KENAIKAN Harga PROTON... Kerana Kerjasama KRONI Untuk Gulingkan Najib Atau Kerana Jaminan Untung Untuk Kroni?

Monday 28 December 2015

Isu kenaikan harga dan tambang menjadi isu yang paling mencabar sepanjang 2015, malah semakin menjadi-jadi menjelang awal 2016.

Berita terbaru seperti yang dilaporkan pada 8 Disember lalu adalah kemungkinan besar kesemua jenis dan model kereta PROTON akan dinaikkan harga. Atau dalam bahasa yang lebih mudah, para pengguna perlu membelinya pada harga yang lebih tinggi walaupun pada masa yang sama, Kerajaan di bawah Najib Abdul Razak menjanjikan penurunan harga kereta seperti yang terkandung dalam manifesto BN PRU-13 lalu. (RUJUK SINI)

Secara biasa, kenaikan sesuatu harga atau tambang adalah disebabkan oleh perubahan fundamental kewangan dan ekonomi. Tetapi di Malaysia, perubahan harga tidak sangat didorong oleh fundamental kewangan dan ekonomi, sebaliknya lebih dipengaruhi oleh PERJANJIAN KONSESI dan kontrak berat sebelah yang telah terjalin sewaktu sebarang perusahaan hendak dimulakan ketika usaha merealitikan Dasar Penswastaan era Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dahulu.

Konsesi yang paling popular adalah tol. Setiap kali kenaikan, kerajaan akan dipersalahkan, walaupun sebenarnya, konsesi yang menikmati keuntungan besar daripada kenaikan tersebut. Hampir kesemua konsesi lebuhraya yang memperolehi kawah emas itu, dilindungi oleh perjanjian berat sebelah dan pemilik-pemilik syarikat kroni berkenaan mempunyai 'pertalian' dan 'hubungan' dengan pentadbiran terdahulu.

Sebelum ini, isu konsesi tidak pernah dipersoalkan dan diperkatakan walaupun puak-puak Anwar Ibrahim telah mendedahkannya pada penghujung 1990-an lalu dan pada masa yang sama, turut menyembunyikan pula kronisme dan nepotisme yang Anwar Ibrahim sendiri amalkan.

Namun dari setahun ke setahun isu konsesi bukan sahaja menyusahkan kerajaan tetapi juga menjadi beban kepada rakyat ekoran kenaikan harga yang perlu ditanggung oleh rakyat.

Anehnya, setiap konsesi itu sentiasa melaporkan mereka diancam atau di ambang kerugian. Selain daripada konsesi tol lebuhraya, konsesi yang paling terkenal adalah melibatkan PROTON, sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk menghasilkan kereta nasional tetapi tidak pernah untung semenjak ditubuhkan lebih tiga dekad lalu.

Pelbagai alasan yang diberikan untuk menutup cerita sebenar kerugian yang ditanggung oleh PROTON walaupun CEOnya silih berganti dan sekalipun bantuan serta geran diberikan oleh kerajaan kepada syarikat tersebut yang kini telah menjadi syarikat swasta di bawah Tan Sri Mukhtar Bukhary.

Dalam industri permotoran, syarikat automobil tidak mengeluarkan atau  menghasilkan semua komponen. Sebaliknya bergantung kepada vendor luar.

Antara vendor yang memperolehi kontrak adalah Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. yang merupakan vendor terbesar PROTON.

Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. adalah pembekal tunggal 'anti-rust' atau 'rust proofing' (anti karat) kepada semua jenis kereta PROTON. Syarikat tersebut adalah anak syarikat kepada Yasmin Group yang dimiliki oleh anak saudara dan kerabat Tun Dr. Mahathir.

Berapakah nilai keuntungan yang telah diperolehi oleh syarikat tersebut? Bagaimana pula dengan syarikat-syarikat vendor lain yang keuntungan mereka bukan sahaja terjamin tetapi juga dinaikkan menerusi perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal?

Siapakah yang telah mencetuskan idea membawa masuk Mitsubishi Lancer F-model yang kemudian ditukar jenama sebagai Proton Saga, manakala model asalnya dilarang jual di Malaysia bagi melindungi PROTON Saga pada tahun 1985? Berapa pula keuntungan yang telah diperolehinya?

Tahun hadapan, semua jenis kereta PROTON akan dinaikkan harga. Ada beberapa persoalan yang telah ditimbulkan termasuklah rungutan daripada Pengerusi PROTON kononnya kerajaan enggan memberikan bantuan geran untuk R&D syarikat tersebut sekalipun syarikat berkenaan telah berstatus swasta.

Selain daripada faktor-faktor klise yang akan digunakan untuk menghalalkan kenaikan harga kereta yang dikeluarkan oleh PROTON walaupun PROTON telah banyak menerima bantuan kerajaan, selain pemaksaan ke atas kerajaan untuk mengamalkan dasar perlindungan untuk PROTON terus hidup selama 30 tahun ini, adakah sebenarnya kenaikan tersebut berpunca daripada kepentingan kaum kroni menerusi syarikat-syarikat vendor PROTON yang perlu dijaga tanpa rugi atau keuntungan mereka dipotong?

Apakah dasar perlindungan kroni itu yang sebenarnya menyebabkan harga kereta PROTON terpaksa dinaikkan sedangkan pada masa yang sama, syarikat-syarikat kroni seperti Yasmin Jurumuda pula terus mengaut keuntungan dengan jaminan?

Yang paling utama, siapakah syarikat-syarikat vendor Bumiputera yang dikatakan telah banyak dibantu oleh PROTON selama ini? Adakah syarikat-syarikat tersebut bebas atau sebenarnya mempunyai kaitan antara satu sama lain?

Apakah isi kandungan perjanjian untuk vendor-vendor berkenaan terutama sekali yang membabitkan Yasmin Jurumuda?

3 comments:

  1. setidak2 nya nampak juga barang & engineer2, & pekerja biasanya nya..

    1mdb apa pun tak nampak, tau ada pelabur & hutang 42 billion

    ReplyDelete
  2. Ko tu rabun sbb tu tk nmpk.

    ReplyDelete
  3. YES kepunyaan YTL pun dpt pojek dgn proton..huddle free utk wifi sesiapa yg beli proton

    ReplyDelete

KENAIKAN Harga PROTON... Kerana Kerjasama KRONI Untuk Gulingkan Najib Atau Kerana Jaminan Untung Untuk Kroni?

Monday 28 December 2015 ·

Anonymous said...
28 December 2015 at 22:33  

setidak2 nya nampak juga barang & engineer2, & pekerja biasanya nya..

1mdb apa pun tak nampak, tau ada pelabur & hutang 42 billion

Anonymous said...
29 December 2015 at 17:45  

Ko tu rabun sbb tu tk nmpk.

Gabenor johor said...
1 January 2016 at 00:37  

YES kepunyaan YTL pun dpt pojek dgn proton..huddle free utk wifi sesiapa yg beli proton

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks