Kenapa ADUN TAHAN Melenting Apabila Pembalakan Haram Yang Musnahkan Alam Sekitar dan Eco-Pelancongan Taman Negara Pahang Didedahkan?

Friday 11 September 2015


Apa masalah sebenarnya isu yang membabitkan ADUN Tahan, Wan Amizan Razak dengan bekas wartawan TV3, Khaidir Ahmad yang merupakan antara aktivis pencinta alam sekitar di Pahang?

Khaidir Ahmad menerusi Facebook peribadinya telah mendedahkan tentang beberapa projek pembalakan berhampiran Taman Negara yang terletak dalam DUN Tahan, yang menyebabkan pencemaran alam yang teruk, malah turut mendedahkan tentang pembalakan serta projek korek pasir sungai yang telah menjejaskan industri penternakan ikan dalam sangkar serta keadaan Sungai Pahang itu sendiri.



Barangkali kerana Khaidir Ahmad hanya berjuang bersendirian, walaupun dibantu oleh sebuah NGO yang kurang ternama, dan tidak mendapat perhatian media-media arus perdana, menyebabkan ada pihak yang melihat ruang untuk mereka menutup mulut serta perjuangan Khaidir Ahmad.

Pendedahan pembalakan haram di Hulu Tembeling, ternyata memanaskan hati sesetengah pihak.

Barangkali kerana itulah juga, ADUN Tahan, Wan Amizan Razak turut melompat.

Pada PRU-13 lalu, Wan Amizan Razak yang mewakili UMNO-BN berjaya memperolehi undi sebanyak 6200 berbanding calon PAS, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin yang memperolehi undi sebanyak 5110. Wan Amizan menang hanya dengan majoriti sebanyak 1090 undi sahaja.


Pada 7 September 2015, Khaidir Ahmad telah membuat pendedahan tentang semua loji rawatan air paip di Daerah Lipis, Pahang kecuali Benta, ditutup kerana sumber air mentah dari Sungai Jelai dan rangkaiannya yang disedut ke loji tersebut mengalami kekerohan melampau akibat kegiataan penerokaan tanah terutama pembalakan dan perlombongan di hulu sungai itu.


Satu kenyataan 'sinis' telah dibuat oleh Wan Amizan yang menasihatkan penduduk di sepanjang Sungai Pahang, Lipis dan Jelai yang memerlukan bantuan kewangan agar menemui Khaidir Ahmad. Khaidir Ahmad kemudiannya membalas dengan menyatakan, dia walaupun tidak kaya dan tidak memperolehi kekayaan daripada pembalakan haram, sanggup untuk membantu sedaya upayanya.

Wan Amizan kemudiannya membuat laporan polis dan menuduh Khaidir Ahmad telah menfitnahnya.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?




Dari isu alam sekitar dan pencemaran teruk yang telah menjejaskan kedatangan pelancong ke Taman Negara Pahang, kini sudah mula melarat ke isu politik?

Apa yang membuatkan Wan Amizan melompat sakan? Mengapa pembalakan di Hulu Tembeling nampaknya cuba diselindungkan walaupun pencemaran sungai dan bekalan air bersih boleh dilihat secara nyata, malah memberi kesan kepada penduduk sekitar? Mengapa industri pembalakan yang jauh lebih merugikan berbanding pelancongan yang banyak membantu penduduk setempat sebelum ini mendapat tempat yang amat istimewa?



Apa pula fungsi ADUN Tahan?

Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam isu ini memandangkan yang kelihatan sekarang adalah seorang awam seperti Khaidir Ahmad yang memperjuangkan alam sekitar, sedang berhadapan dengan pelbagai halangan demi menutup kerosakan dan pemusnahan alam yang lebih besar.

4 comments:

  1. Cher check..ada ke kerabat dapat sama hasil balak tu

    ReplyDelete
  2. Kalau tidak ada angin, masakan pohon boleh bergoyang kecuali ada monyet atas pohon tu.

    ReplyDelete
  3. Ini salah satu contoh adun yg merosakkan umno dan bn.Yang kau gelabah puyuh tak tentu pasal,kenapa?Kalau kau tak terlibat dengan duit haram dari pembalakan haram patutnya respons kau lebih munasabah.Sepatutnya kau kata kau akan mengambil tindakan tegas,mungkin terlepas pandang ke..apa ke..Bukan kau sindir orang yg ikhlas buat kerja untuk alam sekitar dan rakyat.Siap repot polis bagai.

    Pastikan si amizan ini jangan tercalon lagi next pru kalau ada lagi muka dia,pangkah calon pas.

    ReplyDelete
  4. Yg salah tetap salah. Yg tamak tetap tamak. DUN tshan walaupun terperosok dlm peta pahang malah sgt jauh di pedalaman namun di DUN inilah lubuk duit kpd pemimpin yg minta dipilih oleh rakyat kerana sifat tamak haloba. Rakyat tidak salah kerana gagal membaca wajah disebalik topeng calon pilihanraya. Calon yg terlebih berlakon di depan pengundi sehingga pengundi tertipu. Yg dijanji utk rakyat sebenarnya untuk diri sendiri. Makin gemuk dan buncitlah yb sejak menjadi yg kerana balak dh bnyk yg tumbang. YB, jangan selamanya nk tipu rakyat. Benda haram yg dikumpul tak akan memberi manfaat melainkan akan merosakkan keseluruhan keturunan YB. YB sudah sediakan jawapan utk soalan Allah bila dh meninggal nanti...?

    ReplyDelete

Kenapa ADUN TAHAN Melenting Apabila Pembalakan Haram Yang Musnahkan Alam Sekitar dan Eco-Pelancongan Taman Negara Pahang Didedahkan?

Friday 11 September 2015 ·


Apa masalah sebenarnya isu yang membabitkan ADUN Tahan, Wan Amizan Razak dengan bekas wartawan TV3, Khaidir Ahmad yang merupakan antara aktivis pencinta alam sekitar di Pahang?

Khaidir Ahmad menerusi Facebook peribadinya telah mendedahkan tentang beberapa projek pembalakan berhampiran Taman Negara yang terletak dalam DUN Tahan, yang menyebabkan pencemaran alam yang teruk, malah turut mendedahkan tentang pembalakan serta projek korek pasir sungai yang telah menjejaskan industri penternakan ikan dalam sangkar serta keadaan Sungai Pahang itu sendiri.



Barangkali kerana Khaidir Ahmad hanya berjuang bersendirian, walaupun dibantu oleh sebuah NGO yang kurang ternama, dan tidak mendapat perhatian media-media arus perdana, menyebabkan ada pihak yang melihat ruang untuk mereka menutup mulut serta perjuangan Khaidir Ahmad.

Pendedahan pembalakan haram di Hulu Tembeling, ternyata memanaskan hati sesetengah pihak.

Barangkali kerana itulah juga, ADUN Tahan, Wan Amizan Razak turut melompat.

Pada PRU-13 lalu, Wan Amizan Razak yang mewakili UMNO-BN berjaya memperolehi undi sebanyak 6200 berbanding calon PAS, Mohd Zakhwan Ahmad Badardin yang memperolehi undi sebanyak 5110. Wan Amizan menang hanya dengan majoriti sebanyak 1090 undi sahaja.


Pada 7 September 2015, Khaidir Ahmad telah membuat pendedahan tentang semua loji rawatan air paip di Daerah Lipis, Pahang kecuali Benta, ditutup kerana sumber air mentah dari Sungai Jelai dan rangkaiannya yang disedut ke loji tersebut mengalami kekerohan melampau akibat kegiataan penerokaan tanah terutama pembalakan dan perlombongan di hulu sungai itu.


Satu kenyataan 'sinis' telah dibuat oleh Wan Amizan yang menasihatkan penduduk di sepanjang Sungai Pahang, Lipis dan Jelai yang memerlukan bantuan kewangan agar menemui Khaidir Ahmad. Khaidir Ahmad kemudiannya membalas dengan menyatakan, dia walaupun tidak kaya dan tidak memperolehi kekayaan daripada pembalakan haram, sanggup untuk membantu sedaya upayanya.

Wan Amizan kemudiannya membuat laporan polis dan menuduh Khaidir Ahmad telah menfitnahnya.

Apa sebenarnya yang sedang berlaku?




Dari isu alam sekitar dan pencemaran teruk yang telah menjejaskan kedatangan pelancong ke Taman Negara Pahang, kini sudah mula melarat ke isu politik?

Apa yang membuatkan Wan Amizan melompat sakan? Mengapa pembalakan di Hulu Tembeling nampaknya cuba diselindungkan walaupun pencemaran sungai dan bekalan air bersih boleh dilihat secara nyata, malah memberi kesan kepada penduduk sekitar? Mengapa industri pembalakan yang jauh lebih merugikan berbanding pelancongan yang banyak membantu penduduk setempat sebelum ini mendapat tempat yang amat istimewa?



Apa pula fungsi ADUN Tahan?

Terlalu banyak persoalan yang timbul dalam isu ini memandangkan yang kelihatan sekarang adalah seorang awam seperti Khaidir Ahmad yang memperjuangkan alam sekitar, sedang berhadapan dengan pelbagai halangan demi menutup kerosakan dan pemusnahan alam yang lebih besar.

4 comments:

Ted Manoff said...
11 September 2015 at 14:53  

Cher check..ada ke kerabat dapat sama hasil balak tu

Anonymous said...
11 September 2015 at 20:50  

Kalau tidak ada angin, masakan pohon boleh bergoyang kecuali ada monyet atas pohon tu.

Anonymous said...
11 September 2015 at 22:13  

Ini salah satu contoh adun yg merosakkan umno dan bn.Yang kau gelabah puyuh tak tentu pasal,kenapa?Kalau kau tak terlibat dengan duit haram dari pembalakan haram patutnya respons kau lebih munasabah.Sepatutnya kau kata kau akan mengambil tindakan tegas,mungkin terlepas pandang ke..apa ke..Bukan kau sindir orang yg ikhlas buat kerja untuk alam sekitar dan rakyat.Siap repot polis bagai.

Pastikan si amizan ini jangan tercalon lagi next pru kalau ada lagi muka dia,pangkah calon pas.

Anonymous said...
12 September 2015 at 09:06  

Yg salah tetap salah. Yg tamak tetap tamak. DUN tshan walaupun terperosok dlm peta pahang malah sgt jauh di pedalaman namun di DUN inilah lubuk duit kpd pemimpin yg minta dipilih oleh rakyat kerana sifat tamak haloba. Rakyat tidak salah kerana gagal membaca wajah disebalik topeng calon pilihanraya. Calon yg terlebih berlakon di depan pengundi sehingga pengundi tertipu. Yg dijanji utk rakyat sebenarnya untuk diri sendiri. Makin gemuk dan buncitlah yb sejak menjadi yg kerana balak dh bnyk yg tumbang. YB, jangan selamanya nk tipu rakyat. Benda haram yg dikumpul tak akan memberi manfaat melainkan akan merosakkan keseluruhan keturunan YB. YB sudah sediakan jawapan utk soalan Allah bila dh meninggal nanti...?

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks