NAJIB ABDUL RAZAK DAN ROSMAH MANSOR FAILKAN SAMAN KE ATAS RAFIZI RAMLI DAN CHAN CHEE KONG

Friday 17 April 2015

Najib dan Rosmah Mansor dilaporkan telah menfailkan saman terhadap Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan pemilik portal 'Media Rakyat' Chan Chee Kong berhubung isu subsidi minyak. Saman tersebut telah difailkan semalam menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi dan telah diserahkan kepada Rafizi Ramli serta Chan hari ini.

Menerusi writ saman tersebut, Najib dan Rosmah telah menamakan Rafizi Ramli sebagai defendan pertama manakala Chan pula adalah defendan kedua. Dalam penyata tuntutan, mereka mendakwa, Rafizi telah memberikan ucapan berbaur fitnah dalam satu forum berkaitan dengan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November 2014.

Ucapan Rafizi itu telah dirakamkan oleh 'Media Rakyat' yang kemudiannya dimuatnaikkan oleh Chan atau pembantunya ke laman web YouTube Media Rakyat dan portal Media Rakyat di bawah tajuk, 'Rafizi Ramli: Kenapa Kita Pertahankan Subsidi Minyak."

Rakaman yang sama didakwa turut dikongsikan oleh Chan dalam laman Facebook Media Rakyat dan ia boleh diakses secara bebas oleh pengguna Internet seluruh dunia. Rakaman berkenaan telah ditonton sebanyak 9,736 kali di YouTube setakat 15 April manakala terdapat 356,569 pengguna yang mengikuti akaun Facebook Rafizi Ramli dan 162,118 lagi mengikut akaun Facebook Chan.

Rafizi didakwa mempunyai niat supaya perkataan yang disebutnya diterbitkan semua oleh media massa dan dibaca oleh orang ramai. Manakala Chan pula gagal mengamalkan prinsip kewartawanan bertanggungjawab kerana tidak mengambil tindakan untuk mengesahkan atau menyiasat kebenaran tuduhan Rafizi Ramli.

Najib dan Rosmah Mansor menuntut kedua-dua defendan membayar ganti rugi am, ganti rugi tambahan dan ganti rugi teladan yang akan ditafsirkan oleh mahkamah. Mereka juga menuntut faedah ke atas ganti rugi tersebut atas kadar 5% setahun dari tarikh penerbitan sehingga tarikh penghakiman dan tarikh penyelesaian penuh.

Turut dituntut ialah satu arahan injunksi untuk menghalang Mohd Rafizi, Chan dan pembantu mereka daripada menerbitkan lebih lanjut perkataan fitnah terhadap plaintif dan perintah supaya kedua-dua mereka menerbitkan permohonan maaf secara bertulis dalam surat khabar dan majalah.

Najib dan Rosmah juga menuntut satu perintah supaya Chan mengeluarkan rakaman tersebut daripada laman YouTube Media Rakyat, laman web Media Rakyat dan Facebook Media Rakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman, lapor Bernama.

0 comments:

Post a Comment

NAJIB ABDUL RAZAK DAN ROSMAH MANSOR FAILKAN SAMAN KE ATAS RAFIZI RAMLI DAN CHAN CHEE KONG

Friday 17 April 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks