RAFIZI RAMLI GAGAL DALAM RAYUAN KETEPIKAN BICARA BAFIA DI MAHKAMAH RAYUAN, ESOK PENDENGARAN DI MAHKAMAH SESYEN

Monday 6 April 2015


Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa rayuan Mohd. Rafizi tiada merit.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan mengarahkan agar perbicaraan terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diteruskan di Mahkamah Sesyen tanpa sebarang kelewatan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.

Panel itu menolak rayuan Mohd. Rafizi, 35, selepas berpuas hati bahawa hujahan peguam R. Sivarasa yang mewakilinya berhubung isu pertuduhan berniat jahat (mala fide) tidak dapat meyakinkan mahkamah.

Hakim Mohamed Apandi menyatakan, peguamnya gagal menunjukkan bukti keterangan langsung atau dalam bentuk dokumen bahawa pendakwa raya berniat jahat ketika memutuskan untuk mendakwa Mohd. Rafizi.

Sehubungan itu, Hakim Mohamed Apandi menyatakan, peguam belanya gagal meyakinkan panel itu bahawa Mahkamah Tinggi tersilap ketika menolak permohonannya untuk mengetepikan pertuduhan di bawah BAFIA.

Mahkamah menolak rayuan wakil rakyat itu tanpa mendengar penghujahan pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah dan Normie Baizura Amiruddin.

Pada 23 November tahun lalu, Hakim Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd. Rafizi selepas berpendapat permohonannya adalah pramatang berikutan saksi pendakwaan belum dipanggil memberi keterangan.

Beliau berpuas hati adalah terlalu awal untuk Mohd. Rafizi menyatakan pertuduhan ke atasnya adalah berniat jahat, bermotif politik dan sebagainya.

Mohd. Rafizi didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd. iaitu National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Perayu didakwa melakukan perbuatan itu di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. (SUMBER)

2 comments:

  1. The case is of serious public interest and confidence in the banking sector. A heavy penalty must be meted out to discourage further breach.

    ReplyDelete
  2. Well said. We must teach these politicians not to cross boundaries which will damage the country`s banking sector integrity.

    ReplyDelete

RAFIZI RAMLI GAGAL DALAM RAYUAN KETEPIKAN BICARA BAFIA DI MAHKAMAH RAYUAN, ESOK PENDENGARAN DI MAHKAMAH SESYEN

Monday 6 April 2015 ·


Ahli Parlimen Pandan, Mohd. Rafizi Ramli gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan untuk mengetepikan pertuduhan terhadapnya di bawah Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali yang bersidang bersama Datuk Linton Albert dan Datuk Wira Mohtarudin Baki hari ini memutuskan demikian selepas berpuas hati bahawa rayuan Mohd. Rafizi tiada merit.

Sehubungan itu, kuorum berkenaan mengarahkan agar perbicaraan terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu diteruskan di Mahkamah Sesyen tanpa sebarang kelewatan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.

Panel itu menolak rayuan Mohd. Rafizi, 35, selepas berpuas hati bahawa hujahan peguam R. Sivarasa yang mewakilinya berhubung isu pertuduhan berniat jahat (mala fide) tidak dapat meyakinkan mahkamah.

Hakim Mohamed Apandi menyatakan, peguamnya gagal menunjukkan bukti keterangan langsung atau dalam bentuk dokumen bahawa pendakwa raya berniat jahat ketika memutuskan untuk mendakwa Mohd. Rafizi.

Sehubungan itu, Hakim Mohamed Apandi menyatakan, peguam belanya gagal meyakinkan panel itu bahawa Mahkamah Tinggi tersilap ketika menolak permohonannya untuk mengetepikan pertuduhan di bawah BAFIA.

Mahkamah menolak rayuan wakil rakyat itu tanpa mendengar penghujahan pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Nahra Dollah dan Normie Baizura Amiruddin.

Pada 23 November tahun lalu, Hakim Datuk Ghazali Cha menolak permohonan Mohd. Rafizi selepas berpendapat permohonannya adalah pramatang berikutan saksi pendakwaan belum dipanggil memberi keterangan.

Beliau berpuas hati adalah terlalu awal untuk Mohd. Rafizi menyatakan pertuduhan ke atasnya adalah berniat jahat, bermotif politik dan sebagainya.

Mohd. Rafizi didakwa mendedahkan dokumen penyata baki akaun pelanggan Public Bank Bhd. iaitu National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFC), National Meat & Livestock Sdn. Bhd., Agroscience Industries Sdn. Bhd. dan Pengerusi Eksekutif NFC Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail, yang beliau mempunyai akses, kepada Yusof Abdul Alim dan Erle Martin Carvalho.

Perayu didakwa melakukan perbuatan itu di ibu pejabat PKR di Merchant Square, Jalan Tropicana Selatan, Petaling Jaya pada 7 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 97(1) Bafia yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM3 juta, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. (SUMBER)

2 comments:

Anonymous said...
6 April 2015 at 23:07  

The case is of serious public interest and confidence in the banking sector. A heavy penalty must be meted out to discourage further breach.

Anonymous said...
7 April 2015 at 12:57  

Well said. We must teach these politicians not to cross boundaries which will damage the country`s banking sector integrity.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks