KEBIADAPAN ADUN-ADUN PAKATAN PERAK MENAIKKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU, TINDAKAN TEGAS DAN PERHATIAN KERAS DITAGIH DARIPADA ORANG MELAYU PERAK!

Tuesday, 31 March 2015 | 8 comments

Daulat Tuanku !!!! Kami Rakyat Perak Sentiasa Bersama Tuanku!!!

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini dicemari dengan sikap KURANG AJAR wakil rakyat DAP dengan berpakaian SERBA HITAM bagi memberi penghormatan kepada Mendiang Lee Kuan Yew serta penahanan Anwar Ibrahim.

Ini merupakan kali ke 2 Cina DAP bersikap BIADAP dengan berpakaian serba hitam dan membuktikan DYMM Sultan Perak yang mencemar Duli merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri PERAK tidak DIHORMATI malahan menganggap Persidangan Dewan Undangan Negeri ini sebagai tempat PENGHORMATAN KEMATIAN !!!!.

ADAKAH kita mahukan Institusi Raja/Sultan di negara ini dicemari dengan sikap biadap CINA DAP hari ini.!!!!!!!

DIMANA KITA ORANG-ORANG MELAYU?????

DYMM SULTAN hari ini telah dipijak kepala oleh BANGSA CINA DAP!!!!!!

Haruskah kita berdiam diri????

Kita bersuara bukan untuk mencetuskan pergaduhan sebaliknya untuk memberi AMARAN kepada BANGSA CINA DAP untuk belajar menghormati RAJA-RAJA MELAYU di MALAYSIA!!!!

Jangan sesekali mengheret institusi RAJA MELAYU serta mencemarkan Dewan Undangan Negeri sebagai tempat untuk melepaskan perasaan kurang Ajar mereka. MALAHAN Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turut dipengruhi oleh CINA DAP PERAK untuk bersama-sama berpakaian hitam seolah-olah mereka ini BODOH dalam etika berpakaian dan bukan sekali baru memasuki persidangan dewan negeri..

LIHATLAH wahai orang melayu.!!!!!

Dimana bangsa melayu hari ini yang telah banyak kali dicabar oleh Bangsa CINA DAP ini seolah-olah mereka yang telah menetapkan hala tuju perjuangan untuk rakyat di Negara ini .... Kaum minoriti telah berjaya untuk memijak Kepala Sultan dan kaum majoriti hanya berdiam diri dan hanya mengikut telunjuk CINA DAP semata-mata takut tidak berjaya membentuk kerajaan Negeri dalam pilihanraya akan datang!!!!!

Ayuh!!!!

Kita bersama-sama bangkit dari tidur dan bersama-sama memperjuangkan hak orang Melayu dibumi sendiri dengan sokongan terhadap DYMM Raja /Sultan Melayu di MALAYSIA.!!!!!

sebarkann!!!!!

RUPA-RUPANYA ARAHAN DARI WAN AZIZAH, MESYUARAT AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MAHU DIBUAT DI PENJARA DENGAN ANWAR IBRAHIM

Penjara Sungai Buloh telah memberikan penegasan bahawa perjumpaan hanya pada hari Isnin, Rabu, Khamis / Ahad atau hari kelepasan am, Jumaat dan Sabtu. Perjumpaan pula hanya boleh dibuat membabitkan 5 orang dalam satu-satu masa selama 45 minit.

Bagaimanapun, PKR menerusi Wan Azizah telah membuktikan bagaimana tidak tegasnya Penjara Sungai Buloh mempertahankan polisi dan peraturan mereka sendiri apabila ianya melibatkan Anwar Ibrahim. Malah pada masa yang sama, turut membenarkan tentang tuduhan yang dilemparkan bahawa Penjara Sungai Buloh sedang berhadapan dengan pelbagai masalah kerana layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim.


Hari ini hari Selasa. Dengan kata lain, tiada sebarang lawatan untuk banduan di Sungai Buloh hari ini.

Namun kenyataan yang diberikan oleh Presiden PKR yang penuh yakin, pertemuan dan mesyuarat antara para pemimpin atau lebih tepat lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Anwar Ibrahim akan diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh, membuktikan segala dakwaan yang dibuat ke atas Penjara Sungai Buloh berhubung layanan hebat kepada Anwar Ibrahim, adalah benar.

Kalau bukan kerana pendedahan dibuat lebih awal, barangkali tadi dengan bangganya, Wan Azizah mengumumkan kejayaan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertemu dan bermesyuarat dengan BANDUAN JENAYAH LIWAT bernama Anwar Ibrahim.



Walaupun ada yang mengatakan, Wan Azizah sengaja buat fitnah ke atas Penjara Sungai Buloh dan kemudian cuba pula menaikkan sentimen di kalangan para penyokong menjelang PRK Permatang Pauh, hakikatnya kehadiran ramai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat dengan Anwar Ibrahim tengah hari tadi, membuktikan sama ada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu memang benar-benar bodoh dan yakin Penjara Sungai Buloh akan berpihak kepada mereka, atau sebenarnya Penjara Sungai Buloh sudah terlalu lemah dan tidak lagi mampu untuk melaksanakan dan menegakkan undang-undang.

Kita boleh perhatikan sendiri bagaimana PKR bising kerana hanya tiga orang Ahli Parlimen Pakatan yang dibenarkan memasuki pejabat Pengarah Penjara Sungai Buloh manakala yang lain pula terpaksa berjemur di tengah panas.

Sama ada PKR cuba mencari publisiti murahan dengan cubaan mengacau ganggu perlaksanaan undang-undang atau sememangnya cuba meraih simpati, yang pasti selagi Anwar Ibrahim diberikan keistimewaan dan tidak dilayan seperti penjenayah dan banduan lain, perkara sebegini akan terus berlaku!


BESAR BETUL KEISTIMEWAAN ANWAR IBRAHIM DI PENJARA SUNGAI BULOH... MEETING DENGAN AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN PULAK DI PENJARA SUNGAI BULOH!

Layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim serta peranan yang dimainkan oleh seorang pegawai Penjara Sungai Buloh yang sudah dikenalpasti merupakan kroni Anwar Ibrahim, telah lama diperkatakan iaitu apabila Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk dihukum penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh. Cakap-cakap sebegitu semakin kuat kedengaran apabila Anwar Ibrahim disahkan tidak lagi dikurung di sel biasa, sebaliknya ditempatkan di sel yang dikhaskan untuk banduan yang menjalani rawatan.

Berbeza dengan layanan kepada banduan-banduan lain, Anwar Ibrahim menikmati pelbagai keistimewaan, termasuklah dibenarkan berhubung dengan sesiapa sahaja di luar penjara, diberikan keselesaan yang melebihi standard sebuah hospital, memilih menu makanannya sendiri, malah dibeli dari luar, boleh bergerak bebas tanpa kurungan dan BERMAIN PING PONG, permainan yang amat digemari dan dimahirinya.

Dari dalam PKR sendiri menyebut, hari ini, jam 1:00 tengah hari, Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kompleks Penjara Sungai Buloh. Mereka akan bermesyuarat dan sudah tentulah ia membabitkan perkembangan terkini hudud PAS dan perpecahan antara DAP-PKR dengan PAS di beberapa buah negeri kecuali di Selangor.

Dan tidak mustahil juga, ia turut membabitkan tentang PRK Permatang Pauh yang akan berlangsung tidak lama lagi setelah permohonan ampunnya dilupuskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana tidak menepati syarat terutama sekali ianya bukanlah permohonan daripada Anwar Ibrahim dan tidak ditandatangani oleh Anwar.

Apakah dalam mesyuarat yang diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh itu, akan dihadiri oleh warden-warden dengan tangan Anwar Ibrahim bergari dan para pelawatnya pula perlu berada dalam jarak tertentu dan tidak boleh menyentuh Anwar Ibrahim langsung bagi mengelakkan pemberian objek termasuklah senjata merbahaya kepadanya untuk diseludup masuk ke penjara?

Adakah terdapat rakaman CCTV yang dibuat oleh pihak penjara bagi memastikan mesyuarat berkenaan berlangsung mengikut piawaian dan standard penjara membabitkan banduan dan penjenayah seperti Anwar Ibrahim?

Atau sekali lagi, Anwar Ibrahim akan diberikan keistimewaan besar seolah-olah dia adalah Maharaja Kartel yang berjaya merasuah para warden dan pihak berkuasa penjara bagi membolehkan dia mendapatkan layanan istimewa seperti yang diperolehinya sekarang?

Apa penjelasan daripada pihak Penjara Sungai Buloh berhubung perkembangan terbaru ini? Adakah pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh sudah tidak berupaya menjalankan tugas mereka atau sememangnya ada kepincangan besar berlaku membabitkan pengurusan dan pentadbiran Penjara Sungai Buloh?

Selain Anwar Ibrahim, adakah terdapat banduan-banduan lain yang diberikan keistimewaan sebegitu rupa di Penjara Sungai Buloh?

MUDAHNYA PENDUDUK KAMPUNG DITIPU DAP MENERUSI 'IMPIAN SARAWAK' DENGAN PROJEK-PROJEK MEREKA YANG TAK BERGUNA!


DAP telah mengambil risiko dan berbelanja besar dalam usaha untuk menawan Sarawak dan menawan lebih banyak kerusi bagi membolehkan DAP merampas takhta pemerintahan negeri daripada kaum Bumiputera dan warga Pribumi.

Untuk itu, DAP telah melancarkan 'IMPIAN SARAWAK' yang cuba mempotretkan DAP sebagai pemberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan walaupun mereka sebenarnya menumpang projek Kerajaan Negeri Barisan Nasional serta mencuri kredit.

Blog ini akan mendedahkan satu persatu dan dari semasa ke semasa PROJEK-PROJEK SEPARUH MASAK DAP yang hanya bertujuan untuk propaganda dan menipu masyarakat pengundi tempatan selain memberikan gambaran positif kepada pengundi-pengundi di seluruh Sarawak yang berada di luar kawasan tetapi mempunyai akses Internet.

Kita mulakan dengan projek GRAVITY FED WATER SYSTEM di Kampung Beriwan Kito dan Kampung Tunas Baru, Lawas. Projek 'mega DAP' itu telah bermula pada 20 September 2014 sehingga 28 September 2014. Berdasarkan dokumen yang diperolehi, projek tersebut bernilai RM47,801.00 keseluruhannya.

Penyaluran paip tersebut kononnya meliputi 16 buah rumah dan sebuah gereja di Kampung Beriwan Kito dan 24 buah rumah dan sebuah gereja di Kampung Tunas Baru. Kedua-dua kampung tersebut terletak di kawasan Lawas.

Setelah diberikan pelbagai publisiti termasuklah iklan mendapatkan sukarelawan yang perlu membayar tambang sendiri selain membeli insuran, selain menggambarkan betapa prihatinnya DAP yang dapat mengesan dua buah kampung jauh di pedalaman Lawas yang tidak memperolehi bekalan air bersih JKR yang hanya berakhir di Kampung Beriwan Tengah yang terletak 2 kilometer dari Kampung Beriwan Kito, hakikatnya, air graviti DAP juga tidak dapat digunakan oleh penduduk di kedua-dua kampung.

Yang mereka dapat hanyalah berita, dan nama kampung mereka dipergunakan selain gambar-gambar yang menunjukkan kerja-kerja memasang paip air. Airnya tetap tidak ada.

ADUN Lawas adalah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dari PBB.



Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah merancang projek bekalan air luar bandar (BALB) di Lawas semenjak dari tahun 2010 lagi. Antaranya termasuklah pembinaan di Lawas Damit Intake dan Loji Rawatan Air Gelugus Lawas. Bagaimanapun, beberapa masalah teknikal timbul termasuklah pembelian dua genset berkapasiti 150KVA dan 200KVA yang dibeli pada harga RM275,000 tidak mampu menghidupkan pam air di muka sauk Lawas Damit dan Sungai Gaya, menyebabkan projek bekalan air di kawasan Lawas distatuskan oleh Jabatan Audit Negara sebagai kurang memuaskan.

Mengambil kesempatan daripada situasi itulah, DAP bertindak bagaikan pembangkai yang cuba mencuri kredit dan usaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat walaupun hakikatnya, paip air mereka tidak pun dapat menyalurkan air kepada penduduk.

Penipuan terancang DAP menerusi IMPIAN SARAWAK merupakan paling licik. Apabila projek BALB siap sepenuhnya dan berfungsi dengan baik, DAP akan segera menyatakan, air yang disalurkan itu adalah air dari paip air graviti mereka!

Projek separuh masak DAP boleh dilihat dalam setiap projek infrastruktur IMPIAN SARAWAK yang cuba mencuri kredit apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat mula memasukkan projek di kawasan-kawasan sasaran mereka. Mereka mendahului, mengambil gambar, berlakon dan mempropagandakannya selain mempublisitikannya seolah-olah apabila projek Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat siap nanti, merekalah yang akan mendapat nama.

MCA PULA PERANGKAP KIT SIANG, 'BUAT DULU KERAJAAN SELAMATKAN MALAYSIA DI PULAU PINANG DAN SELANGOR SEBELUM KE PERINGKAT PUSAT'


Seminggu lepas, Supremo DAP iaitu Lim Kit Siang telah mencadangkan agar UMNO berpakat dengan DAP untuk membentuk sebuah kerajaan campuran yang baru dinamakan sebagai Barisan Selamatkan Malaysia ketika kemuncak masalah yang melanda hubungan antara DAP dan PAS ekoran DUN Kelantan meluluskan enakmen syariah (II) Kelantan.

DAP menyatakan, satu-satunya cara UMNO mahu mengekalkan kuasa adalah dengan bekerjasama dengan mereka dan Perdana Menteri boleh dipilih daripada kalangan UMNO mahupun Pakatan Rakyat. Untuk itu, dua hari lepas dia telah menamakan beberapa orang pemimpin UMNO yang dikatakannya lebih layak sebagai Perdana Menteri termasuklah Nur Jazlan Mohamad dan Nazri Abdul Aziz. Manakala dari pihak Pakatan Rakyat pula, calon-calon Perdana Menterinya adalah Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan beberapa orang yang lain.

Menariknya, Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' itu hanya perlu diwujudkan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Disebabkan pemimpin MCA mempersoalkan kewajaran usul Lim Kit Siang. Menurut MCA, Kit Siang seharusnya mengusulkan Kerajaan Selamatkan Malaysia itu di peringkat Negeri Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu memandangkan kedua-dua negeri berkenaan berada di bawah kawalan DAP, bukannya terus mengadakannya di peringkat Pusat.

Seorang Ahli Majlis Kerja Pusat MCA, Ti  Lian Ker, dia menyokong idea 'bernas' Lim Kit Siang itu. Justeru menurutnya, DAP perlu segera mempraktikkan dan menunjukkan bukti bahawa idea Lim Kit Siang itu benar-benar boleh dipakai, bukannya sekadar muslihat politik murahan untuk menipu masyarakat Cina sekali lagi.

"Saya menyokong usul Kit Siang. Justeru untuk membuktikan keikhlasannya, dia patut mencadangkan agar Kerajaan Selamatkan Malaysia dibentuk terlebih dahulu di Pulau Pinang dan Selangor sebelum dipanjangkan pula ke peringkat Pusat. Tiga tahun lagi, rakyat dan pentadbiran sudah boleh menilai sendiri keputusan dan memutuskan apa tindakan selanjutnya," kata Ti dalam satu kenyataan media semalam.

Seminggu lepas, Lim Kit Siang memulakan cadangan untuk pembentukan kerajaan baru yang dinamakan 'Selamatkan Malaysia' (Save Malaysia) mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari Kerajaan dan Pembangkang dalam usaha untuk menangani tekanan PAS untuk mengimplementasikan hudud di Kelantan yang turut mendapat sokongan daripada UMNO.

Walaupun memberitahu bahawa cadangannya itu adalah bersifat peribadi, Ahli Parlimen paling lapok itu menegaskan bahawa objektif Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' adalah untuk untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan mendaulatkan undang-undang.

Dua hari lepas juga, dalam usaha meraihkan sokongan daripada kumpulan pengundi tertentu, dia mencadangkan Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan Campurannya.

Antara mereka termasuklah Nancy Shukri, Rosnah Rashid Shirlin dan Rohani Karim. Sebelum ini, dia mencadangkan agar Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Joseph Pairin Kitingan, Salleh Said Keruak, Hajiji Mohd Nor, Masidi Manjun untuk jawatan Ketua Menteri Sabah.

Nama Lajim Ukin telah tercicir sama sekali. 

Secara jelas, nama-nama yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang itu sebenarnya bertujuan untuk menimbulkan syak wasangka di kalangan para pemimpin Barisan Nasional, sekaligus menyebabkan Barisan Nasional berpecah belah dan saling syak-mengesyaki antara satu sama lain sepertimana yang telah dilakukan oleh DAP terhadap PAS termasuklah dengan mendalangi pertubuhan parasit yang dikenali sebagai PASMA bertujuan untuk menjahanamkan dan melemahkan PAS.

Barangkali disebabkan itulah, Ti Lian Ker pantas memberikan cadangan agar Lim Kit Siang mengarahkan anaknya, Lim Guan Eng mempraktikkan dan mewujudkan Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu.

BERITA TERKINI... IBU PEJABAT THE MALAYSIAN INSIDER DISERBU POLIS DAN SKMM!

Monday, 30 March 2015 | 3 comments


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) baru saja menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya. Ia dipercayai berkaitan dengan laporan mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung hudud yang dikatakan palsu.

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut serta dalam serbuan itu.

'Rakan sekongkol' TMI, Malaysiakini juga cuba mensensasikan berita tersebut bagi menimbulkan sentimen kebencian dan mewujudkan fitnah ke atas SKMM dan PDRM.


PERMAINAN DAP DI SARAWAK MENGGUNAKAN ISU AGAMA, AMAT MERBAHAYA DAN PERLU DIBANTERAS SEGERA!

Sudah terang lagi bersuluh, isu yang dibangkitkan tentang pengislaman secara paksa seorang pelajar berusia 13 tahun di Lutong, Sarawak, didalangi oleh DAP. DAP yang sedang berusaha menguasai DUN Sarawak pada PRN tahun hadapan, kembali menggunakan isu-isu sensitif membabitkan agama dan kaum di Sarawak apabila tindakan mereka ada tahun 2011 menggunakan isu-isu yang sama, tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun bantahan secara besar-besaran oleh pihak berkuasa.

Menggunakan SIB dan S4S, permainan DAP kali ini jauh lebih merbahaya berbanding 2011 apabila secara sengaja mereka cuba mensensasikan cerita pengislaman seorang pelajar yang dipelihara oleh datuknya dan bersama-sama datuknya memeluk agama Islam dengan dibantu oleh dua orang guru dari Semenanjung.

DAP yang dikuasai oleh golongan yang giat meniupkan sentimen Sarawak for Sarawakians yang sebenarnya bertujuan untuk memastikan usaha mereka untuk mengubah komposisi kaum serta merampas kepentingan kaum Pribumi dan Bumiputera di Sarawak terutama yang membabitkan tanah.

Sepanjang DAP tidak mempunyai banyak kerusi DUN sebelum tahun 2011, insiden-insiden sebegini tidak pernah timbul. Tidak pernah diperkatakan dan tidak pernah diperbesar-besarkan. Sebaliknya ia diselesaikan dengan cara paling muhibbah memandangkan masyarakat Sarawak sendiri terdiri daripada pelbagai pemeluk agama walaupun mereka sekeluarga. Bukan asing dalam sebuah keluarga, ahli-ahlinya menganut agama Islam, Kristian, mahupun agama nenek moyang. Tidak pernah berlaku permusuhan dan pergaduhan pun kecuali sehinggalah DAP memainkan isu anti-Christ pada PRN tahun 2011.

Namun DAP yang cuba menggunakan kelebihan komposisi penganut Kristian telah menyemarakkan permusuhan antara agama di Sarawak bagi memudahkan mereka merampas kuasa. DAP jugalah yang membiayai kumpulan S4S yang diketuai oleh Lina Soo, seorang lagi Cina yang berkhayal mahu menghapuskan pemerintahan Bumiputera Sarawak dan menjadikan Bumiputera Sarawak sebagai hamba pecacai mereka.

Politik subversif DAP mudah dilihat dan dikesan. Di Kedah, DAP Kedah enggan putus hubungan dengan PAS Kedah dan PAS Pusat memandangkan DAP amat bergantung kepada kekuatan PAS untuk bertapak dan seterusnya menguasai negeri itu. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi maharaja dengan meminggirkan PAS dan menjadikan PAS sebagai pak turut memandangkan PAS hanya memiliki satu atau dua kerusi dan kemudian melantik wakil PAS menduduki jawatan dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta Baitulmal Pulau Pinang. Di Perak, memandangkan komposisi Cina agak besar, DAP yang diketuai oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham bertindak mengancam dan mengugut sehinggakan para pemimpin PAS seperti Nizar Jamaluddin turut menghentam partinya sendiri. Manakala di Selangor, DAP yang takut hilang kuasa sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama, tidak memilih untuk menyingkirkan PAS memandangkan sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat, DAP dan PKR akan kehilangan Kerajaan Negeri. Di Johor, DAP mengambil sikap berhati-hati ekoran cita-cita mereka untuk merampas 17 kerusi Parlimen pada PRU-14 di Johor akan terjejas sekiranya PAS enggan mengerahkan ahli-ahlinya menyokong DAP. Sedangkan di Sabah pula, Lim Kit Siang menamakan beberapa orang pemimpin Barisan Nasional Sabah sebagai Ketua Menteri yang baru menggantikan Musa Aman untuk menunjukkan sokongan berterusan DAP kepada Kristian. Di Sarawak, di mana Dyana Sofya dan Teresa Kok dijadikan wakil, laga-melaga antara penganut agama Kristian dan Islam dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Teresa Kok bagaimanapun, tidak dibenarkan masuk ke Sarawak lagi. Tetapi itu tidak menghalang DAP daripada membawa pastor-pastor yang cenderung kepada DAP untuk 'berkursus' di Pulau Pinang dan Ipoh serta Brunei Darussalam dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh DAP Pusat bagi tujuan menukarkan gereja-gereja sebagai pusat-pusat politik DAP. Kerjasama dengan puak-puak ekstrim dalam SIB yang percaya, mereka lebih baik menyokong DAP serta S4S yang diwujudkan oleh DAP bagi tujuan subversif, memudahkan Teresa Kok dan Dyana Sofya menjalankan tugas-tugas mereka.

Perlu diingat, orang pertama yang mempersoalkan autonomi Sarawak adalah Lim Kit Siang. Manakala orang yang mahu membebaskan dan memerdekakan Sarawak dari Malaysia pula adalah Anwar Ibrahim.

Dalam kes yang membabitkan pelajar berkenaan, pelajar tersebut telah mengesahkan bahawa dia telah dijaga dan tinggal bersama-sama datuknya semenjak kecil lagi. Pengislamannya telah diizinkan oleh datuknya. Malah datuknya yang berusia 67 tahun telah pun lebih awal memeluk agama Islam.

Pihak yang didalangi oleh DAP, telah melakukan ugutan bunuh dan ugutan jenayah ke atas kedua-dua orang guru wanita yang dituduh memaksa pelajar terbabit memeluk agama Islam. Bahkan pemaksaan untuk membuat laporan polis oleh pelajar terbabit yang bertujuan untuk menaikkan sentimen kebencian dan permusuhan antara agama di Sarawak, khususnya di Lutong telah pun dibuat biarpun pada masa yang sama, datuk dan cucunya itu telah menjelaskan perkara sebenar.

Isu-isu sebegini sedang rancak dimainkan oleh DAP dengan bantuan daripada entiti-entiti tajaan mereka di Sarawak. Tindakan tegas perlu dilakukan demi menyelamatkan Sarawak daripada dirosakkan oleh parti yang sentiasa mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan Bumiputera dalam Perlembagaan Malaysia.

JANGAN MEMAIN, RAFIZI RAMLI BETUL-BETUL SAKIT SAMPAI DAH NAZAK MASA POLIS TANGKAP DIA! KEJAMNYA PDRM!

Saturday, 28 March 2015 | 11 comments


Bila konconya membuat tweet dan posting kononnya, Rafizi Ramli sedang menderita keuzuran, kesakitan, ramailah yang cuma gelakkan anak syaitan bernama Rafizi Ramli itu. Apakan tidak, Rafizi Ramli kuat berbohong. Sama kuat dengan bossnya, Anwar Ibrahim. Dalam sepuluh perkataan yang keluar dari mulutnya, kesemuanya hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata. Sehinggakan dia sendiri terlupa pembohongan terawal.

Sakit dijadikan alasan untuk meraih simpati daripada para penyokong. Masa dia buat fitnah, buat hasutan, tiada pula alasan tidak sihat atau sakit yang digunakan. Malah dia cukup bersemangat, cukup sihat untuk membuat fitnah dan hasutan.

Hanya kerana tangan bergari dan lokap di hadapan mata, barulah dia kata dia tak sihat?

Lawak bendul orang ini!!!

Anda tahu apa sakitnya yang membuatkan dia nazak sangat sehingga perlukan perhatian dan simpati daripada para penyokongnya?

Demam dan serangan asid perut!

Atau dengan kata lain, demam pembohong dan sakit perut...

Untuk pengetahuan Rafizi yang kuat berbohong, rakyat Malaysia bukannya semua bodoh macam pecacai Pakatan Rakyat.


Serangan asid perut atau Acid Reflux juga dikenali sebagai sakit hulu hati, atau pyrosis. Menurut jurnal perubatan, ia tidaklah merbahaya dan disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

- mengambil makanan dalam jumlah yang besar atau berbaring selepas makan.
- terlebih berat atau obese.
- mengambil makanan berat dan terlentang atau membongkok.
- makan sejurus sebelum tidur
- Memakan makanan tertentu seperti citrus, tomato, cokelat, mint, bawang putih, bawang atau makanan pedas atau berlemak.
- kurang bersenam.
- meminum beberapa jenis minuman seperti alkohol, minuman berkarbonat, kopi atau teh.
- merokok
- mengandung
- mengambil aspirin, ibuprofen, atau penenang otot atau ubat-ubat tekanan darah.

Cara Rafizi tulis dan cara penjelasan yang diberikan oleh macainya menunjukkan penyakit Rafizi akan bertambah teruk, manakala umur Rafizi akan bertambah pendek kalau dia dimasukkan ke lokap.

Tak boleh nak raih simpati cara lain, cara bangang pula digunakan oleh Rafizi Ramli!



SETELAH CABARAN DISAMBUT KETUA POLIS NEGARA DAN PDRM, PARA PEMIMPIN PKR DAN PAKATAN MULA MERENGEK-RENGEK!


Apa-apa pun, TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA kerana melaksanakan kedaulatan undang-undang dengan penangkapan-penangkapan golongan pencetus kekarutan, kekalutan dan huru-hara di negara ini menerusi hasutan dan tohmah fitnah mereka.

Sudah tentulah, berita penangkapan Rafizi Ramli amat dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pembohongan serta fitnah adu dombanya. Rafizi mula terkenal dengan perbuatannya yang makan upah daripada kartel-kartel daging untuk menjahanamkan NFC (entiti kerajaan - National Fidlot Corporation) dan NFCorp (milik persendirian - National Fidlot Corporation Sdn. Bhd) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertanian bagi memastikan keperluan kepada daging halal dan tidak lagi bergantung kepada kartel-kartel daging, diisi.





Apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli menerusi upah yang diterima daripada Tony Pua, membabitkan pembelaan kepada kartel-kartel daging yang selama ini telah menyajikan rakyat Malaysia khususnya kepada orang Islam agar terpaksa memakan daging kerbau yang mereka ambil dari India dan Pakistan, merosakkan program kerajaan itu dengan cerita penyelewengan RM250 juta walaupun hakikatnya RM250 juta itu adalah pinjaman yang wajib dibayar.

Dan syarikat yang telah dihancurkan oleh Rafizi Ramli bagi memberikan keselesaan kepada kartel-kartel daging, masih lagi perlu membayar pinjaman berkenaan walaupun perniagaan telah hancur dan operasinya telah ditutup sama sekali.

Dari tahun 2008 sehingga sekarang, Rafizi Ramli dan para pemimpin Pakatan Rakyat bermaharajalela dan bebas berbuat sesuatu. Mereka bukan sahaja merompak dan merogol minda masyarakat dengan fitnah serta tohmahan jahat, tetapi juga mencabar pihak berkuasa, khususnya PDRM sebagaimana yang terkandung dalam rukun yang membolehkan mereka mewujudkan Malaysia Spring termasuklah sepertimana yang diterangkan dalam LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli sendiri.

video

Beberapa tangkapan telah dibuat oleh PDRM sebagai menyahut cabaran para pemimpin Pakatan Rakyat. Nama-nama seperti Rafizi Ramli, Hishamuddin Rais, Chang Lih Kang, Tan Ka Heng, Mat Sabu dan beberapa orang yang lain.

ADUN Teja Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai Tan Ka Heng telah ditangkap dan direman kerana menumbuk dan memukul seorang anggota penguatkuasa DBKL berbangsa Melayu. Kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menghalang dengan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat daripada menjalankan kewajipannya).


Walaupun penangkapan mereka akan disusuli dengan pembebasan sementara menunggu tindakan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara yang kelihatan amat tidak berminat untuk menguatkuasakan Akta Hasutan 1948, namun hakikatnya, tindakan tegas PDRM sedikit sebanyak melegakan ramai orang awam.

Terlalu banyak ruang diberikan kepada golongan pencetus kekacauan ini. Mereka seharusnya dikenakan tindakan paling keras dan tegas. Ruang untuk mereka melakukan hasutan dan fitnah seharusnya ditutup bukannya dibiarkan seperti yang diamalkan sekarang. Penggunaan teknologi media untuk menyebarkan fahaman songsang dan bersifat subversif ini, boleh kita lihat terutama yang membabitkan dua buah portal berita yang dibiayai oleh Zionis iaitu The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Pelbagai berita fitnah telah disebarkan dan diterbitkan oleh kedua-dua portal ini. Setakat ini, kedua-dua portal tersebut hanya tersenyum apabila mereka dikutuk dan dipertikaikan. Bahkan mereka semakin giat melakukan fitnah dan tohmahan bagi mencapai cita-cita untuk mewujudkan ketidakstabilan dan kecelaruan dalam negara.




Sekarang ini, kita sedang menyaksikan pula bagaimana kumpulan peguam pro-Pakatan sedang melalak dengan Lawyers for Liberty menjadi kepalanya. Tindakan polis menangkap Mat Sabu dipertikaikan. Tindakan polis menahan Rafizi Ramli dikecam. Malah Latheefa Koya yang cukup celupar dan cukup besar diri kerana menganggap sebagai peguam, dia bebas berbuat apa-apa sahaja walaupun membela jenayah, sedang giat melakukan kutukan ke atas PDRM.

PDRM seharusnya lebih tegas dan sepatutnya juga lebih keras ketika berhadapan dengan puak-puak ini. Mereka sudah terlalu biadap dan mereka sudah keterlaluan dalam segala segi!


GURU BESAR SJKC CHI SENG II RANTAU PANJANG, SELAMA PERAK SENGAJA CABAR MELAYU DAN ISLAM DENGAN PANGGANG BABI SECARA TERBUKA DI KEJIRANAN BERMAJORITI MELAYU!

Monday, 23 March 2015 | 12 comments

Sikap kurang ajar dan biadap serta penghinaan ke atas umat Islam semakin menular di negara ini. Dan lebih menarik lagi ialah, ia dibuat atas nama kebebasan beragama.

Selama Perak bukanlah sebuah pekan besar. Majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan pekan tersebut dikelilingi oleh perkampungan-perkampungan Melayu selain merupakan pekan yang berkongsi sempadan dengan satu lagi Selama yang terletak di kawasan paling selatan Kedah.



Yang membuat onar dan cuba menimbulkan gerakan subversif dengan melakukan penghinaan ke atas penduduk beragama Islam adalah Persatuan Pengawal Dewa Ji Gong Selama Perak. Persatuan tersebut telah ditubuhkan pada awal tahun 2012 dan pada peringkat awalnya, ia beroperasi untuk melakukan rawatan tradisional Cina melalui tok sami sebagai perantara.

Pada mulanya, aktiviti persatuan tersebut bermula menerusi upacara penyembahan dan pemujaan pada tahun 2012 di sebuah rumah persendirian yang disewa di Jalan Wan Razali, Selama Perak, berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Selama (IPD Selama).

Walau bagaimanapun, pada Mei 2013, persatuan berkenaan telah berpindah ke sebuah rumah di alamat No. 256 & 257, Lorong 5/3, Taman Permai Jaya, 34100 Selama, Perak.


Lebih menarik lagi, Setiausaha Persatuan Pengamal Dewa Ji Gong adalah Koo Lew Hwa yang merupakan Guru Besar di SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHI SENG 11, Rantau Panjang, Selama, Perak.

Rantau Panjang Selama Perak hanya mengandungi beberapa keluarga berbangsa Cina sahaja dan di sekeliling pekan Rantau Panjang dikelilingi oleh perkampungan-perkampungan Melayu termasuklah Sungai Bayor, Sungai Mengkuang, Sungai Seputeh dan sebagainya. 

Ketika beraktiviti di lokasi asal iaitu di Jalan Wan Razali, masyarakat tempatan tidak membuat sebarang aduan kerana kedudukannya agak jauh daripada jiran tetatangga, tetapi apabila ia berpindah ke premis sekarang, penduduk mula membuat aduan ekoran ketidakselesaan mereka dengan aktiviti pembakaran colok, bunyi bising termasuklah pukulan gendang semasa pemujaan sehingga lewat ke tengah malam.

Terdapat seorang lelaki Cina yang merupakan tok sami yang merupakan individu terpenting dalam Persatuan Pengamal Dewa Ji Gong yang bertindak sebagai perantara untuk melakukan rawatan kepada pesakit termasuklah menurunkan nombor ekor.

Jumlah kehadiran adalah sekitar 20 sehingga 30 orang dan kesemua mereka adalah orang luar, termasuklah dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Daripada siasatan, persatuan tersebut berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.


Mutakhir ini, mereka semakin biadap apabila tidak menghiraukan lagi bantahan penduduk setempat. Aktiviti membakar colok besar, pembakaran kertas, bunyian loceng serta gendang malah mengadakan majlis memanggang babi secara terbuka di tengah-tengah kawasan perjiranan Melayu-Islam, telah membangkitkan kemarahan penduduk. Ekoran itu, penduduk di Taman Permai Jaya telah mengemukakan aduan kepada Majlis Daerah Selama.


Namun, Majlis Daerah Selama langsung tidak mengambil tindakan dan tidak menghiraukan semua aduan penduduk. Barangkali setelah bosan kerana asyik menerima aduan, pada 15 Ogos 2013, Setiausaha Majlis Daerah Selama telah memanggil Setiausaha Persatuan Penganut Dewa Ji Gong. Namun panggilan tersebut sekadar untuk bertanyakan tentang penambahan struktur binaan di kediaman yang dijadikan sebagaitempat pemujaan dan penyembahan.




Penambahan dan pembinaan struktur tersebut dibuat secara haram dan langsung idak mendapat kelulusan mahupun pemakluman kepada Majlis Daerah Selama.



Setiausaha Persatuan Penganut Dewa Ji Gong yang merupakan Guru Besar SJKC Chi Seng II, Rantau Panjang kemudiannya mengungkit dan membalas kembali dengan mempertikaikan laungan azan di Surau Taman Permai Jaya yang disifatkannya sangat bising dan mengganggu operasi persatuannya. Dia turut mempertikaikan majlis tahlil yang diadakan pada sebelah malam dengan menyatakan bahawa majlis tahlil tersebut bising dan mengganggu aktiviti penyembahan serta pemujaan Persatuan Penganut Dewa Ji Gong.

Ternyata, MDS tidak berdaya langsung untuk mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Permai Jaya yang merupakan penduduk majoriti, serta kedudukan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Ketakutan keterlaluan yang ditunjukkan oleh MDS kepada Setiausaha persatuan tersebut, menimbulkan tanda tanya kepada penduduk tempatan sekalipun jumlah ahli Persatuan tersebut di Permai Jaya, tidak seramai mana, malah jumlah orang Cina di situ pun boleh dibilang dengan jari tangan. 



5 Mac, desakan berterusan daripada penduduk akhirnya menyebabkan MDS bertindak merobohkan struktur tambahan binaan ketika pucuk pentadbiran MDS berpindah di bawah pentadbiran Yang Dipertua baru, Emy Shazry Mohd Isa yang telah mengantikan Haji Yusoff bin Abustan. Itu pun selepas 5 laporan polis dibuat oleh penduduk melalui Akta 133 (Akta Kerajaan Tempatan).

video

Drama dan politik MDS tidak bertahan lama. Tidak lama kemudian, setelah kompaun atau denda dibayar, MDS telah menyerahkan kembali peralatan-peralatan yang dirampas. Malah lebih menarik lagi, MDS memberikan kelulusan penambahan bangunan di premis berkenaan menggunakan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan) sedangkan pada masa yang sama, MDS sedia maklum bahawa perkara itulah yang akan menyebabkan masalah akan bertambah meruncing dan penduduk akan bertambah marah. 

Penduduk mula melahrkan kekesalan apabila Ahli Parlimen Larut, ADUN Selama, NGO-NGO yang berteraskan Islam dan Melayu, Penghulu Mukim Selama, Ahli-Ahli Majlis Daerah Selama, JKKKK bahkan AJK Surau di Taman Permai Jaya, langsung tidak menghiraukan dan mempedulikan masalah yang dihadapi penduduk yang rata-ratanya adalah orang Melayu.

Mungkin terlalu takut, mungkin ada elemen rasuah, mungkin elemen tidak peduli atau barangkali juga elemen menganggap masalah penduduk hanyalah perkara remeh, tiada sebarang tindakan dibuat walaupun Setiausaha Persatuan Penganut Dewa Ji Gong, Koo Lew Hwa telah mencabar dan menghina agama Islam serta Melayu Selama Perak!

LIM KIT SIANG MABUK KETUM, TAPI MABUKNYA HANYA UNTUK KETUANAN DAP

Malu dan mahu membalas dendam ke atas PAS, membuatkan Lim Kit Siang mengeluarkan cadangan agar UMNO-BN bergabung dengan DAP dengan syarat, UMNO mengumumkan penentangan ke atas undang-undang hudud.

Alasan Lim Kit Siang ialah, untuk 'menyelamatkan Malaysia' dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang negara.

Anehnya, Lim Kit Siang dan DAP sendiri tidak pernah berani mahu mengisytiharkan pendirian Malaysian Malaysia secara terang-terangan yang bertujuan mahu menghapuskan beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan terutama sekali yang membabitkan kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan yang paling penting kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Terlalu banyak contoh kalau kita hendak berikan tentang bagaimana DAP secara sengaja dan dalam keadaan sedar mahu mengucar-ngacirkan negara ini serta langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan walaupun para pemimpin mereka merupakan antara penggubal undang-undang.

Contoh terbaik ialah bagaimana DAP secara berselindung dan menjadi tangan ghaib, cuba memecahbelahkan negara ini dengan mendalangi kempen memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia menerusi bantuan serta dana yang disalurkan kepada kumpulan seperti SSKM yang dipimpin oleh ahli dan penyokong tegar DAP sendiri iaitu Doris Jones.

DAP menempatkan orang Cina tempatan sebagai kepala-kepala dalam unit SSKM manakala masyarakat Bumiputera pula dipergunakan sebagai macai dan barua untuk berdemonstrasi atau melakukan kerja-kerja subversif secara fizikal.

DAP turut mahukan status autonomi diberikan kepada Pulau Pinang dalam usaha mereka untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia walaupun hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah yang perlu diserahkan kembali haknya kepada DYMM Sultan Kedah.

Sekarang, Lim Kit Siang bercakap tentang kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan?

Hanya kerana PAS membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan di DUN Kelantan selain bercadang untuk mengusulkan pembentangannya di Dewan Rakyat?

Lim Kit Siang barangkali sudah terlalu gila sehingga tidak tahu apa yang telah dilakukannya sebelum ini terutama sekali yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

PENYEBAR AGAMA KRISTIAN BERGERAK AKTIF DENGAN MENJADIKAN STESEN MONORAIL BUKIT BINTANG SEBAGAI PUSAT OPERASI JALANAN!

Sunday, 22 March 2015 | 12 comments


Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

(1) Setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.

(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan kas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

(3) Setiap kumpulan agama adalah berhak:
(a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
(b) Menuduh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
(c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentdbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayan-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat engembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Bagaimanapun, selepas pemansuhan ISA dan kegiatan aktif golongan peguam pro-pembangkang serta para pemimpin pembangkang yang memutarbelitkan undang-undang negara, ketenteraman di negara ini selain undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan tidak lagi dipedulikan.

DAP dan PKR serta para peguam yang menyokong kedua-dua parti tersebut seringkali menyebut tentang kebebasan beragama sepertimana yang termaktub dalam Artikel 11 tetapi sama sekali mengenepikan atau langsung tidak menyebut tentang Fasal 4 dalam Artikel yang sama yang melarang penyebarannya kepada orang Islam mahupun di tempat terbuka.

 
Pada 2 Mac lalu, satu laporan polis berhubung gelagat dua orang penyebar agama Kristian yang berasal dari Amerika Syarikat dan Kanada telah dibuat di Melaka. Dalam kejadian terbabit, kedua-dua orang warga asing itu secara terbuka telah cuba menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu dan Islam di beberapa kawasan terutama di Batu Berendam, Melaka.

Berita warga asing cuba menyebarkan agama Kristian secara terbuka dan langsung tidak menghormati undang-undang di negara ini, bukan perkara baru. Di Selangor, penyebar-penyebar agama Kristian dari Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara lain termasuklah Singapura, terus berlangsung dengan hebat. Dan lebih menarik lagi mereka ditaja dan dibiayai oleh kumpulan-kumpulan anti-kerajaan tetapi sangat kuat menyokong DAP.




Terbaru, dikesan pula di Stesen Monorail Bukit Bintang. Mereka bukan sahaja cuba menyebarkan agama Kristian secara terang-terangan tetapi juga sangat berani apabila menyatakan undang-undang di negara ini membenarkan mereka rakyatnya bebas beragama.

Selepas apa yang dilakukan oleh Radio BFM yang secara terang-terangan menghina Islam dengan menggunakan seorang wanita Melayu yang kelihatan seperti beragama Islam, ketiadaan penguatkuasaan undang-undang yang tegas untuk mempertahankan ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, telah menyebabkan lebih banyak anasir subversif yang didalangi serta dibela oleh parti-parti politik seperti DAP yang juga secara terang-terangan telah berulang-ulang kali mencabar kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan. 

KERANA HUDUD JUGA, DAP MULA BERGOLAK DAN LIM KIT SIANG JADI SASARAN SERANGAN KRONI SENDIRI


Salah seorang kroni Lim Kit Siang yang paling mantap di Johor adalah Norman Fernandez. Orang inilah juga yang menjadi panglima Lim Kit Siang untuk menggertak PAS di Johor. Beberapa isu sensitif membabitkan Norman Fernandez sebelum ini telah membuatkan PAS memendam perasaan kepadanya, terutama sekali cakap besar Norman Fernandez yang DAP tidak langsung memerlukan bantuan DAP berbanding PAS memerlukan DAP untuk menang mana-mana kerusi yang memiliki campuran pelbagai kaum di negara ini.

Dalam perkembangan terbaru, bekas Naib Pengerusi DAP Johor itu telah menyelar dan mengutuk Lim Kit Siang secara berterus-terang. Lim Kit Siang bukan sahaja disifatkan sebagai gagal, malah telah menipu masyarakat Cina sehingga membolehkan PAS Kelantan membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan oleh DUN Kelantan baru-baru ini.

Norman Fernandez turut menyindir Lim Kit Siang agar menulis artikel tentang tuduhannya yang menyatakan setiap orang pemimpin DAP wajib dipersalahkan kerana menipu orang Cina terutama sekali selepas memujuk masyarakat Cina mengundi dan memilih PAS pada PRU lalu, sehingga membuatkan PAS begitu berani membentangkan undang-undang hudud.

Menurut Norman Fernandez lagi, DAP tidak boleh menuduh PAS menikam mereka dari belakang atau pun menipu kerana PAS telah memberitahu dari awal lagi tentang matlamat mereka. Hanya DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja yang berbolak-balik dan telah memberikan keyakinan kepada masyarakat Cina agar menerima apa sahaja yang disuapkan oleh PAS tetapi kemudian menipu PAS kembali.

Hakikatnya, yang tertipu menurut Norman Fernandez adalah DAP sendiri. Justeru itu, masyarakat Cina perlu menghukum DAP pada PRU akan datang termasuklah Ahli-Ahli Parlimen PAS yang telah menang dengan bantuan undi-undi Cina.

Beberapa orang pemimpin besar DAP seperti Charles Santiago berserta Lim Kit Siang mengarakan agar PAS dihukum 'kerana menipu rakyat'. PAS digambarkan dan dilabelkan sebagai penipu sedangkan semakin ramai orang Cina dan penyokong DAP sendiri yang mengeluarkan bukti bagaimana DAP terutama menerusi Lim Guan Eng telah memperdayakan masyarakat Cina untuk menyokong PAS pada PRU-12 dan PRU-13 lalu.

Turut diperkatakan ialah kewujudan 'PAKATAN RAKYAT YANG BARU' sepertimana yang dinyatakan oleh Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai, dua orang lagi pemimpin DAP yang masih berusaha mempertahankan air muka Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

HELAH MINTA MAAF TIDAK BOLEH MENGHILANGKAN PENGHINAAN YANG DILAKUKAN OLEH AISHAH TAJUDDIN DAN DAP KE ATAS ISLAM


Sekali imbas, Radio BFM dan Aishah Tajuddin memperlekehkan usaha PAS Kelantan mahu mengadakan hudud di negeri tersebut. Namun apabila diperhalusi, ternyata Radio BFM, malah Aishah Tajuddin sendiri sebenarnya mempunyai niat terselindung yang lebih tepat lagi disebutkan sebagai HASUTAN dan penghinaan ke atas Islam serta umat Islam itu sendiri.

Latar belakang Aishah Tajuddin sudah pun diketahui. Ibu bapanya adalah Melayu yang cukup terkenal kerana pejuang liberalisme dan penyokong kuat LGBT selain merupakan penyokong tegar DAP yang berjuang menentang sistem sedia ada walaupun mereka sebenarnya berasal dan memperolehi kehidupan selesa kerana berkhidmat dengan sistem yang mereka tentang.


Radio BFM dimiliki oleh Tong Kooi Ong menerusi pegangan 50.1%. Selain Radio BFM, Tong Kooi Ong yang dikenali sebagai sekutu utama Anwar Ibrahim terutama menerusi pegangannya ke atas Phileo Allied Berhad ketika kemuncak serangan matawang dan kekalutan Anwar Ibrahim mahu merampas jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir pada penghujung 1990-an, turut memiliki akhbar The Edge dan portal berita The Malaysian Insider.

Beberapa minggu lepas, Tong Kooi Ong dikaitkan dengan cubaan memusnahkan nilai Ringgit Malaysia dalam usaha menjatuhkan ekonomi dan kewangan negara melalui serangan pasaran matawang dunia. Tong Kooi Oii bagaimanapun, menafikan perbuatan itu malah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menuduhnya.

Ironinya, nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika lebih stabil selepas penafian Tong Kooi Ong dan tidak lagi jatuh mendadak pada nilai dan kadar yang lebih besar!

Radio BFM yang dipancarkan pada frekuensi 89.9 sebenarnya bersifat amat rasis, sangat anti dengan Islam dan juga bersifat pro-pembangkang. Seringkali review yang dibuat membabitkan isu-isu semasa di akhbar-akhbar akan diakhiri dengan 'salah kerajaan' dan salah agama Islam serta orang Melayu.

Modus operandi Radio BFM ini sebenarnya mudah. Konsepnya tidak ketara politik tetapi sangat bersifat dan cenderung kepada DAP. Seringkali yang dibangkitkan adalah isu-isu agama Islam yang juga akan digunakan untuk menyerang kerajaan, agama Islam dan Bumiputera. Pada pendengar akan dibawa kepada perbincangan yang sangat sensitif kepada masyarakat dan kemudian dibiarkan untuk membincangkan isu tersebut secara bebas malah akan ditokok tambah agar ianya akan menghangatkan dan menimbulkan ketegangan.

Satu lagi cara adalah dengan membangkitkan isu yang salah tentang hak kaum Bumiputera dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sekiranya ada pendengar Melayu yang cuba membetulkan tuduhan tersebut, pendengar tersebut akan diserang sebagai RASIS. Bagaimanapun, sekiranya mendapat sokongan daripada pendengar bukan Melayu, mereka akan dikatakan sebagai penyokong kebebasan bersuara.

Pada 18 Disember 2014, beberapa NGO telah membuat laporan polis ke atas tiga orang penyampai Radio BFM iaitu Sharaad Kutin serta Umapagam Ampikaypagan dan Caroline. Dalam satu slot yang disiarkan di stesen berkenaan, ketiga-tiga penyampai tersebut telah membincangkan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk soal pemakaian tudung, kalimah Allah, daging korban dan hak orang Melayu bersama pemanggil bernama Ezra dan Patrick Teoh, pada 12 Disember 2014, jam 6 petang hingga 7 malam.

Penyampai yang paling rasis ialah Sharaad Kutin. Memandangkan majoriti pendengar adalah orang India dan Cina, dia sering mengambil kesempatan untuk meniup api perkauman. Kebanyakan isu perbincangan yang dicetuskannya adalah ke arah perkauman dan kebencian kepada Melayu-Bumiputera serta Islam.


Waktu yang dipilih untuk meniup api kebencian terhadap orang Melayu-Bumiputera dan agama Islam adalah:

(1) Sepanjang minggu antara pukul 7:00 pagi sehingga selepas berita pukul 8:00 pagi. BFM selalunya akan menggunakan waktu ini untuk mengulas tentang tajuk-tajuk utama akhbar. Pada ketika ini, penyampai seperti Sharaad Kutin akan bertindak sebagai agen DAP dan akan menekankan yang Malaysia ini bermentaliti kelas ketiga kerana enggan menerima pembaharuan.

(2) Segmen Talkback yang diadakan setiap hari sepanjang minggu dan disiarkan pada jam 6:00 petang sehingga 7:30 malam. Dalam segmen ini, semua hosnya adalah wanita yang sangat anti-kerajaan, anti-Melayu dan anti-Islam. Antara penyampainya adalah Umapagan Ampkaypagan, Caroline Oh, Ezra Zaid dan Patrick Teoh. Mereka akan membuat pelbagai provokasi ke atas isu-isu agama Islam seperti kalimah ALLAH, daging korban, tudung dan sebagainya.

Aishah Tajudin adalah salah seorang penyampai di stesen radio terbabit. Malah dia juga adalah penerbit untuk segmen SEKILAS. Radio BFM memaklumkan bahawa Aishah Tajuddin yang telah menerima pelbagai ancaman selepas penyiaran klip video 'Hudud Isi Periuk Nasi?' yang telah dimuatnaik di halaman YouTube dua hari lepas, hanyalah pelakon gantian. Permohonan maaf telah dibuat, sekaligus Radio BFM dan Projek Dialog lepas tangan, manakala Aishah Tajuddin pula terperangkap dengan kemarahan masyarakat awam, khususnya orang Melayu-Islam.

Disokong oleh FZ.com dan portal The Malaysian Insider yang kesemuanya milik Tong Kooi Ong, Radio BFM menyelar dan menuduh kemarahan orang ramai kepada Aishah Tajuddin sebagai bukan sahaja menyalahi perundangan, malah tidak bertepatan dengan nilai-nilai masyarakat negara ini yang mendokong keamanan.

Menariknya, dalam hal ini, sebenarnya yang melakukan provokasi adalah Radio BFM sendiri malah dengan 'rekod jenayah' dan track mereka sendiri yang gemar memainkan isu-isu sensitif yang menjurus untuk menimbulkan kebencian terhadap Melayu-Bumiputera serta mempertikaikan hak-hak Bumiputera dan kedudukan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, motif sebenar penyiaran klip video tersebut yang sudah pasti dijangka reaksi daripada orang ramai, amat jelas.

Dalam kata lain, Radio BFM sememangnya secara sengaja mahu mencetuskan ketidaktenteraman bagi membuktikan bahawa umat Islam adalah umat yang ganas dan agama Islam pula adalah sebuah agama yang karut.

Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas stesen radio ini walaupun mereka sudah menurunkan klip video tersebut dan memohon maaf. Berdasarkan kecenderungan, laporan polis dan rekod lampau operasi, stesen radio tersebut sememangnya mempunyai agenda yang sangat buruk dalam usaha mengganggu gugat keharmonian dan menghasut kekacauan agama serta kaum di negara ini.


KEBIADAPAN ADUN-ADUN PAKATAN PERAK MENAIKKAN KEMARAHAN ORANG MELAYU, TINDAKAN TEGAS DAN PERHATIAN KERAS DITAGIH DARIPADA ORANG MELAYU PERAK!

Tuesday, 31 March 2015 · 8 comments

Daulat Tuanku !!!! Kami Rakyat Perak Sentiasa Bersama Tuanku!!!

Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini dicemari dengan sikap KURANG AJAR wakil rakyat DAP dengan berpakaian SERBA HITAM bagi memberi penghormatan kepada Mendiang Lee Kuan Yew serta penahanan Anwar Ibrahim.

Ini merupakan kali ke 2 Cina DAP bersikap BIADAP dengan berpakaian serba hitam dan membuktikan DYMM Sultan Perak yang mencemar Duli merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri PERAK tidak DIHORMATI malahan menganggap Persidangan Dewan Undangan Negeri ini sebagai tempat PENGHORMATAN KEMATIAN !!!!.

ADAKAH kita mahukan Institusi Raja/Sultan di negara ini dicemari dengan sikap biadap CINA DAP hari ini.!!!!!!!

DIMANA KITA ORANG-ORANG MELAYU?????

DYMM SULTAN hari ini telah dipijak kepala oleh BANGSA CINA DAP!!!!!!

Haruskah kita berdiam diri????

Kita bersuara bukan untuk mencetuskan pergaduhan sebaliknya untuk memberi AMARAN kepada BANGSA CINA DAP untuk belajar menghormati RAJA-RAJA MELAYU di MALAYSIA!!!!

Jangan sesekali mengheret institusi RAJA MELAYU serta mencemarkan Dewan Undangan Negeri sebagai tempat untuk melepaskan perasaan kurang Ajar mereka. MALAHAN Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat turut dipengruhi oleh CINA DAP PERAK untuk bersama-sama berpakaian hitam seolah-olah mereka ini BODOH dalam etika berpakaian dan bukan sekali baru memasuki persidangan dewan negeri..

LIHATLAH wahai orang melayu.!!!!!

Dimana bangsa melayu hari ini yang telah banyak kali dicabar oleh Bangsa CINA DAP ini seolah-olah mereka yang telah menetapkan hala tuju perjuangan untuk rakyat di Negara ini .... Kaum minoriti telah berjaya untuk memijak Kepala Sultan dan kaum majoriti hanya berdiam diri dan hanya mengikut telunjuk CINA DAP semata-mata takut tidak berjaya membentuk kerajaan Negeri dalam pilihanraya akan datang!!!!!

Ayuh!!!!

Kita bersama-sama bangkit dari tidur dan bersama-sama memperjuangkan hak orang Melayu dibumi sendiri dengan sokongan terhadap DYMM Raja /Sultan Melayu di MALAYSIA.!!!!!

sebarkann!!!!!

RUPA-RUPANYA ARAHAN DARI WAN AZIZAH, MESYUARAT AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT MAHU DIBUAT DI PENJARA DENGAN ANWAR IBRAHIM

· 4 comments

Penjara Sungai Buloh telah memberikan penegasan bahawa perjumpaan hanya pada hari Isnin, Rabu, Khamis / Ahad atau hari kelepasan am, Jumaat dan Sabtu. Perjumpaan pula hanya boleh dibuat membabitkan 5 orang dalam satu-satu masa selama 45 minit.

Bagaimanapun, PKR menerusi Wan Azizah telah membuktikan bagaimana tidak tegasnya Penjara Sungai Buloh mempertahankan polisi dan peraturan mereka sendiri apabila ianya melibatkan Anwar Ibrahim. Malah pada masa yang sama, turut membenarkan tentang tuduhan yang dilemparkan bahawa Penjara Sungai Buloh sedang berhadapan dengan pelbagai masalah kerana layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim.


Hari ini hari Selasa. Dengan kata lain, tiada sebarang lawatan untuk banduan di Sungai Buloh hari ini.

Namun kenyataan yang diberikan oleh Presiden PKR yang penuh yakin, pertemuan dan mesyuarat antara para pemimpin atau lebih tepat lagi Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan Anwar Ibrahim akan diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh, membuktikan segala dakwaan yang dibuat ke atas Penjara Sungai Buloh berhubung layanan hebat kepada Anwar Ibrahim, adalah benar.

Kalau bukan kerana pendedahan dibuat lebih awal, barangkali tadi dengan bangganya, Wan Azizah mengumumkan kejayaan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertemu dan bermesyuarat dengan BANDUAN JENAYAH LIWAT bernama Anwar Ibrahim.



Walaupun ada yang mengatakan, Wan Azizah sengaja buat fitnah ke atas Penjara Sungai Buloh dan kemudian cuba pula menaikkan sentimen di kalangan para penyokong menjelang PRK Permatang Pauh, hakikatnya kehadiran ramai Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk bermesyuarat dengan Anwar Ibrahim tengah hari tadi, membuktikan sama ada Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat itu memang benar-benar bodoh dan yakin Penjara Sungai Buloh akan berpihak kepada mereka, atau sebenarnya Penjara Sungai Buloh sudah terlalu lemah dan tidak lagi mampu untuk melaksanakan dan menegakkan undang-undang.

Kita boleh perhatikan sendiri bagaimana PKR bising kerana hanya tiga orang Ahli Parlimen Pakatan yang dibenarkan memasuki pejabat Pengarah Penjara Sungai Buloh manakala yang lain pula terpaksa berjemur di tengah panas.

Sama ada PKR cuba mencari publisiti murahan dengan cubaan mengacau ganggu perlaksanaan undang-undang atau sememangnya cuba meraih simpati, yang pasti selagi Anwar Ibrahim diberikan keistimewaan dan tidak dilayan seperti penjenayah dan banduan lain, perkara sebegini akan terus berlaku!


BESAR BETUL KEISTIMEWAAN ANWAR IBRAHIM DI PENJARA SUNGAI BULOH... MEETING DENGAN AHLI-AHLI PARLIMEN PAKATAN PULAK DI PENJARA SUNGAI BULOH!

· 9 comments

Layanan istimewa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim serta peranan yang dimainkan oleh seorang pegawai Penjara Sungai Buloh yang sudah dikenalpasti merupakan kroni Anwar Ibrahim, telah lama diperkatakan iaitu apabila Anwar Ibrahim membuat keputusan untuk dihukum penjara selama lima tahun di Penjara Sungai Buloh. Cakap-cakap sebegitu semakin kuat kedengaran apabila Anwar Ibrahim disahkan tidak lagi dikurung di sel biasa, sebaliknya ditempatkan di sel yang dikhaskan untuk banduan yang menjalani rawatan.

Berbeza dengan layanan kepada banduan-banduan lain, Anwar Ibrahim menikmati pelbagai keistimewaan, termasuklah dibenarkan berhubung dengan sesiapa sahaja di luar penjara, diberikan keselesaan yang melebihi standard sebuah hospital, memilih menu makanannya sendiri, malah dibeli dari luar, boleh bergerak bebas tanpa kurungan dan BERMAIN PING PONG, permainan yang amat digemari dan dimahirinya.

Dari dalam PKR sendiri menyebut, hari ini, jam 1:00 tengah hari, Anwar Ibrahim akan bertemu dengan Ahli-Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Kompleks Penjara Sungai Buloh. Mereka akan bermesyuarat dan sudah tentulah ia membabitkan perkembangan terkini hudud PAS dan perpecahan antara DAP-PKR dengan PAS di beberapa buah negeri kecuali di Selangor.

Dan tidak mustahil juga, ia turut membabitkan tentang PRK Permatang Pauh yang akan berlangsung tidak lama lagi setelah permohonan ampunnya dilupuskan oleh Pejabat Peguam Negara kerana tidak menepati syarat terutama sekali ianya bukanlah permohonan daripada Anwar Ibrahim dan tidak ditandatangani oleh Anwar.

Apakah dalam mesyuarat yang diadakan di Kompleks Penjara Sungai Buloh itu, akan dihadiri oleh warden-warden dengan tangan Anwar Ibrahim bergari dan para pelawatnya pula perlu berada dalam jarak tertentu dan tidak boleh menyentuh Anwar Ibrahim langsung bagi mengelakkan pemberian objek termasuklah senjata merbahaya kepadanya untuk diseludup masuk ke penjara?

Adakah terdapat rakaman CCTV yang dibuat oleh pihak penjara bagi memastikan mesyuarat berkenaan berlangsung mengikut piawaian dan standard penjara membabitkan banduan dan penjenayah seperti Anwar Ibrahim?

Atau sekali lagi, Anwar Ibrahim akan diberikan keistimewaan besar seolah-olah dia adalah Maharaja Kartel yang berjaya merasuah para warden dan pihak berkuasa penjara bagi membolehkan dia mendapatkan layanan istimewa seperti yang diperolehinya sekarang?

Apa penjelasan daripada pihak Penjara Sungai Buloh berhubung perkembangan terbaru ini? Adakah pihak berkuasa Penjara Sungai Buloh sudah tidak berupaya menjalankan tugas mereka atau sememangnya ada kepincangan besar berlaku membabitkan pengurusan dan pentadbiran Penjara Sungai Buloh?

Selain Anwar Ibrahim, adakah terdapat banduan-banduan lain yang diberikan keistimewaan sebegitu rupa di Penjara Sungai Buloh?

MUDAHNYA PENDUDUK KAMPUNG DITIPU DAP MENERUSI 'IMPIAN SARAWAK' DENGAN PROJEK-PROJEK MEREKA YANG TAK BERGUNA!

· 0 comments


DAP telah mengambil risiko dan berbelanja besar dalam usaha untuk menawan Sarawak dan menawan lebih banyak kerusi bagi membolehkan DAP merampas takhta pemerintahan negeri daripada kaum Bumiputera dan warga Pribumi.

Untuk itu, DAP telah melancarkan 'IMPIAN SARAWAK' yang cuba mempotretkan DAP sebagai pemberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan walaupun mereka sebenarnya menumpang projek Kerajaan Negeri Barisan Nasional serta mencuri kredit.

Blog ini akan mendedahkan satu persatu dan dari semasa ke semasa PROJEK-PROJEK SEPARUH MASAK DAP yang hanya bertujuan untuk propaganda dan menipu masyarakat pengundi tempatan selain memberikan gambaran positif kepada pengundi-pengundi di seluruh Sarawak yang berada di luar kawasan tetapi mempunyai akses Internet.

Kita mulakan dengan projek GRAVITY FED WATER SYSTEM di Kampung Beriwan Kito dan Kampung Tunas Baru, Lawas. Projek 'mega DAP' itu telah bermula pada 20 September 2014 sehingga 28 September 2014. Berdasarkan dokumen yang diperolehi, projek tersebut bernilai RM47,801.00 keseluruhannya.

Penyaluran paip tersebut kononnya meliputi 16 buah rumah dan sebuah gereja di Kampung Beriwan Kito dan 24 buah rumah dan sebuah gereja di Kampung Tunas Baru. Kedua-dua kampung tersebut terletak di kawasan Lawas.

Setelah diberikan pelbagai publisiti termasuklah iklan mendapatkan sukarelawan yang perlu membayar tambang sendiri selain membeli insuran, selain menggambarkan betapa prihatinnya DAP yang dapat mengesan dua buah kampung jauh di pedalaman Lawas yang tidak memperolehi bekalan air bersih JKR yang hanya berakhir di Kampung Beriwan Tengah yang terletak 2 kilometer dari Kampung Beriwan Kito, hakikatnya, air graviti DAP juga tidak dapat digunakan oleh penduduk di kedua-dua kampung.

Yang mereka dapat hanyalah berita, dan nama kampung mereka dipergunakan selain gambar-gambar yang menunjukkan kerja-kerja memasang paip air. Airnya tetap tidak ada.

ADUN Lawas adalah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dari PBB.



Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat telah merancang projek bekalan air luar bandar (BALB) di Lawas semenjak dari tahun 2010 lagi. Antaranya termasuklah pembinaan di Lawas Damit Intake dan Loji Rawatan Air Gelugus Lawas. Bagaimanapun, beberapa masalah teknikal timbul termasuklah pembelian dua genset berkapasiti 150KVA dan 200KVA yang dibeli pada harga RM275,000 tidak mampu menghidupkan pam air di muka sauk Lawas Damit dan Sungai Gaya, menyebabkan projek bekalan air di kawasan Lawas distatuskan oleh Jabatan Audit Negara sebagai kurang memuaskan.

Mengambil kesempatan daripada situasi itulah, DAP bertindak bagaikan pembangkai yang cuba mencuri kredit dan usaha Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat walaupun hakikatnya, paip air mereka tidak pun dapat menyalurkan air kepada penduduk.

Penipuan terancang DAP menerusi IMPIAN SARAWAK merupakan paling licik. Apabila projek BALB siap sepenuhnya dan berfungsi dengan baik, DAP akan segera menyatakan, air yang disalurkan itu adalah air dari paip air graviti mereka!

Projek separuh masak DAP boleh dilihat dalam setiap projek infrastruktur IMPIAN SARAWAK yang cuba mencuri kredit apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat mula memasukkan projek di kawasan-kawasan sasaran mereka. Mereka mendahului, mengambil gambar, berlakon dan mempropagandakannya selain mempublisitikannya seolah-olah apabila projek Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat siap nanti, merekalah yang akan mendapat nama.

MCA PULA PERANGKAP KIT SIANG, 'BUAT DULU KERAJAAN SELAMATKAN MALAYSIA DI PULAU PINANG DAN SELANGOR SEBELUM KE PERINGKAT PUSAT'

· 6 comments


Seminggu lepas, Supremo DAP iaitu Lim Kit Siang telah mencadangkan agar UMNO berpakat dengan DAP untuk membentuk sebuah kerajaan campuran yang baru dinamakan sebagai Barisan Selamatkan Malaysia ketika kemuncak masalah yang melanda hubungan antara DAP dan PAS ekoran DUN Kelantan meluluskan enakmen syariah (II) Kelantan.

DAP menyatakan, satu-satunya cara UMNO mahu mengekalkan kuasa adalah dengan bekerjasama dengan mereka dan Perdana Menteri boleh dipilih daripada kalangan UMNO mahupun Pakatan Rakyat. Untuk itu, dua hari lepas dia telah menamakan beberapa orang pemimpin UMNO yang dikatakannya lebih layak sebagai Perdana Menteri termasuklah Nur Jazlan Mohamad dan Nazri Abdul Aziz. Manakala dari pihak Pakatan Rakyat pula, calon-calon Perdana Menterinya adalah Rafizi Ramli, Nurul Izzah dan beberapa orang yang lain.

Menariknya, Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' itu hanya perlu diwujudkan di negeri-negeri yang dikuasai UMNO dan Barisan Nasional sahaja. Disebabkan pemimpin MCA mempersoalkan kewajaran usul Lim Kit Siang. Menurut MCA, Kit Siang seharusnya mengusulkan Kerajaan Selamatkan Malaysia itu di peringkat Negeri Pulau Pinang dan Selangor terlebih dahulu memandangkan kedua-dua negeri berkenaan berada di bawah kawalan DAP, bukannya terus mengadakannya di peringkat Pusat.

Seorang Ahli Majlis Kerja Pusat MCA, Ti  Lian Ker, dia menyokong idea 'bernas' Lim Kit Siang itu. Justeru menurutnya, DAP perlu segera mempraktikkan dan menunjukkan bukti bahawa idea Lim Kit Siang itu benar-benar boleh dipakai, bukannya sekadar muslihat politik murahan untuk menipu masyarakat Cina sekali lagi.

"Saya menyokong usul Kit Siang. Justeru untuk membuktikan keikhlasannya, dia patut mencadangkan agar Kerajaan Selamatkan Malaysia dibentuk terlebih dahulu di Pulau Pinang dan Selangor sebelum dipanjangkan pula ke peringkat Pusat. Tiga tahun lagi, rakyat dan pentadbiran sudah boleh menilai sendiri keputusan dan memutuskan apa tindakan selanjutnya," kata Ti dalam satu kenyataan media semalam.

Seminggu lepas, Lim Kit Siang memulakan cadangan untuk pembentukan kerajaan baru yang dinamakan 'Selamatkan Malaysia' (Save Malaysia) mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari Kerajaan dan Pembangkang dalam usaha untuk menangani tekanan PAS untuk mengimplementasikan hudud di Kelantan yang turut mendapat sokongan daripada UMNO.

Walaupun memberitahu bahawa cadangannya itu adalah bersifat peribadi, Ahli Parlimen paling lapok itu menegaskan bahawa objektif Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' adalah untuk untuk mempertahankan Perlembagaan Malaysia dan mendaulatkan undang-undang.

Dua hari lepas juga, dalam usaha meraihkan sokongan daripada kumpulan pengundi tertentu, dia mencadangkan Ahli-Ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak untuk menjadi Perdana Menteri dalam Kerajaan Campurannya.

Antara mereka termasuklah Nancy Shukri, Rosnah Rashid Shirlin dan Rohani Karim. Sebelum ini, dia mencadangkan agar Ahli Parlimen Barisan Nasional seperti Joseph Pairin Kitingan, Salleh Said Keruak, Hajiji Mohd Nor, Masidi Manjun untuk jawatan Ketua Menteri Sabah.

Nama Lajim Ukin telah tercicir sama sekali. 

Secara jelas, nama-nama yang dicadangkan oleh Lim Kit Siang itu sebenarnya bertujuan untuk menimbulkan syak wasangka di kalangan para pemimpin Barisan Nasional, sekaligus menyebabkan Barisan Nasional berpecah belah dan saling syak-mengesyaki antara satu sama lain sepertimana yang telah dilakukan oleh DAP terhadap PAS termasuklah dengan mendalangi pertubuhan parasit yang dikenali sebagai PASMA bertujuan untuk menjahanamkan dan melemahkan PAS.

Barangkali disebabkan itulah, Ti Lian Ker pantas memberikan cadangan agar Lim Kit Siang mengarahkan anaknya, Lim Guan Eng mempraktikkan dan mewujudkan Kerajaan 'Selamatkan Malaysia' di Selangor dan Pulau Pinang terlebih dahulu.

BERITA TERKINI... IBU PEJABAT THE MALAYSIAN INSIDER DISERBU POLIS DAN SKMM!

Monday, 30 March 2015 · 3 comments


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) baru saja menyerbu pejabat portal berita The Malaysian Insider (TMI) di Petaling Jaya. Ia dipercayai berkaitan dengan laporan mengenai kenyataan Majlis Raja-Raja berhubung hudud yang dikatakan palsu.

Lebih 10 pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut serta dalam serbuan itu.

'Rakan sekongkol' TMI, Malaysiakini juga cuba mensensasikan berita tersebut bagi menimbulkan sentimen kebencian dan mewujudkan fitnah ke atas SKMM dan PDRM.


PERMAINAN DAP DI SARAWAK MENGGUNAKAN ISU AGAMA, AMAT MERBAHAYA DAN PERLU DIBANTERAS SEGERA!

· 0 comments

Sudah terang lagi bersuluh, isu yang dibangkitkan tentang pengislaman secara paksa seorang pelajar berusia 13 tahun di Lutong, Sarawak, didalangi oleh DAP. DAP yang sedang berusaha menguasai DUN Sarawak pada PRN tahun hadapan, kembali menggunakan isu-isu sensitif membabitkan agama dan kaum di Sarawak apabila tindakan mereka ada tahun 2011 menggunakan isu-isu yang sama, tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun bantahan secara besar-besaran oleh pihak berkuasa.

Menggunakan SIB dan S4S, permainan DAP kali ini jauh lebih merbahaya berbanding 2011 apabila secara sengaja mereka cuba mensensasikan cerita pengislaman seorang pelajar yang dipelihara oleh datuknya dan bersama-sama datuknya memeluk agama Islam dengan dibantu oleh dua orang guru dari Semenanjung.

DAP yang dikuasai oleh golongan yang giat meniupkan sentimen Sarawak for Sarawakians yang sebenarnya bertujuan untuk memastikan usaha mereka untuk mengubah komposisi kaum serta merampas kepentingan kaum Pribumi dan Bumiputera di Sarawak terutama yang membabitkan tanah.

Sepanjang DAP tidak mempunyai banyak kerusi DUN sebelum tahun 2011, insiden-insiden sebegini tidak pernah timbul. Tidak pernah diperkatakan dan tidak pernah diperbesar-besarkan. Sebaliknya ia diselesaikan dengan cara paling muhibbah memandangkan masyarakat Sarawak sendiri terdiri daripada pelbagai pemeluk agama walaupun mereka sekeluarga. Bukan asing dalam sebuah keluarga, ahli-ahlinya menganut agama Islam, Kristian, mahupun agama nenek moyang. Tidak pernah berlaku permusuhan dan pergaduhan pun kecuali sehinggalah DAP memainkan isu anti-Christ pada PRN tahun 2011.

Namun DAP yang cuba menggunakan kelebihan komposisi penganut Kristian telah menyemarakkan permusuhan antara agama di Sarawak bagi memudahkan mereka merampas kuasa. DAP jugalah yang membiayai kumpulan S4S yang diketuai oleh Lina Soo, seorang lagi Cina yang berkhayal mahu menghapuskan pemerintahan Bumiputera Sarawak dan menjadikan Bumiputera Sarawak sebagai hamba pecacai mereka.

Politik subversif DAP mudah dilihat dan dikesan. Di Kedah, DAP Kedah enggan putus hubungan dengan PAS Kedah dan PAS Pusat memandangkan DAP amat bergantung kepada kekuatan PAS untuk bertapak dan seterusnya menguasai negeri itu. Di Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi maharaja dengan meminggirkan PAS dan menjadikan PAS sebagai pak turut memandangkan PAS hanya memiliki satu atau dua kerusi dan kemudian melantik wakil PAS menduduki jawatan dalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang serta Baitulmal Pulau Pinang. Di Perak, memandangkan komposisi Cina agak besar, DAP yang diketuai oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham bertindak mengancam dan mengugut sehinggakan para pemimpin PAS seperti Nizar Jamaluddin turut menghentam partinya sendiri. Manakala di Selangor, DAP yang takut hilang kuasa sekiranya PAS dan UMNO bekerjasama, tidak memilih untuk menyingkirkan PAS memandangkan sekiranya PAS dikeluarkan dari Pakatan Rakyat, DAP dan PKR akan kehilangan Kerajaan Negeri. Di Johor, DAP mengambil sikap berhati-hati ekoran cita-cita mereka untuk merampas 17 kerusi Parlimen pada PRU-14 di Johor akan terjejas sekiranya PAS enggan mengerahkan ahli-ahlinya menyokong DAP. Sedangkan di Sabah pula, Lim Kit Siang menamakan beberapa orang pemimpin Barisan Nasional Sabah sebagai Ketua Menteri yang baru menggantikan Musa Aman untuk menunjukkan sokongan berterusan DAP kepada Kristian. Di Sarawak, di mana Dyana Sofya dan Teresa Kok dijadikan wakil, laga-melaga antara penganut agama Kristian dan Islam dilakukan secara sewenang-wenangnya.

Teresa Kok bagaimanapun, tidak dibenarkan masuk ke Sarawak lagi. Tetapi itu tidak menghalang DAP daripada membawa pastor-pastor yang cenderung kepada DAP untuk 'berkursus' di Pulau Pinang dan Ipoh serta Brunei Darussalam dengan segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh DAP Pusat bagi tujuan menukarkan gereja-gereja sebagai pusat-pusat politik DAP. Kerjasama dengan puak-puak ekstrim dalam SIB yang percaya, mereka lebih baik menyokong DAP serta S4S yang diwujudkan oleh DAP bagi tujuan subversif, memudahkan Teresa Kok dan Dyana Sofya menjalankan tugas-tugas mereka.

Perlu diingat, orang pertama yang mempersoalkan autonomi Sarawak adalah Lim Kit Siang. Manakala orang yang mahu membebaskan dan memerdekakan Sarawak dari Malaysia pula adalah Anwar Ibrahim.

Dalam kes yang membabitkan pelajar berkenaan, pelajar tersebut telah mengesahkan bahawa dia telah dijaga dan tinggal bersama-sama datuknya semenjak kecil lagi. Pengislamannya telah diizinkan oleh datuknya. Malah datuknya yang berusia 67 tahun telah pun lebih awal memeluk agama Islam.

Pihak yang didalangi oleh DAP, telah melakukan ugutan bunuh dan ugutan jenayah ke atas kedua-dua orang guru wanita yang dituduh memaksa pelajar terbabit memeluk agama Islam. Bahkan pemaksaan untuk membuat laporan polis oleh pelajar terbabit yang bertujuan untuk menaikkan sentimen kebencian dan permusuhan antara agama di Sarawak, khususnya di Lutong telah pun dibuat biarpun pada masa yang sama, datuk dan cucunya itu telah menjelaskan perkara sebenar.

Isu-isu sebegini sedang rancak dimainkan oleh DAP dengan bantuan daripada entiti-entiti tajaan mereka di Sarawak. Tindakan tegas perlu dilakukan demi menyelamatkan Sarawak daripada dirosakkan oleh parti yang sentiasa mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan Bumiputera dalam Perlembagaan Malaysia.

JANGAN MEMAIN, RAFIZI RAMLI BETUL-BETUL SAKIT SAMPAI DAH NAZAK MASA POLIS TANGKAP DIA! KEJAMNYA PDRM!

Saturday, 28 March 2015 · 11 comments


Bila konconya membuat tweet dan posting kononnya, Rafizi Ramli sedang menderita keuzuran, kesakitan, ramailah yang cuma gelakkan anak syaitan bernama Rafizi Ramli itu. Apakan tidak, Rafizi Ramli kuat berbohong. Sama kuat dengan bossnya, Anwar Ibrahim. Dalam sepuluh perkataan yang keluar dari mulutnya, kesemuanya hanyalah fitnah dan pembohongan semata-mata. Sehinggakan dia sendiri terlupa pembohongan terawal.

Sakit dijadikan alasan untuk meraih simpati daripada para penyokong. Masa dia buat fitnah, buat hasutan, tiada pula alasan tidak sihat atau sakit yang digunakan. Malah dia cukup bersemangat, cukup sihat untuk membuat fitnah dan hasutan.

Hanya kerana tangan bergari dan lokap di hadapan mata, barulah dia kata dia tak sihat?

Lawak bendul orang ini!!!

Anda tahu apa sakitnya yang membuatkan dia nazak sangat sehingga perlukan perhatian dan simpati daripada para penyokongnya?

Demam dan serangan asid perut!

Atau dengan kata lain, demam pembohong dan sakit perut...

Untuk pengetahuan Rafizi yang kuat berbohong, rakyat Malaysia bukannya semua bodoh macam pecacai Pakatan Rakyat.


Serangan asid perut atau Acid Reflux juga dikenali sebagai sakit hulu hati, atau pyrosis. Menurut jurnal perubatan, ia tidaklah merbahaya dan disebabkan oleh beberapa faktor seperti berikut:

- mengambil makanan dalam jumlah yang besar atau berbaring selepas makan.
- terlebih berat atau obese.
- mengambil makanan berat dan terlentang atau membongkok.
- makan sejurus sebelum tidur
- Memakan makanan tertentu seperti citrus, tomato, cokelat, mint, bawang putih, bawang atau makanan pedas atau berlemak.
- kurang bersenam.
- meminum beberapa jenis minuman seperti alkohol, minuman berkarbonat, kopi atau teh.
- merokok
- mengandung
- mengambil aspirin, ibuprofen, atau penenang otot atau ubat-ubat tekanan darah.

Cara Rafizi tulis dan cara penjelasan yang diberikan oleh macainya menunjukkan penyakit Rafizi akan bertambah teruk, manakala umur Rafizi akan bertambah pendek kalau dia dimasukkan ke lokap.

Tak boleh nak raih simpati cara lain, cara bangang pula digunakan oleh Rafizi Ramli!



SETELAH CABARAN DISAMBUT KETUA POLIS NEGARA DAN PDRM, PARA PEMIMPIN PKR DAN PAKATAN MULA MERENGEK-RENGEK!

· 5 comments


Apa-apa pun, TAHNIAH KEPADA KETUA POLIS NEGARA kerana melaksanakan kedaulatan undang-undang dengan penangkapan-penangkapan golongan pencetus kekarutan, kekalutan dan huru-hara di negara ini menerusi hasutan dan tohmah fitnah mereka.

Sudah tentulah, berita penangkapan Rafizi Ramli amat dinanti-nantikan oleh sekalian rakyat Malaysia yang sudah bosan dengan pembohongan serta fitnah adu dombanya. Rafizi mula terkenal dengan perbuatannya yang makan upah daripada kartel-kartel daging untuk menjahanamkan NFC (entiti kerajaan - National Fidlot Corporation) dan NFCorp (milik persendirian - National Fidlot Corporation Sdn. Bhd) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pertanian bagi memastikan keperluan kepada daging halal dan tidak lagi bergantung kepada kartel-kartel daging, diisi.





Apa yang dilakukan oleh Rafizi Ramli menerusi upah yang diterima daripada Tony Pua, membabitkan pembelaan kepada kartel-kartel daging yang selama ini telah menyajikan rakyat Malaysia khususnya kepada orang Islam agar terpaksa memakan daging kerbau yang mereka ambil dari India dan Pakistan, merosakkan program kerajaan itu dengan cerita penyelewengan RM250 juta walaupun hakikatnya RM250 juta itu adalah pinjaman yang wajib dibayar.

Dan syarikat yang telah dihancurkan oleh Rafizi Ramli bagi memberikan keselesaan kepada kartel-kartel daging, masih lagi perlu membayar pinjaman berkenaan walaupun perniagaan telah hancur dan operasinya telah ditutup sama sekali.

Dari tahun 2008 sehingga sekarang, Rafizi Ramli dan para pemimpin Pakatan Rakyat bermaharajalela dan bebas berbuat sesuatu. Mereka bukan sahaja merompak dan merogol minda masyarakat dengan fitnah serta tohmahan jahat, tetapi juga mencabar pihak berkuasa, khususnya PDRM sebagaimana yang terkandung dalam rukun yang membolehkan mereka mewujudkan Malaysia Spring termasuklah sepertimana yang diterangkan dalam LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli sendiri.

video

Beberapa tangkapan telah dibuat oleh PDRM sebagai menyahut cabaran para pemimpin Pakatan Rakyat. Nama-nama seperti Rafizi Ramli, Hishamuddin Rais, Chang Lih Kang, Tan Ka Heng, Mat Sabu dan beberapa orang yang lain.

ADUN Teja Chang Lih Kang dan ADUN Simpang Pulai Tan Ka Heng telah ditangkap dan direman kerana menumbuk dan memukul seorang anggota penguatkuasa DBKL berbangsa Melayu. Kedua-duanya disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan (menghalang penjawat awam semasa menjalankan tugas) dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan (menghalang dengan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat daripada menjalankan kewajipannya).


Walaupun penangkapan mereka akan disusuli dengan pembebasan sementara menunggu tindakan lanjut daripada Pejabat Peguam Negara yang kelihatan amat tidak berminat untuk menguatkuasakan Akta Hasutan 1948, namun hakikatnya, tindakan tegas PDRM sedikit sebanyak melegakan ramai orang awam.

Terlalu banyak ruang diberikan kepada golongan pencetus kekacauan ini. Mereka seharusnya dikenakan tindakan paling keras dan tegas. Ruang untuk mereka melakukan hasutan dan fitnah seharusnya ditutup bukannya dibiarkan seperti yang diamalkan sekarang. Penggunaan teknologi media untuk menyebarkan fahaman songsang dan bersifat subversif ini, boleh kita lihat terutama yang membabitkan dua buah portal berita yang dibiayai oleh Zionis iaitu The Malaysian Insider dan Malaysiakini.

Pelbagai berita fitnah telah disebarkan dan diterbitkan oleh kedua-dua portal ini. Setakat ini, kedua-dua portal tersebut hanya tersenyum apabila mereka dikutuk dan dipertikaikan. Bahkan mereka semakin giat melakukan fitnah dan tohmahan bagi mencapai cita-cita untuk mewujudkan ketidakstabilan dan kecelaruan dalam negara.




Sekarang ini, kita sedang menyaksikan pula bagaimana kumpulan peguam pro-Pakatan sedang melalak dengan Lawyers for Liberty menjadi kepalanya. Tindakan polis menangkap Mat Sabu dipertikaikan. Tindakan polis menahan Rafizi Ramli dikecam. Malah Latheefa Koya yang cukup celupar dan cukup besar diri kerana menganggap sebagai peguam, dia bebas berbuat apa-apa sahaja walaupun membela jenayah, sedang giat melakukan kutukan ke atas PDRM.

PDRM seharusnya lebih tegas dan sepatutnya juga lebih keras ketika berhadapan dengan puak-puak ini. Mereka sudah terlalu biadap dan mereka sudah keterlaluan dalam segala segi!


GURU BESAR SJKC CHI SENG II RANTAU PANJANG, SELAMA PERAK SENGAJA CABAR MELAYU DAN ISLAM DENGAN PANGGANG BABI SECARA TERBUKA DI KEJIRANAN BERMAJORITI MELAYU!

Monday, 23 March 2015 · 12 comments

Sikap kurang ajar dan biadap serta penghinaan ke atas umat Islam semakin menular di negara ini. Dan lebih menarik lagi ialah, ia dibuat atas nama kebebasan beragama.

Selama Perak bukanlah sebuah pekan besar. Majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan pekan tersebut dikelilingi oleh perkampungan-perkampungan Melayu selain merupakan pekan yang berkongsi sempadan dengan satu lagi Selama yang terletak di kawasan paling selatan Kedah.



Yang membuat onar dan cuba menimbulkan gerakan subversif dengan melakukan penghinaan ke atas penduduk beragama Islam adalah Persatuan Pengawal Dewa Ji Gong Selama Perak. Persatuan tersebut telah ditubuhkan pada awal tahun 2012 dan pada peringkat awalnya, ia beroperasi untuk melakukan rawatan tradisional Cina melalui tok sami sebagai perantara.

Pada mulanya, aktiviti persatuan tersebut bermula menerusi upacara penyembahan dan pemujaan pada tahun 2012 di sebuah rumah persendirian yang disewa di Jalan Wan Razali, Selama Perak, berhadapan dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Selama (IPD Selama).

Walau bagaimanapun, pada Mei 2013, persatuan berkenaan telah berpindah ke sebuah rumah di alamat No. 256 & 257, Lorong 5/3, Taman Permai Jaya, 34100 Selama, Perak.


Lebih menarik lagi, Setiausaha Persatuan Pengamal Dewa Ji Gong adalah Koo Lew Hwa yang merupakan Guru Besar di SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CHI SENG 11, Rantau Panjang, Selama, Perak.

Rantau Panjang Selama Perak hanya mengandungi beberapa keluarga berbangsa Cina sahaja dan di sekeliling pekan Rantau Panjang dikelilingi oleh perkampungan-perkampungan Melayu termasuklah Sungai Bayor, Sungai Mengkuang, Sungai Seputeh dan sebagainya. 

Ketika beraktiviti di lokasi asal iaitu di Jalan Wan Razali, masyarakat tempatan tidak membuat sebarang aduan kerana kedudukannya agak jauh daripada jiran tetatangga, tetapi apabila ia berpindah ke premis sekarang, penduduk mula membuat aduan ekoran ketidakselesaan mereka dengan aktiviti pembakaran colok, bunyi bising termasuklah pukulan gendang semasa pemujaan sehingga lewat ke tengah malam.

Terdapat seorang lelaki Cina yang merupakan tok sami yang merupakan individu terpenting dalam Persatuan Pengamal Dewa Ji Gong yang bertindak sebagai perantara untuk melakukan rawatan kepada pesakit termasuklah menurunkan nombor ekor.

Jumlah kehadiran adalah sekitar 20 sehingga 30 orang dan kesemua mereka adalah orang luar, termasuklah dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Ipoh. Daripada siasatan, persatuan tersebut berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.


Mutakhir ini, mereka semakin biadap apabila tidak menghiraukan lagi bantahan penduduk setempat. Aktiviti membakar colok besar, pembakaran kertas, bunyian loceng serta gendang malah mengadakan majlis memanggang babi secara terbuka di tengah-tengah kawasan perjiranan Melayu-Islam, telah membangkitkan kemarahan penduduk. Ekoran itu, penduduk di Taman Permai Jaya telah mengemukakan aduan kepada Majlis Daerah Selama.


Namun, Majlis Daerah Selama langsung tidak mengambil tindakan dan tidak menghiraukan semua aduan penduduk. Barangkali setelah bosan kerana asyik menerima aduan, pada 15 Ogos 2013, Setiausaha Majlis Daerah Selama telah memanggil Setiausaha Persatuan Penganut Dewa Ji Gong. Namun panggilan tersebut sekadar untuk bertanyakan tentang penambahan struktur binaan di kediaman yang dijadikan sebagaitempat pemujaan dan penyembahan.




Penambahan dan pembinaan struktur tersebut dibuat secara haram dan langsung idak mendapat kelulusan mahupun pemakluman kepada Majlis Daerah Selama.



Setiausaha Persatuan Penganut Dewa Ji Gong yang merupakan Guru Besar SJKC Chi Seng II, Rantau Panjang kemudiannya mengungkit dan membalas kembali dengan mempertikaikan laungan azan di Surau Taman Permai Jaya yang disifatkannya sangat bising dan mengganggu operasi persatuannya. Dia turut mempertikaikan majlis tahlil yang diadakan pada sebelah malam dengan menyatakan bahawa majlis tahlil tersebut bising dan mengganggu aktiviti penyembahan serta pemujaan Persatuan Penganut Dewa Ji Gong.

Ternyata, MDS tidak berdaya langsung untuk mempertahankan hak orang Islam dan Melayu di Permai Jaya yang merupakan penduduk majoriti, serta kedudukan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan. Ketakutan keterlaluan yang ditunjukkan oleh MDS kepada Setiausaha persatuan tersebut, menimbulkan tanda tanya kepada penduduk tempatan sekalipun jumlah ahli Persatuan tersebut di Permai Jaya, tidak seramai mana, malah jumlah orang Cina di situ pun boleh dibilang dengan jari tangan. 



5 Mac, desakan berterusan daripada penduduk akhirnya menyebabkan MDS bertindak merobohkan struktur tambahan binaan ketika pucuk pentadbiran MDS berpindah di bawah pentadbiran Yang Dipertua baru, Emy Shazry Mohd Isa yang telah mengantikan Haji Yusoff bin Abustan. Itu pun selepas 5 laporan polis dibuat oleh penduduk melalui Akta 133 (Akta Kerajaan Tempatan).

video

Drama dan politik MDS tidak bertahan lama. Tidak lama kemudian, setelah kompaun atau denda dibayar, MDS telah menyerahkan kembali peralatan-peralatan yang dirampas. Malah lebih menarik lagi, MDS memberikan kelulusan penambahan bangunan di premis berkenaan menggunakan Akta 171 (Akta Kerajaan Tempatan) sedangkan pada masa yang sama, MDS sedia maklum bahawa perkara itulah yang akan menyebabkan masalah akan bertambah meruncing dan penduduk akan bertambah marah. 

Penduduk mula melahrkan kekesalan apabila Ahli Parlimen Larut, ADUN Selama, NGO-NGO yang berteraskan Islam dan Melayu, Penghulu Mukim Selama, Ahli-Ahli Majlis Daerah Selama, JKKKK bahkan AJK Surau di Taman Permai Jaya, langsung tidak menghiraukan dan mempedulikan masalah yang dihadapi penduduk yang rata-ratanya adalah orang Melayu.

Mungkin terlalu takut, mungkin ada elemen rasuah, mungkin elemen tidak peduli atau barangkali juga elemen menganggap masalah penduduk hanyalah perkara remeh, tiada sebarang tindakan dibuat walaupun Setiausaha Persatuan Penganut Dewa Ji Gong, Koo Lew Hwa telah mencabar dan menghina agama Islam serta Melayu Selama Perak!

LIM KIT SIANG MABUK KETUM, TAPI MABUKNYA HANYA UNTUK KETUANAN DAP

· 6 comments

Malu dan mahu membalas dendam ke atas PAS, membuatkan Lim Kit Siang mengeluarkan cadangan agar UMNO-BN bergabung dengan DAP dengan syarat, UMNO mengumumkan penentangan ke atas undang-undang hudud.

Alasan Lim Kit Siang ialah, untuk 'menyelamatkan Malaysia' dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan undang-undang negara.

Anehnya, Lim Kit Siang dan DAP sendiri tidak pernah berani mahu mengisytiharkan pendirian Malaysian Malaysia secara terang-terangan yang bertujuan mahu menghapuskan beberapa Artikel dalam Perlembagaan Persekutuan terutama sekali yang membabitkan kedudukan orang Melayu-Bumiputera, Bahasa Melayu, Raja-Raja Melayu dan yang paling penting kedudukan Agama Islam sebagai Agama Persekutuan.

Terlalu banyak contoh kalau kita hendak berikan tentang bagaimana DAP secara sengaja dan dalam keadaan sedar mahu mengucar-ngacirkan negara ini serta langsung tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan walaupun para pemimpin mereka merupakan antara penggubal undang-undang.

Contoh terbaik ialah bagaimana DAP secara berselindung dan menjadi tangan ghaib, cuba memecahbelahkan negara ini dengan mendalangi kempen memisahkan Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia menerusi bantuan serta dana yang disalurkan kepada kumpulan seperti SSKM yang dipimpin oleh ahli dan penyokong tegar DAP sendiri iaitu Doris Jones.

DAP menempatkan orang Cina tempatan sebagai kepala-kepala dalam unit SSKM manakala masyarakat Bumiputera pula dipergunakan sebagai macai dan barua untuk berdemonstrasi atau melakukan kerja-kerja subversif secara fizikal.

DAP turut mahukan status autonomi diberikan kepada Pulau Pinang dalam usaha mereka untuk memerdekakan Pulau Pinang dari Malaysia walaupun hakikatnya, Pulau Pinang merupakan sebahagian daripada Kedah yang perlu diserahkan kembali haknya kepada DYMM Sultan Kedah.

Sekarang, Lim Kit Siang bercakap tentang kedaulatan undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan?

Hanya kerana PAS membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan di DUN Kelantan selain bercadang untuk mengusulkan pembentangannya di Dewan Rakyat?

Lim Kit Siang barangkali sudah terlalu gila sehingga tidak tahu apa yang telah dilakukannya sebelum ini terutama sekali yang mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

PENYEBAR AGAMA KRISTIAN BERGERAK AKTIF DENGAN MENJADIKAN STESEN MONORAIL BUKIT BINTANG SEBAGAI PUSAT OPERASI JALANAN!

Sunday, 22 March 2015 · 12 comments


Artikel 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

(1) Setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya tetapi tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkan agamanya.

(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan kas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri.

(3) Setiap kumpulan agama adalah berhak:
(a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri
(b) Menuduh dan menyelenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud agama atau khairat, dan
(c) Memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentdbirkannya mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayan-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat engembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang yang menganuti agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan undang-undang am mengenai ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan pula menjelaskan kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.

Bagaimanapun, selepas pemansuhan ISA dan kegiatan aktif golongan peguam pro-pembangkang serta para pemimpin pembangkang yang memutarbelitkan undang-undang negara, ketenteraman di negara ini selain undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan tidak lagi dipedulikan.

DAP dan PKR serta para peguam yang menyokong kedua-dua parti tersebut seringkali menyebut tentang kebebasan beragama sepertimana yang termaktub dalam Artikel 11 tetapi sama sekali mengenepikan atau langsung tidak menyebut tentang Fasal 4 dalam Artikel yang sama yang melarang penyebarannya kepada orang Islam mahupun di tempat terbuka.

 
Pada 2 Mac lalu, satu laporan polis berhubung gelagat dua orang penyebar agama Kristian yang berasal dari Amerika Syarikat dan Kanada telah dibuat di Melaka. Dalam kejadian terbabit, kedua-dua orang warga asing itu secara terbuka telah cuba menyebarkan agama Kristian kepada orang Melayu dan Islam di beberapa kawasan terutama di Batu Berendam, Melaka.

Berita warga asing cuba menyebarkan agama Kristian secara terbuka dan langsung tidak menghormati undang-undang di negara ini, bukan perkara baru. Di Selangor, penyebar-penyebar agama Kristian dari Korea Selatan, Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa negara lain termasuklah Singapura, terus berlangsung dengan hebat. Dan lebih menarik lagi mereka ditaja dan dibiayai oleh kumpulan-kumpulan anti-kerajaan tetapi sangat kuat menyokong DAP.




Terbaru, dikesan pula di Stesen Monorail Bukit Bintang. Mereka bukan sahaja cuba menyebarkan agama Kristian secara terang-terangan tetapi juga sangat berani apabila menyatakan undang-undang di negara ini membenarkan mereka rakyatnya bebas beragama.

Selepas apa yang dilakukan oleh Radio BFM yang secara terang-terangan menghina Islam dengan menggunakan seorang wanita Melayu yang kelihatan seperti beragama Islam, ketiadaan penguatkuasaan undang-undang yang tegas untuk mempertahankan ARTIKEL 3 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, telah menyebabkan lebih banyak anasir subversif yang didalangi serta dibela oleh parti-parti politik seperti DAP yang juga secara terang-terangan telah berulang-ulang kali mencabar kedaulatan undang-undang serta Perlembagaan Persekutuan. 

KERANA HUDUD JUGA, DAP MULA BERGOLAK DAN LIM KIT SIANG JADI SASARAN SERANGAN KRONI SENDIRI

· 3 comments


Salah seorang kroni Lim Kit Siang yang paling mantap di Johor adalah Norman Fernandez. Orang inilah juga yang menjadi panglima Lim Kit Siang untuk menggertak PAS di Johor. Beberapa isu sensitif membabitkan Norman Fernandez sebelum ini telah membuatkan PAS memendam perasaan kepadanya, terutama sekali cakap besar Norman Fernandez yang DAP tidak langsung memerlukan bantuan DAP berbanding PAS memerlukan DAP untuk menang mana-mana kerusi yang memiliki campuran pelbagai kaum di negara ini.

Dalam perkembangan terbaru, bekas Naib Pengerusi DAP Johor itu telah menyelar dan mengutuk Lim Kit Siang secara berterus-terang. Lim Kit Siang bukan sahaja disifatkan sebagai gagal, malah telah menipu masyarakat Cina sehingga membolehkan PAS Kelantan membentangkan undang-undang hudud dan diluluskan oleh DUN Kelantan baru-baru ini.

Norman Fernandez turut menyindir Lim Kit Siang agar menulis artikel tentang tuduhannya yang menyatakan setiap orang pemimpin DAP wajib dipersalahkan kerana menipu orang Cina terutama sekali selepas memujuk masyarakat Cina mengundi dan memilih PAS pada PRU lalu, sehingga membuatkan PAS begitu berani membentangkan undang-undang hudud.

Menurut Norman Fernandez lagi, DAP tidak boleh menuduh PAS menikam mereka dari belakang atau pun menipu kerana PAS telah memberitahu dari awal lagi tentang matlamat mereka. Hanya DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sahaja yang berbolak-balik dan telah memberikan keyakinan kepada masyarakat Cina agar menerima apa sahaja yang disuapkan oleh PAS tetapi kemudian menipu PAS kembali.

Hakikatnya, yang tertipu menurut Norman Fernandez adalah DAP sendiri. Justeru itu, masyarakat Cina perlu menghukum DAP pada PRU akan datang termasuklah Ahli-Ahli Parlimen PAS yang telah menang dengan bantuan undi-undi Cina.

Beberapa orang pemimpin besar DAP seperti Charles Santiago berserta Lim Kit Siang mengarakan agar PAS dihukum 'kerana menipu rakyat'. PAS digambarkan dan dilabelkan sebagai penipu sedangkan semakin ramai orang Cina dan penyokong DAP sendiri yang mengeluarkan bukti bagaimana DAP terutama menerusi Lim Guan Eng telah memperdayakan masyarakat Cina untuk menyokong PAS pada PRU-12 dan PRU-13 lalu.

Turut diperkatakan ialah kewujudan 'PAKATAN RAKYAT YANG BARU' sepertimana yang dinyatakan oleh Liew Chin Tong dan Tan Kok Wai, dua orang lagi pemimpin DAP yang masih berusaha mempertahankan air muka Lim Kit Siang dan anak lelakinya, Lim Guan Eng.

HELAH MINTA MAAF TIDAK BOLEH MENGHILANGKAN PENGHINAAN YANG DILAKUKAN OLEH AISHAH TAJUDDIN DAN DAP KE ATAS ISLAM

· 18 comments


Sekali imbas, Radio BFM dan Aishah Tajuddin memperlekehkan usaha PAS Kelantan mahu mengadakan hudud di negeri tersebut. Namun apabila diperhalusi, ternyata Radio BFM, malah Aishah Tajuddin sendiri sebenarnya mempunyai niat terselindung yang lebih tepat lagi disebutkan sebagai HASUTAN dan penghinaan ke atas Islam serta umat Islam itu sendiri.

Latar belakang Aishah Tajuddin sudah pun diketahui. Ibu bapanya adalah Melayu yang cukup terkenal kerana pejuang liberalisme dan penyokong kuat LGBT selain merupakan penyokong tegar DAP yang berjuang menentang sistem sedia ada walaupun mereka sebenarnya berasal dan memperolehi kehidupan selesa kerana berkhidmat dengan sistem yang mereka tentang.


Radio BFM dimiliki oleh Tong Kooi Ong menerusi pegangan 50.1%. Selain Radio BFM, Tong Kooi Ong yang dikenali sebagai sekutu utama Anwar Ibrahim terutama menerusi pegangannya ke atas Phileo Allied Berhad ketika kemuncak serangan matawang dan kekalutan Anwar Ibrahim mahu merampas jawatan Perdana Menteri daripada Dr. Mahathir pada penghujung 1990-an, turut memiliki akhbar The Edge dan portal berita The Malaysian Insider.

Beberapa minggu lepas, Tong Kooi Ong dikaitkan dengan cubaan memusnahkan nilai Ringgit Malaysia dalam usaha menjatuhkan ekonomi dan kewangan negara melalui serangan pasaran matawang dunia. Tong Kooi Oii bagaimanapun, menafikan perbuatan itu malah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang menuduhnya.

Ironinya, nilai Ringgit berbanding Dollar Amerika lebih stabil selepas penafian Tong Kooi Ong dan tidak lagi jatuh mendadak pada nilai dan kadar yang lebih besar!

Radio BFM yang dipancarkan pada frekuensi 89.9 sebenarnya bersifat amat rasis, sangat anti dengan Islam dan juga bersifat pro-pembangkang. Seringkali review yang dibuat membabitkan isu-isu semasa di akhbar-akhbar akan diakhiri dengan 'salah kerajaan' dan salah agama Islam serta orang Melayu.

Modus operandi Radio BFM ini sebenarnya mudah. Konsepnya tidak ketara politik tetapi sangat bersifat dan cenderung kepada DAP. Seringkali yang dibangkitkan adalah isu-isu agama Islam yang juga akan digunakan untuk menyerang kerajaan, agama Islam dan Bumiputera. Pada pendengar akan dibawa kepada perbincangan yang sangat sensitif kepada masyarakat dan kemudian dibiarkan untuk membincangkan isu tersebut secara bebas malah akan ditokok tambah agar ianya akan menghangatkan dan menimbulkan ketegangan.

Satu lagi cara adalah dengan membangkitkan isu yang salah tentang hak kaum Bumiputera dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan. Sekiranya ada pendengar Melayu yang cuba membetulkan tuduhan tersebut, pendengar tersebut akan diserang sebagai RASIS. Bagaimanapun, sekiranya mendapat sokongan daripada pendengar bukan Melayu, mereka akan dikatakan sebagai penyokong kebebasan bersuara.

Pada 18 Disember 2014, beberapa NGO telah membuat laporan polis ke atas tiga orang penyampai Radio BFM iaitu Sharaad Kutin serta Umapagam Ampikaypagan dan Caroline. Dalam satu slot yang disiarkan di stesen berkenaan, ketiga-tiga penyampai tersebut telah membincangkan isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam termasuk soal pemakaian tudung, kalimah Allah, daging korban dan hak orang Melayu bersama pemanggil bernama Ezra dan Patrick Teoh, pada 12 Disember 2014, jam 6 petang hingga 7 malam.

Penyampai yang paling rasis ialah Sharaad Kutin. Memandangkan majoriti pendengar adalah orang India dan Cina, dia sering mengambil kesempatan untuk meniup api perkauman. Kebanyakan isu perbincangan yang dicetuskannya adalah ke arah perkauman dan kebencian kepada Melayu-Bumiputera serta Islam.


Waktu yang dipilih untuk meniup api kebencian terhadap orang Melayu-Bumiputera dan agama Islam adalah:

(1) Sepanjang minggu antara pukul 7:00 pagi sehingga selepas berita pukul 8:00 pagi. BFM selalunya akan menggunakan waktu ini untuk mengulas tentang tajuk-tajuk utama akhbar. Pada ketika ini, penyampai seperti Sharaad Kutin akan bertindak sebagai agen DAP dan akan menekankan yang Malaysia ini bermentaliti kelas ketiga kerana enggan menerima pembaharuan.

(2) Segmen Talkback yang diadakan setiap hari sepanjang minggu dan disiarkan pada jam 6:00 petang sehingga 7:30 malam. Dalam segmen ini, semua hosnya adalah wanita yang sangat anti-kerajaan, anti-Melayu dan anti-Islam. Antara penyampainya adalah Umapagan Ampkaypagan, Caroline Oh, Ezra Zaid dan Patrick Teoh. Mereka akan membuat pelbagai provokasi ke atas isu-isu agama Islam seperti kalimah ALLAH, daging korban, tudung dan sebagainya.

Aishah Tajudin adalah salah seorang penyampai di stesen radio terbabit. Malah dia juga adalah penerbit untuk segmen SEKILAS. Radio BFM memaklumkan bahawa Aishah Tajuddin yang telah menerima pelbagai ancaman selepas penyiaran klip video 'Hudud Isi Periuk Nasi?' yang telah dimuatnaik di halaman YouTube dua hari lepas, hanyalah pelakon gantian. Permohonan maaf telah dibuat, sekaligus Radio BFM dan Projek Dialog lepas tangan, manakala Aishah Tajuddin pula terperangkap dengan kemarahan masyarakat awam, khususnya orang Melayu-Islam.

Disokong oleh FZ.com dan portal The Malaysian Insider yang kesemuanya milik Tong Kooi Ong, Radio BFM menyelar dan menuduh kemarahan orang ramai kepada Aishah Tajuddin sebagai bukan sahaja menyalahi perundangan, malah tidak bertepatan dengan nilai-nilai masyarakat negara ini yang mendokong keamanan.

Menariknya, dalam hal ini, sebenarnya yang melakukan provokasi adalah Radio BFM sendiri malah dengan 'rekod jenayah' dan track mereka sendiri yang gemar memainkan isu-isu sensitif yang menjurus untuk menimbulkan kebencian terhadap Melayu-Bumiputera serta mempertikaikan hak-hak Bumiputera dan kedudukan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, motif sebenar penyiaran klip video tersebut yang sudah pasti dijangka reaksi daripada orang ramai, amat jelas.

Dalam kata lain, Radio BFM sememangnya secara sengaja mahu mencetuskan ketidaktenteraman bagi membuktikan bahawa umat Islam adalah umat yang ganas dan agama Islam pula adalah sebuah agama yang karut.

Pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan undang-undang ke atas stesen radio ini walaupun mereka sudah menurunkan klip video tersebut dan memohon maaf. Berdasarkan kecenderungan, laporan polis dan rekod lampau operasi, stesen radio tersebut sememangnya mempunyai agenda yang sangat buruk dalam usaha mengganggu gugat keharmonian dan menghasut kekacauan agama serta kaum di negara ini.


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks