KENAIKAN TOL PLUS... Jangan Hanya Baca Tajuk Berita, Tapi Baca Isi Kandungannya

Tuesday 1 December 2015

Sekali lagi, majoriti rakyat Malaysia membuktikan bahawa mereka hanya bijak membaca TAJUK ARTIKEL tanpa mahu membaca isi kandungan sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Manipulasi tajuk telah digunakan untuk membangkitkan kemarahan dan untuk membuktikan yang Kerajaan Najib Abdul Razak bercakap tidak serupa bikin. Namun penjelasan dan justifikasi kepada setiap kemelut yang ditimbulkan menerusi persepsi jahat tersebut, langsung tidak mendapat perhatian dan kefahaman kerana kebanyakan yang melompat hanya spesies pembaca tajuk berita, dan tidak membaca keseluruhan berita.

Itulah yang berlaku dalam isu terbaru KENAIKAN TOL PLUS.

Pemberitahuan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Rosnah Abdul Rasyid Syirlin bahawa PLUS berhak menaikkan kadar tol sebanyak 5%, telah menyebabkan gegak gempita di seluruh Malaysia. Dan seperti biasa, bila pemberitahuan tersebut kedengaran, kesimpulan mudah yang dapat kita kutip ialah, bermula 1 Januari 2016, tol di semua lebuhraya PLUS akan naik 5%.

Kejam sungguh kerajaan di bawah Najib Abdul Razak, kata mereka!

Hakikatnya, di dalam jawapan kepada Parlimen semalam, Timbalan Menteri itu hanya menyatakan kandungan perjanjiannya, BUKANNYA KEPUTUSAN KERAJAAN MENAIKKAN KADAR TOL PLUS SEBANYAK 5%!

Tiada sesiapa pun yang peduli dengan hakikat tersebut kerana mereka hanya mahu percaya bahawa tol PLUS akan naik 5% bermula 1 Januari 2016.

Malah mereka sukar untuk menghadamkan hakikat bahawa, besar kemungkinan kerajaan akan meneruskan pujukan agar kadar tol PLUS tidak dinaikkan, apatah lagi kini ia di bawah konsesi entiti kerajaan sendiri berbanding sebelumnya. Dari tahun 2011, kerajaan di bawah Najib berjaya mengekang kenaikan walaupun di dalam perjanjian menunjukkan bahawa pemegang konsesi PLUS boleh menaikkannya.

Untuk maklumat, PLUS merupakan pemegang konsesi bagi 6 lebuh raya iaitu:

• Lebuhraya Utara Selatan
• Lebuhraya Lingkaran Tengah ELITE
• Lebuhraya LINKEDUA
• Jambatan Pulau Pinang
• Lebuhraya Butterworth Kulim
• Lebuhraya Seremban Port Dickson

Berdasarkan sejarah, kerajaan beberapa kali telah membuat penstrukturan semula perjanjian konsesi PLUS bagi mengurangkan kenaikan tol. Penstrukturan tersebut telah dibuat sebanyak 4 kali iaitu pada tahun 1999, 2002, 2005 dan 2011. 

Pada tahun 1999, iaitu ketika di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir, Kerajaan telah mengadakan rundingan semula dan perjanjian baru yang menetapkan kenaikan tol sebanyak 26% akan dibuat setiap 5 tahun sekali. 

Pada tahun 2005 iaitu ketika di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi, satu lagi perjanjian baharu dibuat dengan mengurangkan kenaikan kepada 10% bagi setiap 3 tahun. 

Apabila Najib Abdul Razak mengambilalih pentadbiran negara, dia telah mengarahkan kajian dan penstrukturan semula perjanjian. Pada tahun 2011, PLUS dan kerajaan bersetuju untuk menyelaraskan kadar tol kepada 5% bagi setiap 3 tahun. Selepas penstrukturan semula kadar tol tahun 2011, tiada kenaikan tol berlaku sehinggalah kini.

Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mula dibina pada tahun 1989 dan siap pada tahun 1994 dengan kos sebanyak RM5.9 bilion. Kos projek ini ditanggung sepenuhnya oleh syarikat konsesi PLUS, kecuali kos pengambilan tanah yang ditanggung oleh Kerajaan. Berdasarkan perjanjian konsesi tambahan terkini (2011), tempoh konsesi Lebuhraya PLUS akan tamat pada 31 Disember 2038. Setakat ini Kerajaan tidak ada perancangan untuk melanjutkan lagi tempoh konsesi tersebut.

Dalam tahun 2011, PLUS telah melaksanakan pengstruktaran semula dimana PLUS terpaksa membuat pinjaman sejumlah RM30.6 billion melalui penerbitan bon. Bayaran balik faedah pinjaman telah mula pada tahun 2012 manakala bayaran pokok hanya akan bermula pada tahun 2017 sehingga 2038.

Melalui penstrukturan semula pada tahun 2011, hasil keuntungan terkumpul pemegang konsesi Lebuhraya PLUS sehingga 2014 adalah RM26 juta. Secara puratanya, 50% daripada hasil keuntungan adalah digunakan untuk membayar balik faedah pinjaman. Syarikat PLUS telah membuat pinjaman melalui penerbitan bon berjumlah RM30.6 bilion. Pinjaman ini dibuat pada tahun 2011 semasa penstrukuturan PLUS Berhad.

​20-25% digunakan untuk membiayai kos operasi dan penyenggaraan, ini termasuk lebih kurang 25% jajaran yang tidak dikenakan tol.

​15-20% adalah untuk kerja-kerja upgrading, termasuk pembinaan persimpangan bertingkat Sungai Buaya, Bukit Gambir, Kuala Kangsar, Ainsdale dan kerja-kerja naiktaraf Lorong Keempat Lebuhraya Utara Selatan.

​Baki 10% adalah untuk bayaran balik kepada pemegang saham yang terdiri daripada KWSP (49%) dan Khazanah (51%).

1 comment:

  1. Zaman Najib ni semua naik ... x de yg turun,kecuali hujan

    ReplyDelete

KENAIKAN TOL PLUS... Jangan Hanya Baca Tajuk Berita, Tapi Baca Isi Kandungannya

Tuesday 1 December 2015 ·

1 comments:

Unknown said...
7 December 2015 at 00:15  

Zaman Najib ni semua naik ... x de yg turun,kecuali hujan

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks