LELAKI MELAYU Tunjuk Isyarat Lucah dan Penumbuk Kepada DYMM Sultan Johor, Terima 'GETAH'!

Monday 21 December 2015



Barangkali teruja dengan cerita seorang penjilat Rafizi Ramli yang kononnya berjaya membuatkan kenderaan rasmi Perdana Menteri mengharungi kesesakan lalu lintas kerana dia tidak membenarkan laluan, seorang lelaki lain pula cuba melakukannya di lebuhraya.

Malangnya, dia sudah terkena 'getah' kerana dia berbuat begitu kepada kenderaan rasmi DYMM Sultan Johor.

Kejadian dilaporkan berlaku di KM95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan apabila seorang lelaki Melayu yang memandu sebuah Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran BLD 345 menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan 'jari tengah' dengan tangan kanan.


Pada ketika itu, tiga orang anggota pengiring sedang menggiring DYMM Sultan Johor yang memandu keretanya sendiri.

Melihat kejadian tersebut, DYMM Sultan Johor telah memberhentikan kereta baginda dan mengarahkan salah seorang pengiring baginda untuk mengambil tindakan terhadap lelaki Melayu itu.

Dan selepas itu, terciptalah satu sejarah buat lelaki berusia 40 tahun itu yang beralamat di Kampung Seri Serendah, Serendah, Selangor tetapi dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor untuk menziarahi ibu bapanya di Parit Raja.


Hasil siasatan difahamkan, lelaki tersebut telah mengaku berbuat begitu dan memberi alasan, dia tidak tahu bahawa isyarat lucah dan provokasinya itu ditujukan kepada DYMM Sultan Johor.

Lelaki itu dan keretanya yang dirampas telah dibawa ke Balai Polis Air Hitam untuk tindakan selanjutnya. Dia turut menjalani ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik IPD Batu Pahat.

2 comments:

  1. jangan kasi can ambik tidakan keras .... seperti thailand... spesis ni semakin melampau dan kurang ajar....

    ReplyDelete
  2. Salam buat malu orang melayu.saya cadangkan batalkan kerakyatannya supaya dia hidup di negara yg dia sukar.

    ReplyDelete

LELAKI MELAYU Tunjuk Isyarat Lucah dan Penumbuk Kepada DYMM Sultan Johor, Terima 'GETAH'!

Monday 21 December 2015 ·



Barangkali teruja dengan cerita seorang penjilat Rafizi Ramli yang kononnya berjaya membuatkan kenderaan rasmi Perdana Menteri mengharungi kesesakan lalu lintas kerana dia tidak membenarkan laluan, seorang lelaki lain pula cuba melakukannya di lebuhraya.

Malangnya, dia sudah terkena 'getah' kerana dia berbuat begitu kepada kenderaan rasmi DYMM Sultan Johor.

Kejadian dilaporkan berlaku di KM95 arah selatan Lebuhraya Utara Selatan apabila seorang lelaki Melayu yang memandu sebuah Perodua Viva berwarna putih dengan nombor pendaftaran BLD 345 menurunkan cermin tingkap sebelah pemandu dan menunjukkan isyarat penumbuk dan 'jari tengah' dengan tangan kanan.


Pada ketika itu, tiga orang anggota pengiring sedang menggiring DYMM Sultan Johor yang memandu keretanya sendiri.

Melihat kejadian tersebut, DYMM Sultan Johor telah memberhentikan kereta baginda dan mengarahkan salah seorang pengiring baginda untuk mengambil tindakan terhadap lelaki Melayu itu.

Dan selepas itu, terciptalah satu sejarah buat lelaki berusia 40 tahun itu yang beralamat di Kampung Seri Serendah, Serendah, Selangor tetapi dalam perjalanan dari Puncak Alam, Selangor untuk menziarahi ibu bapanya di Parit Raja.


Hasil siasatan difahamkan, lelaki tersebut telah mengaku berbuat begitu dan memberi alasan, dia tidak tahu bahawa isyarat lucah dan provokasinya itu ditujukan kepada DYMM Sultan Johor.

Lelaki itu dan keretanya yang dirampas telah dibawa ke Balai Polis Air Hitam untuk tindakan selanjutnya. Dia turut menjalani ujian saringan air kencing di Pejabat Narkotik IPD Batu Pahat.

2 comments:

xcrewborcostegas said...
21 December 2015 at 21:49  

jangan kasi can ambik tidakan keras .... seperti thailand... spesis ni semakin melampau dan kurang ajar....

datodrnik said...
22 December 2015 at 00:46  

Salam buat malu orang melayu.saya cadangkan batalkan kerakyatannya supaya dia hidup di negara yg dia sukar.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks