Tok Guru Salleh Musa Hentam Mat Sabu dan PAN Yang Disifatkan Sekadar Mencari Duit Ringgit dan Jawatan

Tuesday 22 December 2015

Semasa Allahyarham Ustaz Azizan menjadi Menteri Besar Kedah, nama Tok Guru Haji Salleh Pondok Ar-Rahmaniah, Sik, cukup masyhur. Selain menjadi 'mursyidul am PAS Kedah', Tok Guru Haji Salleh juga merupakan antara peserta tetap demonstrasi 'BERSIH' walaupun terpaksa berpapah dan bertongkat.

Pada PRU-13 lalu, dia juga merupakan antara orang yang paling sibuk mempertahankan PAS, termasuklah membela pemimpin-pemimpin PAS yang sudah pun diketahui belang dan pengkhianatan mereka terhadap PAS, semata-mata kerana mereka adalah PAS.

Antaranya termasuklah Mat Sabu yang menjadi calon Parlimen Pendang dan Phahrolrazi Zawawi yang merupakan musuh utama Allahyarham Azizan.

Menariknya, di dalam PAS, banyak rahsia pemberontakan tidak terbarai seperti yang berlaku dalam UMNO walaupun PAS Kedah telah berpecah-pecah kepada beberapa puak.

Bukan rahsia sebenarnya yang beberapa orang pemimpin dan calon PAS Kedah menerima tajaan langsung daripada DAP dan Lim Guan Eng, termasuklah Mat Sabu dan Phahrolrazi Zawawi. Namun demi PAS, semua orang PAS termasuklah Tok Guru Haji Salleh sendiri menutup kebenaran tersebut dengan hujah-hujah retorik keagamaan mereka.

Kini, segala-galanya telah terburai.

Phahrolrazi Zawawi menubuhkan PASMA bagi menggantikan PAS tetapi kerana dia sendiri tidak popular dan sekadar dikenali di kalangan PAS Kedah, DAP yang menjadi pendana utama memilih calon lain yang lebih diyakini dan mempunyai kedudukan lebih kanan dalam PAS iaitu Mat Sabu. Mat Sabu tidak boleh mengambilalih PASMA memandangkan PASMA hanyalah sebuah persatuan atau NGO.

Akhirnya Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan. Phahrolrazi Zawawi kekal dengan PASMAnya yang berfungsi di Kedah, manakala PAN pula bertindak sebagai parti di peringkat kebangsaan.

Barangkali kerana itulah, Tok Guru Haji Salleh dalam pengajian agama mingguan kendaliannya di Pondok Ar-Rahmaniah, Kampung Banggol Kiat, PDM Pekan Sik, DUN Belantek pada 11 Disember lalu telah menyatakan sesuatu yang bersifat 'keras' ke atas PAN dan PASMA.

Di hadapan lebih kurang 400 orang yang terdiri daripada pelajar pondok, penyokong PAS tempatan dan dari luar Sik, Tok Guru Haji Salleh Musa, pengasas pondok merangkap penasihat PAS Kawasan Sik, menyindir bekas pemimpin PAS yang keluar dari parti untuk menubuhkan parti baru semata-mata mencari duit ringgit dan jawatan.

Menurutnya, parti itu tidak akan kekal lama kerana mereka tidak akan mendapat keredhaan Allah Taala. Parti pecahan PAS tidak seharusnya wujud kerana sudah lari daripada perjuangan PAS selain hanya berpandukan kepada matlamat kabur yang meletakkan jawatan dan kemewahan duniawi sebagai perjuangan.

Sebaliknya, menurutnya lagi, pahala istiqomah adalah lebih besar daripada mencari kemewahan semata-mata. Lari daripada perjuangan menegakkan agama Islam kerana menyatakan parti PAS adalah jumud, merupakan satu jenayah yang sangat serius kepada akidah. Justeru, perjuangan yang sebenar-benar dalam Islam perlu dijaga di dunia ini, bukannya keluar daripada perjuangan dan mengisi borang parti lain serta meninggalkan PAS.

Tok Guru Haji Salleh Musa turut menasihati ahli-ahli PAS dan para pelajarnya agar berpegang teguh dengan prinsip keraja baik yang dibuat dengan niat yang ikhlas di dunia akan dibalas di akhirat dan dijauhkan daripada azab api neraka. Sebarang ibadat yang dilakukan hendaklah ikhlas dan tidak mengharapkan balasan di dunia seperti wang ringgit kerana hanya kerja ikhlas sahaja merupakan pintu untuk sampai ke matlamat yang dituju.

0 comments:

Post a Comment

Tok Guru Salleh Musa Hentam Mat Sabu dan PAN Yang Disifatkan Sekadar Mencari Duit Ringgit dan Jawatan

Tuesday 22 December 2015 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks