Tertekan Kerana Disiasat SKMM, NGA KOR MING Terus Tuduh 'Peminat DAP' Menfitnahnya!

Thursday 10 December 2015

Nga Kor Ming sekali lagi dengan bijaknya memberikan alasan menyalahkan pihak lain...

Dia telah dipanggil untuk kenyataannya dirakamkan oleh SKMM hari ini berhubung gambar di laman Facebook peribadinya yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama-sama seorang pemimpin Filipina yang dikatakan oleh Nga Kor Ming sebagai Jamalul Kiram III, ketua militan Sulu yang mengakui dirinya sebagai sultan.

Bagaimanapun, Nga Kor Ming memberitahu, posting berkenaan tidak dilakukan olehnya atau pun kakitangannya, sebaliknya oleh 'peminat DAP' yang menggunakan gambar dan mukanya sebagai avatar selain mempunyai 400,000 orang pengikut. (RUJUK SINI)

Menurutnya, siasatan yang dijalankan oleh SKMM ke atasnya itu adalah gangguan politik ke atas Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dan merupakan isu-isu remeh yang telah diperbesar-besarkan.

Ini barulah bijak...

Bila terkantoi, terus tidak mengaku dan menyalahkan 'peminat DAP'. Lebih hebat lagi ialah, apa-apa sahaja siasatan ke atasnya, segera ditanggapi sebagai gangguan dan tekanan ke atas pembangkang!

Sungguh mudah hidupnya!

Patutlah banjir lumpur yang sangat teruk di hulu Kelantan pada penghujung tahun lepas kesan daripada penggondolan bukit dan hutan, yang dilakukan oleh sebuah syarikat di mana dia mempunyai saham di dalam syarikat tersebut, yang salah adalah Kerajaan Negeri Kelantan!

Dia tetap tidak salah juga!

Dia yang buat fitnah, dia yang tidak kenal antara Jamalul Kiram III dengan Haji Murad Ibrahim, tetapi yang salah adalah 'peminat DAP'.

Kalau benar yang melakukannya adalah 'peminat DAP', apa yang dia nak risaukan sangat. SKMM mempunyai akses untuk mengesan dari mana posting itu dibuat. Apatah lagi, laman tersebut tidak dinyatakan sebagai 'Fans of Nga Kor Ming' atau 'DAP Fans' sebaliknya atas nama Nga Kor Ming yang hampir kesemua poster-poster di laman tersebut, dipautkan dan disiarkan menerusi Tweeter atas nama Nga Kor Ming sendiri.

Jadi, biarlah SKMM dan pihak berkuasa menyiasatnya... kalau bukan dia yang buat, baguslah!

Yang anehnya, kalaulah sudah tahu bahawa 'peminat DAP' itu telah menyebabkan dia berhadapan dengan implikasi undang-undang, mengapa dia tidak buat aduan kepada Facebook untuk akaun tersebut ditutup, padahal para peminat dan RBA DAP begitu pantas membuat aduan untuk memastikan akaun-akaun Facebook yang menyerang dan mengantoikan para pemimpin DAP, ditutup atau digantung oleh Facebook.

Kenapa pula, Nga Kor Ming tidak membuat laporan polis yang namanya telah disalahguna?

2 comments:

  1. Itu cina penipu jangan beri muka...dakwa je dia....dia nak cakap apa pun tak guna sebb nama akaun tu atas nama dia....bukan atas nama peminta DAP .nak buat cerita pun agak2 lah.....bagus sejak salleh said keruak ni jadi menteri komunikasi baru SKMM nak buat kerja .....kalau tak....lembab

    ReplyDelete
  2. Itu cina penipu jangan beri muka...dakwa je dia....dia nak cakap apa pun tak guna sebb nama akaun tu atas nama dia....bukan atas nama peminta DAP .nak buat cerita pun agak2 lah.....bagus sejak salleh said keruak ni jadi menteri komunikasi baru SKMM nak buat kerja .....kalau tak....lembab

    ReplyDelete

Tertekan Kerana Disiasat SKMM, NGA KOR MING Terus Tuduh 'Peminat DAP' Menfitnahnya!

Thursday 10 December 2015 ·

Nga Kor Ming sekali lagi dengan bijaknya memberikan alasan menyalahkan pihak lain...

Dia telah dipanggil untuk kenyataannya dirakamkan oleh SKMM hari ini berhubung gambar di laman Facebook peribadinya yang menunjukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bersama-sama seorang pemimpin Filipina yang dikatakan oleh Nga Kor Ming sebagai Jamalul Kiram III, ketua militan Sulu yang mengakui dirinya sebagai sultan.

Bagaimanapun, Nga Kor Ming memberitahu, posting berkenaan tidak dilakukan olehnya atau pun kakitangannya, sebaliknya oleh 'peminat DAP' yang menggunakan gambar dan mukanya sebagai avatar selain mempunyai 400,000 orang pengikut. (RUJUK SINI)

Menurutnya, siasatan yang dijalankan oleh SKMM ke atasnya itu adalah gangguan politik ke atas Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dan merupakan isu-isu remeh yang telah diperbesar-besarkan.

Ini barulah bijak...

Bila terkantoi, terus tidak mengaku dan menyalahkan 'peminat DAP'. Lebih hebat lagi ialah, apa-apa sahaja siasatan ke atasnya, segera ditanggapi sebagai gangguan dan tekanan ke atas pembangkang!

Sungguh mudah hidupnya!

Patutlah banjir lumpur yang sangat teruk di hulu Kelantan pada penghujung tahun lepas kesan daripada penggondolan bukit dan hutan, yang dilakukan oleh sebuah syarikat di mana dia mempunyai saham di dalam syarikat tersebut, yang salah adalah Kerajaan Negeri Kelantan!

Dia tetap tidak salah juga!

Dia yang buat fitnah, dia yang tidak kenal antara Jamalul Kiram III dengan Haji Murad Ibrahim, tetapi yang salah adalah 'peminat DAP'.

Kalau benar yang melakukannya adalah 'peminat DAP', apa yang dia nak risaukan sangat. SKMM mempunyai akses untuk mengesan dari mana posting itu dibuat. Apatah lagi, laman tersebut tidak dinyatakan sebagai 'Fans of Nga Kor Ming' atau 'DAP Fans' sebaliknya atas nama Nga Kor Ming yang hampir kesemua poster-poster di laman tersebut, dipautkan dan disiarkan menerusi Tweeter atas nama Nga Kor Ming sendiri.

Jadi, biarlah SKMM dan pihak berkuasa menyiasatnya... kalau bukan dia yang buat, baguslah!

Yang anehnya, kalaulah sudah tahu bahawa 'peminat DAP' itu telah menyebabkan dia berhadapan dengan implikasi undang-undang, mengapa dia tidak buat aduan kepada Facebook untuk akaun tersebut ditutup, padahal para peminat dan RBA DAP begitu pantas membuat aduan untuk memastikan akaun-akaun Facebook yang menyerang dan mengantoikan para pemimpin DAP, ditutup atau digantung oleh Facebook.

Kenapa pula, Nga Kor Ming tidak membuat laporan polis yang namanya telah disalahguna?

2 comments:

Anonymous said...
12 December 2015 at 12:11  

Itu cina penipu jangan beri muka...dakwa je dia....dia nak cakap apa pun tak guna sebb nama akaun tu atas nama dia....bukan atas nama peminta DAP .nak buat cerita pun agak2 lah.....bagus sejak salleh said keruak ni jadi menteri komunikasi baru SKMM nak buat kerja .....kalau tak....lembab

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks