HARI KEDUA GST... MAKIN TERUK DAN MAKIN TERSERLAH KEGAGALAN AGENSI KERAJAAN BERTINDAK!

Thursday 2 April 2015

Walaupun Pengurusan 7-11 dan KK Mart telah meminta maaf kerana 'tersilap' mengenakan cas GST kepada para pelanggan mereka, hakikatnya lebih banyak masalah membabitkan GST sedang timbul dan kelihatan tidak diambil peduli.

Dengan kata lain, pihak berkuasa yang mengendalikan GST, nampaknya langsung tidak bersedia walaupun pada pra, begitu gah kononnya sudah bersedia untuk menangani pelbagai masalah GST yang timbul.

Kalau semalam top-up, hari ini, orang ramai menimbulkan permasalahan berhubung kedai makan yang mengenakan GST kepada para pelanggan. Antaranya termasuklah di R&R Lebuhraya.

Kerajaan menyatakan bahawa makanan tidak dikenakan GST. Tetapi difahami bahawa makanan tersebut adalah mentah bukannya yang dimasak. Restoran-restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald telah mengumumkan penyerapan GST sekaligus menjadikan harga produk yang ditawarkan kepada pelanggan lebih rendah berbanding di gerai-gerai mahupun di R&R dan medan-medan selera.

Paling ketara adalah kedai-kedai mamak yang sememangnya mengenakan GST dan Service Charge dalam tempoh yang sama. Restoran-restoran mamak juga dikesan masih lagi mengenakan SST dan ditambah GST kepada para pelanggan.

Sepatutnya sehari sebelum GST dilancarkan pihak berkuasa sudah pun bersedia untuk melakukan penguatkuasaan dan pemantauan secara serius. Bukannya menunggu di bilik gerakan dengan nombor telefon yang diberikan, langsung tidak dijawab dari pagi sampailah ke petang apabila dihubungi. Manakala respons daripada aduan yang dibuat kepada e-aduan juga nampaknya seperti tidak dibacakan dan dipedulikan.

Maka tepatlah sebagaimana yang dikatakan oleh orang ramai, Kerajaan memang hebat mempopularkan pelbagai program dan dasar yang pada permukaannya kelihatan sangat cantik dan sangat baik. Tetapi sudah menjadi budaya dan amalan bagi jentera kerajaan untuk tidak menguatkuasakan dasar-dasar dan program-program berkenaan. Kakitangan kerajaan cukup suka melancarkan insiatif, program dan produk baru. Semuanya kelihatan bagus untuk KPI. Tetapi mereka juga merupakan contoh terbaik untuk melihat bagaimana agensi kerajaan hanya gah pada pelancaran program tetapi sangat lemah dalam bidang implementasi dan penguatkuasaan!


4 comments:

  1. InsyaAllah... mungkin Allah nak tunjukkan mereka2 yg memang cenderong menipu dan ambil kesempatan terhadap pelanggan. Sekarang kita tau dan kenal sapa mereka2 ni... boleh buat kesimpulan. We plan and Allah plans.... Allah is the best planner.

    Semoga pihak berkuasa pun kemaskini dan lebih proaktif... ada tindakan susulan dan tegas ke atas mereka yg menipu.

    ReplyDelete
  2. Lepas ni boikot jer....peniaga-peniaga yang penipu ni....!!!!!! Inilah sebenarnya tujuan kerajaan memperkenalkan GST....supaya penipu-penipu ni tak lagi bermaharajalela menjahanamkan negara..!!!!siapa penipu-penipu ni...bangsa apakah mereka??? sendiri mau ingat......

    ReplyDelete
  3. Sy pun hairan, kedai minum tak berdaftar GST bcoz hanya 6%. Tp harga roti canainya naik menjadi 1.20 drpd sbelumnya yg 1.00 shj. Lebih tinggi dr GST 6%. Sama ada pekedai ini bijak (krn dah biasa menipu)....atau ada yg diperbodohkan? Resit tak dikeluarkan pun.....

    ReplyDelete

HARI KEDUA GST... MAKIN TERUK DAN MAKIN TERSERLAH KEGAGALAN AGENSI KERAJAAN BERTINDAK!

Thursday 2 April 2015 ·

Walaupun Pengurusan 7-11 dan KK Mart telah meminta maaf kerana 'tersilap' mengenakan cas GST kepada para pelanggan mereka, hakikatnya lebih banyak masalah membabitkan GST sedang timbul dan kelihatan tidak diambil peduli.

Dengan kata lain, pihak berkuasa yang mengendalikan GST, nampaknya langsung tidak bersedia walaupun pada pra, begitu gah kononnya sudah bersedia untuk menangani pelbagai masalah GST yang timbul.

Kalau semalam top-up, hari ini, orang ramai menimbulkan permasalahan berhubung kedai makan yang mengenakan GST kepada para pelanggan. Antaranya termasuklah di R&R Lebuhraya.

Kerajaan menyatakan bahawa makanan tidak dikenakan GST. Tetapi difahami bahawa makanan tersebut adalah mentah bukannya yang dimasak. Restoran-restoran makanan segera seperti KFC dan McDonald telah mengumumkan penyerapan GST sekaligus menjadikan harga produk yang ditawarkan kepada pelanggan lebih rendah berbanding di gerai-gerai mahupun di R&R dan medan-medan selera.

Paling ketara adalah kedai-kedai mamak yang sememangnya mengenakan GST dan Service Charge dalam tempoh yang sama. Restoran-restoran mamak juga dikesan masih lagi mengenakan SST dan ditambah GST kepada para pelanggan.

Sepatutnya sehari sebelum GST dilancarkan pihak berkuasa sudah pun bersedia untuk melakukan penguatkuasaan dan pemantauan secara serius. Bukannya menunggu di bilik gerakan dengan nombor telefon yang diberikan, langsung tidak dijawab dari pagi sampailah ke petang apabila dihubungi. Manakala respons daripada aduan yang dibuat kepada e-aduan juga nampaknya seperti tidak dibacakan dan dipedulikan.

Maka tepatlah sebagaimana yang dikatakan oleh orang ramai, Kerajaan memang hebat mempopularkan pelbagai program dan dasar yang pada permukaannya kelihatan sangat cantik dan sangat baik. Tetapi sudah menjadi budaya dan amalan bagi jentera kerajaan untuk tidak menguatkuasakan dasar-dasar dan program-program berkenaan. Kakitangan kerajaan cukup suka melancarkan insiatif, program dan produk baru. Semuanya kelihatan bagus untuk KPI. Tetapi mereka juga merupakan contoh terbaik untuk melihat bagaimana agensi kerajaan hanya gah pada pelancaran program tetapi sangat lemah dalam bidang implementasi dan penguatkuasaan!


4 comments:

Anonymous said...
2 April 2015 at 16:22  

InsyaAllah... mungkin Allah nak tunjukkan mereka2 yg memang cenderong menipu dan ambil kesempatan terhadap pelanggan. Sekarang kita tau dan kenal sapa mereka2 ni... boleh buat kesimpulan. We plan and Allah plans.... Allah is the best planner.

Semoga pihak berkuasa pun kemaskini dan lebih proaktif... ada tindakan susulan dan tegas ke atas mereka yg menipu.

Unknown said...
2 April 2015 at 16:45  

Lepas ni boikot jer....peniaga-peniaga yang penipu ni....!!!!!! Inilah sebenarnya tujuan kerajaan memperkenalkan GST....supaya penipu-penipu ni tak lagi bermaharajalela menjahanamkan negara..!!!!siapa penipu-penipu ni...bangsa apakah mereka??? sendiri mau ingat......

Anonymous said...
2 April 2015 at 17:31  

setuju sangat

Anonymous said...
3 April 2015 at 17:18  

Sy pun hairan, kedai minum tak berdaftar GST bcoz hanya 6%. Tp harga roti canainya naik menjadi 1.20 drpd sbelumnya yg 1.00 shj. Lebih tinggi dr GST 6%. Sama ada pekedai ini bijak (krn dah biasa menipu)....atau ada yg diperbodohkan? Resit tak dikeluarkan pun.....

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks