SIRI 2 SKANDAL EMPANGAN BAKUN: Kedudukan Istimewa EKRAN BERHAD dan TING PEK KING Yang Kepakaran Mereka Hanya Bersihkan Balak

Thursday 31 December 2015

Adakah anda masih ingat akan kisah Empangan Bakun? Jika ada yang telah terlupa, saya ingin memberikan anda peluang untuk mengimbau kisah tersebut. Empangan Bakun adalah sebuah empangan berskala besar yang bertujuan untuk menjanakan tenaga elektrik menggunakan teknologi elektrik hidro.

Pada tahun 70′an, telah terdapat sebuah empangan bersaiz besar iaitu Empangan Temenggor di Perak yang dibina dimana bermanfaat menjanakan sehingga 384 MW tenaga elektrik. Empangan Temenggor dibina dengan cara mengepung air sungai yang menyebabkan kawasan berhampiran ditenggelami air sehingga membentuk Tasik Temenggor (Tasik Banding). Teknik yang digunakan ini amatlah tidak mesra alam dimana kemusnahan hutan secara kekal telah berlaku.

Kemudian pada awal tahun 1990 pula Tenaga Nasional Berhad membina satu lagi empangan yang tidak mengganggu alam sekitar dimana aliran air sungai disekat dan dipindahkan kedalam satu sistem terowong bawah tanah yang canggih (stesen penjana hidro terletak di dalam tanah) yang dikenali sebagai Empangan Sg Piah di Sungai Siput Perak. Empangan ini bina dengan oleh Ret Ser Engineering Agency (Ret Ser) serta Kerjaya Balfour Beatty Cementation (KBBC) International dengan kawalselia sebuah syarikat dari Kanada (Shawinigan-Lavalin). Empangan ini berjaya menjanakan tenaga elektrik sehingga 54 MW pada Sg Piah Lower Power Station dan 14.6 MW pada Sg Piah Upper Power Station.

Projek Empangan Sg Piah sememangnya berjaya dan menjadi satu model kepada sebuah lagi empangan iaitu Empangan Pergau di Kuala Yong, Kelantan. Namun pembinaan Empangan Pergau tercalar dengan satu insiden peringkat antarabangsa yang mana melibatkan Kerajaan Britain dan Malaysia. Empangan Pergau yang menjanakan kuasa sehingga 600 MW telah menjadi satu insiden yang memalukan kerajaan Margaret Thatcher kerana nilai bantuan sebanyak 234 Juta Pound untuk projek tersebut adalah datangnya dari perbuatan “tumbuk rusuk” (rasuah) dalam pembelian jet pejuang Hawk yang bernilai 1.3 Bilion Pound pada bulan March 1988. Pada November 1994, Mahkamah Tinggi Britain telah menetapkan bahawa tindakan menyalurkan 234 Juta Pound tersebut (oleh Setiausaha Luar Britain Douglas Hurd) adalah salah dari segi undang-undang British.

Teknik pembinaan yang sama juga digunakan sebahagiannya untuk membina sebuah lagi empangan di Sarawak iaitu Empangan Bakun. Rekabentuk empangan tersebut menggabungkan kedua-dua konsep empangan iaitu Empangan Temenggor dan Empangan Pergau. Namun kos yang dicadangkan untuk membinanya amatlah tidak rasional kerana bernilai lebih dari 7 Bilion Dolar yang mana secara tidak langsung akan menyebabkan ianya akan menjadi empangan yang paling besar di Asia Tenggara (2400 MW janaan elektrik). Konsesi pembinaannya diberikan secara terus kepada Konsortium Ekran Berhad yang juga dianggotai oleh Kerajaan Sawarak, TNB, SESCO, MMC dan beberapa syarikat lain. Ekran Berhad pula kemudiannya dengan keizinan Kerajaan Malaysia telah melantik syarikat Asea dari Sweden dan Brown Boveri dari Switzerland (yang akhirnya membentuk syarikat ABB) untuk menyelia dan menjalankan kerja kejuruteraan dan agihan tenaga pada bulan Jun 1996.

Pihak ABB pula telah meminta sebuah syarikat iaitu Companhia Brasileira de Projetos e Obras (CBPO) dari Brazil untuk menjalankan kerja-kerja kejuruteraan awam, malah projek ini dijalankan dengan seliaan perundingan dari syarikat Lahmeyer dari Jerman dan Harza dari Amerika Syarikat.

Atas bantahan beberapa pihak termasuklah aktivis alam sekitar dan kegawatan ekonomi 1997, projek Empangan Bakun ini terhenti sehingga menyebabkan pihak ABB telah membuat “write off” sebanyak 100 Juta Dolar atas suku ketiga akaun mereka. Pada Disember 1997, Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada masa itu) telah mengeluarkan arahan supaya pemberhentian semua projek mega demi untuk menyelamatkan aliran tunai dan kewangan negara.

Pada penghujung 1999 projek Empangan Bakun ini dimulakan semula dengan segala beban diletakkan dibawah Tenaga Nasional Berhad (TNB).Malah beberapa siri pembayaran pampasan telah dilakukan oleh Kerajaan Malaysia kepada Bakun Hydroelectric Corp (diketuai oleh Ekran Berhad) sebanyak lebih dari 250 Juta Dolar. Namun kemudiannya projek tersebut terhenti sekali lagi sehingga diambil alih oleh Kumpulan Sime Darby Berhad dengan kerjasama dari Malaysian China Hydro Consortium pada Ogos 2003. Malah sebuah konsortium lain iaitu Gulf International Investment Group (GIIG Capital) juga telah meletakkan deposit sebanyak 500 Juta Dolar untuk mengambil 60 % kepentingan dalam empangan ini.

Kini Empangan Bakun diserahkan pula kepada Synergy Drive Berhad (November 2007) sebagai usaha (kononnya) untuk mengerakkan projek berskala mega yang beberapa kali terbengkalai ini. Projek ini sejak dari awal lagi tidak pernah menepati keperluan alam sekitar (EIA) dan membahayakan kepentingan kaum Penan di Sarawak.

Dari apa yang dapat kita lihat, kemungkinan Synergy Drive Berhad akan membuat beberapa siri pembayaran pampasan lagi kepada beberapa pihak yang seterusnya menunjukkan bahawa tindakan ini tidak lebih dari satu usaha untuk mengaburi mata rakyat akan satu proses “bail-out” sekali lagi. Malah kini dengan dana yang amat besar adalah dikhuatiri Synergy Drive Berhad akan menjadi seperti Khazanah Nasional atau Danaharta yang memungkinkan akan menyebabkan rakyat (secara umumnya) akan menjadi rugi sekali lagi.

Yang pastinya pihak yang akan untung dalam insiden Empangan Bakun ini tidak lain dan tidak bukan ialah Ekran Berhad dan beberapa kroni yang berkaitan. Nilai pampasan yang telah mereka terima selama ini sebenarnya tidak wajar diberikan kepada mereka jika dibandingkan dengan kerja yang telah mereka lakukan.

Jika salah percaturan Synergy Drive Berhad akan pastinya terjual kepada pihak lain seperti yang pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini. Temasek Group memang menunggu peluang dengan meletakkan beberapa orang kepercayaan mereka didalam beberapa industri tempatan dan bersedia untuk memindah-milikkan aset dan kepentingan Synergy Drive Berhad pada bila-bila masa. Malah proksi Temasek Group kini dikenalpasti telah berada didalam Synergy Drive Berhad.

0 comments:

Post a Comment

SIRI 2 SKANDAL EMPANGAN BAKUN: Kedudukan Istimewa EKRAN BERHAD dan TING PEK KING Yang Kepakaran Mereka Hanya Bersihkan Balak

Thursday 31 December 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks