Selepas TIGA KALI Mohon Maaf Kerana Statusnya di Facebook, Hari Ini Di Mahkamah, Rahim Tamby Chik Mengaku TIDAK BERSALAH Pula

Monday 5 October 2015


Selepas tiga kali memohon maaf kerana menyiarkan posting yang mengatakan DYMM Raja Muda Selangor telah memeluk agama Katholik dan mengaku bersalah, di mahkamah hari ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik menukar pengakuannya sebagai TIDAK BERSALAH pula.

Hari ini, Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan kerana menghina Raja Muda Selangor. Dia telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung postingnya di Facebook pada 25 September yang antara lain menyatakan, Tengku Amir Shah telah memeluk agama Khatolik dan menyedihkan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Selain itu, Rahim Thamby Chik juga didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia dengan 'niat untuk membangkitkan kemarahan'.

Hakim Slamat Yahya menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan itu. Hakim juga telah menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan ke atas Rahim dilakukan oleh Mohd Dasuki Mokhtar manakala Firuz Hussein mewakili RAhim.


Bulan lepas, Rahim telah memuatnaikkan status di Facebook menuduh, Tengku Amir telah memeluk agama Kristian. Istana Selangor kemudiannya mengeluarkan kenyataan dan menyangkal tuduhan tersebut, malah menyatakan status tersebut adalah bersifat hasutan selain mempunyai 'elemen fitnah yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.'

Bekas Ketua Menteri Melaka itu sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka sebanyak tiga kali selepas memuatnaikkan status 25 September itu.

0 comments:

Post a Comment

Selepas TIGA KALI Mohon Maaf Kerana Statusnya di Facebook, Hari Ini Di Mahkamah, Rahim Tamby Chik Mengaku TIDAK BERSALAH Pula

Monday 5 October 2015 ·


Selepas tiga kali memohon maaf kerana menyiarkan posting yang mengatakan DYMM Raja Muda Selangor telah memeluk agama Katholik dan mengaku bersalah, di mahkamah hari ini, bekas Ketua Menteri Melaka, Rahim Thamby Chik menukar pengakuannya sebagai TIDAK BERSALAH pula.

Hari ini, Rahim Thamby Chik mengaku tidak bersalah atas tuduhan hasutan kerana menghina Raja Muda Selangor. Dia telah didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan berhubung postingnya di Facebook pada 25 September yang antara lain menyatakan, Tengku Amir Shah telah memeluk agama Khatolik dan menyedihkan umat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.

Selain itu, Rahim Thamby Chik juga didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia dengan 'niat untuk membangkitkan kemarahan'.

Hakim Slamat Yahya menetapkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin untuk kedua-dua pertuduhan itu. Hakim juga telah menetapkan 5 November sebagai tarikh sebutan.

Pendakwaan ke atas Rahim dilakukan oleh Mohd Dasuki Mokhtar manakala Firuz Hussein mewakili RAhim.


Bulan lepas, Rahim telah memuatnaikkan status di Facebook menuduh, Tengku Amir telah memeluk agama Kristian. Istana Selangor kemudiannya mengeluarkan kenyataan dan menyangkal tuduhan tersebut, malah menyatakan status tersebut adalah bersifat hasutan selain mempunyai 'elemen fitnah yang boleh mencetuskan kebencian di kalangan umat Islam kepada Raja Muda dan Sultan Selangor.'

Bekas Ketua Menteri Melaka itu sebelum ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka sebanyak tiga kali selepas memuatnaikkan status 25 September itu.

0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks