MUHYIDDIN YASSIN Akan Umum Bertanding Presiden UMNO dan Mukhriz Mahathir Sebagai Timbalannya?

Monday 7 December 2015


Itulah berita yang sedang hangat diperkatakan.

Malam nanti, Muhyiddin dijadualkan berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu Kuala Lumpur. Para penyokong dan pentaksub Mahathir kelihatan begitu seronok dan telah meuwar-uwarkan kononnya, Muhyiddin akan membuat pengumuman penting dalam ucapan dalam perhimpunan khas yang dianjurkan oleh para anti-Najib malam nanti.

Dari kalangan mereka sendiri menyatakan, Muhyiddin akan mengumumkan Team 5M yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO pada 2018 nanti. Muhyiddin sendiri akan bertanding jawatan Presiden UMNO mencabar Najib Abdul Razak.

Manakala jawatan Timbalan Presiden pula akan ditandingi oleh Mukhriz Mahathir. Jawatan Naib Presiden akan ditandingi oleh Mohd Shafie Apdal, Ahmad Said (Mat Said) dan Mohamed Khalid Nordin.

Mohamed Khalid Nordin telah pun membuat penafian yang dia terlibat dalam Kumpulan 5M seperti yang diperkatakan. (RUJUK SINI)


Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini telah memutuskan yang Muhyiddin tidak akan dibenarkan berucap merasmikan upacara perasmian bagi ketiga-tiga Sayap UMNO iaitu Wanita, Puteri dan Pemuda pada 8 Disember. Keputusan tersebut mendapat tentangan besar daripada golongan anti-Najib di dalam UMNO. Pelbagai fitnah dan hasutan telah dibuat.

Bagaimanapun, keputusan akhir sama ada Muhyiddin dibenarkan berucap pada sesi penggulungan akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO pada 9 Disember ini.

Satu pendedahan telah dibuat bagaimana Mahathir dan Muhyiddin Yassin telah meminta bantuan kumpulan yang bergelar G25 untuk menentang Najib Abdul Razak pada September lalu.

Semalam, kumpulan tersebut telah meminta agar hukuman khalwat dihapuskan dan sebelum itu, JAKIM dilupuskan.

Sama ada benar atau tidak, kita tunggu keputusan dan ucapan Muhyiddin malam nanti. Persoalan sama ada Muhyiddin berani bercakap berterus-terang atau terus mengamalkan dasar hipokrit depan cakap lain, belakang lain rancangannya, akan terjawab malam nanti.


2 comments:

  1. Tak payahlah jadi batu api.

    ReplyDelete
  2. Muhyidin Presiden...Mukhriz Timbalan...Mahathir plak jawatan apa???? Haaaa

    ReplyDelete

MUHYIDDIN YASSIN Akan Umum Bertanding Presiden UMNO dan Mukhriz Mahathir Sebagai Timbalannya?

Monday 7 December 2015 ·


Itulah berita yang sedang hangat diperkatakan.

Malam nanti, Muhyiddin dijadualkan berucap di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu Kuala Lumpur. Para penyokong dan pentaksub Mahathir kelihatan begitu seronok dan telah meuwar-uwarkan kononnya, Muhyiddin akan membuat pengumuman penting dalam ucapan dalam perhimpunan khas yang dianjurkan oleh para anti-Najib malam nanti.

Dari kalangan mereka sendiri menyatakan, Muhyiddin akan mengumumkan Team 5M yang akan bertanding dalam pemilihan UMNO pada 2018 nanti. Muhyiddin sendiri akan bertanding jawatan Presiden UMNO mencabar Najib Abdul Razak.

Manakala jawatan Timbalan Presiden pula akan ditandingi oleh Mukhriz Mahathir. Jawatan Naib Presiden akan ditandingi oleh Mohd Shafie Apdal, Ahmad Said (Mat Said) dan Mohamed Khalid Nordin.

Mohamed Khalid Nordin telah pun membuat penafian yang dia terlibat dalam Kumpulan 5M seperti yang diperkatakan. (RUJUK SINI)


Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini telah memutuskan yang Muhyiddin tidak akan dibenarkan berucap merasmikan upacara perasmian bagi ketiga-tiga Sayap UMNO iaitu Wanita, Puteri dan Pemuda pada 8 Disember. Keputusan tersebut mendapat tentangan besar daripada golongan anti-Najib di dalam UMNO. Pelbagai fitnah dan hasutan telah dibuat.

Bagaimanapun, keputusan akhir sama ada Muhyiddin dibenarkan berucap pada sesi penggulungan akan diputuskan dalam mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO pada 9 Disember ini.

Satu pendedahan telah dibuat bagaimana Mahathir dan Muhyiddin Yassin telah meminta bantuan kumpulan yang bergelar G25 untuk menentang Najib Abdul Razak pada September lalu.

Semalam, kumpulan tersebut telah meminta agar hukuman khalwat dihapuskan dan sebelum itu, JAKIM dilupuskan.

Sama ada benar atau tidak, kita tunggu keputusan dan ucapan Muhyiddin malam nanti. Persoalan sama ada Muhyiddin berani bercakap berterus-terang atau terus mengamalkan dasar hipokrit depan cakap lain, belakang lain rancangannya, akan terjawab malam nanti.


2 comments:

Anonymous said...
7 December 2015 at 16:50  

Tak payahlah jadi batu api.

Groom said...
7 December 2015 at 22:54  

Muhyidin Presiden...Mukhriz Timbalan...Mahathir plak jawatan apa???? Haaaa

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks