MEMALUKAN!!! Jabatan Imigresen Enggan Uruskan PATI Yang Ditangkap Oleh PDRM Dengan Alasan Paling Bodoh!

Thursday 28 May 2015 | 27 comments


Antara agensi penting yang memastikan keselamatan serta pembendungan jenayah yang dilakukan oleh warga asing adalah Imigresen. Imigresen merupakan pihak yang berada di setiap pintu masuk negara ini, mendokumentasi, mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menghalang mana-mana orang asing daripada memasuki negara ini. Malah Imigresen juga memastikan warga asing di dalam negara ini, mempunyai dokumen pengenalan diri dan patuh kepada undang-undang di negara ini.

Bagaimanapun, dalam satu pendedahan, dilihat tiada kesungguhan daripada salah satu Jabatan Imigresen di negara ini untuk membendung PATI atau Pendatang Tanpa Izin.

Ianya berlaku di Sabah!



Berdasarkan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sabah sendiri, ternyata jumlah tangkapan ke atas PATI yang dibuat oleh Imigresen, terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan tangkapan PATI oleh PDRM di Sabah sahaja.

Lebih malang lagi ialah apabila jabatan berkenaan seperti tidak mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh PDRM dengan memberikan pelbagai alasan, termasuklah alasan standard, 'kurang kakitangan'.

Melihat kepada isi kandungan kenyataan tersebut, persepsi yang mungkin boleh ditimbulkan ialah ketiadaan kesungguhan dan keinginan untuk memikul amanah.

Bayangkanlah bagaimana jikalau sebuah jabatan penting seperti Imigresen, memindahkan tanggungjawab mereka kepada PDRM, enggan mengambil kes-kes PATI yang berjaya ditangkap dan ditahan oleh PDRM kerana kononnya ingin menghabiskan kertas siasatan Imigresen sendiri. Kemudian meminta agar PDRM menyelesaikan sendiri masalah PATI walaupun sebenarnya PDRM sekadar membantu Imigresen yang ternyata tidak cekap dan tidak mampu dalam segala hal.

Kalau sudah semuanya tidak boleh, mungkin juga elok jikalau IMIGRESEN DIMANSUHKAN atau ditempatkan di bawah PDRM. Apatah lagi jumlah tangkapan yang dibuat oleh PDRM, jauh lebih banyak dan lebih berkesan berbanding imigresen.


Malah dalam apa juga keadaan, di mana-mana sahaja, yang kelihatan bersungguh-sungguh menjaga negara adalah PDRM berbanding Imigresen yang operasi mereka cuma kelihatan dalam kaca televisyen seminggu sekali.

Sabah walaupun sama seperti negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sarawak yang berhadapan dengan kerenah PATI, namun situasinya jauh lebih berbeza memandangkan Sabah kerap dijadikan 'pangkalan' PATI sehinggakan beberapa kes penculikan melibatkan warga asing berlaku di Sabah. Malah warga asing boleh dilihat di mana-mana sahaja di Sabah dalam kadar yang sangat mudah.

Menariknya, tidak sahaja di Sabah, di seluruh Malaysia, di mana-mana sahaja warga asing kelihatan begitu bebas berkampung, membiak dan mencipta komuniti mereka sendiri.

Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Jabatan Imigresen menjadikan PATI begitu mudah berada dalam negara ini sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang?

Rancangan Subversif Apa Yang Dirancangkan Oleh DAP dan Lim Guan Eng Dengan Bawa Masuk Joshua Wong?

Wednesday 27 May 2015 | 2 comments



Pengakuan yang dibuat oleh Joshua Wong... dia dijemput oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke negeri itu untuk bercakap dan membangkitkan revolusi terutama di kalangan orang Melayu memandangkan Cina adalah kuasa besar di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, beberapa orang pemimpin DAP termasuklah Lim Guan Eng enggan menerima pelarian Rohingya menumpang di mana-mana bahagian negeri itu walaupun hakikatnya, Lim Guan Eng dan DAP tidak mempunyai sebarang hak ke atas Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada negeri Kedah.

Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Kerajaan Negeri Kedah ialah, negeri yang dikenali sebagai Pulau Pinang, dipajak dari Kedah dengan bayaran sebanyak RM10,000 setiap tahun. Secara tidak langsung, Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah dan Kedah tidak pernah kehilangan hak ke atas Pulau Pinang. Pulau Pinang hanya menjadi negeri dalam Malaysia tetapi tidak menjadi entiti yang berasingan dari Kedah.

Statusnya jelas iaitu Pulau Pinang adalah wilayah PAJAKAN.

Mungkin kerana itulah, Lim Guan Eng dan DAP cuba melakukan sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh kepimpinan GERAKAN sebelum tahun 2008 iaitu menukarkan Pulau Pinang menjadi sebuah NEGERI CINA. Apa-apa sahaja yang berlaku di Pulau Pinang, mestilah berimej Cina dan mengenai kepentingan Cina. Sebarang rungutan atau aduan tentang perkara tersebut, akan dianggap sebagai RASIS dan tuduhan akan dilemparkan kepada UMNO walaupun hakikatnya yang sangat rasis dalam banyak isu membabitkan Pulau Pinang adalah DAP!

DAP mempersoalkan pelarian Rohingya dan mengada-adakan teori kononnya Rohingya akan diberikan kad pengenalan dan kemudian menjadi pengundi.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak pernah diterangkan oleh DAP ialah, BAGAIMANA 50,000 ORANG PELANCONG dari China dan Taiwan boleh 'HILANG' di Pulau Pinang dan tidak keluar-keluar sampai ke hari ini? Mengapa DAP sangat takut dengan sistem biometrik yang dapat menentukan kesahihan kewarganegaraan mereka berbanding kad pengenalan yang hanya bergantung kepada cip kecil yang boleh dipinda dan dipalsukan?

DAP juga tidak pernah bercakap tentang kedatangan dan lambakan pendatang asing haram dari China dan Taiwan serta Macau berdasarkan kegagalan mereka bertutur, memahami mahupun menulis dalam Bahasa Kebangsaan. Malah ketika hari pengundian pada PRU-13 lalu, DAP telah mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk mengawal, menyelia serta menguruskan sejumlah besar pengundi berbangsa Cina yang tidak boleh langsung bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dan kelihatan tercengang-cengang menunggu arahan daripada pengurus dan penyelia mereka di pusat-pusat pengundian. Malah cubaan untuk mendekati mereka dan menemuramah mereka juga, dihalang oleh samseng-samseng yang diupah oleh DAP untuk menjaga para pengundi misteri itu.


Joshua Wong ditaja oleh NED, sebuah agensi Zionis yang turut menaja DAP dan Anwar Ibrahim. Seperti IS yang telah dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai kumpulan pengganas Islam sekalipun memang jelas Abu Bakar Al-Baghdadi yang dilantik sebagai Khalifah IS adalah agen CIA yang mendapat latihan dan pernah berkhidmat dengan MOSSAD, Joshua Wong dan kumpulannya diketahui telah dijadikan alat untuk menghuru-harakan China.

Lim Guan Eng dan DAP seharusnya berterus-terang, REVOLUSI BESAR apakah yang mereka sedang rancangkan? Adakah ianya mempunyai kaitan dengan pelbagai kes penyeludupan senjata api ke negeri itu sepanjang Pulau Pinang berada di bawah pentadbiran Lim Guan Eng?

RAFIZI RAMLI Wajar Dipenjarakan Kerana Tubuh Syarikat dan Kutip Derma Secara Haram!


Selepas BAFIA, nampaknya Rafizi Ramli mencabar AMLA dan Akta yang berkaitan Bank Negara Malaysia. 

Kes BAFIAnya belum pun bermula, malah Rafizi Ramli enggan meneruskan perbicaraan dengan membuat pelbagai perangai termasuklah melambat-lambatkan proses perbicaraannya dengan cubaan untuk mengenepikan kes dan rayuan ke peringkat lebih tinggi untuk buang kes. 

Tetapi sekarang, Rafizi Ramli sendiri mengaku dia telah melakukan kesalahan yang lebih besar iaitu MEMUNGUT WANG SECARA HARAM menerusi syarikat Sdn. Bhd. RM2. 

Rafizi Ramli merupakan pengarah dan memegang kepentingan sebanyak 50% dalam Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd. Sekalipun tidak berdaftar dan tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma daripada pihak awam atau menerima apa-apa peruntukan daripada pihak ketiga, namun Rafizi telah melakukannya dengan alasan yang sangat minimal.

Secara tidak langsung, Rafizi Ramli dan syarikat di mana dia adalah pengarah dan memegang kepentingan 50% itu telah menyalahi undang-undang di bawah Bank Negara Malaysia dan dianggap melakukan kutipan deposit haram. 

Syarikat tersebut telah ditubuhkan pada 9 Julai 2012 dan selama hampir 3 tahun, ia telah beroperasi mengutip derma tanpa sebarang tindakan, dan tidak pernah menyerahkan sebarang akaun yang siap diaudit kepada SSM.

Baca bagaimana angkuhnya Rafizi Ramli untuk mentertawakan undang-undang Malaysia:

"Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafii Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB,".

Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.

"National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Elsekutif,

"Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya," dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.

Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.

"Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.

"Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya.

Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.

Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.

"Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW," ujarnya.
(SUMBER)


Nurul Izzah Kata Dia Sedang Diburu Oleh Kerajaan Malaysia, Tetapi Dia Sendiri Boleh Sampai Ke Oslo, Norway Untuk Burukkan Negara

Tanpa bimbang dan tanpa sedikit pun perasaan gusar pada sebarang peruntukan undang-undang, Nurul Izzah kembali mengulangi perbuatan lamanya iaitu memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara. Malah dia juga mengada-ngadakan cerita semata-mata untuk mendapatkan simpati serta sokongan buat keluarganya untuk berkuasa di Malaysia.

Dalam Forum Freedom yang diadakan di Oslo, Norway semalam, Nurul Izzah berkata, Kerajaan Malaysia sedang menjalankan operasi untuk menangkap dan memenjarakan semua reformis. Menurutnya lagi, dia dan golongan reformis adalah orang yang paling dikehendaki di Malaysia. PDRM dan pihak berkuas tidak lagi memburu dan membanteras penjenayah sebaliknya golongan yang dikatakannya sebagai memperjuangkan rakyat yang mahu ditangkap dan dihapuskan.

Mungkin disebabkan orang putih di Oslo itu tidak begitu mengenalinya, maka mudahlah Nurul Izzah menjual temberang. Katanya, kalau bukan kerana pergerakan reformasi, dia sudah pun bekerja di sektor petroleum. Namun menurutnya, dia melupakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan untuk terjun dalam bidang politik bagi berjuang menentang korupsi, kezaliman dan ketidakadilan kerajaan.

Nurul Izzah sebenarnya tidak pernah bekerja dalam mana-mana bidang kerana dia telah dididik oleh bapanya untuk meneruskan legasi keluarga Anwar Ibrahim dalam bidang politik. Dari semenjak dia belajar lagi, dia telah digelar sebagai Puteri Reformasi dan dia telah ditonjolkan sebagai ikon anak muda. Proses pembelajaran Nurul Izzah juga tidaklah secemerlang mana kerana dia menggunakan posisi bapanya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapat tempat di universiti.

Malah dalam satu klip video ditunjukkan bagaimana Nurul Izzah menggunakan kewanitaannya untuk lulus keras peperiksaan!

Agak menarik ialah apabila Nurul Izzah langsung tidak menyebut punca sebenar bapanya dipenjarakan dan dipecat daripada menikmati kehidupan sebagai ahli politik kerajaan. Malah kali kedua bapanya dipenjarakan juga, tidak disebut oleh Nurul Izzah sebagai proses perundangan, sebaliknya dia memberitahu orang putih di Oslo yang tindakan ke atas bapanya adalah tindakan menutup mulut dan rakyat Malaysia tentang ketidakadilan serta tidak demokratiknya Malaysia.

Menariknya dalam memperkatakan ketidakadilan, kezaliman dan pemburuan kerajaan ke atas kepalanya serta golongan reformis yang lain, Nurul Izzah tidak dapat menjawab, bagaimana dia boleh bergerak dari Kuala Lumpur ke Oslo yang letaknya hampir 24 jam antara Kuala Lumpur-Oslo yang membolehkan dia berucap dan memburuk-burukkan negara sendiri.

Adakah dia menggunakan laluan tikus untuk ke Norway atau dia menggunakan pesawat terbang yang sudah tentu terpaksa melalui lapangan terbang yang penuh dengan Imigresen serta dikawal oleh pihak berkuasa yang lain?

Macam mana dia boleh terlepas ke Oslo kalau dia menjadi buruan pihak berkuasa?


She expressed confidence that her father, who is serving a five year jail sentence since February on a sodomy charge, would be free if not for the government influencing the judiciary, vote rigging, muzzling the press, and using force against dissidents. The reformists, she said, referring to activists, academics, lawyers and journalists, besides politicians, have been subject to the colonial-era Sedition Act 1948 which circumvents the Federal Constitution and strips the right to free speech. “I was investigated for a speech I gave in Parliament.”

Siapa DALANG SEBENAR Yang Keluarkan Kad Pengenalan Untuk PATI Di Sabah?

Tuesday 26 May 2015 | 0 comments


Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh penama bernama Hj Sabana bin Arif yang merupakan Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Ketua Menteri Sabah berhubung penyiaran kad dokumen pengenalan diri sementara berwarna kuning yang mempunyai lambang Imigresen Malaysia dan lambang Kerajaan Negeri Sabah.

Sebelum ini, pada tahun 2008 sebuah blog telah mendedahkan tentang DOKUMEN BURUNG-BURUNG yang turut mendedahkan penglibatan orang dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah sendiri sebagai dalangnya. (RUJUK SINI)

Pendedahan tentang kad pengenalan sementara atau dokumen diri palsu yang membabitkan PATI terutama dari Filipina dan Indonesia di Sabah, bukannya baru dibuat. Sebaliknya penggunaan dan gejala kad pengenalan palsu dan kad pengenalan sementara palsu itu sudah lama berlaku di seluruh Sabah terutama sekali di sebelah Pantai Timur Sabah.

Terdapat juga dakwaan tentang pembabitan individu-individu tertentu dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah terutama sekali menerusi cop Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri dalam skandal ini. Kononnya juga Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Sejenis lagi dokumen diri sementara yang dikatakan memberi pulangan lumayan kepada dalang adalah dokumen yang gambarnya di bawah.



Dokumen pengenalan inilah yang paling banyak dipegang oleh PATI di Sabah dan mempunyai tarikh tempohnya. Setiap kali pembaharuan, RM300 akan dikenakan untuk mendapatkan cop pembaharuan. Dan harga atau yuran atau fi itu akan berubah-ubah mengikut keadaan semasa membabitkan permintaan dan penawaran. Sekiranya pada waktu puncak, harganya boleh mencecah kepada RM600 untuk cop pembaharuan tempoh.yang baru, terutama sekali pada musim perayaan.

Justeru tidak hairanlah mengapa terdapat terlalu ramai Pendatang Tanpa Izin di Sabah seolah-olah Imigresen tidak berwibawa, gagal melaksanakan tugas atau sempadan negeri Sabah bocor sentiasa.




Menariknya seperti yang diceritakan di dalam portal berkenaan, pemilik-pemilik kad pengenalan sementara palsu ini boleh hidup bertahun-tahun di Sabah dan mampu pula menangani pihak berkuasa dengan kad berkenaan seolah-olah memang terdapat pengesahan dan kelulusan dari Jabatan Ketua Menteri Sabah!

Pihak berkuasa seharusnya menangani masalah ini secara lebih tuntas terutama setelah Sabah sudah beberapa kali dicerobohi oleh LANUN-LANUN dari Filipina dan kumpulan-kumpulan samseng dari Indonesia.

Maruah Anggota Polis dan PDRM Hanyalah RM100, Jauh Berbeza Berbanding Maruah Hakim dan Peguam

Berita yang disiarkan oleh BERNAMA pada 25 Mei 2015 sememangnya satu PENGHINAAN BESAR kepada anggota dan pegawai polis, malah lebih tepat lagi merupakan satu KEJIAN ke atas PDRM secara keseluruhannya.

Memang benar, si pesalah itu didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dengan hukumannya pula sekadar denda tidak melebihi RM100:

Seksyen 14 - Kelakuan Aib
Sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.


Namun sebenarnya, pendakwaraya mempunyai pilihan untuk mengenakan tuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang hukumannya adalah penjara tiga bulan dan denda RM1000.

Seksyen 186 - Menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
Barang siapa dengan sengaja menghalang seseorang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit atau dengan kedua-duanya
.

Seksyen 14  Akta Kesalahan Kecil itu sudah berusia 6o tahun. Pada tahun 1955 dahulu, nilai RM100 mungkin sangat besar bagi orang awam terutama apabila pendapatan purata sekitar RM180 atau lebih rendah diperolehi. Namun tahun 2015, RM100 hanyalah nilai 'celah gigi' yang langsung tidak mendatangka sebarang kesan.

Barangkali kerana denda yang tersangat rendah itulah yang membuatkan PDRM sentiasa dihina dan seringkali dilabelkan dengan pelbagai label-label negatif seperti POLIS ANJING KERAJAAN dan sebagainya.

Berbeza pula dengan hakim dan peguam yang mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan subjek yang melakukan penghinaan didenda beribu-ribu kalau tidak pun berpuluh-puluh ribu ringgit mahupun dipenjarakan dengan alasan menghina institusi.

Adakah PDRM tidak dianggap sebagai institusi sehinggakan denda RM100 masih lagi dikuatkuasakan dan sesiapa sahaja bebas menghina anggota dan pegawai polis yang menjalankan tugas?






Hishamuddin Rais Gagal Bawa Masuk Subversif Muda Hong Kong Kerana Dihalang Mendarat di KLIA!

Sepatutnya hari ini, tokoh subversif muda dari Hong Kong, Joshua Wong yang membawa Revolusi Payung akan membuat pertemuan bersama-sama subversif amatur Malaysia di Ibu Pejabat Penerbitan Dubook, Bangi.

Penerbitan Dubook atau DuBook Press adalah sebuah syarikat penerbitan berhaluan kiri yang didalangi oleh Rahmat Hussin dan Hishamuddin Rais. Sudah lama usaha untuk membawa Joshua Wong ke Malaysia dilakukan oleh subversif-subversif yang dikepalai oleh Hishamuddin Rais. 

Joshua Wong adalah pengasas 'Umbrella Revolution' yang baru berumur 18 tahun dan merupakan 'Top 50 The Most Influential Leader by Time Magazine'. Dia dijangka hadir pada 30hb Mei ini bersama-sama aktivis Singapura, Han Hui Hui dan dijangkakan akan berjumpa dengan Demonstran Muda Malaysia di Bangi.

Rancangan yang didalangi oleh Hishamuddin Rais ini dibuat untuk mewujudkan satu gerakan yang boleh menggugat keamanan negara. Ikon-ikon revolusi seperti Joshua Wong dan Han Hui Hui akan menanam ideologi yang bertentangan dengan pentadbiran dan Perlembagaan Malaysia.

Jam 11:50 pagi tadi, pihak berkuasa Malaysia bertindak. Joshua Wong telah dikesan oleh Imigresen di Balai Ketibaan Antarabangsa, LTAB Pulau Pinang. Joshua Wong telah tiba di LTAB Pulau Pinang dari Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA633.

Pihak berkuasa Malaysia telah mengenakan tindakan 'F' (tidak dibenarkan mendarat) dan kemudian telah dihantar pulang ke Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA634 pada jam 1:05 tengah hari tadi.

Butiran dirinya adalah seperti berikut: 

Nama: WONG CHI FUNG (L)
No. Ppt.: K 02507031
Tarikh Lahir: 13 OKT 1996
Warganegara: CHINA

Dia merupakan antara yang aktif terlibat dalam kegiatan menghasut golongan pelajar dan pemuda-pemudi untuk menyertai aktiviti anti kerajaan.

Joshua Wong datang ke Pulau Pinang untuk menghadiri program forum memperingati kejadian kematian pelajar di Medan Tiananmen pada tahun 1989 yang akan diadakan di Auditarium A KOMTAR pada malam ini.


Walau bagaimapun, seorang lagi subversif bernama HAN HUI HUI telah berjaya menyusup masuk ke negara ini semenjak semalam. Han Hui Hui dijangka akan meneruskan program berkenaan di Komtar.

Di Perak majlis akan di adakan pada 27 Mei 2015(Rabu) jam 8:00 malam di No.118, Jalan Sultan Iskandar, Ipoh.


Hanya Di Selangor, Guru KAFA Tegar PKR Tuntut Kenaikan Elaun, Dipecat

Friday 22 May 2015 | 5 comments

Kerapkali para penyokong Pakatan terutama sekali dari PKR akan memberitahu dunia bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah kejam, zalim, menentang Islam dan tidak pernah membela Islam. Mereka seringkali memberikan contoh bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran DAP telah menaikkan elaun KAFA dan peruntukan untuk hal ehwal Islam di negeri itu tanpa menyebut walau sepatah pun tentang penambahan peruntukan dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan tersebut.

Sekaligus mereka cuba menyembunyikan fakta bahawa Kerajaan Persekutuan yang berada di bawah pentadbiran UMNO-BN telah menambahkan peruntukan kepada setiap Kerajaan Negeri bagi tujuan hal-ehwal Islam manakala Kerajaan Negeri, hanyalah sekadar penyampai peruntukan tersebut tanpa melibatkan walau satu sen pun dari perbendaharaan negeri.

Kecuali Sabah dan Sarawak yang konsep dan perlaksanaannya sedikit berbeza berbanding di negeri-negeri Semenanjung.

Kalau di Pulau Pinang, DAP mendabik dada kononnya mereka menambah peruntukan sekalipun peruntukan tersebut DITAMBAH dan DIBERIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN, di Selangor lain pula ceritanya.

Kerajaan UMNO walaupun seringkali dicemuh malah ditentang oleh golongan guru, terutama sekali guru KAFA yang cuba berselindung di sebalik imej agama mereka, tidak pernah melaksanakan tugasan memecat atau pun menggantung tugas hanya kerana menuntut kenaikan pangkat atau elaun mahupun gaji. Malah, dalam kebanyakan kes, tuntutan tersebut akan dipenuhi seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri beberapa hari lepas. Kalau ada pun yang dipecat atau dikenakan tindakan tatatertib adalah kerana mereka telah melanggar peraturan dan kesalahan tersebut dilakukan secara berulang-ulang walaupun peringatan dan amaran telah diberikan.

Berbeza pula dengan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.


Seorang guru KAFA yang sudah tidak tertahan dengan dolak-dalik Kerajaan Negeri Selangor berhubung elaun guru-guru KAFA sekalipun pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan peruntukan untuk itu dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri, akhirnya mengambil keputusan untuk menyampaikan memorandum dan ketidakpuasan hatinya kepada Menteri Besar Selangor secara sendiri.

Bagaimanapun, nasibnya agak malang kerana dia telah disekat dan ditahan daripada bertemu dengan Menteri Besar. Malah tidak cukup dengan itu, guru berkenaan yang juga seorang penyokong tegar Pakatan Rakyat, khususnya PKR, akhirnya dikenakan tindakan yang jelas cubaan untuk menakut-nakutkan guru-guru KAFA yang lain agar tidak menuntut janji mahupun menyebabkan guru-guru KAFA lain sedar bahawa Kerajaan Pusat telah menambah peruntukan tetapi peruntukan tersebut telah digunakan dan diselewengkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Menariknya, tiada pula sebarang sungutan atau komplen dari mana-mana ahli guling atas jalanraya.

Adakah Disebabkan Tidak Diambil Sebagai Penasihat Media dan Perang Saraf, Maka Kadir Jasin Menyalak?

Kalau kita perhatikan trend sekarang ini, sama ada yang membela Najib mahupun yang menentang Najib, kebanyakan daripada mereka adalah golongan VETERAN, yang pernah berjaya dan mendapat projek-projek besar dari Kerajaan tetapi kemudian pegangan mereka dihentikan atau sebaliknya.

Lebih menarik lagi ialah apabila bekas PENJILAT TEGAR ANWAR IBRAHIM suatu masa dahulu, kini cuba memperlihatkan diri mereka sebagai penyokong kuat Najib Abdul Razak, tetapi pada masa yang sama, memperlihatkan perangai mereka yang tidak pernah berubah menerusi ancaman 'SAYA AKAN DEDAH' tetapi tidak pernah mendedahkan apa-apa pun!

Antara mereka yang cukup kuat menyalak sekarang ini adalah A.Kadir Jasin, bekas orang kuat NST yang setiap hari melakukan serangan ke atas Najib Abdul Razak dan kerajaan. Walaupun berpengalaman sebagai seorang wartawan, tetapi penggunaan 'sumber yang tidak boleh didedahkannya' ternyata memperlihatkan sosok yang jelek pada wartawan tua itu. Apatah lagi banyak juga maklumat yang kemudian disiarkannya, bukan sahaja tidak tepat, bahkan mempunyai niat jahat.

Terbaru ialah apabila Kadir Jasin mempertikaikan tentang para penasihat dan keberadaan pegawai-pegawai di sekeliling Najib terutama yang membabitkan Perhubungan Awam.

Serangannya ke atas Rizal Mansor dan Farid Ridzuan seperti ingin melepaskan dendam dan kemarahan kerana hajat tidak terkabul. Dia tidak mempertikaikan kerja-kerja yang mereka lakukan, tetapi sebaliknya mendedahkan apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai berkenaan kepada umum seolah-olah mahukan pihak lawan menggunakan peluang itu untuk menyanggah apa-apa sahaja yang bakal dilaksanakan bagi memudahkan Pakatan Rakyat mengambilalih Kerajaan Malaysia pada PRU-14 akan datang.

Kadir Jasin dalam entri terbarunya juga mempertikaikan tentang 'aset' dan 'tunai' yang diperjelaskan oleh Perdana Menteri. Sama seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli yang barangkali tidak memahami banyak istilah kewangan, pelaburan dan ekonomi seperti CASH AND EQUIVALENT CASH, wartawan tua itu sebenarnya dilihat lebih bertujuan untuk mencipta persepsi buruk di kalangan orang awam.

Dalam keadaan di mana 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA', pastinya ada sesuatu yang dimahukan oleh A.Kadir Jasin. Bohonglah kalau dikatakan semua 'tegurannya' itu bersifat membela negara dan mempertahankan kerajaan. Apatah lagi dengan menyerang Farid Ridzuan dan Rizal Mansor, dan terkini, Lim Kok Wing yang diangkat sebagai salah seorang penasihat berkenaan dengan perhubungan awam, pastinya Kadir Jasin sedang mengejar sesuatu yang semakin jauh daripada gapaiannya.

Adakah Rizal Mansor, Farid Ridzuan, Lim Kok Wing atau sesiapa sahaja, malah majalah MALAYSIAN BUSINESS, milik Kadir Jasin, merupakan ahli keluarga Najib sebagaimana yang didakwa oleh wartawan tua itu? 

Sudah menjadi kebiasaan di dalam UMNO dan mereka yang mendabik dada kononnya menyokong UMNO, apabila gagal meraih sesuatu dari UMNO dan Kerajaan, mereka akan bertindak seperti belukang makan tahi. Mereka akan menjadi penghasut, pengapi dan pengugut yang paling tegar. Kemudian apabila dipersoalkan, mereka akan memberi alasan, perbuatan mereka itu sebenarnya adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pendedahan Klip Video Muhyiddin Dalam Mesyuarat Tertutup Bukti UMNO Dipenuhi PARASIT!


Pelakunya telah dituding dan dinamakan. Malah gambar serta nama dan jawatannya juga telah disiarkan. Perkara yang sepatutnya hanya kekal dalam mesyuarat tertutup dan rahsia sesama sendiri, kini telah tersebar luas.

Lebih menarik ialah, video tersebut dimuatnaikkan sejurus sebelum Perdana Menteri membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 di Parlimen.

Dengan kata lain, pemuatan naik video tersebut memang ada motif dan motifnya adalah SABOTAJ selain melaga-lagakan kepimpinan negara bagi tujuan pihak tertentu.

Itulah masalah yang dihadapi pada setiap masa. Dan itulah juga masalah yang dihadapi pada setiap kali Pilihanraya Kecil.

Sabotaj!

Walaupun trend dan kemarahan pengundi kepada Pakatan Rakyat dapat dilihat dan dirasakan, tetapi dalam beberapa PRK, jelas, Pakatan tetap juga menang. Bukan kerana pertambahan undi untuk Pakatan tetapi kerana kekurangan undi ketara untuk calon-calon Barisan Nasional.

Contoh terbaik adalah Kajang dan Permatang Pauh apabila jumlah pengundi UMNO yang keluar mengundi sangat berkurangan dan masalah dikesan pada hari pertama berkempen lagi apabila ahli UMNO sendiri yang memberitahu tentang usaha-usaha mensabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam UMNO bagi tujuan mendapatkan sesuatu daripada kepimpinan atasan.

Kemelut yang melibatkan bekas Perdana Menteri dengan Perdana Menteri yang dimulakan oleh Pakatan Rakyat dan kegagalan Ahli Lembaga Pengarah serta CEO 1MDB memberikan jawapan serta menerangkan segala permasalahan yang dibangkitkan berkenaan 1MDB, menyebabkan ramai PARASIT di dalam UMNO melihat peluang mereka untuk menonjolkan diri.

Sama ada berlagak seperti Pro-Mahathir, Pro-Najib mahupun Pro-Muhyiddin, kesemua mereka ini mempunyai motif masing-masing. Kesemua motif mereka, walaupun cuba berselindung di sebalik perjuangan agama, bangsa dan negara serta menyelamatkan parti, sebenarnya hanyalah untuk menjaga tembolok dan perut masing-masing. Alasan-alasan retorik yang diberikan, sebenarnya sekadar untuk melindungi sikap tamak haloba masing-masing.

Apa yang dilakukan oleh tertuduh dalam kes klip video Muhyiddin Yassin itu sebenarnya adalah perkara yang akan terus berlaku dalam UMNO. Ia akan dilakukan dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi walaupun mereka juga sedar, masa untuk mereka sudah semakin santak dan mereka sedang meruntuhkan syurga mereka sendiri.

Masing-masing sudah tidak sabar-sabar untuk mendabik dada selain cuba menuntut bayaran daripada Pakatan yang akan naik menjadi Kerajaan kerana budi serta jasa besar mereka menghuru-harakan serta menjatuhkan UMNO.

DAP Sabah Tidak Setuju Barter Trade, Penyebab Pencerobohan Lanun Asing Dihapuskan

Wednesday 20 May 2015 | 5 comments

Agak menarik apabila Naib Pengerusi DAP Sabah, Chang Foong Hin yang juga merupakan ADUN Sri Tanjung menyatakan tidak bersetuju barter trade yang dijalankan secara bebas di beberapa kawasan perairan Sabah terutama di daerah Semporna dan Tawau dihapuskan.

Beberapa hari lepas Ketua Polis Negara mencadangkan agar sistem barter trade yang menjadi antara penyebab utama mudahnya sempadan negara dibolosi oleh lanun-lanun asing yang menjalankan aktiviti penculikan dan jenayah di Sabah, dihapuskan dan perairan Sabah diperketatkan kawalannya.

Barter trade hanyalah sebagai topeng kepada kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia yang berlaku di Sabah. Malah barter trade jugalah yang digunakan oleh para penculik serta penjenayah Filipina untuk masuk dan kemudian bermaharajalela di bumi Sabah.

Apabila Chang Foong Hin menyatakan barter trade tidak boleh dipersalahkan, sekaligus memberikan gambaran bahawa DAP tidak bersetuju sama sekali penghapusan sistem yang sangat menguntungkan golongan-golongan tertentu, khususnya mereka yang terlibat dalam penyeludupan dan pemerdagangan manusia, banyak perkara dan persoalan yang boleh ditimbulkan.

Adakah sebenarnya DAP Sabah dan Chang Foong Hin sedang berusaha melindungi pihak-pihak tertentu yang bergantung kepada pendapatan lumayan daripada penyeludupan dan pemerdagangan manusia?

Atau sebenarnya, DAP tidak mahu melihat keamanan Sabah dan kawalan ketat ke atas sempadan serta perairan negara kerana bimbang kehilangan modal untuk berhujah dan menyalahkan Kerajaan serta pihak berkuasa?

Adakah Chang Foong Hin bimbang sekiranya pusat-pusat urut haram dan pelacuran di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh golongan tertentu, bakal suram kerana pengharaman dan pemansuhan barter trade bermakna tiada lagi bekalan perempuan-perempuan baru?

Siapa sebenarnya yang cuba dilindungi oleh Chang Foong Hin kerana berdasarkan hujahnya yang cuba mengaitkan sosio budaya serta sejarah, dia terlupa bahawa Chang Foong Hin sendiri wujud di Sabah hasil daripada barter trade antara British dengan Kerajaan Sulu yang akhirnya menjadi duri dalam daging di Sabah yang tidak mahukan keamanan, malah ada di kalangan suku kaumnya yang mahu menyerahkan Sabah kepada pihak asing untuk dijajah tetapi berlagak seperti seorang hero!

DAP Nak Nafikan Apa Lagi... Memang Cubaan Hapuskan Melayu di Pulau Pinang, Terbukti Jelas!

Semasa Francis Light mendarat di Pulau Pinang pada tahun 1786, 12 orang Penghulu Melayu di pulau tersebut telah membenarkannya membina penempatan British yang pertama di situ. Mereka juga bersetuju untuk membekalkan makanan dan air bersih kepada privateer Syarikat Hindia Timur British yang sebenarnya adalah lanun.

Pulau Pinang sebenarnya merupakan salah sebuah daerah negeri Kedah. Status tersebut masih kekal sehingga ke hari ini. Untuk mengekalkan statusnya sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, Kedah telah dibayar pajakan setiap tahun namun nilai pajakan yang diberikan kepada Kedah, sangat kecil dan lebih bersifat menghina DYMM Sultan Kedah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya membayar RM10,000 setahun kepada Kerajaan Negeri Kedah mengikut nilai pajakan antara Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Lee Baronet dengan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah pada tahun 1800.

Banyak desakan dan cadangan telah dibuat agar bayaran pajakan tersebut dinaikkan, namun DAP yang mengambilalih pentadbiran Negeri Pulau Pinang dari GERAKAN pada tahun 2008 berulang kali menyatakan, Pulau Pinang tidak sepatutnya lagi membayar sebarang pajakan atau pampasan kepada Kedah kerana Pulau Pinang kini sudah 'merdeka' dari Kedah sekalipun surat-surat perjanjian yang ada menunjukkan Pulau Pinang hanyalah sebuah wilayah pajakan yang boleh diambil semula oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Status Pulau Pinang sebagai Negeri-Negeri Selat di bawah pentadbiran British, telah digunakan sebagai label kononnya Pulau Pinang adalah sebuah negeri Cina di Tanah Melayu, sama seperti yang dibuat di Singapura dan telah berjaya. Dengan kerjasama buku teks sejarah Kementerian Pelajaran, Pulau Pinang telah diperkenalkan sebagai dibuka oleh Francis Light pada tahun 1786, bukannya telah semulajadi dibuka dan mempunyai perkampungan serta penempatan orang Melayu semenjak berabad-abad sebelum Francis Light tahu jalan ke Pulau Pinang lagi.

Memandangkan puak-puak DAP bukannya peduli sangat dengan sejarah kecuali sejarah kedatangan orang Cina di Pulau Pinang yang diimport oleh British bagi mengukuhkan kedudukan mereka di pulau tersebut, banyaklah pembohongan dan penyelewengan fakta yang telah dibuat oleh DAP terutama sekali yang membabitkan PEMBERSIHAN PULAU PINANG daripada orang Melayu agar generasi-generasi akan datang percaya bahawa orang Melayu memang tidak pernah menduduki Pulau Pinang berdasarkan penggubahan demografi negeri itu sekarang.

Tindakan DAP menukarkan nama beberapa batang jalan kepada para pemimpin DAP, adalah salah satu daripada objektif tersebut. Walaupun baru 2 penggal memerintah Pulau Pinang, DAP telah menukarkan nama beberapa batang jalan di negeri tersebut. Sebelum ini, Lebuh Sungai Pinang 4 sepanjang 290 meter telah dinamakan sebagai Persiaran Karpal Singh 1 manakala Lebuh Sungai Pinang 5 sepanjang 510 meter diberi nama Persiaran Karpal Singh 2. Medan siar kaki pada sebahagian tepi pantai Jelutong dari Sungai Pinang ke Lebuh Sungai Pinang 1 sepanjang 1.55 km dikenali sebagai Persiaran Karpal Singh.

Terbaru, sebatang lagi jalan di Pulau Pinang yang terletak di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, telah dinamakan seempana seorang lagi pemimpin DAP, Chian Heng Kai, mantan Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Siapa Chian Heng Kai selain daripada menjadi pemimpin DAP dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam? Apa jasa besarnya di Bukit Mertajam sehingga namanya diabadikan kepada sebatang jalan? Apa jasa Chian Heng Kai berbanding nama beberapa orang pemimpin Melayu DAP seperti Ahmad Nor untuk diingati?

Semakin terbukti dan semakin jelas apa sebenarnya yang sedang cuba digapai oleh DAP. Maka bayangkanlah kalau mereka memerintah negara ini....

DAP dan amalan sistem apartheid Afrika Selatan yang telah dimansuhkan, saling tidak ubah dan tidak tumpah. Dicampur pula dengan sistem Zionis yang membawa masuk kaum sejenis mereka untuk membuktikan demografi mereka melebihi penduduk asal... itu yang sedang dilakukan di Pulau Pinang.





KEDAH Juga Perlukan Pasukan Seperti ESSCOM Untuk Kawal Perairan Daripada Dicerobohi Pendatang Asing

Tuesday 19 May 2015 | 0 comments


Kedah sebenarnya mempunyai perairan yang jauh lebih luas dan terbuka berbanding Sabah. Dengan Laut Andaman, Lautan Hindi dan Selat Melaka, selain laluan darat, Kedah sebenarnya amat terdedah kepada pencerobohan pihak asing, sekalipun sehinggakini belum ada lagi berita penculikan yang melibatkan warga asing di negeri itu.

Justeru, Kerajaan Persekutuan diminta mengkaji semula penempatan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di pulau Langkawi bagi membolehkan usaha mencegah aktiviti penyeludupan termasuk pelarian Rohingya dari Myanmar lebih berkesan.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata ia berikutan ketiadaan pos-pos kawalan di kawasan perairan Langkawi yang berhadapan dengan Thailand.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat berkata kawasan itu di utara pulau Langkawi terletak paling hampir dengan perairan Laut Andaman dan deretan kepulauan milik Thailand.

"Ayer Hangat dan Thailand hanya mengambil masa 10 minit sahaja, sedangkan pos kawalan Polis Marin dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) terletak di Kuah atau 40 minit menaiki bot daripada Ayer Hangat.

"Ini adalah perkara yang kurang bijak kerana penyeludup daripada Thailand hanya mengambil 10 minit untuk ke Ayer Hangat sedangkan bot ronda kita dari Kuah memerlukan 40 minit untuk sampai," kata Mohd Rawi kepada pemberita di sini.

Susulan insiden pencerobohan 1,158 pelarian Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar di Langkawi Ahad Lepas, beliau berkata kawalan keselamatan di pulau peranginan itu perlu ditingkatkan dengan segera.

Deretan pulau-pulau Thailand yang terletak hanya 10 minit dari Ayer Hangat seperti Satun, Tarutao dan Kuala Bara sememangnya diketahui lokasi kegemaran bagi sindiket penyeludupan.

"Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan pos-pos kawalan di kawasan Ayer Hangat yang berhadapan dengan Thailand untuk mencegah aktiviti penyeludupan termasuk dadah, barangan dan terkini, manusia," katanya.

Mohd Rawi mendakwa cadangan mewujudkan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di Ayer Hangat telah dikemukakan hampir 20 tahun lepas.

Menurutnya beliau akan mengemukakan saranan itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

APMM adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Berbanding dengan Kuah, kedudukan Ayer Hangat adalah lebih strategik untuk menempatkan pos-pos kawalan keselamatan agensi penguatkuasaan negara kerana ia terletak paling hampir dengan perairan dan kepulauan Thailand, katanya.

Mohd Rawi berkata bukan sahaja Kuah terletak kira-kira 40 minit daripada Ayer Hangat, malah kedudukannya juga berhadapan dengan Kuala Kedah, Kuala Perlis serta Pulau Pinang.

"Berikutan kedudukannya yang berhadapan dengan Satun dan perairan Thailand, Ayer Hangat adalah lebih strategik untuk penempatan pos-pos kawalan bot ronda agensi penguatkuasaan negara,"katanya.

-- BERNAMA

Lim Guan Eng Takut Nak Berdebat, Tapi Cuba Jadi Batu Api Desak Najib Berdebat Dengan Mahathir

Perkara yang paling ditakuti oleh Lim Guan Eng ialah apabila penyelewengan dan salahguna kuasanya diperkatakan. Dia tidak sahaja akan melihat dari sudut undang-undang untuk menyaman, tetapi acapkali juga memilih untuk mendiamkan diri dengan harapan ia tidak akan disebut dan diulang-ulang.

Ketika bercakap dengan gah tentang Kabinet Bayangan DAP yang kononnya akan memberikan kebebasan bersuara sama ada di dalam atau di luar Parlimen, bahkan akan menyuburkan budaya perdebatan, apabila terkena ke batang hidungnya sendiri, Lim Guan Eng cepat-cepat menepis kepada orang lain.

Orang lain dalam kes ini adalah Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO.

Dalam satu kenyataan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyatakan, Lim Guan Eng yang menyuburkan budaya antagonisme dan rasisme sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana pentadbirannya bukan sahaja menyekat pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang, bahkan berusaha menghalang pelaburan luar dari masuk ke Malaysia.

DAP bagaimanapun, membidas Tun Mahathir dengan menyatakan, Tun Mahathir enggan menerima hakikat yang Pulau Pinang sekarang jauh lebih bersih berbanding semasa di bawah pentadbiran GERAKAN walaupun hakikatnya, kekotoran Pulau Pinang dengan saliran yang tidak sempurna dan tersumbat boleh dilihat merata-rata, termasuklah menjadi salah satu punca banjir kilat di seluruh Pulau Pinang.

Sebelum ini, DAP bertepuk tangan kerana serangan yang dilancarkan oleh Tun Mahathir ke atas Najib Abdul Razak. Mereka terutama sekali menerusi Tony Pua cuba menjadi batu api untuk menggalakkan lebih konflik antara kedua-dua pemimpin UMNO tersebut. Sehinggalah Tun Mahathir mencabar Najib untuk berdebat, DAP bertambah seronok kerana melihat Najib akan semakin tersepit dan tertekan.

Namun, pada masa yang sama, Lim Guan Eng apabila diminta untuk berdebat dengan Tun Dr. Mahathir, segera menolak sebaliknya mencadangkan agar Najib menyambut cabaran tersebut. Lim Guan Eng membuat gesaan tersebut dalam satu sidang media hari ini. Katanya lagi, selain daripada menjawab semua soalan-soalan Tun Mahathir menerusi blog, Najib seharusnya menjawab cabaran debat itu dan menyelesaikan semua isu yang ditimbulkan.

Bagaimanapun, ketika ditanya reaksinya berhubung kritikan Mahathir yang dia juga seperti Najib perlu berundur, Lim Guan Eng dengan segera memberitahu, dia tidak berminat untuk terlibat dalam kemelut Mahathir-Najib, sebaliknya menyarankan agar mereka terus bergaduh sesama sendiri.

Lim Guan Eng menafikan semua kritikan Mahathir ke atasnya, sebaliknya dia menyalahkan Najib dan menyatakan, Najib yang perlu berdebat dengan bekas Perdana Menteri Malaysia itu, bukannya dia.

Menariknya dalam perseteruan antara Mahathir-Najib, dia sibuk nak tengok kedua-duanya terus bergasak, tetapi dalam hal PAS, lain pula cakapnya.


Hanya SEORANG MELAYU Dalam Kabinet Bayangan DAP... Itulah Nilai Melayu Di Mata DAP!

DAP sedikit pun tidak hairan dengan kecaman orang ramai apabila sepucuk surat yang mendedahkan bagaimana RUMAH MAMPU MILIK Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya untuk seorang Melayu berbanding 52 Cina. Dan harga RUMAH MAMPU MILIK tersebut sebenarnya hanyalah MAMPU TENGOK memandangkan harganya melebihi RM300,000.

Barangkali sudah terlalu yakin yang DAP akan menguasai pentadbiran Malaysia pada PRU14 akan datang menerusi persekutuan dengan PKR dan PAS, hari ini, DAP mengeluarkan Kabinet Bayangannya sendiri, sekaligus menyanggah kabinet bayangan yang diutarakan oleh Wan Azizah Wan Ismail sehari sebelumnya. Dan tepatlah sebagaimana yang dinyatakan, DAP adalah Cina Chauvinist memandangkan hampir kesemua portfolio penting didominasi oleh Cina kecuali seorang Melayu dan tiga India.

Hari ini, DAP mengumumkan nama-nama Ahli Parlimennya yang menjadi sebahagian daripada Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat. Pengumuman tersebut adalah seiring dengan pengumuman Ketua Pembangkang Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan, Kabinet Bayangan Pakatan akan mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari setiap parti komponen bagi memenuhi setiap portfolio.

Senarai DAP itu mengandungi 18 portfolio dalam bidang penting kerajaan. Terdapat sekurang-kurangnya seorang timbalan bagi setiap menteri kecuali untuk menteri bagi hal ehwal Sabah dan hal ehwal Sarawak.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media.

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan usaha-usaha komprehensif DAP untuk membebaskan polisi selain perbahasan politik, sama ada di dalam mahupun di luar Parlimen. Menurutnya lagi, mereka mengambil pendekatan pragmatik dan bertanggungjawab untuk membahagi-bahagikan tanggungjawab di kalangan Ahli-Ahli Parlimen DAP. Tujuannya adalah untuk membina sebuah pasukan yang teguh yang menggalakkan penyertaan oleh setiap Ahli Parlimen dan menggalakkan kerjasama antara portfolio yang berlainan.

Senarai dari DAP adalah seperti di bawah:


PEGAWAI ATASAN TIDAK SENANG DENGAN PERANG YAGN DIISTYIHARKAN KETUA BALAI MENGLEMBU KE ATAS AH LONG TETAPI ORANGRAMAI MENYOKONGNYA



Sebuah klip video yang memaparkan seorang pegawai polis mengugut dan menyelar ceti-ceti haram, menjadi viral di media sosial. Ketua Polis Balai Menghlembu, ASP Chen Ah Kooy yang lengkap berpakaian seragam dan bercermin mata hitam, 'menyerang' ceti-ceti haram atau Ah Long dalam klip video berdurasi 41 saat. Malahan, pegawai polis berkenaan turut mengancam ceti-ceti haram itu sekiranya mereka memasuki kawasannya dan berdegil untuk memasang iklan mereka.

"Sekiranya 10 orang Ah Long datang ke kawasan saya, saya akan bunuh kesemua mereka. Kalau anda tidak cukup berani atau gembira, hubungi peguam anda dan jumpa saya. Jangan kacau kawasan saya. Jangan pasang iklan-iklan seperti ini."

"Saya tidak mahu mengunakan wang Ah Long. Saya tidak mahu DAP dan MCA komplen tentang ini. Datang dan jumpa. Kita 'check how' (berlawan satu sama satu). Kita lawan. Anda ada pistol, keluarkan. Saya tahu, anda membelinya dari Thailand," kata Chen, sambil memaki hamun merkea.

Seorang lelaki tidak dikenali juga dilihat di dalam klip video tersebut sedang memegang sebuah pemidang yang mengiklankan perkidmatan pinjaman haram. Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, OCPD Ipoh, Asst Comm Sum Chang Keong mengesahkan bahawa Chen adalah Ketua Balai Polis Menglembu.

Menurut Sum, walaupun niat Chen adalah baik, tindakannya tidak profesional dan kenyataannya yang dikeluarkannya tidak sesuai.

Terda[pat sekurang-kurangnya 14 kes membabitkan perkhidmatan pemberi pinjaman haram di Ipoh semenjak Januari lalu. Lima daripada kes tersebut berlaku di Menglembu.

Sebuah lagi akhbar harian berbahasa Cina melaporkan, mereka telah menghubungi nombor yang tertera pada pemidang di dalam klip video tersebut dan orang yang menjawab panggilan mengesahkan, lelaki yang tidak dikenali di dalam klip video berkenaan adalah salah seorang pekerjanya. Menurutnya, pekerjanya telah ditahan oleh polis ketika sedang menggantung pemidang iklan itu.

Lelaki berkenaan bagaimanapun, telah dibebaskan.

Walaupun sebilangan pihak berpendapat, tindakan ASP Chen Ah Koyy sebagai agak keterlaluan, namun rata-rata orang awam yang menonton klip video tersebut memuji-muji keberanian ASP Chen Ah Koyy malah disokong ramai.

Dua Ahli Parlimen DAP Sibuk Melawat Pusat Tahanan Belantik Untuk Jumpa PATI Rohingya Tapi Tak Setuju Pulau Jerejak Dijadikan Pusat Tahanan PATI

Saturday 16 May 2015 | 11 comments


Suatu ketika dahulu, Pulau Jerejak, Pulau Pinang cukup terkenal sebagai pusat tahanan. Bagaimanapun, akhirnya pusat tahanan di pulau tersebut telah ditutup bagi memberi laluan pembangunan dan pembinaan resort mewah.

Namun, rancangan membangunkan pulau tersebut terbantut di bawah pentadbiran Guan Eng. Sebaliknya pentadbiran Guan Eng dan DAP telah mengubah nama Pulau Jerejak menjadi Pulau Mazu atau Pulau Tokong. Perubahan nama pulau tersebut langsung tidak diwartakan seolah-olah Pulau Jerejak tidak berada dalam wilayah Negeri-Negeri Melayu atau lebih tepat lagi di dalam wilayah Malaysia sebaliknya berada secara total di bawah kekuasaan DAP dan Tokong Cina.

Isu pendatang haram Rohingya dan Bangladesh yang cuba masuk ke Indonesia dan Thailand tetapi telah dihalau oleh kedua-dua pemerintah negara terbabit, sedang hangat diperkatakan. Kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh ekstremis Buddha Myanmar yang rakus membunuh kaum Rohingya beragama Islam, membolehkan DAP dan konco-konco mereka berlagak sebagai hero penyelamat.

Difahamkan dua orang Ahli Parlimen DAP - Bukit Mertajam dan Bukit Bendera - bersama-sama wakil daripada beberapa NGO pro-DAP dan luar negara, cuba untuk memasuki Depot Tahanan di Belantik, Langkawi.

Sebelum itu, Dyana Sofya cuba mengajar Malaysia yang disifatkannya tidak berperi kemanusiaan kerana menganggap pelarian tersebut sebagai pendatang haram. Malah dia turut membidas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku jaafar yang menggelarkan kumpulan pelarian Myanmar dan Bangladesh tersebut sebaga pendatang tanpa izin dan mahu Malaysia berhenti daripada menjadi tuan rumah kepada mereka.

Selain daripada kekejaman dan kezaliman ekstremis Buddha, rakyat Rohingya dan Bangladesh juga sebenarnya terlibat dalam pemerdagangan manusia. Malaysia seringkali menjadi hub dan pusat pemerdagangan manusia oleh sindiket-sindiket berkenaan. Malahan dalam beberapa laporan, ada golongan yang mempunyai kaitan dengan parti-parti politik tertentu di Malaysia, mempunyai saham besar dalam pemerdagangan manusia.

Disebabkan itulah, mereka amat menentang pendaftaran secara biometrik melibatkan pendatang serta pekerja asing. Malahan usaha untuk mengekang kemasukan pendatang asing juga sangat ditentang dengan alasan-alasan kemanusiaan selain menggunakan alasan yang paling popular, kekurangan tenaga kerja.


Dyana Sofya cuba mengajar Kerajaan Malaysia agar lebih peka dengan isu kemanusiaan, malangnya pada masa yang sama, tidak pula mengusulkan agar suatu tempat dikhaskan untuk pelarian tersebut yang sebahagian besarnya adalah pelarian ekonomi sepertimana yang diamalkan oleh negara-negara di seluruh dunia.

Pulau Jerejak dilihat sebagai lokasi paling sesuai untuk menempatkan pendatang atau pelarian Rakhine itu, memandangkan ia pernah dijadikan pusat tahanan. Malaysia pernah menempatkan pelarian-pelarian dari Vietnam pada pertengahan 1970-an di Pulau Bidung dan kemudian memindahkan mereka ke Sungai Besi dalam kawasan yang dikawal dan berpagar.

Memandangkan DAP sedang cuba menjadi juara kemanusiaan walaupun pada masa yang sama, layanan mereka kepada rakyat Pulau Pinang amat tidak berperi kemanusiaan, mungkin ada baiknya Dyana Sofya, Ong Kian Min mahupun Lim Guan Eng sendiri menawarkan lokasi di Pulau Pinang untuk tujuan tersebut. Pastinya Kerajaan Malaysia akan sanggup dan mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Apatah lagi kuasa membabitkan tanah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri!

Atau DAP setakat mahu berlakon dan dianggap sebagai hero, tetapi ianya sekadar dilihat sahaja tetapi enggan bertanggungjawab?

Secara RASMI, TUN DR. MAHATHIR Isytihar Tidak Sokong Pentadbiran Najib Abdul Razak Lagi!


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan dirinya tidak memberi sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Bicara Negara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Ipoh petang ini.

Ujarnya, beliau telah menulis dan menghantar sepucuk surat memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi sokongan kepada pemimpin tersebut.

“Dia simpan surat itu dan tidak memberitahu.. tetapi menyuruh orang cakap kepada saya.. tarik lah surat itu, saya tak boleh tarik kerana tiada kesan,”.

“Orang ini tidak patut lagi menjadi Perdana Menteri, lama baru boleh saya sampai ke tahap itu ..saya marah kepada dia nasihat macam-macam tak jadi,” katanya.

Katanya beliau turut membuat perhintungan dan berpendapat bahawa UMNO akan berhadapan dengan kekalahan dalam pilihanraya ke-14 adalah berasas berdasarkan kajian yang telah dilakukannya begitu lama.

“Empat tahun Saya telah buat kajian tentang prestasi Najib apabila berlaku dalam pilihanraya-13 dia akhirnya gagal mendapat sokongan lebih daripada Pak Lah.. saya fikir kalau dia pimpin UMNO dalam pilihanraya ke-14 kita akan kalah.

“Orang Melayu sudah tidak sokong dah.. dia telah jadikan UMNO satu organisasi yang buruk yang orang tak suka ..banyak orang muda yang tak nak jadi ahli UMNO,” katanya.

Jelasnya lagi, UMNO dahulunya merupakan satu badan yang berjuang memerdekakan negara ini dan tampil berjuang menentang Malayan Union serta turut berjuang membangunkan negara selama 60 tahun.

“UMNO lah menerajui negara ini dengan jayanya tetapi saya dapati orang UMNO pun tak sokong dan kita tak boleh fikir kita akan menang hanya kerana undi orang UMNO sahaja,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, UMNO masih memerlukan sokongan daripada bukan ahlinya dan juga pengundi Cina dan India.

“Dia tidak boleh baca perasaan rakyat kerana dia tidak berdamping seperti bapanya dulu pergi ke kampung-kampung,”.

“Saya telah buat perhitungan bahawa saya berpendapat bahawa Najib tidak boleh menang dalam pilihanraya ke-14, ini bukan bersifat peribadi saya membuat perkiraan demi kepentingan parti, bangsa, agama dan negara,” katanya.

“Tidak boleh membiarkan sokongan kepada individu satu sahaja dan menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara”.katanya tegas.

Beliau juga menyatakan pendiriannya untuk tidak merelakan UMNO terkubur begitu sahaja biarpun merasakan ada segelintir pihak tampil memarahinya diatas tindakan dan pendiriannya tidak menyokong pemimpin nombor satu itu.

“Kalau Najib pimpin dan kalah saya fikir UMNO akan lenyap.. ini satu badan bertuah berjuang begitu lama yang didirikan bersama Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, anak sendiri yang bagi hancur UMNO,” katanya. - PerakToday

Tun Mahathir Dedahkan, SPEAKER DEWAN RAKYAT Sudah Pun Letak Jawatan!

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Speaker sudah berhenti. Sekarang timbalan ambil alih," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini. – 16 Mei, 2015. (SUMBER)

Pakatan Tuduh Kerajaan BN Mahu Kenakan Tol Ke Atas Penunggang Motosikal, Hansard Parlimen Pula Buktikan, Pakatan Yang Cadangkannya!

Tiba-tiba tersebar berita palsu kononnya Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara.Malah berita lama dan basi yang pernah di siarkan akhbar berbahasa Cina turut disebarkan dan Pengarang Nanyang,Foo Tick Fat,sendiri mengakui ia berita lama.

Berita palsu yang tersebar di media sosial itu juga jelas berniat jahat apabila turut memetik Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.Apa yang disebarkan di media sosial termasuk dalam bentuk infografik itu sebenarnya adalah dakyah palsu pembangkang yang cuba memburukkan kerajaan dan pemimpin BN.

Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mencadangkan Tol dikenakan terhadap penunggang motosikal ialah pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Hajah Fuziah binti Salleh.Laporan yang disebar semula di laman sosial adalah berita lama yang dikitar semula dan ia tidak betul sama sekali.

Semak hansard Parlimen bertarikh 12 November 2013 untuk mendapat berita yang sahih dan tepat Petikan hansard antara lain adalah seperti berikut ;

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] : minta Menteri Kerja Raya menyatakan sebab sebab motosikal berkuasa tinggi tidak perlu membayar tol walaupun mempunyai CC yang besar dan ada kalanya setaraf dengan sebuah kereta. Menteri Kerja Raya

[Datuk Haji Fadillah bin Yusof] : Bismillahi Rahmani Rahim.Tuan Yang di-Pertua,terima kasih Yang Berhormat Kuantan.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,berkenan dengan tol di lebuh raya negara ini ditentukan mengikut kapasiti enjin atau CC kenderaan tetapi sebaliknya ia dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan itu.Sehubungan itu motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar ataupun dua roda iaitu motosikal yang dikecualikan daripada kutipan tol.Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Link Kedua Malaysia–Singapura iaitu di Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana motosikal turut dikenakan tol.Penetapan tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] : Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua,aduan ini banyak datang daripada pengguna-pengguna jalan raya yang merasakan ketidakadilan di dalam hal ini.Ini kerana kalau kita tengok kereta kancil,mereka bayar tol dan orang yang pakai kereta kancil ialah orang yang tidak ada kemampuan untuk beli kereta mewah berbanding dengan orang yang beli motosikal besar.Motosikal besar ini ada yang lebih mahal daripada kereta kancil.Jadi persoalan saya,sepatutnya memang kita tidak bayar tol semuanya.Kalau ikut Pakatan Rakyat semua tidak payah bayar tol.Akan tetapi adakah usaha daripada pihak kementerian untuk mengkaji semula dan untuk melihat dan meneliti supaya berlaku keadilan dalam isu ini dan tidak berlaku zalim kepada pengguna-pengguna jalan raya seperti yang bawa kereta kancil ini berbanding dengan motosikal besar? Terima kasih.



Menteri Kerja Raya [Datuk Haji Fadillah bin Yusof] : Bismillahi Rahmani Rahim.Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,berkenaan dengan tol di lebuh raya negara ini ditentukan mengikut kapasiti enjin ataupun CC kenderaan tetapi sebaliknya ia dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan itu.Sehubungan itu motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar ataupun dua roda iaitu motosikal yang dikecualikan daripada kutipan tol.Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Link Kedua Malaysia–Singapura iaitu di Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana motosikal turut dikenakan tol. Penetapan tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.Terima kasih.

Untuk hansard penuh boleh semak di laman web Parlimen Malaysia.Jika di semak kandungan hansard orang yang beria-ia mahu Tol dikenakan terhadap penunggang motosikal adalah pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Kuantan,bukan pemimpin BN.Justeru orang ramai tidak seharusnya cepat terpedaya,sebaliknya semak kesahihan berita yang disebarkan terlebih dahulu.

EKORAN AHLI PARLIMEN PKR MIRI DIPUKUL KAYU BESBOL... PKR TUDUH MASALAH POLITIK, SAKSI KATA ISU HARGA PENGGUGURAN ANAK

Semalam, Ahli Parlimen Miri yang seringkali dituduh melakukan pengguguran haram di kliniknya di Miri, mengalami kecederaan pada bahagian belakang leher akibat dipukul dengan kayu besbol pada jam 8:15 pagi. 

Menariknya PKR dalam cubaan untuk mengaburi hakikat sebenar, menyalahkan Barisan Nasional. Kononnya, dia telah diserang kerana tidak puas hati berhubung masalah politik.

Namun daripada maklumat yang diperolehi, lain pula cerita yang sampai.

Seorang saksi memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara Dr. Michael Teo Yu Keng dengan seorang lelaki berhubung harga pengguguran yang dikenakan. Beberapa orang pelanggan yang datang ke klinik tersebut juga telah memaki dan membuat ugutan sebelum beredar dari klinik. 

Klinik yang terletak di Jalan Sri Dagang itu sebelum ini, sudah lama didakwa sebagai tempat pengguguran haram pada kos yang dianggap rendah.

Beberapa kejadian sebelum ini melibatkan Dr. Michael Teo Yu Keng dan pengguguran haram, telah didedahkan oleh pelbagai pihak. Namun sehingga kini, kliniknya tetap beroperasi seperti biasa dan Dr. Michael Teo Yu Keng pula masih menjadi pengamal perubatan, bahkan pada PRU-13 lalu, dia tetap juga menjadi Ahli Parlimen Miri.



Doktor tersebut walaubagaimanapun dilaporkan dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Besar Miri.

Apa sebenar yang berlaku? Adakah benar seperti didakwa PKR bahawa kejadian tersebut berpunca daripada masalah politik atau sebenarnya seperti yang didakwa oleh saksi, Michael Teo Yu Keng diserang dari arah belakang sehingga patah tulang tengkuk kerana harga pengguguran yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelanggannya?

Atau semua ini hanyalah satu drama memandangkan tiada sesiapa pun yang dapat mengecam orang yang telah menyerang Michael Teo walaupun pihaknya mendakwa, penyerangnya seorang lelaki, melarikan diri dengan sebuah kereta dan berlalu laju sehingga tiada sesiapa pun yang sempat menyalin atau cam nombor pendaftaran kereta yang digunakan oleh penyerang?


PENYOKONG PKR SIFATKAN MUKA PRESIDEN PAS DITAMPAL KULIT BABI

Friday 15 May 2015 | 0 comments


Walau apa pun hakikat penghinaan yang dilemparkan kepada PAS oleh para penyokong PKR, namun PAS tetap mengarahkan para penyokongnya agar terus bersetia dan memberikan sokongan kepada PKR. Dan ini telah terbukti menerusi kemenangan selesa Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Malah sekalipun Wan Azizah menang di Permatang Pauh dengan sokongan daripada ahli-ahli PAS Permatang Pauh, Presiden PKR itu secara simboliknya meneruskan penghinaan ke atas PAS dengan membuat kenduri doa selamat dan kesyukuran di Istana Bukit Segambut yang letaknya lebih 400 kilometer dari Permatang Pauh.

DAP Selangor menerusi Teng Chang Kim pula membalas kemarahan PAS Kelantan ke atas sikap biadap Lim Kit Siang yang dijemput PASMA untuk berucap dan menghina hudud di Kota Bharu beberapa hari lepas, dengan menghalau PAS keluar dari Selangor.

Katanya, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di Selangor kerana tindakan tersebut dianggap tidak menghormati pendirian tuan rumah iaitu Selangor.

Walaupun kedudukan penting DAP di dalam pentadbiran negeri Selangor sebenarnya adalah sumbangan PAS, memandangkan kemenangan DAP untuk 15 kerusi DUN sahaja tidak mencukupi bagi pembentukan sebuah negeri, namun DAP yang sangat tahu tentang keperluan PAS ke atas mereka, secara terang-terang menghina PAS.

Barangkali tepatlah perumpaaan yang diberikan oleh penyokong tegar PKR itu kepada Presiden PAS kerana walau apa pun yang telah dibuat oleh DAP dan PKR ke atas PAS, PAS dan presidennya tetap juga terhegeh-hegeh menagih kasih sayang serta simpati daripada kedua-dua parti tersebut.

Anehnya, untuk mendapatkan sokongan bagi hudud, PAS pandai pula memujuk UMNO yang amat dimusuhinya, malah pernah dikafirkannya!

BUKTI WUJUDNYA MUSANG BERBULU AYAM DAN GUNTING DALAM LIPATAN DI PEJABAT PERDANA MENTERI SENDIRI

Seringkali kali ramai yang menyatakan kehairanan bagaimana pihak Pakatan boleh tahu terlalu banyak perkara rahsia membabitkan dasar-dasar kerajaan yang kemudiannya dipolitikkan oleh Pakatan terutama sekali oleh Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli.

Isu kebankrapan ADUN Lenggeng tidaklah begitu menggemparkan kerana sejurus selepas memenangi kerusi DUN Lenggeng pada PRU-13 lalu, pihak lawan telah pun menemui kaedah untuk merampas kerusi tersebut menerusi ketidakabsahan kedudukannya selaku ADUN.

Yang menimbulkan kehairanan ialah bagaimana surat dari Pejabat Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Dato' Shahlan Ismail yang merupakan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik boleh terdedah?

Kalau surat daripada Pengarah Bahagian Perancangan Strategik pun tidak lagi strategik dan rahsia, bermakna surat-surat lain mahupun dokumen-dokumen lain dari Pejabat Perdana Menteri, tidaklah sukar diperolehi kerana terdapat ramai pengkhianat yang tidak sabar-sabar mahu membocorkan segala rahsia kepada awam.

Pastinya, penyiaran gambar surat daripada Sahlan Ismail yang diperolehi dari WhatsApp dan Facebook itu bakal digunakan untuk memutarbelitkan dan melakukan pembohongan seperti mana yang dibuat sebelum ini. Malah tidak mustahil juga sekiranya Pakatan Rakyat cuba menggambarkan Pejabat Perdana Menteri sedang cuba merasuah pihak yang memufliskan ADUN Lenggeng menerusi 'penyelesaian luar mahkamah', sekaligus memastikan kerusi DUN Lenggeng kekal di tangan UMNO-BN.

BARTER TRADE DAN KELONGGARAN UNDANG-UNDANG, MENYAKSIKAN SATU LAGI KES PENCULIKAN BERLAKU DI SABAH


Sekali lagi, sistem BARTER-TRADE dan undang-undang pencegahan awal telah dihapuskan, membuktikan gejala warga asing menyeberang masuk ke wilayah Malaysia dan melakukan jenayah terus menjadi-jadi. 

Satu lagi kes serangan, rompakan dan penculikan telah berlaku di Sabah meskipun ESSCOM dan beberapa agensi keselamatan lain dikatakan ketat mengawal perairan Sabah. Kaum peguam yang merupakan ahli Majlis Peguam dan puak Pakatan Rakyat yang cukup kuat menentang undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, langsung tidak bersuara sebaliknya cuba menyalahkan pihak keselamatan berhubung kes baru ini. 

Antara kepincangan dalam kelonggaran undang-undang kawalan selepas Akta ISA dihapuskan ialah, sesuatu kejadian jenayah tersebut perlu terlebih dahulu terjadi kerana selagi tidak berlaku kejadian tersebut, pihak keselamatan tidak boleh menangkap atau menahan suspek kerana dianggap tidak ada bukti. Bila tidak ada bukti, maka tidak boleh menangkap atau menahan atau mencegah. 


Barter trade yang telah dijalankan secara tradisi di wilayah yang bersempadan dengan selatan Filipina juga, turut memberikan kebebasan kepada penjenayah dan lanun warga Filipina untuk menjarah serta menceroboh wilayah serta keselamatan Malaysia. 

Sudah banyak cadangan agar perniagaan barter trade dihentikan dan secara tidak langsung, pemberhentian tersebut akan turut menyekat kemasukan secara bebas lanun dan penjenayah yang menyamar sebagai pedagang barter trade. Namun disebabkan sikap tamak dan kabur mata untuk untung cepat, banyak pula pihak yang tidak bersetuju barter trade dihentikan. Alasan yang diberikan adalah menjana ekonomi. 


Menariknya, menjana ekonomi yang dimaksudkan adalah BALIK-BALIK KENA CULIK dan PELANCONG SEMAKIN TAKUT untuk melancong di kawasan terbabit. Harga tebusan pula bukannya semakin lama semakin kecil bahkan semakin tinggi. 

Cadangan pemberhentian amalan barter trade dilihat sebagai merugikan beberapa pihak kerana komisyen yang menjadi punca kemewahan mereka, turut berhenti. 

Dalam kejadian terbaru, iaitu berlaku pada jam lebih kurang 7:50 malam di Restoran Ocean King, sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina yang datang dengan menaiki bot, telah merompak dan menculik seorang lelaki dan seorang wanita. 


Thien Nyuk Fun, wanita berusia 48 tahun dan pelancong dari Sarawak berumur 50 tahun dilarikan sekumpulan empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan M16 dengan dua lagi suspek menunggu di bot.
Ketika kejadian, wanita yang juga adik ipar kepada pemilik restoran berkenaan berada di kaunter, manakala lelaki terbabit berada di meja makan bersama isteri dan seorang rakan.

Difahamkan, kumpulan bersenjata terbabit muncul secara tiba-tiba dari arah laut dan hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk melarikan kedua-dua mangsa dengan sebuah bot laju.

Mereka kemudian dilihat melarikan diri ke arah perairan antarabangsa, dipercayai menghala ke negara jiran.

Pengurus restoran, Chung Yun Thiam, 60, berkata ketika kejadian ada kira-kira 80 pelanggan sedang menikmati makan malam sebelum tiba-tiba muncul empat lelaki bersenjata terbabit.

Katanya, semua lelaki terbabit memakai pakaian celoreng tetapi tidak bertopeng dengan seorang daripadanya membawa senapang jenis M16 dan peluru disangkut pada badannya.

"Menyedari kehadiran empat lelaki bersenjata itu, semua pelanggan lari untuk menyelamatkan diri, namun mangsa wanita dan lelaki berkenaan tidak sempat lari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seperti biasa, apabila berlaku kejadian berulang seperti itu, Pesuruhjaya Polis Sabah sekadar menyatakan, pihaknya masih menyiasat dan mengkaji fakta kejadian. Yang pasti, ESSCOM dan PDRM sekali lagi akan menjadi mangsa belasahan dan kemarahan ramai berhubung peristiwa penculikan berulang di Sabah membabitkan lanun-lanun dari Selatan Filipina.


MEMALUKAN!!! Jabatan Imigresen Enggan Uruskan PATI Yang Ditangkap Oleh PDRM Dengan Alasan Paling Bodoh!

Thursday 28 May 2015 · 27 comments


Antara agensi penting yang memastikan keselamatan serta pembendungan jenayah yang dilakukan oleh warga asing adalah Imigresen. Imigresen merupakan pihak yang berada di setiap pintu masuk negara ini, mendokumentasi, mempunyai kuasa untuk membenarkan atau menghalang mana-mana orang asing daripada memasuki negara ini. Malah Imigresen juga memastikan warga asing di dalam negara ini, mempunyai dokumen pengenalan diri dan patuh kepada undang-undang di negara ini.

Bagaimanapun, dalam satu pendedahan, dilihat tiada kesungguhan daripada salah satu Jabatan Imigresen di negara ini untuk membendung PATI atau Pendatang Tanpa Izin.

Ianya berlaku di Sabah!



Berdasarkan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sabah sendiri, ternyata jumlah tangkapan ke atas PATI yang dibuat oleh Imigresen, terlalu kecil jikalau dibandingkan dengan tangkapan PATI oleh PDRM di Sabah sahaja.

Lebih malang lagi ialah apabila jabatan berkenaan seperti tidak mengiktiraf usaha yang dilakukan oleh PDRM dengan memberikan pelbagai alasan, termasuklah alasan standard, 'kurang kakitangan'.

Melihat kepada isi kandungan kenyataan tersebut, persepsi yang mungkin boleh ditimbulkan ialah ketiadaan kesungguhan dan keinginan untuk memikul amanah.

Bayangkanlah bagaimana jikalau sebuah jabatan penting seperti Imigresen, memindahkan tanggungjawab mereka kepada PDRM, enggan mengambil kes-kes PATI yang berjaya ditangkap dan ditahan oleh PDRM kerana kononnya ingin menghabiskan kertas siasatan Imigresen sendiri. Kemudian meminta agar PDRM menyelesaikan sendiri masalah PATI walaupun sebenarnya PDRM sekadar membantu Imigresen yang ternyata tidak cekap dan tidak mampu dalam segala hal.

Kalau sudah semuanya tidak boleh, mungkin juga elok jikalau IMIGRESEN DIMANSUHKAN atau ditempatkan di bawah PDRM. Apatah lagi jumlah tangkapan yang dibuat oleh PDRM, jauh lebih banyak dan lebih berkesan berbanding imigresen.


Malah dalam apa juga keadaan, di mana-mana sahaja, yang kelihatan bersungguh-sungguh menjaga negara adalah PDRM berbanding Imigresen yang operasi mereka cuma kelihatan dalam kaca televisyen seminggu sekali.

Sabah walaupun sama seperti negeri-negeri lain di Semenanjung dan Sarawak yang berhadapan dengan kerenah PATI, namun situasinya jauh lebih berbeza memandangkan Sabah kerap dijadikan 'pangkalan' PATI sehinggakan beberapa kes penculikan melibatkan warga asing berlaku di Sabah. Malah warga asing boleh dilihat di mana-mana sahaja di Sabah dalam kadar yang sangat mudah.

Menariknya, tidak sahaja di Sabah, di seluruh Malaysia, di mana-mana sahaja warga asing kelihatan begitu bebas berkampung, membiak dan mencipta komuniti mereka sendiri.

Apakah alasan-alasan yang diberikan oleh Jabatan Imigresen menjadikan PATI begitu mudah berada dalam negara ini sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang?

Rancangan Subversif Apa Yang Dirancangkan Oleh DAP dan Lim Guan Eng Dengan Bawa Masuk Joshua Wong?

Wednesday 27 May 2015 · 2 comments



Pengakuan yang dibuat oleh Joshua Wong... dia dijemput oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang ke negeri itu untuk bercakap dan membangkitkan revolusi terutama di kalangan orang Melayu memandangkan Cina adalah kuasa besar di Pulau Pinang.

Pada masa yang sama, beberapa orang pemimpin DAP termasuklah Lim Guan Eng enggan menerima pelarian Rohingya menumpang di mana-mana bahagian negeri itu walaupun hakikatnya, Lim Guan Eng dan DAP tidak mempunyai sebarang hak ke atas Pulau Pinang memandangkan Pulau Pinang adalah sebahagian daripada negeri Kedah.

Perjanjian antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan Kerajaan Negeri Kedah ialah, negeri yang dikenali sebagai Pulau Pinang, dipajak dari Kedah dengan bayaran sebanyak RM10,000 setiap tahun. Secara tidak langsung, Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah dan Kedah tidak pernah kehilangan hak ke atas Pulau Pinang. Pulau Pinang hanya menjadi negeri dalam Malaysia tetapi tidak menjadi entiti yang berasingan dari Kedah.

Statusnya jelas iaitu Pulau Pinang adalah wilayah PAJAKAN.

Mungkin kerana itulah, Lim Guan Eng dan DAP cuba melakukan sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh kepimpinan GERAKAN sebelum tahun 2008 iaitu menukarkan Pulau Pinang menjadi sebuah NEGERI CINA. Apa-apa sahaja yang berlaku di Pulau Pinang, mestilah berimej Cina dan mengenai kepentingan Cina. Sebarang rungutan atau aduan tentang perkara tersebut, akan dianggap sebagai RASIS dan tuduhan akan dilemparkan kepada UMNO walaupun hakikatnya yang sangat rasis dalam banyak isu membabitkan Pulau Pinang adalah DAP!

DAP mempersoalkan pelarian Rohingya dan mengada-adakan teori kononnya Rohingya akan diberikan kad pengenalan dan kemudian menjadi pengundi.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak pernah diterangkan oleh DAP ialah, BAGAIMANA 50,000 ORANG PELANCONG dari China dan Taiwan boleh 'HILANG' di Pulau Pinang dan tidak keluar-keluar sampai ke hari ini? Mengapa DAP sangat takut dengan sistem biometrik yang dapat menentukan kesahihan kewarganegaraan mereka berbanding kad pengenalan yang hanya bergantung kepada cip kecil yang boleh dipinda dan dipalsukan?

DAP juga tidak pernah bercakap tentang kedatangan dan lambakan pendatang asing haram dari China dan Taiwan serta Macau berdasarkan kegagalan mereka bertutur, memahami mahupun menulis dalam Bahasa Kebangsaan. Malah ketika hari pengundian pada PRU-13 lalu, DAP telah mengeluarkan belanja yang sangat besar untuk mengawal, menyelia serta menguruskan sejumlah besar pengundi berbangsa Cina yang tidak boleh langsung bertutur dalam Bahasa Kebangsaan dan kelihatan tercengang-cengang menunggu arahan daripada pengurus dan penyelia mereka di pusat-pusat pengundian. Malah cubaan untuk mendekati mereka dan menemuramah mereka juga, dihalang oleh samseng-samseng yang diupah oleh DAP untuk menjaga para pengundi misteri itu.


Joshua Wong ditaja oleh NED, sebuah agensi Zionis yang turut menaja DAP dan Anwar Ibrahim. Seperti IS yang telah dilabelkan oleh Amerika Syarikat sebagai kumpulan pengganas Islam sekalipun memang jelas Abu Bakar Al-Baghdadi yang dilantik sebagai Khalifah IS adalah agen CIA yang mendapat latihan dan pernah berkhidmat dengan MOSSAD, Joshua Wong dan kumpulannya diketahui telah dijadikan alat untuk menghuru-harakan China.

Lim Guan Eng dan DAP seharusnya berterus-terang, REVOLUSI BESAR apakah yang mereka sedang rancangkan? Adakah ianya mempunyai kaitan dengan pelbagai kes penyeludupan senjata api ke negeri itu sepanjang Pulau Pinang berada di bawah pentadbiran Lim Guan Eng?

RAFIZI RAMLI Wajar Dipenjarakan Kerana Tubuh Syarikat dan Kutip Derma Secara Haram!

· 2 comments


Selepas BAFIA, nampaknya Rafizi Ramli mencabar AMLA dan Akta yang berkaitan Bank Negara Malaysia. 

Kes BAFIAnya belum pun bermula, malah Rafizi Ramli enggan meneruskan perbicaraan dengan membuat pelbagai perangai termasuklah melambat-lambatkan proses perbicaraannya dengan cubaan untuk mengenepikan kes dan rayuan ke peringkat lebih tinggi untuk buang kes. 

Tetapi sekarang, Rafizi Ramli sendiri mengaku dia telah melakukan kesalahan yang lebih besar iaitu MEMUNGUT WANG SECARA HARAM menerusi syarikat Sdn. Bhd. RM2. 

Rafizi Ramli merupakan pengarah dan memegang kepentingan sebanyak 50% dalam Syarikat Oversight and Whistleblowers Sdn. Bhd. Sekalipun tidak berdaftar dan tidak mempunyai lesen untuk mengutip derma daripada pihak awam atau menerima apa-apa peruntukan daripada pihak ketiga, namun Rafizi telah melakukannya dengan alasan yang sangat minimal.

Secara tidak langsung, Rafizi Ramli dan syarikat di mana dia adalah pengarah dan memegang kepentingan 50% itu telah menyalahi undang-undang di bawah Bank Negara Malaysia dan dianggap melakukan kutipan deposit haram. 

Syarikat tersebut telah ditubuhkan pada 9 Julai 2012 dan selama hampir 3 tahun, ia telah beroperasi mengutip derma tanpa sebarang tindakan, dan tidak pernah menyerahkan sebarang akaun yang siap diaudit kepada SSM.

Baca bagaimana angkuhnya Rafizi Ramli untuk mentertawakan undang-undang Malaysia:

"Saya sudah semak di halaman Bank Negara dan mendapati NOW tidak mempunyai kebenaran untuk mengutip wang daripada orang awam. Dalam hal ini, Ahli Parlimen Pandan, Rafii Ramli dengan beraninya telah melancarkan kutipan Dana Terkumpul Untuk Tutup 1MDB,".

Itu dakwa Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao yang menyifatkan Rafizi sebagai penipu yang tidak boleh dipercayai setiap kata-katanya.

"National Oversight Whistleblowers atau NOW sebenarnya bukan sebuah NGO (Badan Bukan Kerajaan) tetapi adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang mana Rafizi memegang jawatan sebagai Pengarah Elsekutif,

"Kutipan dibuat melalui orang ramai bermula 21 Mei lepas dan kononnya untuk menutup 1MDB yang dia sendiri sahaja yang tahu maksud dan tujuannya," dakwanya ketika ditemui selepas membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya pagi tadi.

Kata Ramesh, dia mendapat tahu tentang kempen Rafizi itu melalui satu hebahan yang dibuat.

"Saya sengaja memasukkan duit dalam akaun NOW seperti yang dihebahkan untuk memastikan kewujudannya.

"Apabila saya buat semakan, barulah terbongkar rahsia NOW sebenarnya dan apa yang dikesalkan, Rafizi mengatakan NOW adalah satu badan NGO sedangkan dia tahu bahawa NOW itu adalah syarikat miliknya sendiri," jelasnya.

Sehubungan itu, Ramesh meminta pihak polis membuat siasatan segera ke atas Rafizi sebelum lebih ramai lagi yang menjadi mangsa penipuannya.

Bercakap tentang jumlah kutipan yang berjaya dikutip setakat ini, Ramesh berkata, hanya Rafizi sahaja yang boleh memberi jawapannya.

"Dia kutip, dia sendirilah yang tahu sudah berapa banyak wang sudah didepositkan ke dalam akaun NOW," ujarnya.
(SUMBER)


Nurul Izzah Kata Dia Sedang Diburu Oleh Kerajaan Malaysia, Tetapi Dia Sendiri Boleh Sampai Ke Oslo, Norway Untuk Burukkan Negara

· 6 comments

Tanpa bimbang dan tanpa sedikit pun perasaan gusar pada sebarang peruntukan undang-undang, Nurul Izzah kembali mengulangi perbuatan lamanya iaitu memburuk-burukkan negara sendiri di luar negara. Malah dia juga mengada-ngadakan cerita semata-mata untuk mendapatkan simpati serta sokongan buat keluarganya untuk berkuasa di Malaysia.

Dalam Forum Freedom yang diadakan di Oslo, Norway semalam, Nurul Izzah berkata, Kerajaan Malaysia sedang menjalankan operasi untuk menangkap dan memenjarakan semua reformis. Menurutnya lagi, dia dan golongan reformis adalah orang yang paling dikehendaki di Malaysia. PDRM dan pihak berkuas tidak lagi memburu dan membanteras penjenayah sebaliknya golongan yang dikatakannya sebagai memperjuangkan rakyat yang mahu ditangkap dan dihapuskan.

Mungkin disebabkan orang putih di Oslo itu tidak begitu mengenalinya, maka mudahlah Nurul Izzah menjual temberang. Katanya, kalau bukan kerana pergerakan reformasi, dia sudah pun bekerja di sektor petroleum. Namun menurutnya, dia melupakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan untuk terjun dalam bidang politik bagi berjuang menentang korupsi, kezaliman dan ketidakadilan kerajaan.

Nurul Izzah sebenarnya tidak pernah bekerja dalam mana-mana bidang kerana dia telah dididik oleh bapanya untuk meneruskan legasi keluarga Anwar Ibrahim dalam bidang politik. Dari semenjak dia belajar lagi, dia telah digelar sebagai Puteri Reformasi dan dia telah ditonjolkan sebagai ikon anak muda. Proses pembelajaran Nurul Izzah juga tidaklah secemerlang mana kerana dia menggunakan posisi bapanya selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk mendapat tempat di universiti.

Malah dalam satu klip video ditunjukkan bagaimana Nurul Izzah menggunakan kewanitaannya untuk lulus keras peperiksaan!

Agak menarik ialah apabila Nurul Izzah langsung tidak menyebut punca sebenar bapanya dipenjarakan dan dipecat daripada menikmati kehidupan sebagai ahli politik kerajaan. Malah kali kedua bapanya dipenjarakan juga, tidak disebut oleh Nurul Izzah sebagai proses perundangan, sebaliknya dia memberitahu orang putih di Oslo yang tindakan ke atas bapanya adalah tindakan menutup mulut dan rakyat Malaysia tentang ketidakadilan serta tidak demokratiknya Malaysia.

Menariknya dalam memperkatakan ketidakadilan, kezaliman dan pemburuan kerajaan ke atas kepalanya serta golongan reformis yang lain, Nurul Izzah tidak dapat menjawab, bagaimana dia boleh bergerak dari Kuala Lumpur ke Oslo yang letaknya hampir 24 jam antara Kuala Lumpur-Oslo yang membolehkan dia berucap dan memburuk-burukkan negara sendiri.

Adakah dia menggunakan laluan tikus untuk ke Norway atau dia menggunakan pesawat terbang yang sudah tentu terpaksa melalui lapangan terbang yang penuh dengan Imigresen serta dikawal oleh pihak berkuasa yang lain?

Macam mana dia boleh terlepas ke Oslo kalau dia menjadi buruan pihak berkuasa?


She expressed confidence that her father, who is serving a five year jail sentence since February on a sodomy charge, would be free if not for the government influencing the judiciary, vote rigging, muzzling the press, and using force against dissidents. The reformists, she said, referring to activists, academics, lawyers and journalists, besides politicians, have been subject to the colonial-era Sedition Act 1948 which circumvents the Federal Constitution and strips the right to free speech. “I was investigated for a speech I gave in Parliament.”

Siapa DALANG SEBENAR Yang Keluarkan Kad Pengenalan Untuk PATI Di Sabah?

Tuesday 26 May 2015 · 0 comments


Semalam, satu laporan polis telah dibuat oleh penama bernama Hj Sabana bin Arif yang merupakan Penolong Pegawai Tadbir, Jabatan Ketua Menteri Sabah berhubung penyiaran kad dokumen pengenalan diri sementara berwarna kuning yang mempunyai lambang Imigresen Malaysia dan lambang Kerajaan Negeri Sabah.

Sebelum ini, pada tahun 2008 sebuah blog telah mendedahkan tentang DOKUMEN BURUNG-BURUNG yang turut mendedahkan penglibatan orang dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah sendiri sebagai dalangnya. (RUJUK SINI)

Pendedahan tentang kad pengenalan sementara atau dokumen diri palsu yang membabitkan PATI terutama dari Filipina dan Indonesia di Sabah, bukannya baru dibuat. Sebaliknya penggunaan dan gejala kad pengenalan palsu dan kad pengenalan sementara palsu itu sudah lama berlaku di seluruh Sabah terutama sekali di sebelah Pantai Timur Sabah.

Terdapat juga dakwaan tentang pembabitan individu-individu tertentu dalam Jabatan Ketua Menteri Sabah terutama sekali menerusi cop Unit Penempatan Jabatan Ketua Menteri dalam skandal ini. Kononnya juga Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada sebarang tangkapan dilakukan oleh pihak berkuasa.

Sejenis lagi dokumen diri sementara yang dikatakan memberi pulangan lumayan kepada dalang adalah dokumen yang gambarnya di bawah.



Dokumen pengenalan inilah yang paling banyak dipegang oleh PATI di Sabah dan mempunyai tarikh tempohnya. Setiap kali pembaharuan, RM300 akan dikenakan untuk mendapatkan cop pembaharuan. Dan harga atau yuran atau fi itu akan berubah-ubah mengikut keadaan semasa membabitkan permintaan dan penawaran. Sekiranya pada waktu puncak, harganya boleh mencecah kepada RM600 untuk cop pembaharuan tempoh.yang baru, terutama sekali pada musim perayaan.

Justeru tidak hairanlah mengapa terdapat terlalu ramai Pendatang Tanpa Izin di Sabah seolah-olah Imigresen tidak berwibawa, gagal melaksanakan tugas atau sempadan negeri Sabah bocor sentiasa.




Menariknya seperti yang diceritakan di dalam portal berkenaan, pemilik-pemilik kad pengenalan sementara palsu ini boleh hidup bertahun-tahun di Sabah dan mampu pula menangani pihak berkuasa dengan kad berkenaan seolah-olah memang terdapat pengesahan dan kelulusan dari Jabatan Ketua Menteri Sabah!

Pihak berkuasa seharusnya menangani masalah ini secara lebih tuntas terutama setelah Sabah sudah beberapa kali dicerobohi oleh LANUN-LANUN dari Filipina dan kumpulan-kumpulan samseng dari Indonesia.

Maruah Anggota Polis dan PDRM Hanyalah RM100, Jauh Berbeza Berbanding Maruah Hakim dan Peguam

· 1 comments

Berita yang disiarkan oleh BERNAMA pada 25 Mei 2015 sememangnya satu PENGHINAAN BESAR kepada anggota dan pegawai polis, malah lebih tepat lagi merupakan satu KEJIAN ke atas PDRM secara keseluruhannya.

Memang benar, si pesalah itu didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dengan hukumannya pula sekadar denda tidak melebihi RM100:

Seksyen 14 - Kelakuan Aib
Sesiapa pun yang menggunakan perkataan-perkataan yang kurang sopan, mengugut, aib atau menghina atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina atau menampalkan atau melekatkan atau mempamerkan sebarang kertas bertulis atau lukisan yang kurang sopan mengugut aib atau menghinakan dengan tujuan membangkitkan kemarahan untuk mengganggu keamanan atau di mana keamanan mungkin terganggu boleh dikenakan denda yang tidak melebihi RM100.


Namun sebenarnya, pendakwaraya mempunyai pilihan untuk mengenakan tuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan yang hukumannya adalah penjara tiga bulan dan denda RM1000.

Seksyen 186 - Menghalang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya
Barang siapa dengan sengaja menghalang seseorang penjawat awam pada menjalankan kerja-kerja jawatannya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga bulan, atau dengan denda yang boleh sampai seribu ringgit atau dengan kedua-duanya
.

Seksyen 14  Akta Kesalahan Kecil itu sudah berusia 6o tahun. Pada tahun 1955 dahulu, nilai RM100 mungkin sangat besar bagi orang awam terutama apabila pendapatan purata sekitar RM180 atau lebih rendah diperolehi. Namun tahun 2015, RM100 hanyalah nilai 'celah gigi' yang langsung tidak mendatangka sebarang kesan.

Barangkali kerana denda yang tersangat rendah itulah yang membuatkan PDRM sentiasa dihina dan seringkali dilabelkan dengan pelbagai label-label negatif seperti POLIS ANJING KERAJAAN dan sebagainya.

Berbeza pula dengan hakim dan peguam yang mempunyai peruntukan undang-undang yang membolehkan subjek yang melakukan penghinaan didenda beribu-ribu kalau tidak pun berpuluh-puluh ribu ringgit mahupun dipenjarakan dengan alasan menghina institusi.

Adakah PDRM tidak dianggap sebagai institusi sehinggakan denda RM100 masih lagi dikuatkuasakan dan sesiapa sahaja bebas menghina anggota dan pegawai polis yang menjalankan tugas?






Hishamuddin Rais Gagal Bawa Masuk Subversif Muda Hong Kong Kerana Dihalang Mendarat di KLIA!

· 1 comments

Sepatutnya hari ini, tokoh subversif muda dari Hong Kong, Joshua Wong yang membawa Revolusi Payung akan membuat pertemuan bersama-sama subversif amatur Malaysia di Ibu Pejabat Penerbitan Dubook, Bangi.

Penerbitan Dubook atau DuBook Press adalah sebuah syarikat penerbitan berhaluan kiri yang didalangi oleh Rahmat Hussin dan Hishamuddin Rais. Sudah lama usaha untuk membawa Joshua Wong ke Malaysia dilakukan oleh subversif-subversif yang dikepalai oleh Hishamuddin Rais. 

Joshua Wong adalah pengasas 'Umbrella Revolution' yang baru berumur 18 tahun dan merupakan 'Top 50 The Most Influential Leader by Time Magazine'. Dia dijangka hadir pada 30hb Mei ini bersama-sama aktivis Singapura, Han Hui Hui dan dijangkakan akan berjumpa dengan Demonstran Muda Malaysia di Bangi.

Rancangan yang didalangi oleh Hishamuddin Rais ini dibuat untuk mewujudkan satu gerakan yang boleh menggugat keamanan negara. Ikon-ikon revolusi seperti Joshua Wong dan Han Hui Hui akan menanam ideologi yang bertentangan dengan pentadbiran dan Perlembagaan Malaysia.

Jam 11:50 pagi tadi, pihak berkuasa Malaysia bertindak. Joshua Wong telah dikesan oleh Imigresen di Balai Ketibaan Antarabangsa, LTAB Pulau Pinang. Joshua Wong telah tiba di LTAB Pulau Pinang dari Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA633.

Pihak berkuasa Malaysia telah mengenakan tindakan 'F' (tidak dibenarkan mendarat) dan kemudian telah dihantar pulang ke Hong Kong dengan pesawat Dragon Air KA634 pada jam 1:05 tengah hari tadi.

Butiran dirinya adalah seperti berikut: 

Nama: WONG CHI FUNG (L)
No. Ppt.: K 02507031
Tarikh Lahir: 13 OKT 1996
Warganegara: CHINA

Dia merupakan antara yang aktif terlibat dalam kegiatan menghasut golongan pelajar dan pemuda-pemudi untuk menyertai aktiviti anti kerajaan.

Joshua Wong datang ke Pulau Pinang untuk menghadiri program forum memperingati kejadian kematian pelajar di Medan Tiananmen pada tahun 1989 yang akan diadakan di Auditarium A KOMTAR pada malam ini.


Walau bagaimapun, seorang lagi subversif bernama HAN HUI HUI telah berjaya menyusup masuk ke negara ini semenjak semalam. Han Hui Hui dijangka akan meneruskan program berkenaan di Komtar.

Di Perak majlis akan di adakan pada 27 Mei 2015(Rabu) jam 8:00 malam di No.118, Jalan Sultan Iskandar, Ipoh.


Hanya Di Selangor, Guru KAFA Tegar PKR Tuntut Kenaikan Elaun, Dipecat

Friday 22 May 2015 · 5 comments

Kerapkali para penyokong Pakatan terutama sekali dari PKR akan memberitahu dunia bahawa Kerajaan Barisan Nasional adalah kejam, zalim, menentang Islam dan tidak pernah membela Islam. Mereka seringkali memberikan contoh bagaimana Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang berada di bawah pentadbiran DAP telah menaikkan elaun KAFA dan peruntukan untuk hal ehwal Islam di negeri itu tanpa menyebut walau sepatah pun tentang penambahan peruntukan dari Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri untuk tujuan tersebut.

Sekaligus mereka cuba menyembunyikan fakta bahawa Kerajaan Persekutuan yang berada di bawah pentadbiran UMNO-BN telah menambahkan peruntukan kepada setiap Kerajaan Negeri bagi tujuan hal-ehwal Islam manakala Kerajaan Negeri, hanyalah sekadar penyampai peruntukan tersebut tanpa melibatkan walau satu sen pun dari perbendaharaan negeri.

Kecuali Sabah dan Sarawak yang konsep dan perlaksanaannya sedikit berbeza berbanding di negeri-negeri Semenanjung.

Kalau di Pulau Pinang, DAP mendabik dada kononnya mereka menambah peruntukan sekalipun peruntukan tersebut DITAMBAH dan DIBERIKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN, di Selangor lain pula ceritanya.

Kerajaan UMNO walaupun seringkali dicemuh malah ditentang oleh golongan guru, terutama sekali guru KAFA yang cuba berselindung di sebalik imej agama mereka, tidak pernah melaksanakan tugasan memecat atau pun menggantung tugas hanya kerana menuntut kenaikan pangkat atau elaun mahupun gaji. Malah, dalam kebanyakan kes, tuntutan tersebut akan dipenuhi seperti yang diumumkan oleh Menteri Pelajaran merangkap Timbalan Perdana Menteri beberapa hari lepas. Kalau ada pun yang dipecat atau dikenakan tindakan tatatertib adalah kerana mereka telah melanggar peraturan dan kesalahan tersebut dilakukan secara berulang-ulang walaupun peringatan dan amaran telah diberikan.

Berbeza pula dengan pentadbiran Pakatan Rakyat di Selangor.


Seorang guru KAFA yang sudah tidak tertahan dengan dolak-dalik Kerajaan Negeri Selangor berhubung elaun guru-guru KAFA sekalipun pada masa yang sama, Kerajaan Persekutuan telah meningkatkan peruntukan untuk itu dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri, akhirnya mengambil keputusan untuk menyampaikan memorandum dan ketidakpuasan hatinya kepada Menteri Besar Selangor secara sendiri.

Bagaimanapun, nasibnya agak malang kerana dia telah disekat dan ditahan daripada bertemu dengan Menteri Besar. Malah tidak cukup dengan itu, guru berkenaan yang juga seorang penyokong tegar Pakatan Rakyat, khususnya PKR, akhirnya dikenakan tindakan yang jelas cubaan untuk menakut-nakutkan guru-guru KAFA yang lain agar tidak menuntut janji mahupun menyebabkan guru-guru KAFA lain sedar bahawa Kerajaan Pusat telah menambah peruntukan tetapi peruntukan tersebut telah digunakan dan diselewengkan oleh Kerajaan Negeri di bawah Pakatan Rakyat.

Menariknya, tiada pula sebarang sungutan atau komplen dari mana-mana ahli guling atas jalanraya.

Adakah Disebabkan Tidak Diambil Sebagai Penasihat Media dan Perang Saraf, Maka Kadir Jasin Menyalak?

· 11 comments

Kalau kita perhatikan trend sekarang ini, sama ada yang membela Najib mahupun yang menentang Najib, kebanyakan daripada mereka adalah golongan VETERAN, yang pernah berjaya dan mendapat projek-projek besar dari Kerajaan tetapi kemudian pegangan mereka dihentikan atau sebaliknya.

Lebih menarik lagi ialah apabila bekas PENJILAT TEGAR ANWAR IBRAHIM suatu masa dahulu, kini cuba memperlihatkan diri mereka sebagai penyokong kuat Najib Abdul Razak, tetapi pada masa yang sama, memperlihatkan perangai mereka yang tidak pernah berubah menerusi ancaman 'SAYA AKAN DEDAH' tetapi tidak pernah mendedahkan apa-apa pun!

Antara mereka yang cukup kuat menyalak sekarang ini adalah A.Kadir Jasin, bekas orang kuat NST yang setiap hari melakukan serangan ke atas Najib Abdul Razak dan kerajaan. Walaupun berpengalaman sebagai seorang wartawan, tetapi penggunaan 'sumber yang tidak boleh didedahkannya' ternyata memperlihatkan sosok yang jelek pada wartawan tua itu. Apatah lagi banyak juga maklumat yang kemudian disiarkannya, bukan sahaja tidak tepat, bahkan mempunyai niat jahat.

Terbaru ialah apabila Kadir Jasin mempertikaikan tentang para penasihat dan keberadaan pegawai-pegawai di sekeliling Najib terutama yang membabitkan Perhubungan Awam.

Serangannya ke atas Rizal Mansor dan Farid Ridzuan seperti ingin melepaskan dendam dan kemarahan kerana hajat tidak terkabul. Dia tidak mempertikaikan kerja-kerja yang mereka lakukan, tetapi sebaliknya mendedahkan apa yang dilakukan oleh pegawai-pegawai berkenaan kepada umum seolah-olah mahukan pihak lawan menggunakan peluang itu untuk menyanggah apa-apa sahaja yang bakal dilaksanakan bagi memudahkan Pakatan Rakyat mengambilalih Kerajaan Malaysia pada PRU-14 akan datang.

Kadir Jasin dalam entri terbarunya juga mempertikaikan tentang 'aset' dan 'tunai' yang diperjelaskan oleh Perdana Menteri. Sama seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli yang barangkali tidak memahami banyak istilah kewangan, pelaburan dan ekonomi seperti CASH AND EQUIVALENT CASH, wartawan tua itu sebenarnya dilihat lebih bertujuan untuk mencipta persepsi buruk di kalangan orang awam.

Dalam keadaan di mana 'MATLAMAT MENGHALALKAN CARA', pastinya ada sesuatu yang dimahukan oleh A.Kadir Jasin. Bohonglah kalau dikatakan semua 'tegurannya' itu bersifat membela negara dan mempertahankan kerajaan. Apatah lagi dengan menyerang Farid Ridzuan dan Rizal Mansor, dan terkini, Lim Kok Wing yang diangkat sebagai salah seorang penasihat berkenaan dengan perhubungan awam, pastinya Kadir Jasin sedang mengejar sesuatu yang semakin jauh daripada gapaiannya.

Adakah Rizal Mansor, Farid Ridzuan, Lim Kok Wing atau sesiapa sahaja, malah majalah MALAYSIAN BUSINESS, milik Kadir Jasin, merupakan ahli keluarga Najib sebagaimana yang didakwa oleh wartawan tua itu? 

Sudah menjadi kebiasaan di dalam UMNO dan mereka yang mendabik dada kononnya menyokong UMNO, apabila gagal meraih sesuatu dari UMNO dan Kerajaan, mereka akan bertindak seperti belukang makan tahi. Mereka akan menjadi penghasut, pengapi dan pengugut yang paling tegar. Kemudian apabila dipersoalkan, mereka akan memberi alasan, perbuatan mereka itu sebenarnya adalah untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Pendedahan Klip Video Muhyiddin Dalam Mesyuarat Tertutup Bukti UMNO Dipenuhi PARASIT!

· 4 comments


Pelakunya telah dituding dan dinamakan. Malah gambar serta nama dan jawatannya juga telah disiarkan. Perkara yang sepatutnya hanya kekal dalam mesyuarat tertutup dan rahsia sesama sendiri, kini telah tersebar luas.

Lebih menarik ialah, video tersebut dimuatnaikkan sejurus sebelum Perdana Menteri membentangkan Rancangan Malaysia Ke-11 di Parlimen.

Dengan kata lain, pemuatan naik video tersebut memang ada motif dan motifnya adalah SABOTAJ selain melaga-lagakan kepimpinan negara bagi tujuan pihak tertentu.

Itulah masalah yang dihadapi pada setiap masa. Dan itulah juga masalah yang dihadapi pada setiap kali Pilihanraya Kecil.

Sabotaj!

Walaupun trend dan kemarahan pengundi kepada Pakatan Rakyat dapat dilihat dan dirasakan, tetapi dalam beberapa PRK, jelas, Pakatan tetap juga menang. Bukan kerana pertambahan undi untuk Pakatan tetapi kerana kekurangan undi ketara untuk calon-calon Barisan Nasional.

Contoh terbaik adalah Kajang dan Permatang Pauh apabila jumlah pengundi UMNO yang keluar mengundi sangat berkurangan dan masalah dikesan pada hari pertama berkempen lagi apabila ahli UMNO sendiri yang memberitahu tentang usaha-usaha mensabotaj yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu dalam UMNO bagi tujuan mendapatkan sesuatu daripada kepimpinan atasan.

Kemelut yang melibatkan bekas Perdana Menteri dengan Perdana Menteri yang dimulakan oleh Pakatan Rakyat dan kegagalan Ahli Lembaga Pengarah serta CEO 1MDB memberikan jawapan serta menerangkan segala permasalahan yang dibangkitkan berkenaan 1MDB, menyebabkan ramai PARASIT di dalam UMNO melihat peluang mereka untuk menonjolkan diri.

Sama ada berlagak seperti Pro-Mahathir, Pro-Najib mahupun Pro-Muhyiddin, kesemua mereka ini mempunyai motif masing-masing. Kesemua motif mereka, walaupun cuba berselindung di sebalik perjuangan agama, bangsa dan negara serta menyelamatkan parti, sebenarnya hanyalah untuk menjaga tembolok dan perut masing-masing. Alasan-alasan retorik yang diberikan, sebenarnya sekadar untuk melindungi sikap tamak haloba masing-masing.

Apa yang dilakukan oleh tertuduh dalam kes klip video Muhyiddin Yassin itu sebenarnya adalah perkara yang akan terus berlaku dalam UMNO. Ia akan dilakukan dari semasa ke semasa, bergantung kepada situasi walaupun mereka juga sedar, masa untuk mereka sudah semakin santak dan mereka sedang meruntuhkan syurga mereka sendiri.

Masing-masing sudah tidak sabar-sabar untuk mendabik dada selain cuba menuntut bayaran daripada Pakatan yang akan naik menjadi Kerajaan kerana budi serta jasa besar mereka menghuru-harakan serta menjatuhkan UMNO.

DAP Sabah Tidak Setuju Barter Trade, Penyebab Pencerobohan Lanun Asing Dihapuskan

Wednesday 20 May 2015 · 5 comments

Agak menarik apabila Naib Pengerusi DAP Sabah, Chang Foong Hin yang juga merupakan ADUN Sri Tanjung menyatakan tidak bersetuju barter trade yang dijalankan secara bebas di beberapa kawasan perairan Sabah terutama di daerah Semporna dan Tawau dihapuskan.

Beberapa hari lepas Ketua Polis Negara mencadangkan agar sistem barter trade yang menjadi antara penyebab utama mudahnya sempadan negara dibolosi oleh lanun-lanun asing yang menjalankan aktiviti penculikan dan jenayah di Sabah, dihapuskan dan perairan Sabah diperketatkan kawalannya.

Barter trade hanyalah sebagai topeng kepada kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan manusia yang berlaku di Sabah. Malah barter trade jugalah yang digunakan oleh para penculik serta penjenayah Filipina untuk masuk dan kemudian bermaharajalela di bumi Sabah.

Apabila Chang Foong Hin menyatakan barter trade tidak boleh dipersalahkan, sekaligus memberikan gambaran bahawa DAP tidak bersetuju sama sekali penghapusan sistem yang sangat menguntungkan golongan-golongan tertentu, khususnya mereka yang terlibat dalam penyeludupan dan pemerdagangan manusia, banyak perkara dan persoalan yang boleh ditimbulkan.

Adakah sebenarnya DAP Sabah dan Chang Foong Hin sedang berusaha melindungi pihak-pihak tertentu yang bergantung kepada pendapatan lumayan daripada penyeludupan dan pemerdagangan manusia?

Atau sebenarnya, DAP tidak mahu melihat keamanan Sabah dan kawalan ketat ke atas sempadan serta perairan negara kerana bimbang kehilangan modal untuk berhujah dan menyalahkan Kerajaan serta pihak berkuasa?

Adakah Chang Foong Hin bimbang sekiranya pusat-pusat urut haram dan pelacuran di kawasan-kawasan yang dikuasai oleh golongan tertentu, bakal suram kerana pengharaman dan pemansuhan barter trade bermakna tiada lagi bekalan perempuan-perempuan baru?

Siapa sebenarnya yang cuba dilindungi oleh Chang Foong Hin kerana berdasarkan hujahnya yang cuba mengaitkan sosio budaya serta sejarah, dia terlupa bahawa Chang Foong Hin sendiri wujud di Sabah hasil daripada barter trade antara British dengan Kerajaan Sulu yang akhirnya menjadi duri dalam daging di Sabah yang tidak mahukan keamanan, malah ada di kalangan suku kaumnya yang mahu menyerahkan Sabah kepada pihak asing untuk dijajah tetapi berlagak seperti seorang hero!

DAP Nak Nafikan Apa Lagi... Memang Cubaan Hapuskan Melayu di Pulau Pinang, Terbukti Jelas!

· 2 comments

Semasa Francis Light mendarat di Pulau Pinang pada tahun 1786, 12 orang Penghulu Melayu di pulau tersebut telah membenarkannya membina penempatan British yang pertama di situ. Mereka juga bersetuju untuk membekalkan makanan dan air bersih kepada privateer Syarikat Hindia Timur British yang sebenarnya adalah lanun.

Pulau Pinang sebenarnya merupakan salah sebuah daerah negeri Kedah. Status tersebut masih kekal sehingga ke hari ini. Untuk mengekalkan statusnya sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia, Kedah telah dibayar pajakan setiap tahun namun nilai pajakan yang diberikan kepada Kedah, sangat kecil dan lebih bersifat menghina DYMM Sultan Kedah.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya membayar RM10,000 setahun kepada Kerajaan Negeri Kedah mengikut nilai pajakan antara Leftenan Gabenor Pulau Pinang, Sir George Lee Baronet dengan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah pada tahun 1800.

Banyak desakan dan cadangan telah dibuat agar bayaran pajakan tersebut dinaikkan, namun DAP yang mengambilalih pentadbiran Negeri Pulau Pinang dari GERAKAN pada tahun 2008 berulang kali menyatakan, Pulau Pinang tidak sepatutnya lagi membayar sebarang pajakan atau pampasan kepada Kedah kerana Pulau Pinang kini sudah 'merdeka' dari Kedah sekalipun surat-surat perjanjian yang ada menunjukkan Pulau Pinang hanyalah sebuah wilayah pajakan yang boleh diambil semula oleh Kerajaan Negeri Kedah.

Status Pulau Pinang sebagai Negeri-Negeri Selat di bawah pentadbiran British, telah digunakan sebagai label kononnya Pulau Pinang adalah sebuah negeri Cina di Tanah Melayu, sama seperti yang dibuat di Singapura dan telah berjaya. Dengan kerjasama buku teks sejarah Kementerian Pelajaran, Pulau Pinang telah diperkenalkan sebagai dibuka oleh Francis Light pada tahun 1786, bukannya telah semulajadi dibuka dan mempunyai perkampungan serta penempatan orang Melayu semenjak berabad-abad sebelum Francis Light tahu jalan ke Pulau Pinang lagi.

Memandangkan puak-puak DAP bukannya peduli sangat dengan sejarah kecuali sejarah kedatangan orang Cina di Pulau Pinang yang diimport oleh British bagi mengukuhkan kedudukan mereka di pulau tersebut, banyaklah pembohongan dan penyelewengan fakta yang telah dibuat oleh DAP terutama sekali yang membabitkan PEMBERSIHAN PULAU PINANG daripada orang Melayu agar generasi-generasi akan datang percaya bahawa orang Melayu memang tidak pernah menduduki Pulau Pinang berdasarkan penggubahan demografi negeri itu sekarang.

Tindakan DAP menukarkan nama beberapa batang jalan kepada para pemimpin DAP, adalah salah satu daripada objektif tersebut. Walaupun baru 2 penggal memerintah Pulau Pinang, DAP telah menukarkan nama beberapa batang jalan di negeri tersebut. Sebelum ini, Lebuh Sungai Pinang 4 sepanjang 290 meter telah dinamakan sebagai Persiaran Karpal Singh 1 manakala Lebuh Sungai Pinang 5 sepanjang 510 meter diberi nama Persiaran Karpal Singh 2. Medan siar kaki pada sebahagian tepi pantai Jelutong dari Sungai Pinang ke Lebuh Sungai Pinang 1 sepanjang 1.55 km dikenali sebagai Persiaran Karpal Singh.

Terbaru, sebatang lagi jalan di Pulau Pinang yang terletak di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, Bukit Mertajam, telah dinamakan seempana seorang lagi pemimpin DAP, Chian Heng Kai, mantan Ahli Parlimen Bukit Mertajam.

Siapa Chian Heng Kai selain daripada menjadi pemimpin DAP dan bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam? Apa jasa besarnya di Bukit Mertajam sehingga namanya diabadikan kepada sebatang jalan? Apa jasa Chian Heng Kai berbanding nama beberapa orang pemimpin Melayu DAP seperti Ahmad Nor untuk diingati?

Semakin terbukti dan semakin jelas apa sebenarnya yang sedang cuba digapai oleh DAP. Maka bayangkanlah kalau mereka memerintah negara ini....

DAP dan amalan sistem apartheid Afrika Selatan yang telah dimansuhkan, saling tidak ubah dan tidak tumpah. Dicampur pula dengan sistem Zionis yang membawa masuk kaum sejenis mereka untuk membuktikan demografi mereka melebihi penduduk asal... itu yang sedang dilakukan di Pulau Pinang.





KEDAH Juga Perlukan Pasukan Seperti ESSCOM Untuk Kawal Perairan Daripada Dicerobohi Pendatang Asing

Tuesday 19 May 2015 · 0 comments


Kedah sebenarnya mempunyai perairan yang jauh lebih luas dan terbuka berbanding Sabah. Dengan Laut Andaman, Lautan Hindi dan Selat Melaka, selain laluan darat, Kedah sebenarnya amat terdedah kepada pencerobohan pihak asing, sekalipun sehinggakini belum ada lagi berita penculikan yang melibatkan warga asing di negeri itu.

Justeru, Kerajaan Persekutuan diminta mengkaji semula penempatan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di pulau Langkawi bagi membolehkan usaha mencegah aktiviti penyeludupan termasuk pelarian Rohingya dari Myanmar lebih berkesan.

Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid berkata ia berikutan ketiadaan pos-pos kawalan di kawasan perairan Langkawi yang berhadapan dengan Thailand.

Beliau yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hangat berkata kawasan itu di utara pulau Langkawi terletak paling hampir dengan perairan Laut Andaman dan deretan kepulauan milik Thailand.

"Ayer Hangat dan Thailand hanya mengambil masa 10 minit sahaja, sedangkan pos kawalan Polis Marin dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) terletak di Kuah atau 40 minit menaiki bot daripada Ayer Hangat.

"Ini adalah perkara yang kurang bijak kerana penyeludup daripada Thailand hanya mengambil 10 minit untuk ke Ayer Hangat sedangkan bot ronda kita dari Kuah memerlukan 40 minit untuk sampai," kata Mohd Rawi kepada pemberita di sini.

Susulan insiden pencerobohan 1,158 pelarian Bangladesh dan Rohingya dari Myanmar di Langkawi Ahad Lepas, beliau berkata kawalan keselamatan di pulau peranginan itu perlu ditingkatkan dengan segera.

Deretan pulau-pulau Thailand yang terletak hanya 10 minit dari Ayer Hangat seperti Satun, Tarutao dan Kuala Bara sememangnya diketahui lokasi kegemaran bagi sindiket penyeludupan.

"Sudah tiba masanya kerajaan mewujudkan pos-pos kawalan di kawasan Ayer Hangat yang berhadapan dengan Thailand untuk mencegah aktiviti penyeludupan termasuk dadah, barangan dan terkini, manusia," katanya.

Mohd Rawi mendakwa cadangan mewujudkan pos-pos kawalan agensi penguatkuasaan negara di Ayer Hangat telah dikemukakan hampir 20 tahun lepas.

Menurutnya beliau akan mengemukakan saranan itu kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim.

APMM adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Berbanding dengan Kuah, kedudukan Ayer Hangat adalah lebih strategik untuk menempatkan pos-pos kawalan keselamatan agensi penguatkuasaan negara kerana ia terletak paling hampir dengan perairan dan kepulauan Thailand, katanya.

Mohd Rawi berkata bukan sahaja Kuah terletak kira-kira 40 minit daripada Ayer Hangat, malah kedudukannya juga berhadapan dengan Kuala Kedah, Kuala Perlis serta Pulau Pinang.

"Berikutan kedudukannya yang berhadapan dengan Satun dan perairan Thailand, Ayer Hangat adalah lebih strategik untuk penempatan pos-pos kawalan bot ronda agensi penguatkuasaan negara,"katanya.

-- BERNAMA

Lim Guan Eng Takut Nak Berdebat, Tapi Cuba Jadi Batu Api Desak Najib Berdebat Dengan Mahathir

· 0 comments

Perkara yang paling ditakuti oleh Lim Guan Eng ialah apabila penyelewengan dan salahguna kuasanya diperkatakan. Dia tidak sahaja akan melihat dari sudut undang-undang untuk menyaman, tetapi acapkali juga memilih untuk mendiamkan diri dengan harapan ia tidak akan disebut dan diulang-ulang.

Ketika bercakap dengan gah tentang Kabinet Bayangan DAP yang kononnya akan memberikan kebebasan bersuara sama ada di dalam atau di luar Parlimen, bahkan akan menyuburkan budaya perdebatan, apabila terkena ke batang hidungnya sendiri, Lim Guan Eng cepat-cepat menepis kepada orang lain.

Orang lain dalam kes ini adalah Najib Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO.

Dalam satu kenyataan, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir menyatakan, Lim Guan Eng yang menyuburkan budaya antagonisme dan rasisme sewajarnya meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang kerana pentadbirannya bukan sahaja menyekat pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang, bahkan berusaha menghalang pelaburan luar dari masuk ke Malaysia.

DAP bagaimanapun, membidas Tun Mahathir dengan menyatakan, Tun Mahathir enggan menerima hakikat yang Pulau Pinang sekarang jauh lebih bersih berbanding semasa di bawah pentadbiran GERAKAN walaupun hakikatnya, kekotoran Pulau Pinang dengan saliran yang tidak sempurna dan tersumbat boleh dilihat merata-rata, termasuklah menjadi salah satu punca banjir kilat di seluruh Pulau Pinang.

Sebelum ini, DAP bertepuk tangan kerana serangan yang dilancarkan oleh Tun Mahathir ke atas Najib Abdul Razak. Mereka terutama sekali menerusi Tony Pua cuba menjadi batu api untuk menggalakkan lebih konflik antara kedua-dua pemimpin UMNO tersebut. Sehinggalah Tun Mahathir mencabar Najib untuk berdebat, DAP bertambah seronok kerana melihat Najib akan semakin tersepit dan tertekan.

Namun, pada masa yang sama, Lim Guan Eng apabila diminta untuk berdebat dengan Tun Dr. Mahathir, segera menolak sebaliknya mencadangkan agar Najib menyambut cabaran tersebut. Lim Guan Eng membuat gesaan tersebut dalam satu sidang media hari ini. Katanya lagi, selain daripada menjawab semua soalan-soalan Tun Mahathir menerusi blog, Najib seharusnya menjawab cabaran debat itu dan menyelesaikan semua isu yang ditimbulkan.

Bagaimanapun, ketika ditanya reaksinya berhubung kritikan Mahathir yang dia juga seperti Najib perlu berundur, Lim Guan Eng dengan segera memberitahu, dia tidak berminat untuk terlibat dalam kemelut Mahathir-Najib, sebaliknya menyarankan agar mereka terus bergaduh sesama sendiri.

Lim Guan Eng menafikan semua kritikan Mahathir ke atasnya, sebaliknya dia menyalahkan Najib dan menyatakan, Najib yang perlu berdebat dengan bekas Perdana Menteri Malaysia itu, bukannya dia.

Menariknya dalam perseteruan antara Mahathir-Najib, dia sibuk nak tengok kedua-duanya terus bergasak, tetapi dalam hal PAS, lain pula cakapnya.


Hanya SEORANG MELAYU Dalam Kabinet Bayangan DAP... Itulah Nilai Melayu Di Mata DAP!

· 4 comments

DAP sedikit pun tidak hairan dengan kecaman orang ramai apabila sepucuk surat yang mendedahkan bagaimana RUMAH MAMPU MILIK Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya untuk seorang Melayu berbanding 52 Cina. Dan harga RUMAH MAMPU MILIK tersebut sebenarnya hanyalah MAMPU TENGOK memandangkan harganya melebihi RM300,000.

Barangkali sudah terlalu yakin yang DAP akan menguasai pentadbiran Malaysia pada PRU14 akan datang menerusi persekutuan dengan PKR dan PAS, hari ini, DAP mengeluarkan Kabinet Bayangannya sendiri, sekaligus menyanggah kabinet bayangan yang diutarakan oleh Wan Azizah Wan Ismail sehari sebelumnya. Dan tepatlah sebagaimana yang dinyatakan, DAP adalah Cina Chauvinist memandangkan hampir kesemua portfolio penting didominasi oleh Cina kecuali seorang Melayu dan tiga India.

Hari ini, DAP mengumumkan nama-nama Ahli Parlimennya yang menjadi sebahagian daripada Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat. Pengumuman tersebut adalah seiring dengan pengumuman Ketua Pembangkang Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan, Kabinet Bayangan Pakatan akan mengandungi Ahli-Ahli Parlimen dari setiap parti komponen bagi memenuhi setiap portfolio.

Senarai DAP itu mengandungi 18 portfolio dalam bidang penting kerajaan. Terdapat sekurang-kurangnya seorang timbalan bagi setiap menteri kecuali untuk menteri bagi hal ehwal Sabah dan hal ehwal Sarawak.

Pengumuman tersebut telah dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu sidang media.

Menurutnya, inisiatif tersebut merupakan usaha-usaha komprehensif DAP untuk membebaskan polisi selain perbahasan politik, sama ada di dalam mahupun di luar Parlimen. Menurutnya lagi, mereka mengambil pendekatan pragmatik dan bertanggungjawab untuk membahagi-bahagikan tanggungjawab di kalangan Ahli-Ahli Parlimen DAP. Tujuannya adalah untuk membina sebuah pasukan yang teguh yang menggalakkan penyertaan oleh setiap Ahli Parlimen dan menggalakkan kerjasama antara portfolio yang berlainan.

Senarai dari DAP adalah seperti di bawah:


PEGAWAI ATASAN TIDAK SENANG DENGAN PERANG YAGN DIISTYIHARKAN KETUA BALAI MENGLEMBU KE ATAS AH LONG TETAPI ORANGRAMAI MENYOKONGNYA

· 1 comments



Sebuah klip video yang memaparkan seorang pegawai polis mengugut dan menyelar ceti-ceti haram, menjadi viral di media sosial. Ketua Polis Balai Menghlembu, ASP Chen Ah Kooy yang lengkap berpakaian seragam dan bercermin mata hitam, 'menyerang' ceti-ceti haram atau Ah Long dalam klip video berdurasi 41 saat. Malahan, pegawai polis berkenaan turut mengancam ceti-ceti haram itu sekiranya mereka memasuki kawasannya dan berdegil untuk memasang iklan mereka.

"Sekiranya 10 orang Ah Long datang ke kawasan saya, saya akan bunuh kesemua mereka. Kalau anda tidak cukup berani atau gembira, hubungi peguam anda dan jumpa saya. Jangan kacau kawasan saya. Jangan pasang iklan-iklan seperti ini."

"Saya tidak mahu mengunakan wang Ah Long. Saya tidak mahu DAP dan MCA komplen tentang ini. Datang dan jumpa. Kita 'check how' (berlawan satu sama satu). Kita lawan. Anda ada pistol, keluarkan. Saya tahu, anda membelinya dari Thailand," kata Chen, sambil memaki hamun merkea.

Seorang lelaki tidak dikenali juga dilihat di dalam klip video tersebut sedang memegang sebuah pemidang yang mengiklankan perkidmatan pinjaman haram. Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan, OCPD Ipoh, Asst Comm Sum Chang Keong mengesahkan bahawa Chen adalah Ketua Balai Polis Menglembu.

Menurut Sum, walaupun niat Chen adalah baik, tindakannya tidak profesional dan kenyataannya yang dikeluarkannya tidak sesuai.

Terda[pat sekurang-kurangnya 14 kes membabitkan perkhidmatan pemberi pinjaman haram di Ipoh semenjak Januari lalu. Lima daripada kes tersebut berlaku di Menglembu.

Sebuah lagi akhbar harian berbahasa Cina melaporkan, mereka telah menghubungi nombor yang tertera pada pemidang di dalam klip video tersebut dan orang yang menjawab panggilan mengesahkan, lelaki yang tidak dikenali di dalam klip video berkenaan adalah salah seorang pekerjanya. Menurutnya, pekerjanya telah ditahan oleh polis ketika sedang menggantung pemidang iklan itu.

Lelaki berkenaan bagaimanapun, telah dibebaskan.

Walaupun sebilangan pihak berpendapat, tindakan ASP Chen Ah Koyy sebagai agak keterlaluan, namun rata-rata orang awam yang menonton klip video tersebut memuji-muji keberanian ASP Chen Ah Koyy malah disokong ramai.

Dua Ahli Parlimen DAP Sibuk Melawat Pusat Tahanan Belantik Untuk Jumpa PATI Rohingya Tapi Tak Setuju Pulau Jerejak Dijadikan Pusat Tahanan PATI

Saturday 16 May 2015 · 11 comments


Suatu ketika dahulu, Pulau Jerejak, Pulau Pinang cukup terkenal sebagai pusat tahanan. Bagaimanapun, akhirnya pusat tahanan di pulau tersebut telah ditutup bagi memberi laluan pembangunan dan pembinaan resort mewah.

Namun, rancangan membangunkan pulau tersebut terbantut di bawah pentadbiran Guan Eng. Sebaliknya pentadbiran Guan Eng dan DAP telah mengubah nama Pulau Jerejak menjadi Pulau Mazu atau Pulau Tokong. Perubahan nama pulau tersebut langsung tidak diwartakan seolah-olah Pulau Jerejak tidak berada dalam wilayah Negeri-Negeri Melayu atau lebih tepat lagi di dalam wilayah Malaysia sebaliknya berada secara total di bawah kekuasaan DAP dan Tokong Cina.

Isu pendatang haram Rohingya dan Bangladesh yang cuba masuk ke Indonesia dan Thailand tetapi telah dihalau oleh kedua-dua pemerintah negara terbabit, sedang hangat diperkatakan. Kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh ekstremis Buddha Myanmar yang rakus membunuh kaum Rohingya beragama Islam, membolehkan DAP dan konco-konco mereka berlagak sebagai hero penyelamat.

Difahamkan dua orang Ahli Parlimen DAP - Bukit Mertajam dan Bukit Bendera - bersama-sama wakil daripada beberapa NGO pro-DAP dan luar negara, cuba untuk memasuki Depot Tahanan di Belantik, Langkawi.

Sebelum itu, Dyana Sofya cuba mengajar Malaysia yang disifatkannya tidak berperi kemanusiaan kerana menganggap pelarian tersebut sebagai pendatang haram. Malah dia turut membidas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Wan Junaidi Tuanku jaafar yang menggelarkan kumpulan pelarian Myanmar dan Bangladesh tersebut sebaga pendatang tanpa izin dan mahu Malaysia berhenti daripada menjadi tuan rumah kepada mereka.

Selain daripada kekejaman dan kezaliman ekstremis Buddha, rakyat Rohingya dan Bangladesh juga sebenarnya terlibat dalam pemerdagangan manusia. Malaysia seringkali menjadi hub dan pusat pemerdagangan manusia oleh sindiket-sindiket berkenaan. Malahan dalam beberapa laporan, ada golongan yang mempunyai kaitan dengan parti-parti politik tertentu di Malaysia, mempunyai saham besar dalam pemerdagangan manusia.

Disebabkan itulah, mereka amat menentang pendaftaran secara biometrik melibatkan pendatang serta pekerja asing. Malahan usaha untuk mengekang kemasukan pendatang asing juga sangat ditentang dengan alasan-alasan kemanusiaan selain menggunakan alasan yang paling popular, kekurangan tenaga kerja.


Dyana Sofya cuba mengajar Kerajaan Malaysia agar lebih peka dengan isu kemanusiaan, malangnya pada masa yang sama, tidak pula mengusulkan agar suatu tempat dikhaskan untuk pelarian tersebut yang sebahagian besarnya adalah pelarian ekonomi sepertimana yang diamalkan oleh negara-negara di seluruh dunia.

Pulau Jerejak dilihat sebagai lokasi paling sesuai untuk menempatkan pendatang atau pelarian Rakhine itu, memandangkan ia pernah dijadikan pusat tahanan. Malaysia pernah menempatkan pelarian-pelarian dari Vietnam pada pertengahan 1970-an di Pulau Bidung dan kemudian memindahkan mereka ke Sungai Besi dalam kawasan yang dikawal dan berpagar.

Memandangkan DAP sedang cuba menjadi juara kemanusiaan walaupun pada masa yang sama, layanan mereka kepada rakyat Pulau Pinang amat tidak berperi kemanusiaan, mungkin ada baiknya Dyana Sofya, Ong Kian Min mahupun Lim Guan Eng sendiri menawarkan lokasi di Pulau Pinang untuk tujuan tersebut. Pastinya Kerajaan Malaysia akan sanggup dan mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Apatah lagi kuasa membabitkan tanah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri!

Atau DAP setakat mahu berlakon dan dianggap sebagai hero, tetapi ianya sekadar dilihat sahaja tetapi enggan bertanggungjawab?

Secara RASMI, TUN DR. MAHATHIR Isytihar Tidak Sokong Pentadbiran Najib Abdul Razak Lagi!

· 4 comments


Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengisytiharkan dirinya tidak memberi sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri kini, Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Beliau berkata demikian dalam program ‘Bicara Negara Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad’ di Ipoh petang ini.

Ujarnya, beliau telah menulis dan menghantar sepucuk surat memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan menyatakan pendiriannya untuk tidak memberi sokongan kepada pemimpin tersebut.

“Dia simpan surat itu dan tidak memberitahu.. tetapi menyuruh orang cakap kepada saya.. tarik lah surat itu, saya tak boleh tarik kerana tiada kesan,”.

“Orang ini tidak patut lagi menjadi Perdana Menteri, lama baru boleh saya sampai ke tahap itu ..saya marah kepada dia nasihat macam-macam tak jadi,” katanya.

Katanya beliau turut membuat perhintungan dan berpendapat bahawa UMNO akan berhadapan dengan kekalahan dalam pilihanraya ke-14 adalah berasas berdasarkan kajian yang telah dilakukannya begitu lama.

“Empat tahun Saya telah buat kajian tentang prestasi Najib apabila berlaku dalam pilihanraya-13 dia akhirnya gagal mendapat sokongan lebih daripada Pak Lah.. saya fikir kalau dia pimpin UMNO dalam pilihanraya ke-14 kita akan kalah.

“Orang Melayu sudah tidak sokong dah.. dia telah jadikan UMNO satu organisasi yang buruk yang orang tak suka ..banyak orang muda yang tak nak jadi ahli UMNO,” katanya.

Jelasnya lagi, UMNO dahulunya merupakan satu badan yang berjuang memerdekakan negara ini dan tampil berjuang menentang Malayan Union serta turut berjuang membangunkan negara selama 60 tahun.

“UMNO lah menerajui negara ini dengan jayanya tetapi saya dapati orang UMNO pun tak sokong dan kita tak boleh fikir kita akan menang hanya kerana undi orang UMNO sahaja,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, UMNO masih memerlukan sokongan daripada bukan ahlinya dan juga pengundi Cina dan India.

“Dia tidak boleh baca perasaan rakyat kerana dia tidak berdamping seperti bapanya dulu pergi ke kampung-kampung,”.

“Saya telah buat perhitungan bahawa saya berpendapat bahawa Najib tidak boleh menang dalam pilihanraya ke-14, ini bukan bersifat peribadi saya membuat perkiraan demi kepentingan parti, bangsa, agama dan negara,” katanya.

“Tidak boleh membiarkan sokongan kepada individu satu sahaja dan menidakkan sokongan kepada agama, bangsa dan negara”.katanya tegas.

Beliau juga menyatakan pendiriannya untuk tidak merelakan UMNO terkubur begitu sahaja biarpun merasakan ada segelintir pihak tampil memarahinya diatas tindakan dan pendiriannya tidak menyokong pemimpin nombor satu itu.

“Kalau Najib pimpin dan kalah saya fikir UMNO akan lenyap.. ini satu badan bertuah berjuang begitu lama yang didirikan bersama Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak, anak sendiri yang bagi hancur UMNO,” katanya. - PerakToday

Tun Mahathir Dedahkan, SPEAKER DEWAN RAKYAT Sudah Pun Letak Jawatan!

· 4 comments

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan Tan Sri Pandikar Amin Mulia sudah mengumumkan peletakan jawatannya sebagai speaker Dewan Rakyat.

"Speaker sudah berhenti. Sekarang timbalan ambil alih," katanya dalam satu program Bicara Negara yang diadakan di Ipoh, Perak hari ini.

Bekas perdana menteri itu berkata jawatan speaker akan diambil alih oleh timbalannya yang akan meneruskan sesi Dewan Rakyat Isnin ini. – 16 Mei, 2015. (SUMBER)

Pakatan Tuduh Kerajaan BN Mahu Kenakan Tol Ke Atas Penunggang Motosikal, Hansard Parlimen Pula Buktikan, Pakatan Yang Cadangkannya!

· 4 comments

Tiba-tiba tersebar berita palsu kononnya Putrajaya sedang mempertimbangkan bayaran tol untuk penunggang motosikal di seluruh negara.Malah berita lama dan basi yang pernah di siarkan akhbar berbahasa Cina turut disebarkan dan Pengarang Nanyang,Foo Tick Fat,sendiri mengakui ia berita lama.

Berita palsu yang tersebar di media sosial itu juga jelas berniat jahat apabila turut memetik Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.Apa yang disebarkan di media sosial termasuk dalam bentuk infografik itu sebenarnya adalah dakyah palsu pembangkang yang cuba memburukkan kerajaan dan pemimpin BN.

Sebenarnya orang yang bertanggungjawab mencadangkan Tol dikenakan terhadap penunggang motosikal ialah pemimpin pembangkang yang juga Ahli Parlimen Kuantan, Hajah Fuziah binti Salleh.Laporan yang disebar semula di laman sosial adalah berita lama yang dikitar semula dan ia tidak betul sama sekali.

Semak hansard Parlimen bertarikh 12 November 2013 untuk mendapat berita yang sahih dan tepat Petikan hansard antara lain adalah seperti berikut ;

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] : minta Menteri Kerja Raya menyatakan sebab sebab motosikal berkuasa tinggi tidak perlu membayar tol walaupun mempunyai CC yang besar dan ada kalanya setaraf dengan sebuah kereta. Menteri Kerja Raya

[Datuk Haji Fadillah bin Yusof] : Bismillahi Rahmani Rahim.Tuan Yang di-Pertua,terima kasih Yang Berhormat Kuantan.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,berkenan dengan tol di lebuh raya negara ini ditentukan mengikut kapasiti enjin atau CC kenderaan tetapi sebaliknya ia dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan itu.Sehubungan itu motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar ataupun dua roda iaitu motosikal yang dikecualikan daripada kutipan tol.Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Link Kedua Malaysia–Singapura iaitu di Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana motosikal turut dikenakan tol.Penetapan tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984. Terima kasih.

Puan Hajah Fuziah binti Salleh [Kuantan] : Terima kasih atas jawapan daripada Yang Berhormat Menteri.Sebenarnya Tuan Yang di-Pertua,aduan ini banyak datang daripada pengguna-pengguna jalan raya yang merasakan ketidakadilan di dalam hal ini.Ini kerana kalau kita tengok kereta kancil,mereka bayar tol dan orang yang pakai kereta kancil ialah orang yang tidak ada kemampuan untuk beli kereta mewah berbanding dengan orang yang beli motosikal besar.Motosikal besar ini ada yang lebih mahal daripada kereta kancil.Jadi persoalan saya,sepatutnya memang kita tidak bayar tol semuanya.Kalau ikut Pakatan Rakyat semua tidak payah bayar tol.Akan tetapi adakah usaha daripada pihak kementerian untuk mengkaji semula dan untuk melihat dan meneliti supaya berlaku keadilan dalam isu ini dan tidak berlaku zalim kepada pengguna-pengguna jalan raya seperti yang bawa kereta kancil ini berbanding dengan motosikal besar? Terima kasih.



Menteri Kerja Raya [Datuk Haji Fadillah bin Yusof] : Bismillahi Rahmani Rahim.Tuan Yang di-Pertua, terima kasih Yang Berhormat Kuantan.Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,berkenaan dengan tol di lebuh raya negara ini ditentukan mengikut kapasiti enjin ataupun CC kenderaan tetapi sebaliknya ia dibuat berasaskan kelas ataupun jenis kenderaan itu.Sehubungan itu motosikal berkuasa tinggi tidak dikenakan kutipan tol kerana ia termasuk di bawah kategori kenderaan dua gandar ataupun dua roda iaitu motosikal yang dikecualikan daripada kutipan tol.Ini termaktub dalam hampir semua perjanjian konsesi lebuh raya kecuali di Lebuhraya Link Kedua Malaysia–Singapura iaitu di Plaza Tol Tanjung Kupang dan di Jambatan Pulau Pinang di mana motosikal turut dikenakan tol. Penetapan tol untuk kelas atau jenis kenderaan ini adalah berasaskan kepada Akta Jalan Jalan Persekutuan (Pengurusan Persendirian) 1984.Terima kasih.

Untuk hansard penuh boleh semak di laman web Parlimen Malaysia.Jika di semak kandungan hansard orang yang beria-ia mahu Tol dikenakan terhadap penunggang motosikal adalah pemimpin PKR iaitu Ahli Parlimen Kuantan,bukan pemimpin BN.Justeru orang ramai tidak seharusnya cepat terpedaya,sebaliknya semak kesahihan berita yang disebarkan terlebih dahulu.

EKORAN AHLI PARLIMEN PKR MIRI DIPUKUL KAYU BESBOL... PKR TUDUH MASALAH POLITIK, SAKSI KATA ISU HARGA PENGGUGURAN ANAK

· 12 comments

Semalam, Ahli Parlimen Miri yang seringkali dituduh melakukan pengguguran haram di kliniknya di Miri, mengalami kecederaan pada bahagian belakang leher akibat dipukul dengan kayu besbol pada jam 8:15 pagi. 

Menariknya PKR dalam cubaan untuk mengaburi hakikat sebenar, menyalahkan Barisan Nasional. Kononnya, dia telah diserang kerana tidak puas hati berhubung masalah politik.

Namun daripada maklumat yang diperolehi, lain pula cerita yang sampai.

Seorang saksi memberitahu, beberapa hari sebelum kejadian, berlaku pertengkaran antara Dr. Michael Teo Yu Keng dengan seorang lelaki berhubung harga pengguguran yang dikenakan. Beberapa orang pelanggan yang datang ke klinik tersebut juga telah memaki dan membuat ugutan sebelum beredar dari klinik. 

Klinik yang terletak di Jalan Sri Dagang itu sebelum ini, sudah lama didakwa sebagai tempat pengguguran haram pada kos yang dianggap rendah.

Beberapa kejadian sebelum ini melibatkan Dr. Michael Teo Yu Keng dan pengguguran haram, telah didedahkan oleh pelbagai pihak. Namun sehingga kini, kliniknya tetap beroperasi seperti biasa dan Dr. Michael Teo Yu Keng pula masih menjadi pengamal perubatan, bahkan pada PRU-13 lalu, dia tetap juga menjadi Ahli Parlimen Miri.



Doktor tersebut walaubagaimanapun dilaporkan dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Hospital Besar Miri.

Apa sebenar yang berlaku? Adakah benar seperti didakwa PKR bahawa kejadian tersebut berpunca daripada masalah politik atau sebenarnya seperti yang didakwa oleh saksi, Michael Teo Yu Keng diserang dari arah belakang sehingga patah tulang tengkuk kerana harga pengguguran yang menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pelanggannya?

Atau semua ini hanyalah satu drama memandangkan tiada sesiapa pun yang dapat mengecam orang yang telah menyerang Michael Teo walaupun pihaknya mendakwa, penyerangnya seorang lelaki, melarikan diri dengan sebuah kereta dan berlalu laju sehingga tiada sesiapa pun yang sempat menyalin atau cam nombor pendaftaran kereta yang digunakan oleh penyerang?


PENYOKONG PKR SIFATKAN MUKA PRESIDEN PAS DITAMPAL KULIT BABI

Friday 15 May 2015 · 0 comments


Walau apa pun hakikat penghinaan yang dilemparkan kepada PAS oleh para penyokong PKR, namun PAS tetap mengarahkan para penyokongnya agar terus bersetia dan memberikan sokongan kepada PKR. Dan ini telah terbukti menerusi kemenangan selesa Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini. Malah sekalipun Wan Azizah menang di Permatang Pauh dengan sokongan daripada ahli-ahli PAS Permatang Pauh, Presiden PKR itu secara simboliknya meneruskan penghinaan ke atas PAS dengan membuat kenduri doa selamat dan kesyukuran di Istana Bukit Segambut yang letaknya lebih 400 kilometer dari Permatang Pauh.

DAP Selangor menerusi Teng Chang Kim pula membalas kemarahan PAS Kelantan ke atas sikap biadap Lim Kit Siang yang dijemput PASMA untuk berucap dan menghina hudud di Kota Bharu beberapa hari lepas, dengan menghalau PAS keluar dari Selangor.

Katanya, PAS tidak perlu mengadakan sebarang program utama di Selangor kerana tindakan tersebut dianggap tidak menghormati pendirian tuan rumah iaitu Selangor.

Walaupun kedudukan penting DAP di dalam pentadbiran negeri Selangor sebenarnya adalah sumbangan PAS, memandangkan kemenangan DAP untuk 15 kerusi DUN sahaja tidak mencukupi bagi pembentukan sebuah negeri, namun DAP yang sangat tahu tentang keperluan PAS ke atas mereka, secara terang-terang menghina PAS.

Barangkali tepatlah perumpaaan yang diberikan oleh penyokong tegar PKR itu kepada Presiden PAS kerana walau apa pun yang telah dibuat oleh DAP dan PKR ke atas PAS, PAS dan presidennya tetap juga terhegeh-hegeh menagih kasih sayang serta simpati daripada kedua-dua parti tersebut.

Anehnya, untuk mendapatkan sokongan bagi hudud, PAS pandai pula memujuk UMNO yang amat dimusuhinya, malah pernah dikafirkannya!

BUKTI WUJUDNYA MUSANG BERBULU AYAM DAN GUNTING DALAM LIPATAN DI PEJABAT PERDANA MENTERI SENDIRI

· 3 comments

Seringkali kali ramai yang menyatakan kehairanan bagaimana pihak Pakatan boleh tahu terlalu banyak perkara rahsia membabitkan dasar-dasar kerajaan yang kemudiannya dipolitikkan oleh Pakatan terutama sekali oleh Saifuddin Nasution dan Rafizi Ramli.

Isu kebankrapan ADUN Lenggeng tidaklah begitu menggemparkan kerana sejurus selepas memenangi kerusi DUN Lenggeng pada PRU-13 lalu, pihak lawan telah pun menemui kaedah untuk merampas kerusi tersebut menerusi ketidakabsahan kedudukannya selaku ADUN.

Yang menimbulkan kehairanan ialah bagaimana surat dari Pejabat Perdana Menteri yang ditandatangani oleh Dato' Shahlan Ismail yang merupakan Pengarah Bahagian Perancangan Strategik boleh terdedah?

Kalau surat daripada Pengarah Bahagian Perancangan Strategik pun tidak lagi strategik dan rahsia, bermakna surat-surat lain mahupun dokumen-dokumen lain dari Pejabat Perdana Menteri, tidaklah sukar diperolehi kerana terdapat ramai pengkhianat yang tidak sabar-sabar mahu membocorkan segala rahsia kepada awam.

Pastinya, penyiaran gambar surat daripada Sahlan Ismail yang diperolehi dari WhatsApp dan Facebook itu bakal digunakan untuk memutarbelitkan dan melakukan pembohongan seperti mana yang dibuat sebelum ini. Malah tidak mustahil juga sekiranya Pakatan Rakyat cuba menggambarkan Pejabat Perdana Menteri sedang cuba merasuah pihak yang memufliskan ADUN Lenggeng menerusi 'penyelesaian luar mahkamah', sekaligus memastikan kerusi DUN Lenggeng kekal di tangan UMNO-BN.

BARTER TRADE DAN KELONGGARAN UNDANG-UNDANG, MENYAKSIKAN SATU LAGI KES PENCULIKAN BERLAKU DI SABAH

· 0 comments


Sekali lagi, sistem BARTER-TRADE dan undang-undang pencegahan awal telah dihapuskan, membuktikan gejala warga asing menyeberang masuk ke wilayah Malaysia dan melakukan jenayah terus menjadi-jadi. 

Satu lagi kes serangan, rompakan dan penculikan telah berlaku di Sabah meskipun ESSCOM dan beberapa agensi keselamatan lain dikatakan ketat mengawal perairan Sabah. Kaum peguam yang merupakan ahli Majlis Peguam dan puak Pakatan Rakyat yang cukup kuat menentang undang-undang pencegahan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, langsung tidak bersuara sebaliknya cuba menyalahkan pihak keselamatan berhubung kes baru ini. 

Antara kepincangan dalam kelonggaran undang-undang kawalan selepas Akta ISA dihapuskan ialah, sesuatu kejadian jenayah tersebut perlu terlebih dahulu terjadi kerana selagi tidak berlaku kejadian tersebut, pihak keselamatan tidak boleh menangkap atau menahan suspek kerana dianggap tidak ada bukti. Bila tidak ada bukti, maka tidak boleh menangkap atau menahan atau mencegah. 


Barter trade yang telah dijalankan secara tradisi di wilayah yang bersempadan dengan selatan Filipina juga, turut memberikan kebebasan kepada penjenayah dan lanun warga Filipina untuk menjarah serta menceroboh wilayah serta keselamatan Malaysia. 

Sudah banyak cadangan agar perniagaan barter trade dihentikan dan secara tidak langsung, pemberhentian tersebut akan turut menyekat kemasukan secara bebas lanun dan penjenayah yang menyamar sebagai pedagang barter trade. Namun disebabkan sikap tamak dan kabur mata untuk untung cepat, banyak pula pihak yang tidak bersetuju barter trade dihentikan. Alasan yang diberikan adalah menjana ekonomi. 


Menariknya, menjana ekonomi yang dimaksudkan adalah BALIK-BALIK KENA CULIK dan PELANCONG SEMAKIN TAKUT untuk melancong di kawasan terbabit. Harga tebusan pula bukannya semakin lama semakin kecil bahkan semakin tinggi. 

Cadangan pemberhentian amalan barter trade dilihat sebagai merugikan beberapa pihak kerana komisyen yang menjadi punca kemewahan mereka, turut berhenti. 

Dalam kejadian terbaru, iaitu berlaku pada jam lebih kurang 7:50 malam di Restoran Ocean King, sekumpulan lelaki bersenjata warga Filipina yang datang dengan menaiki bot, telah merompak dan menculik seorang lelaki dan seorang wanita. 


Thien Nyuk Fun, wanita berusia 48 tahun dan pelancong dari Sarawak berumur 50 tahun dilarikan sekumpulan empat lelaki dipercayai bersenjatakan pistol dan M16 dengan dua lagi suspek menunggu di bot.
Ketika kejadian, wanita yang juga adik ipar kepada pemilik restoran berkenaan berada di kaunter, manakala lelaki terbabit berada di meja makan bersama isteri dan seorang rakan.

Difahamkan, kumpulan bersenjata terbabit muncul secara tiba-tiba dari arah laut dan hanya mengambil masa kira-kira seminit untuk melarikan kedua-dua mangsa dengan sebuah bot laju.

Mereka kemudian dilihat melarikan diri ke arah perairan antarabangsa, dipercayai menghala ke negara jiran.

Pengurus restoran, Chung Yun Thiam, 60, berkata ketika kejadian ada kira-kira 80 pelanggan sedang menikmati makan malam sebelum tiba-tiba muncul empat lelaki bersenjata terbabit.

Katanya, semua lelaki terbabit memakai pakaian celoreng tetapi tidak bertopeng dengan seorang daripadanya membawa senapang jenis M16 dan peluru disangkut pada badannya.

"Menyedari kehadiran empat lelaki bersenjata itu, semua pelanggan lari untuk menyelamatkan diri, namun mangsa wanita dan lelaki berkenaan tidak sempat lari," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Seperti biasa, apabila berlaku kejadian berulang seperti itu, Pesuruhjaya Polis Sabah sekadar menyatakan, pihaknya masih menyiasat dan mengkaji fakta kejadian. Yang pasti, ESSCOM dan PDRM sekali lagi akan menjadi mangsa belasahan dan kemarahan ramai berhubung peristiwa penculikan berulang di Sabah membabitkan lanun-lanun dari Selatan Filipina.


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks