PKR TAK GENTAR DENGAN ISU HUDUD DI PERMATANG PAUH, YAKIN MAMPU TAWAN PENGUNDI PAS DENGAN CERITA SIMPATI ANWAR IBRAHIM

Friday 17 April 2015

PRK Permatang Pauh semakin hampir. Walaupun tidak ramai pemimpin PKR yang mahu memperkatakannya secara terbuka, tetapi di pihak PAS sudah ada ugutan, PAS tidak akan membantu PKR kerana PKR mendendami Hadi Awang dan berusaha menggulingkan Hadi Awang serta kepimpinan ulama dalam PAS menerusi proksi-proksi mereka dalam PAS sendiri.

PAS telah mendapat kerjasama daripada UMNO di Kelantan untuk perlaksanaan hudud. Sekarang ini, usul pembentangan hudud di Parlimen sudah pun dibuat. Lulus di Parlimen, bermakna luluslah juga hudud di Kelantan serta bermulalah kempen untuk seluruh Malaysia.

PKR bersama-sama DAP merupakan penentang kuat hudud. DAP telah mengumumkan pembekuan semua bentuk kerjasama dengan Abdul Hadi Awang, orang yang dipertanggungjawabkan kepada usul hudud di Kelantan dan Parlimen. Walaupun tidak menyatakan perkara yang sama kepada PAS, tetapi pembekuan kerjasama dengan Hadi yang merupakan Presiden PAS bermakna pembekuan dengan PAS, walaupun hakikat berkenaan cuba dinafikan oleh DAP.

Menariknya, dalam kes ini, PKR hanyalah pak turut DAP. Apa pendirian DAP, itulah juga pendirian PKR walaupun pada masa yang sama, Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR cuba mewajarkan tindakan partinya dengan istilah-istilah yang berbunyi Arab.

Isu PKR menentang hudud bukan sekadar berlegar-legar di pengetahuan orang UMNO semata-mata, tetapi lebih menjadi momokan di kalangan orang PAS sendiri.

Pengumuman PAS Permatang Pauh bahawa mereka tidak akan melibatkan diri atau bekerjasama dengan PKR di PRK Permatang Pauh, menyebabkan Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat berang dan memberi kata dua kepada pemimpin Pemuda PAS Permatang Pauh.

Sementara itu, Timbalan Ketua AMK, Dr. Afif Bahardin yang juga merupakan ADUN Seberang Jaya dan Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba menenangkan keadaan dengan menyatakan, hudud hanyalah isu yang dimainkan oleh media-media arus perdana semata-mata dan bukannya isu besar di kalangan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Menurutnya lagi, terdapat pelbagai isu lain yang boleh diketengahkan berbanding isu hudud yang dianggap lebih bersifat prihatin kepada orang ramai dan pengundi di Permatang Pauh. Secara tidak langsung, Afif cuba mengelak daripada memperkatakan perkara sebenar walaupun pada masa yang sama, Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah berkata, PKR perlu memohon maaf daripada PAS berhubung penghinaan ke atas Presiden PAS jikalau mahukan kerjasama daripada PAS untuk PRK Permatang Pauh.

Afif bagaimanapun berkata, Salleh Man yang merupakan satu-satunya ADUN PAS di Pulau Pinang telah dilantik mengepalai jentera penerangan PAS untuk PRK Permatang Pauh bagi membantu calon PKR.

Pada PRK Sungai Limau tahun lepas, PKR dilihat seperti sengaja mensabotaj peluang PAS untuk menang walaupun DUN Sungai Limau adalah kubu kuat PAS. PAS bagaimanapun, berjaya mengekalkan kemenangan di Sungai Limau meskipun memperolehi majoriti yang lebih rendah. Di PRK Kajang pula, PAS bertungkus lumus untuk memenangkan calon PKR, Wan Azizah walaupun pada masa yang sama, PAS tidak bersetuju dengan Langkah Kajang yang diwujudkan oleh Rafizi Ramli.

0 comments:

Post a Comment

PKR TAK GENTAR DENGAN ISU HUDUD DI PERMATANG PAUH, YAKIN MAMPU TAWAN PENGUNDI PAS DENGAN CERITA SIMPATI ANWAR IBRAHIM

Friday 17 April 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks