MCA TENTANG HIMPUNAN BAJU MERAH, TAPI MASA BERSIH 4.0, DIAM MEMBISU

Tuesday 8 September 2015


Secara tiba-tiba MCA menerusi Chew Mei Fun cuba menjadi jaguh untuk mengelakkan permusuhan kaum apabila membantah keras Himpunan Melayu Bersatu Baju Merah atau Himpunan Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 16 September nanti di Bukit Bintang dan Petaling Street. Malah MCA semakin melompat apabila diberitakan dan dicakap besar kononnya 500,000 orang Melayu akan hadir dalam tunjuk perasaan tersebut.

Walaupun menyedari bahawa perhimpunan tersebut tidak akan lebih ramai daripada beberapa ribu orang sahaja atau barangkali terpaksa dibatalkan dengan alasan, tidak dibenarkan oleh PDRM dan 'kami menghormati undang-undang serta arahan polis', MCA perlu muncul sebagai juara orang Cina, lebih-lebih lagi kawasan yang akan digunakan untuk himpunan tersebut adalah di Bukit Bintang dan Petaling Street, dua kawasan yang sangat sinonim dengan Cina walaupun di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kawasan sekitar Dataran Merdeka, mereka juga adalah majoritinya.

Ketiadaan promosi besar-besaran oleh media-media utama dan arus perdana, membuktikan bahawa Himpunan Baju Merah kurang mendapat sambutan. Apatah lagi himpunan tersebut dianjurkan oleh watak yang terbabit dalam kontroversi iaitu Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang baru sepenggal naik jadi KUB bersama-sama dengan bekas anggota tentera yang dipecat daripada perkhidmatan Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Agak aneh alasan yang diberikan oleh Chew Mei Fun dan MCA selain sikap double-standard mereka dalam isu Baju Merah ini. Ketika isu Baju Kuning, Ketua Pemuda MCA telah menyatakan sokongan malah menyatakan bahawa MCA tidak membantah sekiranya ahli-ahli MCA mahu menyertai demonstrasi besar-besaran kaum Cina di kawasan bermajoriti Melayu di Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.


MCA seolah-olah mahu bersekongkol dengan DAP bagi melakukan tekanan kepada kerajaan tanpa menghiraukan pandangan dan tanggapan curiga sedia ada kepada MCA sebelum ini yang kalah teruk dalam dua PRU lepas. MCA juga seolah-olah mahu memberikan isyarat bahawa mereka akan terang-terang bersekongkol dengan DAP dalam memastikan keputusan PRU-14 nanti berlangsung sebagaimana yang dirancangkan.

Kalau dalam isu BERSIH 4.0, Chew Mei Fun dan MCA secara keseluruhannya tidak menunjukkan sikap negatif, mengapa dalam isu Baju Merah lain pula tindak tanduk dan reaksi MCA?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh MCA yang sekarang ini hanya memiliki 7 kerusi Parlimen dengan kesemua kerusi tersebut dimenangi dengan undi Melayu semata-mata memandangkan undi daripada pengundi-pengundi Cina telah pun berpindah secara blok besar kepada DAP?




3 comments:

  1. Perhimpunan Merah boleh dibatalkan dgn syarat sekolah vernakular dihapuskan kerana bersifat perkauman. Amacam?

    ReplyDelete
  2. ini cina semua serupa. apasal dap bikin bersih...lu punya mulut sudah kena plaster....sudah bisu. sekarang melayu mau bikin perhimpunan 16sept....lu bising.
    anak halam punya olang. mangkok hayun....lu orang menang pun melayu tolong ma.....lagu mau sembang ka.......

    ReplyDelete
  3. Di mana kawasan bn letak cina mca lawan melayu pas nanti mari kita ramai2 pangkah pas...biar bungkus semua calon mca sialan nih

    ReplyDelete

MCA TENTANG HIMPUNAN BAJU MERAH, TAPI MASA BERSIH 4.0, DIAM MEMBISU

Tuesday 8 September 2015 ·


Secara tiba-tiba MCA menerusi Chew Mei Fun cuba menjadi jaguh untuk mengelakkan permusuhan kaum apabila membantah keras Himpunan Melayu Bersatu Baju Merah atau Himpunan Maruah Melayu yang dijadualkan berlangsung pada 16 September nanti di Bukit Bintang dan Petaling Street. Malah MCA semakin melompat apabila diberitakan dan dicakap besar kononnya 500,000 orang Melayu akan hadir dalam tunjuk perasaan tersebut.

Walaupun menyedari bahawa perhimpunan tersebut tidak akan lebih ramai daripada beberapa ribu orang sahaja atau barangkali terpaksa dibatalkan dengan alasan, tidak dibenarkan oleh PDRM dan 'kami menghormati undang-undang serta arahan polis', MCA perlu muncul sebagai juara orang Cina, lebih-lebih lagi kawasan yang akan digunakan untuk himpunan tersebut adalah di Bukit Bintang dan Petaling Street, dua kawasan yang sangat sinonim dengan Cina walaupun di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kawasan sekitar Dataran Merdeka, mereka juga adalah majoritinya.

Ketiadaan promosi besar-besaran oleh media-media utama dan arus perdana, membuktikan bahawa Himpunan Baju Merah kurang mendapat sambutan. Apatah lagi himpunan tersebut dianjurkan oleh watak yang terbabit dalam kontroversi iaitu Jamal Mohd Yunos, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar yang baru sepenggal naik jadi KUB bersama-sama dengan bekas anggota tentera yang dipecat daripada perkhidmatan Mohd Ali Baharom yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju.

Agak aneh alasan yang diberikan oleh Chew Mei Fun dan MCA selain sikap double-standard mereka dalam isu Baju Merah ini. Ketika isu Baju Kuning, Ketua Pemuda MCA telah menyatakan sokongan malah menyatakan bahawa MCA tidak membantah sekiranya ahli-ahli MCA mahu menyertai demonstrasi besar-besaran kaum Cina di kawasan bermajoriti Melayu di Jalan Tun Perak, Jalan Tunku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka.


MCA seolah-olah mahu bersekongkol dengan DAP bagi melakukan tekanan kepada kerajaan tanpa menghiraukan pandangan dan tanggapan curiga sedia ada kepada MCA sebelum ini yang kalah teruk dalam dua PRU lepas. MCA juga seolah-olah mahu memberikan isyarat bahawa mereka akan terang-terang bersekongkol dengan DAP dalam memastikan keputusan PRU-14 nanti berlangsung sebagaimana yang dirancangkan.

Kalau dalam isu BERSIH 4.0, Chew Mei Fun dan MCA secara keseluruhannya tidak menunjukkan sikap negatif, mengapa dalam isu Baju Merah lain pula tindak tanduk dan reaksi MCA?

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh MCA yang sekarang ini hanya memiliki 7 kerusi Parlimen dengan kesemua kerusi tersebut dimenangi dengan undi Melayu semata-mata memandangkan undi daripada pengundi-pengundi Cina telah pun berpindah secara blok besar kepada DAP?




3 comments:

Anonymous said...
9 September 2015 at 07:23  

Perhimpunan Merah boleh dibatalkan dgn syarat sekolah vernakular dihapuskan kerana bersifat perkauman. Amacam?

Anonymous said...
9 September 2015 at 18:13  

ini cina semua serupa. apasal dap bikin bersih...lu punya mulut sudah kena plaster....sudah bisu. sekarang melayu mau bikin perhimpunan 16sept....lu bising.
anak halam punya olang. mangkok hayun....lu orang menang pun melayu tolong ma.....lagu mau sembang ka.......

Anonymous said...
10 September 2015 at 09:01  

Di mana kawasan bn letak cina mca lawan melayu pas nanti mari kita ramai2 pangkah pas...biar bungkus semua calon mca sialan nih

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks