BUKTI WUJUDNYA MUSANG BERBULU AYAM DAN GUNTING DALAM LIPATAN DI PEJABAT PERDANA MENTERI SENDIRI

Friday 15 May 2015

Seringkali kali ramai yang menyatakan kehairanan bagaimana pihak Pakatan boleh tahu terlalu banyak perkara rahsia membabitkan dasar-dasar kerajaan yang kemudiannya dipolitikkan oleh Pakatan terutama sekali oleh Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli.

Isu kebankrapan ADUN Lenggeng tidaklah begitu menggemparkan kerana sejurus selepas memenangi kerusi DUN Lenggeng pada PRU-13 lalu, pihak lawan telah pun menemui kaedah untuk merampas kerusi tersebut menerusi ketidakabsahan kedudukannya selaku ADUN.

Yang menimbulkan kehairanan ialah bagaimana surat dari Pejabat Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Dato' Shahlan Ismail yang merupakan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik boleh terdedah?

Kalau surat daripada Pengarah Bahagian Perancangan Strategik pun tidak lagi strategik dan rahsia, bermakna surat-surat lain mahupun dokumen-dokumen lain dari Pejabat Perdana Menteri, tidaklah sukar diperolehi kerana terdapat ramai pengkhianat yang tidak sabar-sabar mahu membocorkan segala rahsia kepada awam.

Pastinya, penyiaran gambar surat daripada Sahlan Ismail yang diperolehi dari WhatsApp dan Facebook itu bakal digunakan untuk memutarbelitkan dan melakukan pembohongan seperti mana yang dibuat sebelum ini. Malah tidak mustahil juga sekiranya Pakatan Rakyat cuba menggambarkan Pejabat Perdana Menteri sedang cuba merasuah pihak yang memufliskan ADUN Lenggeng menerusi 'penyelesaian luar mahkamah', sekaligus memastikan kerusi DUN Lenggeng kekal di tangan UMNO-BN.

3 comments:

  1. dato' sahlan ismail itu kalau tak silap abang kepada nasution ismail pkr. sendiri mau ingat la bro. salah paling besar ialah yang melantik, bukan yang dilantik.

    ReplyDelete
  2. Dia orang ni tangkap jangan jail tapi potong konek. Tobat lahum lepad tu tiada orang yang nak buat lagi.

    ReplyDelete
  3. bukan musang berbulu ayam lagi dah....tapi memang betul-betul musang...bukan gunting dlm lipatan lagi dah...tapi memang gunting atas meja sedang menggunting....

    ReplyDelete

BUKTI WUJUDNYA MUSANG BERBULU AYAM DAN GUNTING DALAM LIPATAN DI PEJABAT PERDANA MENTERI SENDIRI

Friday 15 May 2015 ·

Seringkali kali ramai yang menyatakan kehairanan bagaimana pihak Pakatan boleh tahu terlalu banyak perkara rahsia membabitkan dasar-dasar kerajaan yang kemudiannya dipolitikkan oleh Pakatan terutama sekali oleh Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli.

Isu kebankrapan ADUN Lenggeng tidaklah begitu menggemparkan kerana sejurus selepas memenangi kerusi DUN Lenggeng pada PRU-13 lalu, pihak lawan telah pun menemui kaedah untuk merampas kerusi tersebut menerusi ketidakabsahan kedudukannya selaku ADUN.

Yang menimbulkan kehairanan ialah bagaimana surat dari Pejabat Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Dato' Shahlan Ismail yang merupakan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik boleh terdedah?

Kalau surat daripada Pengarah Bahagian Perancangan Strategik pun tidak lagi strategik dan rahsia, bermakna surat-surat lain mahupun dokumen-dokumen lain dari Pejabat Perdana Menteri, tidaklah sukar diperolehi kerana terdapat ramai pengkhianat yang tidak sabar-sabar mahu membocorkan segala rahsia kepada awam.

Pastinya, penyiaran gambar surat daripada Sahlan Ismail yang diperolehi dari WhatsApp dan Facebook itu bakal digunakan untuk memutarbelitkan dan melakukan pembohongan seperti mana yang dibuat sebelum ini. Malah tidak mustahil juga sekiranya Pakatan Rakyat cuba menggambarkan Pejabat Perdana Menteri sedang cuba merasuah pihak yang memufliskan ADUN Lenggeng menerusi 'penyelesaian luar mahkamah', sekaligus memastikan kerusi DUN Lenggeng kekal di tangan UMNO-BN.

3 comments:

Anonymous said...
15 May 2015 at 12:00  

dato' sahlan ismail itu kalau tak silap abang kepada nasution ismail pkr. sendiri mau ingat la bro. salah paling besar ialah yang melantik, bukan yang dilantik.

Anonymous said...
15 May 2015 at 14:22  

Dia orang ni tangkap jangan jail tapi potong konek. Tobat lahum lepad tu tiada orang yang nak buat lagi.

Anonymous said...
15 May 2015 at 14:54  

bukan musang berbulu ayam lagi dah....tapi memang betul-betul musang...bukan gunting dlm lipatan lagi dah...tapi memang gunting atas meja sedang menggunting....

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks