supaya rakyat akan kembali memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat. Kepimpinan PAS yang ada sekarang sudah terlalu lama memegang jawatan dan dilihat gagal menentukan halatuju PAS dalam Pakatan Rakyat. Berilah peluang kepada Dato Paduka Husam Musa sebagai Presiden PAS yang baru.

9. PKR sekali lagi menyeru kepada PAS Permatang Pauh supaya menarik balik segala kenyataan media dan membantu PKR di Permatang Pauh. Sekiranya PAS tidak mahu terlibat membantu PKR di Permatang Pauh maka PKR juga tidak akan teragak-agak untuk tidak membantu PAS di Rompin.

Sekian, terima kasih.

YB RAFIZI RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

20 April 2015

10 comments:

BP Boy said...
20 April 2015 at 10:20  

CAKAP BERDEGAR DEGAR.PUTUSKAN SAHAJALAH KALAU REAL JANTAN.
POOOOORA.

Anonymous said...
20 April 2015 at 10:31  

Nko ni siapa dlm dap ? Apa hal memandai2. Nko ni becakap bg pehak pkr ke dap.
Nko tau ke kerusi parlimen permatang pauh tu ditandingi oleh pas masa anwar dlm umno ? Nko ni hinggus pun tak kering lg.

Anonymous said...
20 April 2015 at 10:44  

Fuiyooo..terbaik la drama bersiri pas pkr ni... tp yg x best nye dah boleh agak dah dia punye ending...

Anonymous said...
20 April 2015 at 10:47  

Masa susah Pas di cari bila dah agak senang Pas di maki,nasiblah Pas.Redho je lah ,awak dah tersilap langkah,berkawan dgn parti sekular,Bikin fatwa tahaluf syiasi yg entah dari ayat mana ,hadith mana yg di teliti,utk menghalalkan persingkokolan.Akhirnya memakan diri.

Anonymous said...
20 April 2015 at 11:02  

Tk perlu fanatik utk sesuatu parti.guna akal masa mengundi.yg mana terbaik memperjuang kn islam dn bangsa melayu.itusaja.tk perlu bergaduh,maki hamun di blog.guna kn kuasa undi memilih yg terbaik.yg menang pun masih tetap penting kn diri. elaun yg berhormat dinaik kn,sekor tkde membantah.nyorok bawah meja.ini dinamakn pejuang rakyat.memang aku tk balik ngundi di permatang pauh le jwabnya.tk berbaloi.

Anonymous said...
20 April 2015 at 12:23  

BP Boy
jantan ke dia
hmmmmm

Anonymous said...
20 April 2015 at 15:06  

Bila pas bekawan dgn pkr,bukti cctv pon di anggap besi,apa punya samdol la pas ne

Anonymous said...
20 April 2015 at 15:09  

Pas membantu pkr umpama anjing tersepit,ini lah jadinya

awan2011 said...
21 April 2015 at 01:06  

Tanpa ahli pas... pkr ade penyokong ke?(gah mcm skrg ni)

awan2011 said...
21 April 2015 at 01:07  

Tanpa ahli pas... pkr ade penyokong ke?(gah mcm skrg ni)

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks