ZAHID HAMIDI Mahu Teliti Dakwaan MAHATHIR Yang Dia Cuba Disogok Oleh Najib

Friday 11 December 2015


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan meneliti terlebih dahulu dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini menyatakan dirinya cuba disogok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak membangkitkan lagi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Dalam Negeri itu menjelaskan, selepas itu beliau akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum membuat sebarang tindakan.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci sekiranya mempunyai bukti lengkap terhadap dakwaan Dr Mahathir itu.

“Itu hak pihak berkuasa dan saya akan membincangkan perkara itu dengan ketua polis negara, tetapi ia bergantung kepada berapa kuat bukti itu,” katanya semasa sidang media di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Jumaat.

Rabu lalu, Dr Mahathir membuat pendedahan terbaru dengan mendakwa Najib pernah cuba menyogoknya.

Katanya, sogokan itu dibuat untuk membeli kerjasamanya dan mendiamkan isu 1MDB.

“Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

“Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB,” katanya dalam tulisan di blog chedet.cc. (SUMBER)

3 comments:

  1. Lawak2 betul. ..cari modal baru pula. .

    ReplyDelete
  2. KALAU BETUL PUN ..TAPI MEMANG BETUL APA YAG TM CAKAP PASAL DIA TIDAK KUAT BERBOHONG SPT SORANG TU . APA ZAHID NAK BUAT .. SALAH KAN TM KERANA TIADA SAKSI .. SEDANGKAN TSM CAKAP PASAL 2.6B DEPAN SAKSI S/U PUN DEPA TAK NGAKU .,KATA TM CAKAP DENGAN KAMBING LAH ..

    ReplyDelete
  3. Zahid tak payah nak berlakonlah. Isu PM masuk duit dalam akaun peribadi tanpa merekodkan dalam akaun parti atau kerajaan pun tak boleh nak selesaikan, tak yah dok sembang kosong pasal dakwaan Tun M tu. Ko ingat rakyat bodoh ke? Macamlah menteri kabinet ni efficient sangat. Kalau TMY yang tak salah pun ko sanggup pijak, apalagi nak membela orang lain.

    ReplyDelete

ZAHID HAMIDI Mahu Teliti Dakwaan MAHATHIR Yang Dia Cuba Disogok Oleh Najib

Friday 11 December 2015 ·


Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau sendiri akan meneliti terlebih dahulu dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang baru-baru ini menyatakan dirinya cuba disogok, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar tidak membangkitkan lagi isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Menteri Dalam Negeri itu menjelaskan, selepas itu beliau akan mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum membuat sebarang tindakan.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya akan melakukan siasatan secara terperinci sekiranya mempunyai bukti lengkap terhadap dakwaan Dr Mahathir itu.

“Itu hak pihak berkuasa dan saya akan membincangkan perkara itu dengan ketua polis negara, tetapi ia bergantung kepada berapa kuat bukti itu,” katanya semasa sidang media di Perhimpunan Agung UMNO 2015 pada Jumaat.

Rabu lalu, Dr Mahathir membuat pendedahan terbaru dengan mendakwa Najib pernah cuba menyogoknya.

Katanya, sogokan itu dibuat untuk membeli kerjasamanya dan mendiamkan isu 1MDB.

“Najib biasa datang jumpa saya untuk bertanya apa yang saya hendak. Saya fikir ia ikhlas dan saya pun sebut beberapa projek pembangunan untuk negara.

“Kemudian saya sedar ia sedang mencuba sogok saya dengan cara ini supaya saya tidak bangkit soal 1MDB,” katanya dalam tulisan di blog chedet.cc. (SUMBER)

3 comments:

Ted Manoff said...
12 December 2015 at 00:30  

Lawak2 betul. ..cari modal baru pula. .

Anonymous said...
12 December 2015 at 08:16  

KALAU BETUL PUN ..TAPI MEMANG BETUL APA YAG TM CAKAP PASAL DIA TIDAK KUAT BERBOHONG SPT SORANG TU . APA ZAHID NAK BUAT .. SALAH KAN TM KERANA TIADA SAKSI .. SEDANGKAN TSM CAKAP PASAL 2.6B DEPAN SAKSI S/U PUN DEPA TAK NGAKU .,KATA TM CAKAP DENGAN KAMBING LAH ..

Anonymous said...
12 December 2015 at 15:56  

Zahid tak payah nak berlakonlah. Isu PM masuk duit dalam akaun peribadi tanpa merekodkan dalam akaun parti atau kerajaan pun tak boleh nak selesaikan, tak yah dok sembang kosong pasal dakwaan Tun M tu. Ko ingat rakyat bodoh ke? Macamlah menteri kabinet ni efficient sangat. Kalau TMY yang tak salah pun ko sanggup pijak, apalagi nak membela orang lain.

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks