Macam Mana Timbalan Menteri Dalam Negeri Pun Boleh Tak Tahu Prosedur Tangkapan PATI Oleh Polis?

Thursday 19 November 2015



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat seperti meraba-raba dalam gelap apabila jawapannya kepada pertanyaan Siti Mariah Mahmood, Ahli Parlimen Kota Raja berkenaan kuasa polis untuk menahan dan menangkap pendatang asing (PATI) jika pihak Imigresen berada di lokasi hari ini di Dewan Rakyat, menunjukkan kegagalannya menjawab dengan kemas.

Siti Mariah (AMANAH) bertanyatentang kuasa polis menahan PATI tanpa pegawai imigresen bersama. Siti Mariah mendakwa, dia sudah beberapa kali melihat insiden di mana pihak polis menahan PATI tanpa kehadiran Imigresen, sekaligus amalan tersebut adalah bercanggah dengan pemahamannya tentang 'kuasa' polis ke atas PATI.

Jawapan Masir berbunyi:

"Yang Dipertua, memang polis tidak ada kuasa menangkap PATI tanpa kehadiran pegawai imigresen tetapi dalam operasi yang dijalankan pegawai imigresen sentiasa ad bersama-sama semasa operasi dijalankan, terima kasih."

Jawapan sebegitu mengundang lebih banyak persepsi buruk ke atas PDRM. Sekaligus kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan jawapan Masir itu ialah, POLIS TIADA KUASA UNTUK MENAHAN PATI.

Akta Polis 167 Seksyen 3(d) menjelaskan bahawa anggota dan pegawai polis memberi bantuan kepada mana-manaundang-undang berhubungan dengan hasil, eksais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran.

Seksyen 24 (1) (a) pula memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis untuk menahan mana-mana orang;

(i) yang dilihatnya sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa benda; atau 

(ii) yang dia ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa benda; yang baginya lesen, permit atau kebenaran yang diperlukan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa, bagi maksud menghendaki orang mengemukakan lesen, permit atau kebenaran itu;

Mengapa Timbalan Menteri Dalam Negeri gagal faham Akta Polis 1967 yang menggariskan kuasa-kuasa polis? 

Walaupun tiada kuasa dalam bidang imigresen, polis boleh menahan dan menjalankan pemeriksaan ke atas PATI. Sekiranya mencurigakan, PATI-PATI itu boleh dibawa balik ke balai dan semak segala dokumen yang ada.

Takkanlah Timbalan Menteri Dalam Negeri tak boleh semak langsung Akta Polis 1967 sebaliknya memberikan jawapan yang boleh menimbulkan masalah lain?


2 comments:

  1. Mungkin MP yang bertanya merujuk RELA tapi tersalah sebut sebagai PDRM. Dijawap oleh Tim Menteri dan mungkin juga me rujuk RELA tapi juga tersalah sebut sebagai PDRM. Mungkin juga MP yang bertanya Dan Tim Menteri yang menjawap sama-sama "Cap Ayam"

    Yang pasti cerita atas bukan tersalah lapur atau tersalah petik!

    ReplyDelete
  2. Bukan semua menteri buat homework

    ReplyDelete

Macam Mana Timbalan Menteri Dalam Negeri Pun Boleh Tak Tahu Prosedur Tangkapan PATI Oleh Polis?

Thursday 19 November 2015 ·



Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat seperti meraba-raba dalam gelap apabila jawapannya kepada pertanyaan Siti Mariah Mahmood, Ahli Parlimen Kota Raja berkenaan kuasa polis untuk menahan dan menangkap pendatang asing (PATI) jika pihak Imigresen berada di lokasi hari ini di Dewan Rakyat, menunjukkan kegagalannya menjawab dengan kemas.

Siti Mariah (AMANAH) bertanyatentang kuasa polis menahan PATI tanpa pegawai imigresen bersama. Siti Mariah mendakwa, dia sudah beberapa kali melihat insiden di mana pihak polis menahan PATI tanpa kehadiran Imigresen, sekaligus amalan tersebut adalah bercanggah dengan pemahamannya tentang 'kuasa' polis ke atas PATI.

Jawapan Masir berbunyi:

"Yang Dipertua, memang polis tidak ada kuasa menangkap PATI tanpa kehadiran pegawai imigresen tetapi dalam operasi yang dijalankan pegawai imigresen sentiasa ad bersama-sama semasa operasi dijalankan, terima kasih."

Jawapan sebegitu mengundang lebih banyak persepsi buruk ke atas PDRM. Sekaligus kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan jawapan Masir itu ialah, POLIS TIADA KUASA UNTUK MENAHAN PATI.

Akta Polis 167 Seksyen 3(d) menjelaskan bahawa anggota dan pegawai polis memberi bantuan kepada mana-manaundang-undang berhubungan dengan hasil, eksais, kebersihan, kuarantin, imigresen dan pendaftaran.

Seksyen 24 (1) (a) pula memberi kuasa kepada mana-mana pegawai polis untuk menahan mana-mana orang;

(i) yang dilihatnya sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa benda; atau 

(ii) yang dia ada alasan yang munasabah bagi mengesyaki sedang melakukan apa-apa perbuatan atau ada dalam miliknya apa-apa benda; yang baginya lesen, permit atau kebenaran yang diperlukan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa, bagi maksud menghendaki orang mengemukakan lesen, permit atau kebenaran itu;

Mengapa Timbalan Menteri Dalam Negeri gagal faham Akta Polis 1967 yang menggariskan kuasa-kuasa polis? 

Walaupun tiada kuasa dalam bidang imigresen, polis boleh menahan dan menjalankan pemeriksaan ke atas PATI. Sekiranya mencurigakan, PATI-PATI itu boleh dibawa balik ke balai dan semak segala dokumen yang ada.

Takkanlah Timbalan Menteri Dalam Negeri tak boleh semak langsung Akta Polis 1967 sebaliknya memberikan jawapan yang boleh menimbulkan masalah lain?


2 comments:

Anonymous said...
19 November 2015 at 18:30  

Mungkin MP yang bertanya merujuk RELA tapi tersalah sebut sebagai PDRM. Dijawap oleh Tim Menteri dan mungkin juga me rujuk RELA tapi juga tersalah sebut sebagai PDRM. Mungkin juga MP yang bertanya Dan Tim Menteri yang menjawap sama-sama "Cap Ayam"

Yang pasti cerita atas bukan tersalah lapur atau tersalah petik!

Ted Manoff said...
19 November 2015 at 19:26  

Bukan semua menteri buat homework

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks