Deraf Waran Tangkap Palsu Ke Atas Najib Abdul Razak, Dedahkan Konspirasi Besar Dalang Tertentu Untuk Hancurkan Negara Ini

Friday, 31 July 2015 | 4 comments

Apabila Sarawak Report dengan penuh bangganya menyiarkan deraf waran tangkap yang sebenarnya merupakan deraf kertas pertuduhan kepada umum, sekaligus cuba mengaitkannya dengan pemecatan Abdul Ghani Patail daripada jawatan Peguam Negara, ada banyak pihak yang mulai menyebarkan khabar-khabar angin dan teori-teori konspirasi yang tidak kurang menariknya.

Namun, walau apa pun teori yang dibentangkan dan cuba didendangkan, hakikatnya deraf itu sendiri adalah satu fitnah yang cuba membodoh-bodohkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Tidak menghairankan apabila ramai rakyat Malaysia yang cukup bodoh untuk mempercayai laporan Sarawak Report.


Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung fitnah berkenaan:

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA

30 Julai 2015

1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.

2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.

3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.

4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah.

STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA

30 July 2015

1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false.

2. T‎he alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General’s Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers. ‎

3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance.

4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.

5. This plot represents a threat to Malaysia’s democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty. ‎

TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA


Bagi yang percaya bahawa apa yang disiarkan oleh Sarawak Report tersebut adalah tulen, mereka barangkali tidak tahu, yang disiarkan itu adalah kertas pertduuhan. Bagaimana kertas pertuduhan didraf walhal tidak pernah kedengaran Perdana Menteri disoalsiasat mahupn mana-mana individu termasuk pegawai Ambank dipanggil untuk memberikan keterangan?

Pejabat Timbalan Pendakwaraya tidak akan mendraf kertas pertuduhan tanpa Pegawai Penyiasat mengemukakan Investigation Diary (ID) kepada mereka. Itu bermakna siasatan sudah lengkap untuk buat pertuduhan di mahkamah.

Kenapa perlu waran tangkap sedangkan Perdana Menteri hampir setiap hari dipaparkan di media-media di mana dia berada? Waran Tangkap lazimya dikeluarkan apabila anda tidak hadir di mahkamah tanpa sebarang alasan.


UMNO, PMO, Pejabat Peguam Negara sendiri, mahupun Najib Abdul Razak perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebar dan pencipta fitnah ini. Bantahan dan desakan perlu dibuat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia agar kerajaan negara itu mengambil tindakan ke atas Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown yang tidak henti-henti menabur fitnah serta menggunakan dokumen-dokumen palsu untuk mencetuskan kegelisahan serta menggugat kestabilan di negara ini.

AMARAN KERAS IGP: Jangan Buat Demo Haram di Sogo Pada 1 Ogos Nanti!

Thursday, 30 July 2015 | 11 comments


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran keras kepada penganjur protes yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini supaya tidak menggugat keselamatan negara.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang mengajak rakyat ke jalanan bagi tujuan menjatuhkan kerajaan, seperti mana yang mahu dicapai oleh penganjur protes terbabit.

Beliau turut memberitahu, polis akan menyiasat maklumat yang tersebar menerusi media berhubung protes jalanan itu dan mahu penganjur menafikannya jika ia tidak benar.

“Kita ada undang-undang dan bukan boleh buat sebarangan untuk jatuhkan kerajaan. Kita ada cara ikut perlembagaan untuk tukar kerajaan, itu peringatan saya yang terakhir,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran maklumat berhubung protes itu yang dirancang diadakan di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Khalid berkata sekiranya penganjur protes itu masih tidak mahu bertanggungjawab tentang penyebaran maklumat mengenainya, siasatan akan dijalankan dan mereka bakal berdepan tindakan tegas oleh polis.

Katanya sebarang perhimpunan di negara ini boleh dianjurkan namun mereka mesti patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebuah portal berita semalam menerbitkan satu kenyataan media sebuah kumpulan menamakan diri mereka sebagai ‘Demi Malaysia’ yang dikatakan bertanggunjawab menganjurkan protes tersebut.

Satu Demi Satu NASIHAT MAHATHIR Dituruti Najib, Adakah Mahathir Akan Terus Marahkan Najib?

Tuesday, 28 July 2015 | 17 comments


Antara alasan yang kerap diberikan oleh penyokong pro-Tun untuk menyalahkan Najib adalah, Najib keras kepala dan langsung tidak mahu ikut cakap Mahathir. Daripada jambatan bengkok sehinggalah mempercepatkan bantuan dan peruntukan R&D kepada Proton.

Namun sedar tidak sedar, Najib sebenarnya telah lama menghabiskan kerja-kerja Mahathir yang tersangkut pada zaman Abdullah Badawi dahulu. Landasan berkembar keretapi yang menganjur dari Padang Besar sehingga ke Johor Bahru telah disiapkan dan pada masa yang sama, memperbaiki dan menaiktarafkan landasan keretapi ke Pantai Timur yang rosak akibat banjir besar hujung tahun lepas.

Najib juga telah menghentikan penjualan pasir kepada Singapura yang amat dipergiatkan oleh pentadbiran Abdullah Badawi. Walaupun pada masa yang sama, Najib mengalah kepada tuntutan serahan tanah landasan keretapi sehingga ke Tanjong Pagar, tetapi tanah gantian yang diberikan oleh Kerajaan Singapura yang terletak di kawasan tebusguna dan bernilai tinggi di Sentosa, jauh lebih bernilai berbanding tanah jajaran keretapi itu.


Mahathir menyatakan kalaulah dia masih berkuasa, maka dia akan menutup serta menyekat Internet. Najib kemudiannya telah menguatkuasakan undang-undang anti hasutan. Beberapa portal berita dalam talian yang selama ini bebas menfitnah dan mengadu domba termasuklah memainkan isu-isu sensitif terutama dalam hal menghina agama Islam, telah dikenakan tindakan. Ramai juga pengguna Internet terutama sekali Facebook yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Ramai yang telah dan sedang menerima hukuman penjara kerana kesalahan menghina Islam dan Melayu.

Mahathir menyatakan, kalau masih berkuasa, dia akan memecat sesiapa sahaja yang tidak senada dengannya. Itulah yang dilakukan oleh Najib hari ini.

Berkenaan 1MDB, selagi dalam siasatan, kes tersebut tidak seharusnya dibincangkan dan ditimbang mengikut neraca politik. Tindakan yang sama dilakukan oleh Mahathir sewaktu dia berkuasa dahulu terutama dalam isu-isu seperti Koperasi UMNO (KUB) dan PERWAJA. Najib telah mengikut semua nasihat dan teladan Mahathir.

Justeru, timbul persoalan, adakah selepas ini, Mahathir akan terus memekak dan menyerang Najib Abdul Razak dan menyifatkan Najib sebagai Perdana Menteri yang lembik?


SAH! MUHYIDDIN YASSIN DIPECAT DARI JAWATAN TPM DAN DIGANTIKAN OLEH AHMAD ZAHID HAMIDI!


Berita jam 1:30 TV3 sebentar tadi mengesahkan yang Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatannya oleh Perdana Menteri dan kini jawatan tersebut digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Turut menerima 'hukuman' penyingkiran adalah beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan dalam usaha untuk memantapkan pentadbiran dan memastikan kelancaran pengurusan negara terutama dalam menangani beberapa isu besar.

Butiran lanjut akan menyusul.

Patutlah LIM KIT SIANG Menyalak Sakan, Puak-Puak Dia Mula Diburu Bank Negara!

Friday, 24 July 2015 | 7 comments

Bank Negara Malaysia (BNM) mencari dua individu bagi membantu siasatan berhubung kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam status Facebook rasmi, BNM memuatkan gambar dua individu yang dicari itu iaitu Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan.

Kedua-duanya dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Alamat terakhir Casey Tang ialah di No. 112, Jalan 5/149G Taman Seri Endah, 57000 Kuala Lumpur.

Manakala Loo, 42, alamat terakhir 25, Jalan Seri Beringin 2, Damansara Heights, 50480 Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan individu ini boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di talian 03-26988044 sambungan 8544/7610 atau boleh membuat laporan di balai polis berdekatan,” kata BNM.

Casey Tang merupakan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Bahagian Pembangunan Perniagaan secara kontrak tiga tahun berakhir Mac 2011 sebelum jawatan tersebut diambil alih Jasmine Loo yang sebelum itu di Bahagian Strategi.

Tiada ganjaran ditawarkan kepada pemberi maklumat.


Menurut Sarawak Report, Loo adalah Pengarah Eksekutif Pematuhan dan Perundangan Kumpulan Perbankan Utama Bhd (UBG) dan telah menyertai 1MDB pada 2011 sebagai Pengarah Eksekutif Strategi Kmpulan di samping mengekalkan jawatannya di UBG dan Pengarah Putrajaya Perdana Berhad.

Tang pula adalah bekas Pengarah Eksekutif 1MDB dan telah didakwa bekerjasama dengan Low Taek Jho dan eksekutif PetroSaudi International untuk membolehkan 1MDB memperolehi nota murabaha bernilai USD500 juta.

The Edge Weekly pula melaporkan pada 7 Jun bahawa Low telah menggunakan sekitar USD260 juta wang tersebut untuk membeli UBG Bhd dan Tang serta Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Nik Faisal Nik Kamil bekerjasama dengannya dan PetroSaudi dalam pengambilalihan UBG.

TONG KOII ONG, Orang Yang Dituduh Cuba Menggulingkan Kerajaan Dengan Penurunan Nilai Ringgit dan 1MDB, Akhirnya Buat Pengakuan Mengejutkan


Nama Tong Koii Ong bukanlah asing. Bekas ahli perbankan pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan yang turut menjadikan bank miliknya, Phillieo Allied sebagai tempat mendeposit wang-wang dari sumber yang diragui selain menjadi tempat berlabuhnya beberapa orang kroni rapat Anwar Ibrahim, termasuklah isteri Azmin Ali, Shamsidar Tahir, juga merupakan pemilik The Malaysian Insider dan The Edge yang telah sekian lama menggunakan media untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Anwar Ibrahim, selain bertindak menghuru-harakan negara dengan laporan-laporan yang bersifat subversif.

Pengakuan bertulis yang dibuat oleh Xavier Justo dalam surat mempunyai 22 halaman kepada polis Thailand bagaikan memerangkap Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, selain Clare Brown dan Tony Pua serta Rafizi Ramli.

Dengan Wall Street Journal pula mengubah pendirian mereka daripada 'MENUDUH NAJIB MENGGUNAKAN AKAUN PERIBADI' untuk mencuri RM700 juta kepada 'PERCAYA, AKAUN PERIBADI NAJIB' digunakan untuk kemasukan RM700 juta, perubahan besar sedang berlaku sebelum perjanjian TPPA dimuktamadkan menjelang lawatan kali kedua Barrack Obama ke Malaysia pada November nanti.

Tong Koii Ong dalam pengakuannya, telah membenarkan kata-kata Xavier Justo bahawa dia telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. Tong Koii Ong mengakui yang ahli perniagaan Malaysia itu adalah dirinya. Sekaligus, pengakuan Tong Koii Ong itu juga telah membenarkan pengakuan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang kredibilitinya cuba dihancurkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli agar kenyataan serta pengakuannya tidak diterima awam.

Namun alasan yang diberikan oleh Tong Koii Ong yang data-data tersebut dicuri dan Xavier Justo diperdaya hanyalah untuk penyiaran bagi mendapatkan kebenaran, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Ini adalah kerana Polis Thailand dan Polis Singapura telah pun mengesahkan data-data yang disiarkan oleh The Edge, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan digunakan sebagai hujah oleh Tony Pua serta Rafizi Ramli merupakan data-data yang telah diubahsuai dan dipinda bagi mencapai maksud bagi tujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia.

Hanya selepas terdesak dan hanya selepas pembetulan kembali dilakukan, barulah kesemua data curi tersebut diserahkan kepada polis dengan harapan, PDRM sendiri yang akan membuat 'cucian' The Edge dan Sarawak Report tidak meminda dokumen-dokumen berkenaan.

Buat masa sekarang, hanya Ho Kay Tat yang berada dalam soalsiasat polis. Giliran Tong Koii Ong, Tony Pua dan Rafizi Ramli belum muncul lagi walaupun mereka dilihat tergesa-gesa untuk melarikan diri ke luar negara kalau tidak kerana sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.

Mereka masih dikira beruntung kerana berbuat begitu di Malaysia. Kalaulah kesemua mereka melakukan kesalahan yang sama di China, sudah tentu sekarang ini ahli-ahli keluarga mereka terpaksa mengumpulkan wang untuk membeli peluru yang akan digunakan oleh pasukan penembak hukuman mati untuk membunuh kesemua mereka!


SUSPEK Penyamar PAPAGOMO ORIGINAL Hanyalah Pembantu Kedai dan Telah Direman Di Seri Iskandar

Thursday, 23 July 2015 | 2 comments



Seorang pembantu kedai berusia 26 tahun direman kerana didakwa mengendalikan halaman Facebook 'Papagomo Original' yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, lelaki itu ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan dijangka dibebaskan atas jaminan polis pada Khamis

Suspek didakwa mewujudkan dan mengendalikan halaman Facebook itu dengan mendakwa ia mempunyai kaitan dengan Papagomo yang sebenar, iaitu penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang ditahan kerana didakwa memuat naik maklumat tidak benar yang memberi kesan kepada insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Halaman Facebook itu mengeluarkan status perkauman dan memutarbelitkan insiden pergaduhan baru-baru ini membabitkan pusat membeli-belah lain.

Suspek turut memuat naik kononnya merupakan perbualan aplikasi WhatsApp antaranya bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwa meminta imbuhan untuk "menyelesaikan" kes Papagomo ketika itu.

Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan itu, manakala Papagomo yang sebenar dan peguamnya menjauhkan diri daripada halaman Facebook itu.

Lelaki itu ditahan di kediaman di Bandar University Seri Iskandar pada Rabu, di mana polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan halaman berkenaan.

KETUA POLIS NEGARA Arahkan Pengendali Twitter REPUBLIC OF SARAWAK Dikesan dan Ditangkap!

Wednesday, 22 July 2015 | 4 comments


Dalam twitternya, Ketua Polis Negara tidak langsung secara telus mengeluarkan arahan kepada pasukan siber anti jenayah PDRM, PCIRC untuk mengesan, menyiasat dan menahan pengendali Twitter Republic of Sarawak yang juga merupakan penyokong kuat S4S yang mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.

Hari ini juga, PCIRC telah berjaya mengesan dan seterusnya menangkap seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama PAPAGOMO ORIGINAL yang cuba menfitnah Ketua Polis Negara dan seorang lelaki bernama Muhammad Azri di Perak. Lelaki yang berusia 26 tahun itu kini ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Semalam, Ketua Polis Negara telah memberikan amaran kepada kepada penganjur dan AJK S4S yang mengadakan perhimpunan haram di Padang Jubilee namun tidak diendahkan. Sebaliknya mereka pula memberi amaran dan desakan agar Pesuruhjaya Polis Sarawak meletak jawatan kerana beliau bukan merupakan orang Sarawak dan dianggap sebagai 'penjajah dari Malaya'.

Secara tidak langsung, S4S dan orang-orang mereka menghalau kesemua anggota-anggota keselamatan yang berasal dari Semenanjung agar membolehkan mereka berbuat apa-apa sahaja.

Atau lebih tepat lagi untuk menjadkan Sarawak sebagai sebuah Republik yang bebas daripada Malaysia.

S4S dikuasai dan digerakkan oleh orang-orang Cina yang telah mendapat banyak projek serta mengumpulkan kekayaan luar biasa dengan menjadikan masyarakat Pribumi dan Bumiputera sebagai macai barisan hadapan mereka.


Awal-awal lagi, DAP telah mempersoalkan tentang undang-undang membabitkan tanah adat dan tanah Bumiputera yang tidak boleh mereka kuasa serta menghalang penguasaan mereka ke atas Sarawak. Cubaan menimbulkan kebencian kepada kepimpinan Bumiputera telah disemarakkan oleh DAP dengan menjadikan masyarakat Iban sebagai dasar mereka.

Menariknya, sekalipun DAP merupakan parti dari Semenanjung dan mengakui yang mereka tidak berteraskan bangsa, kesemua ADUN DAP Sarawak adalah berbangsa Cina, sama seperti pemimpin-pemimpin S4S.

Pada zaman darurat, Parti Komunis Kalimantan (PKK) yang dianggotai majoritinya berbangsa Cina telah membunuh dan menzalimi ramai masyarakat pribumi dan Bumiputera di Sarawak dalam usaha mereka mewujudkan emparan Empayar China Komunis yang menganjur dari Negara China, IndoChina, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia dan Kalimantan serta Filipina.

Kini cubaan memerdekakan Sarawak dilihat mengulangi cubaan Parti Komunis Kalimantan yang telah berkubur hasil kerjasama pasukan keselamatan yang dianggotai oleh anak-anak tempatan dan Semenanjung. Cubaan sekarang, tidak lagi menggunakan senjata sebaliknya mereka berdalih dan menyusup masuk dengan menggunakan demokrasi dan entiti politik.

Justeru, arahan Ketua Polis Negara agar pengendali Twitter Republic of Sarawak dikesan, disiasatan dan ditahan adalah satu-satunya tindakan perlu.

PDRM tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan politik oleh S4S. Mereka perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri.


Adakah SARAWAK FOR SARAWAKIANS Berani Melabelkan Rosli Dhobi dan Sharif Mashor Sebagai Lanun Sebagaimana James Brooke Labelkan Rentap Sungai Sekrang?


Pada hari ini dalam tahun 1963, Sarawak telah dikeluarkan daripada jajahan Crown British. Walau bagaimanapun, Sarawak tidak mencapai kemerdekaan sebagaimana yang cuba digambarkan oleh para penyokong dan pembesar-pembesar S4S dan puak-puak pemisah Sarawak dari Malaysia.

Kerajaan Interim Sarawak tidak mempunyai sebarang kuasa kerana sebahagian daripada pentadbiran dan pengurusan negeri Sarawak kekal di bawah penguasaan British. Sarawak hanya merdeka sepenuhnya daripada British pada 31 Ogos 1963 apabila menyertai Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, disebabkan Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia, 'Ganyang Malaysia' dan tuntutan Filipina ke atas Sabah, tarikh 31 Ogos 1963 telah diganjakkan menjadi 16 September 1963 sebagai tarikh rasmi penubuhan Malaysia.

Awal sebelum itu, sebelum tahun 1841, Sarawak adalah nama lama bagi Bandaraya Kuching sekarang ini. Sarawak terletak di bawah penguasaan Syarif dan Pangeran dari Brunei Darussalam. Dengan kata lain, Sarawak merupakan sebahagian daripada Brunei Darussalam, termasuklah beberapa daerah lain yang kurang diberikan perhatian oleh Kesultanan Brunei yang pada ketika itu terlibat dalam pergelutan kuasa di kalangan keluarga Sultan Brunei.

Kegagalan Pangeran Mahkota yang merupakan gabenor Sarawak untuk mengamankan serta menstabilkan keadaan ditambah pula dengan dasar percukaian yang tidak munasabah dalam usahanya untuk merampas takhta di Brunei, menyebabkan muncul penentangan daripada Datu Patinggi Ali yang merupakan pembesar Melayu berketurunan dari Raja Jarom, menguasai Saribas bersama-sama saudara lelakinya yang berkuasa di Samarahan, Kalaka dan Sadong.

Seperti dalam sejarah beberapa buah negeri di Semenanjung, kedatangan manusia dari Barat telah dijadikan asas kepada penentangan lebih besar. Di Sarawak, Datu Patinggi Ali kemudiannya bergabung dengan seorang pelayar atau lebih tepat lagi lanun bernama James Brooke untuk memerangi Pangeran Muda Hashim dan Pangeran Mahkota antara tahun 1837 sehingga 1841.


Sebelum itu, James Brooke dengan kapalnya seberat 142 tan, The Royalist telah membantu Pangeran Muda Hashim untuk menghancurkan pemberontakan orang tempatan ke atas keluarga Pangeran Brunei. 1841, James Brooke kemudiannya dilantik oleh Pangeran Muda Hashim sebagai Gabenor Sarawak. James Brooke kemudiannya dengan bantuan daripada unit Skuadron China British telah melancarkan serangan, menakluk Brunie, membunuh sultan Brunei yang sedang bertakhta dan melantik seorang sultan yang lain.

1842, James Brooke memperolehi Sarawak/Kuching daripada Sultan Omar Ali Saifuddin II dan bergelar Raja Sarawak. Tarikh lebih tepat adalah 24 September 1841 sekalipun deklarasi pengisytiharan hanya dibuat pada 18 Ogos 1842.

Sepanjang pentadbiran James Brooke dan tiga keturunannya selepas itu, dasar melabelkan penduduk pribumi sebagai LANUN amat giat. Atas nama memerangi lanun jugalah, ramai orang Cina dibawa masuk ke Sarawak.

'Lanun' yang paling ditakuti oleh James Brooke adalah Rentap Sungai Sekrang, seorang pahlawan Iban yang telah memerangi James Brooke sehinggalah kematiannya kerana usia tua pada tahun 1863. Rentap jugalah yang telah berjaya membunuh Datu Patinggi Ali yang bekerjasama dengan James Brooke dalam satu pertempuran di Karangan Peris pada 19 Ogos 1844.


Penentangan Rentap menyebabkan James Brooke meramaikan lagi masyarakat Cina yang diketahui amat taat dan setia kepadanya. Mereka ditempatkan di kuala-kuala sungai untuk menghalang Rentap dan pasukan penentang pribumi daripada menyerang kepentingan Brooke. Pembinaan kubu Nanga Skrang adalah bukti dasar James Brooke. Kubu Nanga Skrang diketuai oleh William Brereton. Awal 1853, Rentap telah menyerang kubu tersebut dan satu pertempuran sengit tercetus di Lintang Batang. Menantu Rentap bernama Layang berjaya membunuh Alan Lee dan William Brereton pula telah tercedera tetapi berjaya melarikan diri.

Selepas Perang Dunia Kedua, keluarga Brooke menyerahkan Sarawak kepada Britain. Pada masa yang sama, kumpulan Cina telah mewujudkan Parti Komunis Kalimantan untuk menguasai Sarawak dalam jajaran Empayar Komunis Asia Pasifik dan bekerja rapat dengan Parti Komunis Malaya. Ramai masyarakat Pribumi terutama sekali masyarakat Iban telah dibunuh dengan kejam oleh komunis Kalimantan. Komunis menguasai beberapa bandar besar seperti Sibu, Miri dan Bintulu.

Bagaimanapun, perjuangan komunis berjaya dipatahkan kerana tidak mendapat sambutan daripada penduduk pribumi, sama seperti di Semenanjung. 1963, dengan syarat Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada ketika Britain dilanda kemelesetan ekonomi yang teruk dan peperangan ke atas komunis dan pemberontakan bersenjata daripada kaum pendatang memakan belanja yang besar, Kerajaan Interim Sarawak diwujudkan. Selama 56 hari, Kerajaan Interim Sarawak menjaga negeri itu sebelum penyertaan ke dalam Malaysia, menjadikan Sarawak wujud sebagai sebuah negeri yang kita kenali pada hari ini.

Catatan sejarah di atas, tidak langsung diceritakan oleh S4S yang rata-rata didalangi dan dikuasai oleh para pembesar berbangsa Cina. Mereka cuba menggambarkan Sarawak sebagai sebuah negara merdeka pada tahun 1841 iaitu pada ketika James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim Brunei.

Masyarakat Cina langsung tidak mempunyai sebarang sumbangan kepada kemerdekaan Sarawak sebaliknya mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam memporak-perandakan Sarawak sepanjang musim konfrontasi Parti Komunis Kalimantan di Sarawak.

Begitu juga ketika Rosli Dhobi, seorang pahlawan yang hanya berusia 17 tahun ketika dihukum gantung sampai mati pada 2 Mac 1950 kerana membunuh Gabenor Sarawak kedua Sarawak, Duncan George Stewart bersama-sama rakannya dari Rukun 13, Awang Ramli Amit Mohd Deli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong di Sibu.



Sekarang, S4S mendakwa mereka mahu memperjuangkan rakyat Sarawak? Adakah perjuangan mereka sama seperti perjuangan Parti Komunis Kalimantan yang telah membunuh penduduk pribumi dan Bumiputera? Mengapa pada ketika musim menuntut kemerdekaan, kesemua mereka tidak muncul tetapi selepas kemerdekaan berjaya diraih, mereka mula menonjol diri sebagai pejuang?

Rakyat Sarawak seharusnya mencungkil sejarah negeri mereka sendiri. Mengenalpasti sejarah apa yang telah tercatat di Negeri Bumi Kenyalang, berbanding bergantung sepenuhnya kepada pemesongan fakta oleh golongan DAP yang berselindung di belakang nama Sarawak For Sarawakians demi merampas hak serta harta penduduk pribumi dan bumiputera.

Jangan ulangi lagi kesilapan bumiputera dan pribumi di Semenanjung yang cukup bermegah dengan slogan muhibbah yang akhirnya, menyaksikan mereka sekadar hidup dalam bayangan angan-angan.


GEMPAR!! TONY PUA Dilarang Meninggalkan Malaysia


Berita terhangat dan terbaru...

Di tengah-tengah ketakutan yang ditunjukkan oleh Tony Pua yang cuba dibantu oleh Lim Kit Siang, satu larangan keluar negara telah dikenakan kepada Tony Pua.

Tony Pua dikatakan merupakan salah seorang daripada 10 individu yang telah berpakat dengan Xavier Justo, Clare Brown dari Sarawak Report dan Tong Koii Ong untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak dengan menggunakan data-data curi dari PetroSaudi International dan kemudian dipinda sebelum disiarkan oleh The Edge milik Tong Koii Ong.

Tong Koii Ong dibantu oleh Tony Pua sebelum itu dituduh telah terlibat dalam usaha menurunkan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat dalam urusniaga matawang yang didalangi oleh badan antarabangsa dalam usaha mewujudkan imej negatif dan kemarahan rakyat kepada Najib Abdul Razak, dan pada masa yang sama, membantu Amerika Syarikat mengenakan tekanan kepada Malaysia untuk menerima TPPA.

TPPA adalah salah satu bentuk penjajahan Amerika Syarikat yang sedang bergelut dengan serangan dan kesempitan ekonomi selain kadar pengangguran dan hutang luar yang sangat besar sehingga menjadikan ekonomi dan kewangan dunia kelam-kabut semata-mata untuk memastikan Amerika Syarikat terus berdaya saing dengan pelbagai helah mereka, termasuklah peperangan.


Yang pasti, Tony Pua sudah pun dikenakan sekatan untuk melarikan diri dan perlu bertanggungjawab atas perbuatannya selama ini. Dia terlepas ketika cuba mendedahkan kekuatan aset keselamatan dan pertahanan negara tidak lama dahulu tetapi kali ini dia seperti terjerat, apatah lagi dengan keputusan yang didedahkan oleh Polis Diraja Thailand dan Polis Singapura yang cuba dituduh sebagai telah 'dibayar dan dirasuah' oleh Najib Abdul Razak.

Ekoran sekatan yang dikenakan ke atasnya, Tony Pua telah memanggil satu sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada jam 4:30 petang hari ini.



1000 ORANG TIDAK PEDULI AMARAN KETUA POLIS AGAR S4S BERHENTI DARIPADA HASUT SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA!


Amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara agar S4S tidak mengadakan himpunan di Kuching, nampaknya tidak dihiraukan oleh 1000 orang penyokong kuat gerakan mengeluarkan Sarawak dari Malaysia itu.

Padang Jubilee di Kuching menyaksikan lebih kurang 1000 orang muncul untuk sambutan '722 Sarawak Freedom and Independence Day Walk' walaupun sehari sebelumnya, Ketua Polis Negara memberi amaran, polis akan menahan dan menangkap penganjur serta ahli jawatankuasa S4S.

Bagaimanapun jangkaan awal 6000 orang dari seluruh Sarawak akan menyertai perhimpunan tersebut, ternyata meleset jauh. Polis sebelum itu telah mendapat maklumat yang penganjur merancang untuk menggunakan perhimpunan tersebut sebagai platform untuk melakukan hasutan dan mempengaruhi rakyat Sarawak dengan idea pemisahan dari Malaysia.

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) dan Sarawak For Sarawakians (S4S) dilaporkan telah menganjurkan perhimpunan tersebut dengan berselindung di sebalik memori kemerdekaan Sarawak dari Britih pada 22 Julai 1963. 

Para peserta kebanyakannya mengenakan t-shirt hitam yang dicetak dengan slogan, 'Sarawak for Sarawakinas', berarak atau menunggang motosikal lebih kurang 1.5 kilometer ke Padang Rekreasi Song Kheng Khai, sambil diperhatikan dan dipantau oleh polis.

Mereka turut membawa bendera negera dan pemidang yang tertera perkataan, 'Peace', 'Harmony', 'Education Autonomy,' dan 'Healthcare Autonomy'.

Apakah tindakan polis dalam isu ini? Adakah polis hanya akan membiarkan sahaja atau kata-kata Ketua Polis Negara akan dikotakan menerusi tindakan ke atas Ketua-Ketua S4S dan AJKnya yang kebanyakan daripada mereka didalangi oleh DAP selain menggunakan tenaga Pribumi dan Bumiputera sebagai macai barisan hadapan untuk menunjukkan kononnya S4S merupakan dokongan anak negeri, bukannya golongan yang memiliki rumah-rumah besar di bandar-bandar besar di seluruh Sarawak atau yang membolot projek-projek penebangan balak serta projek-projek besar yang lain?

Lagi AMARAN Daripada IGP Kepada S4S... Entah Kali Keberapa!

Tuesday, 21 July 2015 | 12 comments


S4S, sebuah pertubuhan subversif yang mahu memperjuangkan sebuah negara Cina Sarawak dengan memperdayakan dan mempergunakan Bumiputera Sarawak bagi tujuan mereka, sedang merancang untuk mengadakan perarakan dan demonstrasi besar-besaran pada esok hari (22 Julai) di Kuching.

Dua hari lepas, mereka berjaya mengadakan satu perhimpunan kecil yang gagal mencapai matlamat di Miri.

S4S walaupun kononnya berjuang untuk rakyat Sarawak, hakikatnya, mereka digerakkan dan disokong sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin Cina Sarawak. Ramai yang melihat motif utama puak berkenaan adalah untuk merampas tanah-tanah Bumiputera yang sekarang ini terhalang menerusi pelbagai Akta termasuklah Tanah Anak Negeri. Perkahwinan campur yang membolehkan mereka untuk menguasai tanah pula, tidak begitu lancar, memandangkan bangsa seseorang anak itu mengikut bapa, bukannya ibu.

Selepas Akta Hasutan mula digunakan walaupun secara kecil-kecilan, S4S atau Sarawak For Sarawakians cuba melakukan penyamaran dan menafikan mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia, sebaliknya berhelah kononnya mereka mahu menuntut autonomi yang lebih meluas untuk negeri itu dari Malaysia, walaupun sekarang ini, Sarawak memang sebuah negeri berautonomi.

Puak-puak S4S dilihat cuba juga menipu sejarah negeri Sarawak dengan memperjuangkan tahun 1841 sebagai tahun kemerdekaan Sarawak sebagai sebuah negara, sedangkan hakikatnya, Sarawak hanyalah berstatus negeri seperti yang ada sekarang selepas menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Sarawak asalnya adalah Kuching. Sarawak atau Kuching merupakan sebahagian daripada daerah dalam Negara Brunei Darussalam yang berada di bawah kawalan . James Brooke tidak berjaya menyatukan Sarawak dalam bentuk negeri yang sekarang ini, sebaliknya hanya mengawal beberapa batang sungai dengan mendirikan pondok-pondok pemungut cukai. Antara kawasan yang gagal dikuasai oleh James Brooke ialah Sungai Sekrang di mana dia mendapat tentang kuat daripada Panglima Rentap Sungai Sekrang yang sangat terkenal itu.

Perkataan DAYAK pula diperkenalkan oleh British untuk membezakan antara kaum pribumi Islam dan bukan Islam di Sarawak.

James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan kemudian digelarkan sebagai Raja Putih Brooke oleh Pangeran Muda Hashim Brunei pada tahun 1841, tahun di mana S4S menggambarkan Sarawak sebagai sebuah Negara Berdaulat.

S4S cuba memperkenalkan bendera Sarawak pada era James Brooke sebagai bendera asal Sarawak, iaitu satu penipuan yang terang dan nyata. Atas alasan yang amat cetek dan menggunakan hujah sejarah yang amat dangkal, S4S cuba mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.

Beberapa desakan agar pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang ke atas para penggerak S4S, tidak begitu dipandang berat, sekalipun sesekali PDRM mengeluarkan amaran akan mengambil tindakn ke atas mereka.

Perhimpunan pada 22 Julai di Kuching, dikhabarkan tidak mendapat kelulusan dan keizinan polis. Perhimpunan itu juga akan digunakan untuk mencetuskan dan membangkitkan semangat penentangan ke atas Malaysia selain mengeluarkan Sarawak daripada Malaysia sekaligus menentang dan memerangi Perlembagaan Malaysia.

Sekali lagi Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan akan dikenakan ke atas penganjur dan ahli jawatankuasa S4S yang cuba mengganggu gugat kestabilan serta keselamatan negara ini.

Kita perhatikan, apakah benar polis akan bertindak atau sekali lagi polis akan sekadar menugaskan beberapa orang anggota untuk memerhatikan perarakan pergerakan tersebut.


MAKIN TERDEDAH! Tony Pua Makin Meroyan Selepas CEO The Edge Group Akui Bertemu dan Perolehi Dokumen Daripada Xavier Justo


Lim Kit Siang barangkali tidak menyangka sama sekali yang Tony Pua tidaklah sehebat dan secerdik mana. Malah mungkin tidak menyangka langsung bahawa siasatan Polis Thailand akan turut menjerat Tony Pua, sekaligus mengheret Tony Pua ke tali gantung atau penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah sewaktu dibicarakan di mahkamah nanti.

Setakat ini, hanya Lim Kit Siang yang cuba mempertahankan Tony Pua seboleh-bolehnya. Lim Guan Eng langsung tidak berani kerana barangkali kebimbangan dia juga terlibat, tidak boleh dinafikan. Lim Kit Siang kalau kita lihat, begitu aktif mempertahankan Tony Pua yang telah dikenalpasti terbabit dengan Xavier Andre Justo dan Clare Rewcastle Brown Sarawak Report dalam menjadikan 1MDB sebagai senjata ampuh untuk menggulingkan Kerajaan Najib Abdul Razak.

Sehingga setakat ini juga, Lim Kit Siang mahupun Tony Pua sendiri gagal membuat sebarang penafian berhubung pembabitan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam konspirasi dan kerja jahat Xavier Andre Justo. Cubaan Tony Pua untuk menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkannya dengan pendedahan Lester Melanyi, bekas editor Sarawak Report pula dilihat sebagai usaha terdesak yang menunjukkan ketakutannya selain cubaan untuk menutup perkara sebenar daripada diketahui awam.

Kerana itulah, Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud mencela Lim Kit Siang dan Tony Pua yang disifatkannya cuba menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi langsung tidak berani bercakap tentang kaitan Tony Pua dengan Xavier Justo serta pertemuan dan konspirasi sulit mereka di Hotel Fullerton, Singapura.

Sesuatu yang amat pasti ialah, Lim Kit Siang jelas sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Polis Thailand selain gesaan Polis Thailand agar Polis Singapura melakukan siasatan bagi penggubahan wang haram dan pembelian data-data curi untuk modifikasi bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang sah di Malaysia.

Pada 2 Julai, dalam sebuah artikel Malaysiakini, Tony Pua berkata, dia tidak pernah mengenali Xavier Justo. Sabtu lepas, Tony Pua mencabar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional agar menamakannya secara rasmi yang telah mengadakan pertemuan dan kolobarasi dengan Xavier Justo dan Claire Brown untuk menfitnah sekaligus menggulingkan kerajaan Malaysia.

Terbaru, Tony Pua mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang mengulang kembali pendedahan yang dibuat oleh Lester Melanyi yang merupakan bekas Editor Sarawak Report yang mengaitkan Tony Pua dan Rafizi Ramli dalam pemalsuan data serta perancangan jenayah ke atas negara ini bersama-sama wanita warganegara Britain, Clare Brown dan Sarawak Report.

Mengapa agaknya, Tony Pua dan Lim Kit Siang tidak mampu lagi menunggu keputusan siasatan Polis Diraja Thailand dan Polis Singapura berhubung pembabitan Tony Pua dalam usaha menggulingkan kerajaan dan penderhakaan ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong?

Dalam perkembangan terbaru, HO KAY TAT, salah seorang yang bersama-sama Tony Pua bertemu dengan Xavier Justo, yang juga merupakan Penerbit dan CEO Kumpulan The Edge Media Corp, telah mengakui yang mereka telah bertemu Justo dan membeli beberapa dokumen daripada lelaki Swiss itu.



Meanwhile, PKR secretary-general Rafizi Ramli said that the tactics by the government to block access to the Sarawak Report website, is part of the efforts to turn Pua and himself into scapegoats over the scandal.

HIMPUNAN S4S... Dari 6000, Jadi 500, Kemudian 200 Tapi Yang Pasti, Perjuangannya Adalah CINA!

Monday, 20 July 2015 | 17 comments

Kononnya atau lebih tepat lagi, jangkaan yang bakal hadir untuk menyokong perarakan dan demonstrasi SARAWAK FOR SARAWAKIANS (S4S) adalah 6,000 orang. Bagaimanapun, jumlah yang hadir pada 19 Julai 2015 yang membuat perhimpunan kecil-kecilan di Padang Majlis Bandaraya Miri, tidak lebih dari 500 orang.

Angka tersebut bagaimanapun, cuba dibesarkan oleh para pemimpin dan tukang tiup propaganda S4S sebagai 200 orang. Sebaliknya cuba pula menutup kegagalan tersebut dengan meuwar-uwarkan bahawa perhimpunan pada 22 Julai nanti akan menghimpunkan lebih 6000 orang penyokong pemisahan Sarawak dari Malaysia yang mahu menggunakan bendera James Brooke sebagai bendera rasmi Sarawak menggantikan bendera sedia ada.

Menariknya, para pemimpin S4S yang beria-ia mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat Cina manakala masyarakat pribumi dan Bumiputera pula, hanyalah sekadar macai yang diperdayakan dengan dakyah halus yang menggambarkan Cina lebih bijak memerintah Sarawak dari Malaysia!

Dilaporkan antara jam 8:30 pagi sehingga 10:45 pagi bertempat di Padang Majlis Bandaraya Miri, Jalan Padang, Miri telah diadakan satu perhimpunan sempena sambutan Hari Kemerdekaa Sarawak Ke-52 anjuran Jawatankuasa S4S yang diketuai oleh Eric Chin Fen-Siong. Yang hadir termasuklah ahli-ahli parti politik dari Barisan Nasional Sarawak sendiri dan DAP, ahli-ahli NGO serta orang perseorangan.

Antara yang telah dikenalpasti hadir dalam perhimpunan tersebut adalah:  

1. Hanim binti Jaraee - Aktivis S4S Miri;
2. Eric Chin Fen Siong - Aktivitis S4S Miri;
3. YB Fong Pau Teck - ADUN N.64 Pujut;
4. YB Alan Ling Sie Kiong - ADUN N.63 Piasau;
5. Dato Sebastian Ting Chiew Yew - Pengerusi SUPP Piasau;
6. Adam Yii Siew-Sang - Pengerusi SUPP Pujut;
7. Ngieng Chew Seng - aktivis S4S.

Pergerakan perarakan yang disertai oleh lebih kurang 200 orang dari kawasan Marina Bay & Centerpoint Commercial Centre menuju ke Padang MBM turut diadakan. Selain itu, sejumlah 80 helai bendera Sarawak era penjajahan Brooke telah dipasang di sekeliling padang dan kawasan belakang pentas utama. Majoriti peserta pula memakai t-shirt berwarna hitam bertulisan Sarawak for Sarawakians dan Referendum Hak Sarawak. Program tersebut turut diselitkan dengan nyanyian lagu Fairland Sarawak yang tidak mempunyai asal usul, melainkan untuk ego serta besar kepala para pemimpin S4S.

Perarakan melibatkan 29 buah kenderaan turut dijalankan dalam kawasan padang. Manakala perarakan membawa banner dan sepanduk mengelilingi padang, juga tidak ketinggalan.


13 banner berukuran 4 x 20 telah diusung dan dijulang:

1. Sarawak For Sarawakians - Gerrymandering;
2. Sarawak for sarawakians - Corruption & Cronies;
3. Sarawak for sarawakians - Transparency;
4. Sarawak for sarawakians - Social Welfare;
5. Sarawak for sarawakians - No Prejudice;
6. Sarawak for sarawakians - Review Petroleum Act;
7. Sarawak for sarawakians - Review MA 63;
8. Sarawak for sarawakians - Tariffs And Finance;
9. Sarawak for sarawakians - Education Autonomy;
10. Sarawak for sarawakians - Immigration Control;
11. Sarawak for sarawakians - Constitution &18 Points;
12. Sarawak for sarawakians;
13. 22nd July 2015 - Sarawak 52 Independence Day Parade (.)

Sehelai banner berukuran 4'x20' dipasang di tepi pagar luar padang :-
1. Sarawak Independence Day Parade, 22 July 1963, Sarawak for Sarawakians, Sunday date: 19 July 2015 Time: 8.00am, Location : Miri City Council Field (.)


Selain banner, turut dikesan adalah beberapa sepanduk berukuran 2 x 3' dibawa sama.

Dalam ucapannya, Eric Chin Fen Siong menyatakan perasaan bangganya kerana jumlah yang hadir lebih ramai berbanding tahun lepas. Menurutnya lagi, S4S menghormati pihak berkuasa seperti polis yang hanya membenarkan perhimpunan diadakan dalam kawasan tertutup dan terkawal sebagaimana yang diarahkan. Dia juga mengingatkan bahawa 22 Julai adalah Hari Kemerdekaan untuk rakyat Sarawak.

22 Julai nanti, kata Eric, perhimpunan dijangkakan akan dihadiri lebih 6000 orang di Kuching dan tiada sesiapa pun yang boleh menghalang S4S.

Walaupun perhimpunan tersebut mendapat kebenaran atas nama SARAWAK DAYAK IBAN ASSOCIATION (SADIA), kehadiran beberapa orang pemimpin parti politik tempatan seperti Alan Ling Sie Kiong, Fong Pau Teck, Sebastian Ting Chiew Yew dan Adam Yii Siew Sang sudah cukup untuk menggambarkan S4S sebenarnya adalah perjuangan Cina untuk merampas Sarawak walaupun pada masa yang sama, mereka berusaha mencipta persepsi kononnya mereka berjuang untuk rakyat Sarawak.

PANIK Kerana Bakal Didakwa di Mahkamah Thailand Membuatkan Tony Pua MENCARUT-CARUT!

Sunday, 19 July 2015 | 12 comments

Tidak syak lagi, Tony Pua sedang panik apabila beberapa pendedahan yang dibuat oleh Polis Thailand merujuk kepada dirinya.

Kepanikan itu membuatkan Tony Pua sedang melompat, apatah lagi, sudah terdengar ura-ura yang dia berkemungkinan akan diekstradisi ke Thailand selepas polis Thailand mengeluarkan waran tangkap untuk membantu penyiasatan dan dakwaan ke atas Xavier Justo. (RUJUK SINI)

Xavier Justo telah mengesahkan, dia mencuri data-data dari PetroSaudi International dan dijual kepada pihak ketiga dari Malaysia yang kemudian data-data tersebut dipinda dan digunakan dalam cubaan rampasan kuasa.

Tony Pua sedar implikasi yang akan diterimanya. Disebabkan itulah, dalam usahanya untuk membela diri, ditambah pula dengan kepanikan, dia mula menggelarkan orang lain sebagai 'PUSSIES' secara terbuka, sekaligus menunjukkan yang dia juga adalah seorang yang sangat biadap walaupun berstatus Ahli Parlimen.


Hanya kerana dia bakal dikenakan tindakan undang-undang merentasi sempadan kerana melakukan jenayah dan panik, tidak bermakna ia memberikan hak kepada Tony Pua untuk mencarut di khalayak ramai atau menggelarkan orang lain dengan pelbagai label haiwan seperti keledai (donkey), ayam (chicken) atau anjing (dog).

Rakyat Malaysia membayar cukai yang tinggi dan sebahagian daripada cukai tersebut digunakan untuk membiayai kehidupan Tony Pua dalam bentuk gaji, elaun dan pelbagai kemudahan lain selaku Ahli Parlimen. Jangan gunakan wang rakyat Malaysia itu untuk melakukan kelucahan melampau di khalayak ramai (RUJUK SINI), malah dia seharusnya menunjukkan contoh yang lebih baik kerana dia sendiri adalah wakil rakyat.


Lagi Cerita Penipuan dan Pembeli Dituduh Pencuri Selepas Ditipu Penjual Di LOW YAT PLAZA!

Wednesday, 15 July 2015 | 8 comments


APABILA saya membaca berita pergaduhan di Plaza Low Yat, saya teringat dua kes yang saya dan seorang kenalan saya alami. Dalam kes saya sekitar enam tujuh tahun lepas, saya pernah membeli housing handphone atau tab yang harga pasaran bagi original RM200.

Kalau yang AP harganya sekitar RM120. Tiba-tiba satu kedai menawarkan yang original hanya dengan harga RM180. Oleh sebab murah RM20 berbanding kedai lain, saya terus beli. Sewaktu keluar, saya jumpa dengan seorang kenalan yang agak mahir berkenaan perkakasan handphone. Dia beritahu yang saya beli bukan original, tapi AP. Dia tunjukkan tanda-tanda AP dan saya pergi ke kedai lain untuk mengenal pasti tanda-tanda original dan AP.

Selepas dapat informasi tentang tanda-tanda original dan AP, saya patah balik ke kedai asal untuk protes penipuan dia. Saya tak kisah yang RM60, tetapi saya geram sebab kena tipu. Masa saya pergi balik jumpa penjual yang juga tauke kedai, dia berkeras menyatakan yang dia bagi itu memang AP dan dia dah cakap dari awal.

Saya kata, kalau yang AP kenapa harga sampai RM180, sepatutnya RM120. Dia cakap, itu awak punya pasal lah, sebab awak dah setuju. Padahal tadi dia kata sah original dan saya pastikan dua tiga kali masa saya nak beli.

Selepas agak kecoh, tauke kedai tu akhirnya panggil guard untuk hindarkan saya dari kedai. Memang samseng betul tauke tu. Kalau ikutkan hati, tengok dia tipu kita dan berlagak samseng dengan halau kita dari kedai dia dengan suara tinggi, rasa mahu pecahkan saja kedai itu atau bertumbuk sahaja dengan tuannya.

Tapi ingat nanti jadi kes gaduh, tak mustahil kita pula yang salah dituduh menyerang dalam keadaan saksi sekeliling mungkin kawan-kawan dia. Pelanggan kedai lain rasanya mustahil nak tampil jadi saksi bagi pihak kita. Kawan yang saya jumpa tadi pun dah entah ke mana.

Apabila fikir panjang; kalau bertumbuk, polis akan datang, semua kena pergi balai bagi keterangan. Kalau saya bagi keterangan bahawa saya kena tipu, nanti polis kata: ‘encik jangan bertindak sendiri, buat laporan dulu, serahkan kepada polis, ini kerja polis dan bla bla bla....” Macam biasalah, semua kena serah ke polis menurut pemikiran idealnya.

Kalau buat laporan polis, kena tipu RM60 (RM180-RM120) agak-agak polis nak layan tak? Jangan bohong lah, kawan saya kena tipu RM120,000 polis tak layan, setakat ambil laporan sahaja. Inikan RM60. Jadi, apabila fikirkan undang-undang mahupun suasana tidak menyebelahi saya, pendam sahajalah perasaan geram tu.

Lagi satu kes ialah melibatkan seorang kenalan saya, warga Saudi tinggal di Malaysia. Beliau telah membeli laptop dari satu kedai di satu Plaza di kawasan Gombak. Kes yang sama, tuan kedai tipu spesifikasi laptop tersebut. Beliau hanya menyedari bahawa beliau ditipu selepas pulang ke kondo miliknya.

Keesokan hari beliau kembali ke kedai tersebut dan protes atas penipuan spesifikasi tersebut dan penjual menafikannya. Sebagaimana budaya orang arab, mereka payah mengalah dan akhirnya berlaku pergaduhan.

Dalam pergaduhan itu, beliau telah diwar-warkan oleh penjual bahawa pergaduhan itu sebab pak arab tu mencuri di kedai dia. Kenalan Arab ini pula langsung tidak boleh bertutur melayu dan hanya bahasa Inggeris yang sangat broken (lemah). Oleh sebab masalah komunikasi tersebut, dia tidak mampu menerangkan kepada orang ramai apa isu sebenar.

Akibatnya, beliau dipukul teruk sehingga lari lintang pukang selamatkan diri. Beliau dipukul dari kedai di tingkat 1 sehingga ke pintu keluar mall. Sehingga akhirpun, beliau tidak mendapat apa-apa pembelaan melainkan lapor di kedutaan dan buat laporan polis. Tapi laptopnya yang dah pecah dan wangnya langsung tiada pembelaan.

Kes di Low Yat dua hari lepas mengingatkan saya tentang dua kes di atas. Sama ada pergaduhan dua hari lepas adalah disebabkan oleh pelanggan mencuri sebagai dakwaan sesetengah media atau sememangnya dia adalah mangsa tipu atau dia adalah mangsa tipu tetapi difitnah oleh tuan kedai bahawa beliau mencuri, itu hanya Allah yang tahu dan bukan isu yang saya nak timbulkan dalam tulisan ini. Apapun realiti, saya yakin polis tidak akan mengumumkan apa sebab sebenar dengan alasan nak elakkan sentimen dan sebagainya.

Berbalik kepada poin asal, kenapa kes ini timbul dan bagaimana Islam selesaikan?

Kes seperti ini timbul, sebagaimana pengalaman saya sendiri, disebabkan kita sebagai mangsa tipu tiada tempat untuk mengadu. Nak pergi mengadu di balai polis, sah-sah polis hanya terima laporan dan tiada tindakan dibuat, kecuali kalau polis tu abang kita, sepupu kita atau ayah kita. Kawan saya yang kena tipu RM120,000 pun tak ada apa-apa tindakan polis sekalipun laporan dah dibuat. Jadi, abaikan sahaja laporan polis.

Ada seorang sahabat sarankan supaya saya pergi buat aduan online ke E-Aduan Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau Biro Pengaduan Awam (BPA).

Ada juga sarankan supaya pergi adu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan macam-macamlah idea-idea khayal yang tidak realistik. Tidak realistik kerana kita hanya nak tuntut RM60, tapi nak kena turun naik dan ke hulu ke hilir selepas itu, confirm tak berbaloi dengan RM60 yang kita protes.

Dengan kata lain, antara pilihan yang anda ada:
1. Sama ada anda jadi samseng dan bertumbuk dengan tuan kedai,
2. Atau anda perlu ambil cuti untuk turun naik pejabat-pejabat yang dinyatakan justeru kejadian ini pada waktu petang selepas waktu pejabat. Pasti selepas itu anda dinasihatkan oleh pegawai aduan awam untuk buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Satu hal pula anda kena bergegas ke balai polis untuk melihat pegawai polis taip dengan 1 jari untuk report anda,
3. Atau lupakan sahaja dan banyakkan bersabar serta ingat akan dapat balik pada hari akhirat.

Saya telah ambil pilihan ketiga justeru saya bukan jenis samseng untuk buat pilihan pertama dan saya tiada masa yang banyak untuk habiskan waktu-waktu saya turun ke hulu ke hilir untuk RM60. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Dua Mesej Dari Grup Yang Berlainan, Menceritakan Perkara Yang Berbeza Tentang Insiden Low Yat Pada 13 Julai 2015

Tuesday, 14 July 2015 | 13 comments


Hari ini dalam Sejarah. Tragedi 13 Julai 2015.
 

Sebuah kompleks besar milik Cina sudah lengang dan sepi. Banyak kedai tutup hampir 98%.

Hal ini akan berlarutan dan trauma dalam kalangan rakyat biasa mungkin berpanjangan. Reputasi Lowyat sebagai pusat IT terbesar Malaysia juga tercalar.

Sedikit sebanyak sangat memberi kesan kepada ekonomi mereka kerana 70% pengunjung Lowyat adalah Melayu.

Selain itu reputasi brand terkenal seperti Lenovo dan Oppo turut tercalar tatkala tersebarnya cerita mereka menjual AP dan Clone set di outlet mereka.
-----

Apa yang berlaku malam tadi adalah isu kedua rentetan 7 budak Melayu yang kena pukul kelmarin.
Saya ceritakan sedikit apa yang saya sendiri lihat tatkala berada di scene field...

1. Seramai lebih kurang 400 - 500 orang telah berkumpul sekitar jam 8.30 malam dihadapan Lowyat bagi meminta penjelasan daripada pengurusan berhubung isu ini diketuai "Brotherhood".

2. Mereka gagal mendapat jawapan lantas masuk ke dalam untuk memanggil 'abang kawasan' Lowyat dan seorang supervisor security Lowyat.

3. Akhirnya Alan (kepala botak) dan seorang lelaki Melayu berbadan gempal telah dibawa keluar untuk memberi penjelasan berkenaan isu tersebut dihadapan crowd Melayu yang masih berkumpul dihadapan Lowyat.

4. Setelah mendapat jawapan, mereka telah ditenteramkan oleh seorang 'abang kawasan' agar tidak bertindak melulu.

5. Abang kawasan meminta semua crowd beri laluan pihak Polis buat siasatan berhubung isu Cina membawa kayu hendak pukul orang Melayu.

6. Mereka juga turut meminta pihak Polis mengambil tindakan terhadap semua Cina yang 'mengerjakan' budak Melayu ber-7 tersebut.

7. Sementara seorang suspek yang didakwa mencuri masih lagi ditahan reman setakat malam tadi.

8. Setelah abang kawasan tersebut tamat memberi ucapan mereka pun bersurai dan crowd berpindah ke Jln Bukit Bintang. (Rujuk video Alan kena tarik dan video abang kawasan beri ucapan).

9. Abang kawasan antara dua pihak telah duduk semeja di Arraziq berhadapan Lowyat.

10. Rundingan gagal apabila ada pihak Cina mengapikan keadaan dari dalam Lowyat dimana mereka telah bersiap sedia dengan parang, besi dan peralatan untuk keluar mengamuk.

11. Sekitar 10.30 pihak Polis telah mula menyuraikan crowd Melayu di Jln Bukit Bintang. Saya turut berpindah ke Jln Imbi ketika itu.

12. Ketika itu Lowyat telah pun di 'perimeter fencing' oleh pihak polis.

13. Sekitar jam 11.45 - 12, kawasan sekitar Lowyat sangat lengang. Crowd di Bukit Bintang sudah berkurangan.

14. Jam 12.25 lebih kurang, beberapa orang Melayu yang melalui kawasan jalan belakang parking motor Lowyat telah diserang sekumpulan lelaki Cina bersenjatakan besi dan kayu.

15. Beberapa orang melarikan diri dan memanggil crowd daripada Bukit Bintang untuk menyelamatkan mereka.

16. Panggilan dibuat kepada semua crowd. Sekitar jam 12.30 seramai lebih kurang 200 orang telah berkumpul dan mula merusuh bila melihat beberapa orang Melayu sudah tumbang. Salah seorang berbadan gempal sedang terbaring dipijak beberapa crowd Cina dan India. (Rujuk gambar di media sosial)

17. Rusuhan semakin tegang bila amarah orang Melayu tidak tertahan lagi kerana diserang setelah mereka bersurai.

18. Sekitar 10 minit setelah itu pihak UTK (berpakaian preman) dan polis (berseragam) melepaskan lebih kurang 2 das tembakan ke udara bagi menyuraikan crowd.

19. Orang Melayu ditenangkan dan crowd berjaya dileraikan sekitar jam 1 pagi dengan ketibaan Black Maria sebanyak 2 trak dan 1 jeep.

20. Crowd berpecah. Separuh ke hadapan Jalan Imbi dan separuh ke Jln Bukit Bintang.

21. Sepanjang berada di Jalan Imbi, sekitar 2 buah kereta yang dipandu remaja Cina dipecahkan cermin akibat tindakan mereka merakam video dan mengatakan perkataan "sohai".

22. Pihak polis mengarahkan Cina tersebut beredar dan FRU datang ke Jalan Imbi bagi menyuraikan crowd.

23. Namun masa yang sama, pihak polis sudah membuat sekatan jalan raya besar-besaran disekitar laluan masuk ke Segitiga Emas.

24. Pihak polis telah menutup jalan belakang Imbi menghala MRR2 untuk roadblock.

25. Sekitar jam 3.30 pagi, tatkala kenderaan beratur panjang akibat jem dalam sekatan polis, sebuah kenderaan Proton Wira dinaiki 4 orang remaja Cina telah berlaku kurang ajar.

26. Tatkala sekumpulan budak motor Melayu melalui kenderaan tersebut, salah seorang daripada 4 remaja Cina telah bersuara "Melayu tak guna". (Seperti diceritakan saksi kejadiaan awal).

27. Perkara itu didengari sekumpulan budak motor tersebut dan pergaduhan tercetus mengakibatkan keempat-empat remaja Cina tersebut dipukul teruk.

28. Saya ketika itu bersama sekumpulan dari Jalan Imbi berlari ke arah kawasan kejadian bagi melihat apa yang berlaku.

29. Crowd semakin ramai dan pergaduhan merebak apabila 'abang kawasan' Melayu telah bertembung dengan taiko Cina disebelah hujung jalan.

30. Pertembungan itu mengakibatkan pergaduhan dua penjuru jalan dimana sebelah depan, sebuah Wira remuk dihancurkan dan 4 orang remaja Cina dipukul teruk. Manakala disebelah depan, sekumpulan lagi bergaduh dan dileraikan oleh Black Maria.

31. Pihak polis terpaksa mengeluarkan pistol dan menghala muncung pistol keudara apabila gagal meleraikan crowd yang sedang memukul 4 remaja Cina tadi. Polis memanjat Wira tersebut bagi meleraikan kejadian.

32. Pihak FRU tiba dan meleraikan crowd serta berkawal dihadapan jalan membuat perimeter fencing.

33. Mangsa parah dikejarkan ke hospital terdekat menaiki ambulans JPAM.

34. Sekitar jam 4 pagi crowd berkumpul dihadapan Jalan Imbi semula dan dileraikan oleh seorang Incharge Officer. Crowd disuruh pulang dan TIADA tangkapan dibuat pada malam tersebut.

35. Akhirnya sekitar jam 4.30 pagi barulah keadaan reda dan semua crowd lengang meninggalkan kawasan.

Jadi berdasarkan laporan ini, anda fikirkanlah. Ini bukan lagi isu curi telefom atau repeat gaduh pasal henfon.
Tetapi ia terjadi bila amarah Orang Melayu yang pada awalnya sudah reda dicabar semula.

Anda baca dan nilaikan. Sebarkan untul pengetahuan semua orang.

Ingatttt ! Kita hidup di bumi ini ada batasnya. Jangan dikacau amarah orang Melayu jika tidak buruk padahnya bila termakan amukan. Tanah ini masih bertuan. Diam kita beri muka. Bukan tanda kita boleh dihina.

Tiada siapa yang mahukan kejadian seperti 13 Mei berulang. Tetapi bukan bermakna kita boleh beri orang luar pijak kepala kita. Sedarlah setelah sekian lama kita ditipu. Kes 1MDB juga ditipu Cina bernama Jho Low.

Ini masanya kita beri amaran. Kita bukan tidur tidak bangun. Ada masanya kita terjaga. Amukan membangkitkan kita. Kesatuan kita harus digembleng.

Sekarang, beri ruang untuk pihak berkuasa buat siasatan. Kita beri mereka buay kerja. Bila tindakan yang diambil tidak wajar, barulah kita bersuara semula.

Hari ini dalam sejarah, 13 Julai 2015 !

Sekian.
-bradokapak
13 Julai 2015.

Ini pula mesej kedua dari group yang berlainan:

 新消息,是收到甲洞,puchong区都開始有事了,各位,照顧自身安全
New message received kepong, puchong area begins, everyone, take care of its own security

kl的华人同胞 这几天没什么事最好不要出门 现在这件事情不只是关于lowyat罢了 现在是这个马来人打华人 就好像我们的上一代那样 马来人剎华人 现在 lowyat和Alor街已经有华人被打死了 这不是开玩笑的 看到这朋友 请帮忙分享~~ please share ~

Urgent,,, just heard from frens reliable sources. Kindly do not provoke the Malays people. Pls stay away from restaurants / entertainment or crowded Chinese area esp these week or so.

Try not to go out at night as rumours are spreading that IS religious fanatic Malays are stirring their members and are planning a rampage to slaughter the Chinese or non muslim becos of the LowYat incident. They want to make it a racial issue.

The police had received info but cannot announce on news yet as do not want to cause panic to public. Police are on high Code orange colour alert. . Be friendly and keep a distance from them . The only way to calm the storm is to stay away.

The police must act fast. Btw, This cud be a diversion action by Umno supported NGO group on 1MDB issue. Bottom line, we are the minority citizens. Malaysia is getting bad to worse under them . Is sickening news everyday.


49 KONGSI GELAP Didedahkan, Cina Sangat Dominasi... Kumpulan Mana Yang Kuasai Low Yat Plaza?

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertaI kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:

1. Geng 04 : Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur

2. Geng 08 : Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

3. Double 7 : Seluruh Semenanjung Malaysia

4. Tiga Line : Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

5. Geng 30 : Seluruh Semenanjung Malaysia

6. Geng 38 : Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru

7. Geng 24 : Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

8. Geng 18 : Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

9. Geng 36 : Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

10. Geng 21 : Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

11. Ang Soon Thong : Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

12. Wah Kee : Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor

13. Sio Sam Ong : Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor

14. PNEH : Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

15. Hong Hong San : Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur

16. Hai San : Aktif di Perak

17. Siang Ang Bin : Aktif di Kuala Lumpur

18. New Cell 20 : Aktif di Perak

19. Jit It Hai : Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak

20. Sio Koon Tong : Bergiat di satu kawasan saja iaitu di Johor

21. Gee Lam Kor : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

22. Gee Ah Eng : Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

23. Loh Kuan : Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

24. Tiang Yee Tong : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

25. Geng Leng Hor : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

26. Geng 35 : Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang

27. Geng 303 : Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor

28. Geng Satu Hati : Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air

29. ATAP : Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

30. Hung Ann : Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah

31. Sui Yuk : Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah

32. Otai : Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

33. Borneo Red EMP : Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah

34. Ah Ngau : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

35. Batu Tiga : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

36. Ah Feng : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

37. Batu 10 : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

38. Sibu Ti : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

39. Ah Seng : Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak

40. Ah Chin : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

41. Lee Lung : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

42. Lo Han : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

43. Sg Merah : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

44. Sg Badut : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

45. Ting Ching Lee : Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak

46. Tua Cak Lee : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

47. Teksi Station : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

48. Pintu Merah : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

49. Krokop : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

P/S : Nampaknya kebanyakan geng-geng ni berkumpul di kawasan-kawasan bandar dan di situlah DAP menang majoriti besar.... DAP dapat popular vote di kawasan gangster!!!

Kongsi Gelap manakah yang menguasai Low Yat Plaza dan kawasan-kawasan sekitarnya?

Petaling Street Tak Berani Digeledah, Terkini Low Yat Plaza Pula Jadi Sarang Peniaga Penipu

Sunday, 12 July 2015 | 20 comments

Walaupun mereka dan konco-konco mereka cuba memutarbelitkan kejadian sebenar di Plaza Low Yat membabitkan 7 orang pemuda Melayu yang dibelasah beramai-ramai, hakikat sebenarnya tidak boleh dinafikan.

Isu penipuan dan harga tinggi untuk barangan klon serta tiruan di Plaza Low Yat sudah banyak kali diperkatakan serta didedahkan.

Namun sama seperti Petaling Street, tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa untuk menangani masalah berkenaan.

7 orang remaja Melayu itu barangkali terburu-buru dalam mengambil tindakan. Namun serbuan yang mereka lakukan hanya tertumpu di premis yang menjual Oppo tanpa mengganggu premis-premis lain. Sekaligus menunjukkan ada sesuatu yang telah berlaku walaupun puak berkenaan cuba memutarbelitkan isu dengan menuduh, salah seorang remaja Melayu itu telah mencuri.


Bukti-bukti dari CCTV serta resit pembelian mengesahkan yang tuduhan buruk yang sengaja dilemparkan untuk menimbulkan persepsi negatif kepada remaja lelaki Melayu tersebut, sekaligus menafikan tuduhan bahawa pencurian adalah kes utamanya.

Pihak berkuasa seperti SKMM, PDRM dan KPDNKK seharusnya mula bertindak dan memantau kegiatan di Plaza Low Yat. Sudah banyak kes penipuan yang berlaku di Plaza Low Yat membabitkan peniaga-peniaga tamak. Lambakan barangan tiruan yang dijual pada harga barangan tulen juga boleh dilihat serta ditemui dengan mudah di Plaza Low Yat.

Takkanlah pihak berkuasa hanya berani bertindak ke atas orang Melayu dan kawasan perniagaan Melayu sahaja tetapi kawasan-kawasan seperti Petaling Street serta Plaza Low Yat, seolah-olah tidak wujud dalam zon pengawasan dan tindakan pihak berkuasa?

Lim Guan Eng Ambil Kesempatan Sodok dan Ratakan Puncak Bukit Sempena Puasa dan Hari Raya

Saturday, 11 July 2015 | 2 comments


Selepas pendedahan yang mengaitkan skandal dan penyelewengan tanah terutama yang mempunyai kaitan dengan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng sendiri, Tan Kok Ping dan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, kerja-kerja haram meneroka, memusnahkan alam sekitar dan meratakan puncak Bukit Gambir terhenti seketika.

Telah didedahkan bagaimana Lim Guan Eng cuba menjadikan keseluruhan tanah di Pulau Pinang berada di bawah jajahan takluknya dengan Betty Chew sebagai proksi. Manakala Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang yang diketuai oleh Tan Kok Ping pula bertindak sebagai funder.


Mendiang Karpal Singh pernah naik marah kerana kemusnahan di puncak Bukit Gambir, namun tidak diendahkan oleh Lim Guan Eng. Bagaimanapun, apabila nama Tan Kok Ping dan Betty Chew didedahkan sama, kerja-kerja pencerobohan itu terhenti seketika. Kerja-kerja meratakan, menolak tanah dan membersihkan kawasan hutan di puncak Bukit Gambir, dilakukan ketika tempoh sebelum Pilihanraya Umum memandangkan negeri pada masa itu hanyalah ditadbir oleh kerajaan pemangku.

Kini, kerja berkenaan diteruskan semula menjelang Aidil Fitri. Sebabnya mudah, dalam tempoh tersebut, ramai penguatkuasa yang terdiri daripada orang Melayu akan mengambil cuti, sekaligus melumpuhkan langsung sistem penguatkuasaan yang sekarang pun, sudah berada di bawah cengkaman Lim Guan Eng.



Tiada sesiapa pun atau  mana-mana pihak pun yang berani untuk menguatkuasakan undang-undang di Pulau Pinang. Undang-undang di Pulau Pinang telah dipegang sepenuhnya oleh Lim Guan Eng dan DAP serta orang sespesies mereka. Masyarakat bukan DAP dan bukan Cina, terpaksa mematuhi undang-undang yang pelbagai. Manakala Lim Guan Eng, DAP dan spesies mereka bebas melakukan apa-apa sahaja, malah sentiasa berlagak seolah-olah mereka adalah tuan di Pulau Pinang.


Keluhan 'ZAHRA' Undang Pelbagai Reaksi dan Cemuhan

Ucapan seorang wanita yang dikatakan graduan universiti yang mengeluh kerana masih tidak mampu mengimbangi kehidupan zaman kini. Hidup dalam bayangan kononnya berpendidikan tinggi selepas lulus, wanita tersebut meluahkan perasaannya kerana gajinya tidak berbaki pada hujung bulan, masih memandu kereta bapanya dan gagal membeli rumah sebaliknya hanya mampu menyewa bilik.

Amat malang kerana inilah realiti yang sedang berlaku di negara ini.

Mentaliti makan gaji, bergaji besar dan senang sekelip mata sudah membarah di dalam minda sebahagian besar anak-anak muda Melayu-Bumiputera di negara ini.

Hakikatnya ialah, setiap kesenangan datang dalam bentuk usaha yang berterusan dan mengambil masa. Keluar dari universiti atau pusat-pusat pengajian tinggi dengan pekerjaan yang sudah sedia menunggu, bergaji besar serta memiliki pelbagai keistimewaan lain, tidak wujud dalam dunia ini.

Malah tiada sebuah negara pun di dunia ini yang merealisasikan sebagaimana yang diinginkan oleh wanita bernama 'ZAHRA' itu.

Budaya sentiasa memerlukan tongkat daripada kerajaan, dibantu, diprihatin serta dipapah oleh kerajaan, sudah membarah di kalangan generasi muda di negara ini. Ketiadaan inisiatif diri dan terlalu bergantung kepada kerajaan, menyebabkan mereka sentiasa mengeluh dan menyalahkan keadaan.

Menariknya, pendatang asing dan haram yang datang ke negara ini sehelai sepinggang, tidak mengambil masa yang lama untuk mengubah nasib mereka. Malah ada pula yang menjadi tuan dan majikan di negara ini.

Pergi sahajalah ke Jalan Silang, atau Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tengok sendiri bagaimana pendatang asing dari Nepal, Pakistan dan Bangladesh yang seringkali menduduki hierarki terbawah di negara ini, mampu menyewa premis perniagaan yang harganya sangat tinggi untuk berniaga.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh wanita bernama 'ZAHRA' dan kawan-kawan sepemikirannya, hakikatnya sikap bermanja-manjaan dan hanya menunggu bulan jatuh ke riba adalah punca segala masalah yang sedang mereka hadapi sekarang.

Tonton sendiri klip video yang disediakan di bawah ini.

Pasal 1MDB SKMM Cukup Tegas, Tapi Kenapa DESMOND YONGKOR Yang Hina Islam, Masih Tiada Tindakan?

Thursday, 9 July 2015 | 3 comments

SKMM sekali lagi mengeluarkan amaran kepada para pengguna media sosial agar jangan buat fitnah atau buat hasutan, mahupun mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Masuk kali ini, entah sudah berapa ribu kali SKMM mengeluarkan arahan yang serupa.

Bagaimanapun, beribu-ribu kes yang membabitkan dan berada di bawah bidang kuasa SKMM langsung tidak disentuh atau ditangani.

Contoh terbaik adalah isu yang membabitkan penghinaan ke atas Islam.

Setakat ini, hanya beberapa kes 'kecil' sahaja yang ditangani oleh SKMM dengan bantuan Unit Siber PDRM. Kebanyakan yang lain lepas begitu sahaja.



Paling ketara adalah membabitkan seorang individu yang menggunakan nama DESMOND YONGKOR di Facebook. Individu ini telah menjadikan kegiatan menghina Islam, Nabi Muhammad s.a.w dan Allah SWT sebagai aktiviti utamanya. Para pengguna Facebook yang lain, telah bertindak balas dengan mewujudkan page 'Kami Benci DESMOND YONGKOR'.

Hampir kesemua komen di dalam page tersebut mengandungi elemen negatif yang menjurus kepada jenayah.

Bagaimanapun, pemberi-pemberi komen negatif tersebut tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana beremosi. Ini adalah kerana individu yang bernama DESMOND YONGKOR itu lebih awal melakukan provokasi keji ke atas umat Islam.




Ketiadaan tindakan daripada pihak berkuasa, khususnya SKMM telah membuatkan individu seperti DESMOND YONGKOR rasa bangga dan bebas untuk melakukan provokasi dan mewujudkan ketidaktenteraman di kalangan rakyat.

Sepatutnya sebelum memberi amaran tentang 1MDB, SKMM sepatutnya menjawab terlebih dahulu, apa yang sudah berlaku kepada ribuan laporan polis membabitkan kes-kes seperti DESMOND YONGKOR.

Mat Sabu Sedang Promosi Gila-Gila Parti Baru Berteraskan Syiah Untuk Ganti PAS Di Sabah dan Kedah



1 Julai lalu, Mat Sabu berada di Dewan Tuaran Spoon, Batu 1 1/2, Bandar Maju, Sandakan bagi tujuan dialog dan penerangan isu-isu politik semasa. Yang hadir adalah seramai lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PAS, PKR, DAP, guru-guru dan para peniaga Sandakan. 

Antara yang dikenalpasti hadir adalah Hj. Hamzah Abdulah yang merupakan YDP PAS Batu Sapi; Haris Alimuddin yang merupakan Pengerusi majlis merangkap mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi dan Dayang Zubaidah Datu Tahil yang merupakan Pegawai Khas II DAP Sandakan. 

Ucapan-ucapan Hj. Hamzah Abdullah dan Mat Sabu, lebih menjurus kepada mewujudkan kebimbangan di kalangan para penyokong PAS tentang kemusnahan parti tersebut kerana meutuskan hubungan dengan DAP serta merosakkan Pakatan Rakyat. 

Paling menarik ialah apabila Hj. Hamzah Abdullah menyatakan di negara ini, rakyat seringkali ditindas oleh kerajaan yang sangat kejam di mana kerajaan dengan sewenang-wenangnya telah merobohkan kediaman masyarakat pribumi kerana gila kuasa. Hj. Hamzah juga menyatakan bangunan-bangunan yang didirikan di sekitar Sandakan adalah di atas tanah pribumi yang telah dirampas oleh kerajaan. 


Mat Sabu pula memperlekehkan rakyat Malaysia yang tidak mampu menukar kerajaan dan meniru rakyat negara baju yang menukar kerajaan seperti menukar baju. Menurut Mat Sabu lagi, PAS pada tahun 1986 langsung tidak berfungsi apabila hanya menang satu kerusi. Namun pada tahun 1999, PAS telah berjaya menguasai Terengganu apabila PAS bersatu dengan DAP dan PKR.

Mat Sabu terang-terang menipu dalam isu PAS menguasai Terengganu pada tahun 1999 menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR memandangkan PAS menang secara bersendirian di Terengganu, manakala DAP tiada wakil pun di DUN Terengganu. 


Mat Sabu juga berbohong apabila menyatakan pada tahun 2008, PAS berjaya menguasai 5 buah negeri menerusi gandingan dengan DAP, walhal PAS hanya menang di Kedah dan Kelantan. Di Perak, PAS hanya menang 6 kerusi DUN dan wakilnya iaitu Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Perak setelah DAP gagal memenuhi kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri yang memerlukan seorang lelaki Melayu beragama Islam sebagai Menteri Besarnya. Di Selangor pula, PAS hanyalah pemenang minoriti yang hanya diperlukan oleh PKR dan DAP untuk membentuk Kerajaan Negeri. PAS di Pulau Pinang pula, sekadar memenangi beberapa buah kerusi sahaja. 

Di Sandakan, Mat Sabu mengambil kesempatan mengutuk dan mengeji PAS kerana telah menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Presiden PAS. Menurutnya, pergolakan di dalam PAS tidak dapat dielakkan lagi kerana di dalam parti itu mengandungi pelbagai pandangan yang berbeza-beza. 


Sebagai seorang penganut Syiah tegar, pembohongan adalah rutin harian Mat Sabu. Di Sandakan, Mat Sabu tidak ragu-ragu untuk menipu dan berbohong. Sepanjang program di Sandakan itu, banyak perbincangan berkaitan perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang mendedahkan ketidakpersefahaman dalam membuat keputusan antara parti PAS dan DAP telah berlaku apabila wujudnya golongan yang menentang perlaksanaan hukuman hudud di negeri Kelantan. 

Dengar ceritanya pula, esok Mat Sabu akan menyertai Himpunan Al-Quds di Dataran Masjid Zahir. Program tersebut bagaimanapun, tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Star. 


Walaupun program tersebut berselindung menerusi sokongan kepada Palestin atau lebih tepat lagi Baitul Muqaddis, hakikatnya himpunan berkenaan adalah untuk menyokong gerakan Syiah di Kedah yang dilihat sebagai kuasa utama untuk pengukuhan parti baru yang akan dibentuk selepas Aidil Fitri nanti. 

Himpunan ini sebenarnya dianjurkan oleh MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) yang mensasarkan penyertaan seramai 50,000 orang di seluruh negara. 


Deraf Waran Tangkap Palsu Ke Atas Najib Abdul Razak, Dedahkan Konspirasi Besar Dalang Tertentu Untuk Hancurkan Negara Ini

Friday, 31 July 2015 · 4 comments

Apabila Sarawak Report dengan penuh bangganya menyiarkan deraf waran tangkap yang sebenarnya merupakan deraf kertas pertuduhan kepada umum, sekaligus cuba mengaitkannya dengan pemecatan Abdul Ghani Patail daripada jawatan Peguam Negara, ada banyak pihak yang mulai menyebarkan khabar-khabar angin dan teori-teori konspirasi yang tidak kurang menariknya.

Namun, walau apa pun teori yang dibentangkan dan cuba didendangkan, hakikatnya deraf itu sendiri adalah satu fitnah yang cuba membodoh-bodohkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Tidak menghairankan apabila ramai rakyat Malaysia yang cukup bodoh untuk mempercayai laporan Sarawak Report.


Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara berhubung fitnah berkenaan:

KENYATAAN OLEH PEGUAM NEGARA MALAYSIA

30 Julai 2015

1. Semua tuduhan oleh warga asing Clare Rewcastle Brown dalam blog politik Sarawak Report adalah palsu.

2. Kertas pertuduhan yang dikemukakan tidak wujud mahupun sampai ke Jabatan Peguam Negara. TAMBAHAN pula format dalam kertas pertuduhan yang disertakan tidak betul dan bukan ditulis oleh jabatan kami.

3. Siasatan oleh Badan Penyiasat Khas belum tamat atau lengkap. Jadi mustahil kertas tuduhan dapat disiapkan sebelum siasatan selesai.

4. Boleh dirumuskan bahawa kertas pertuduhan dan tuduhan ini menunjukkan ada konspirasi untuk menjatuhkan seorang Perdana Menteri dengan membuat tuduhan jenayah terhadap beliau dengan memalsukan maklumat dan memberi maklumat secara tidak sah.

5. Konspirasi ini adalah satu ancaman kepada demokrasi Malaysia. Saya akan mengarahkan segala tindakan diambil untuk menyiasat hal ini. Undang2 akan digunakan dengan sepenuhnya tanpa mengira siapa yg didapati bersalah.

STATEMENT BY ATTORNEY GENERAL MALAYSIA

30 July 2015

1. These allegations by foreign national Clare Rewcastle Brown in political blog Sarawak Report are false.

2. T‎he alleged charge sheets are not in and never reached the Attorney General’s Chambers. Furthermore, the format of the sheets is not correct or written by our Chambers. ‎

3. The Special Task Force investigation has not been completed. So it is not legally possible for charge sheets to be drafted in advance.

4. These alleged charge papers therefore indicate that there is a conspiracy to topple a serving Prime Minister by criminalising him, and that the methods include doctoring and criminal leakage.

5. This plot represents a threat to Malaysia’s democracy and I will direct for all action possible to be taken to investigate. The full force of the law will be applied without exception to any that are found guilty. ‎

TAN SRI MOHAMED APANDI BIN ALI
ATTORNEY GENERAL MALAYSIA


Bagi yang percaya bahawa apa yang disiarkan oleh Sarawak Report tersebut adalah tulen, mereka barangkali tidak tahu, yang disiarkan itu adalah kertas pertduuhan. Bagaimana kertas pertuduhan didraf walhal tidak pernah kedengaran Perdana Menteri disoalsiasat mahupn mana-mana individu termasuk pegawai Ambank dipanggil untuk memberikan keterangan?

Pejabat Timbalan Pendakwaraya tidak akan mendraf kertas pertuduhan tanpa Pegawai Penyiasat mengemukakan Investigation Diary (ID) kepada mereka. Itu bermakna siasatan sudah lengkap untuk buat pertuduhan di mahkamah.

Kenapa perlu waran tangkap sedangkan Perdana Menteri hampir setiap hari dipaparkan di media-media di mana dia berada? Waran Tangkap lazimya dikeluarkan apabila anda tidak hadir di mahkamah tanpa sebarang alasan.


UMNO, PMO, Pejabat Peguam Negara sendiri, mahupun Najib Abdul Razak perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebar dan pencipta fitnah ini. Bantahan dan desakan perlu dibuat ke atas Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia agar kerajaan negara itu mengambil tindakan ke atas Sarawak Report dan Clare Rewcastle Brown yang tidak henti-henti menabur fitnah serta menggunakan dokumen-dokumen palsu untuk mencetuskan kegelisahan serta menggugat kestabilan di negara ini.

AMARAN KERAS IGP: Jangan Buat Demo Haram di Sogo Pada 1 Ogos Nanti!

Thursday, 30 July 2015 · 11 comments


Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran keras kepada penganjur protes yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu ini supaya tidak menggugat keselamatan negara.

Menurutnya, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mereka yang mengajak rakyat ke jalanan bagi tujuan menjatuhkan kerajaan, seperti mana yang mahu dicapai oleh penganjur protes terbabit.

Beliau turut memberitahu, polis akan menyiasat maklumat yang tersebar menerusi media berhubung protes jalanan itu dan mahu penganjur menafikannya jika ia tidak benar.

“Kita ada undang-undang dan bukan boleh buat sebarangan untuk jatuhkan kerajaan. Kita ada cara ikut perlembagaan untuk tukar kerajaan, itu peringatan saya yang terakhir,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Selangor di sini hari ini.

Beliau mengulas penyebaran maklumat berhubung protes itu yang dirancang diadakan di sekitar sebuah pusat beli-belah di ibu negara untuk mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan.

Khalid berkata sekiranya penganjur protes itu masih tidak mahu bertanggungjawab tentang penyebaran maklumat mengenainya, siasatan akan dijalankan dan mereka bakal berdepan tindakan tegas oleh polis.

Katanya sebarang perhimpunan di negara ini boleh dianjurkan namun mereka mesti patuh kepada Akta Perhimpunan Aman 2012.

Sebuah portal berita semalam menerbitkan satu kenyataan media sebuah kumpulan menamakan diri mereka sebagai ‘Demi Malaysia’ yang dikatakan bertanggunjawab menganjurkan protes tersebut.

Satu Demi Satu NASIHAT MAHATHIR Dituruti Najib, Adakah Mahathir Akan Terus Marahkan Najib?

Tuesday, 28 July 2015 · 17 comments


Antara alasan yang kerap diberikan oleh penyokong pro-Tun untuk menyalahkan Najib adalah, Najib keras kepala dan langsung tidak mahu ikut cakap Mahathir. Daripada jambatan bengkok sehinggalah mempercepatkan bantuan dan peruntukan R&D kepada Proton.

Namun sedar tidak sedar, Najib sebenarnya telah lama menghabiskan kerja-kerja Mahathir yang tersangkut pada zaman Abdullah Badawi dahulu. Landasan berkembar keretapi yang menganjur dari Padang Besar sehingga ke Johor Bahru telah disiapkan dan pada masa yang sama, memperbaiki dan menaiktarafkan landasan keretapi ke Pantai Timur yang rosak akibat banjir besar hujung tahun lepas.

Najib juga telah menghentikan penjualan pasir kepada Singapura yang amat dipergiatkan oleh pentadbiran Abdullah Badawi. Walaupun pada masa yang sama, Najib mengalah kepada tuntutan serahan tanah landasan keretapi sehingga ke Tanjong Pagar, tetapi tanah gantian yang diberikan oleh Kerajaan Singapura yang terletak di kawasan tebusguna dan bernilai tinggi di Sentosa, jauh lebih bernilai berbanding tanah jajaran keretapi itu.


Mahathir menyatakan kalaulah dia masih berkuasa, maka dia akan menutup serta menyekat Internet. Najib kemudiannya telah menguatkuasakan undang-undang anti hasutan. Beberapa portal berita dalam talian yang selama ini bebas menfitnah dan mengadu domba termasuklah memainkan isu-isu sensitif terutama dalam hal menghina agama Islam, telah dikenakan tindakan. Ramai juga pengguna Internet terutama sekali Facebook yang ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah. Ramai yang telah dan sedang menerima hukuman penjara kerana kesalahan menghina Islam dan Melayu.

Mahathir menyatakan, kalau masih berkuasa, dia akan memecat sesiapa sahaja yang tidak senada dengannya. Itulah yang dilakukan oleh Najib hari ini.

Berkenaan 1MDB, selagi dalam siasatan, kes tersebut tidak seharusnya dibincangkan dan ditimbang mengikut neraca politik. Tindakan yang sama dilakukan oleh Mahathir sewaktu dia berkuasa dahulu terutama dalam isu-isu seperti Koperasi UMNO (KUB) dan PERWAJA. Najib telah mengikut semua nasihat dan teladan Mahathir.

Justeru, timbul persoalan, adakah selepas ini, Mahathir akan terus memekak dan menyerang Najib Abdul Razak dan menyifatkan Najib sebagai Perdana Menteri yang lembik?


SAH! MUHYIDDIN YASSIN DIPECAT DARI JAWATAN TPM DAN DIGANTIKAN OLEH AHMAD ZAHID HAMIDI!

· 34 comments


Berita jam 1:30 TV3 sebentar tadi mengesahkan yang Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilucutkan jawatannya oleh Perdana Menteri dan kini jawatan tersebut digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi.

Turut menerima 'hukuman' penyingkiran adalah beberapa orang Menteri dan Timbalan Menteri.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri berkata, tindakan tersebut perlu dilakukan dalam usaha untuk memantapkan pentadbiran dan memastikan kelancaran pengurusan negara terutama dalam menangani beberapa isu besar.

Butiran lanjut akan menyusul.

Patutlah LIM KIT SIANG Menyalak Sakan, Puak-Puak Dia Mula Diburu Bank Negara!

Friday, 24 July 2015 · 7 comments

Bank Negara Malaysia (BNM) mencari dua individu bagi membantu siasatan berhubung kontroversi syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam status Facebook rasmi, BNM memuatkan gambar dua individu yang dicari itu iaitu Casey Tang Keng Chee dan Jasmine Loo Ai Swan.

Kedua-duanya dicari bagi membantu siasatan mengikut Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953.

Alamat terakhir Casey Tang ialah di No. 112, Jalan 5/149G Taman Seri Endah, 57000 Kuala Lumpur.

Manakala Loo, 42, alamat terakhir 25, Jalan Seri Beringin 2, Damansara Heights, 50480 Kuala Lumpur.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedudukan individu ini boleh menghubungi Bank Negara Malaysia di talian 03-26988044 sambungan 8544/7610 atau boleh membuat laporan di balai polis berdekatan,” kata BNM.

Casey Tang merupakan bekas Pengarah Eksekutif 1MDB Bahagian Pembangunan Perniagaan secara kontrak tiga tahun berakhir Mac 2011 sebelum jawatan tersebut diambil alih Jasmine Loo yang sebelum itu di Bahagian Strategi.

Tiada ganjaran ditawarkan kepada pemberi maklumat.


Menurut Sarawak Report, Loo adalah Pengarah Eksekutif Pematuhan dan Perundangan Kumpulan Perbankan Utama Bhd (UBG) dan telah menyertai 1MDB pada 2011 sebagai Pengarah Eksekutif Strategi Kmpulan di samping mengekalkan jawatannya di UBG dan Pengarah Putrajaya Perdana Berhad.

Tang pula adalah bekas Pengarah Eksekutif 1MDB dan telah didakwa bekerjasama dengan Low Taek Jho dan eksekutif PetroSaudi International untuk membolehkan 1MDB memperolehi nota murabaha bernilai USD500 juta.

The Edge Weekly pula melaporkan pada 7 Jun bahawa Low telah menggunakan sekitar USD260 juta wang tersebut untuk membeli UBG Bhd dan Tang serta Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Nik Faisal Nik Kamil bekerjasama dengannya dan PetroSaudi dalam pengambilalihan UBG.

TONG KOII ONG, Orang Yang Dituduh Cuba Menggulingkan Kerajaan Dengan Penurunan Nilai Ringgit dan 1MDB, Akhirnya Buat Pengakuan Mengejutkan

· 9 comments


Nama Tong Koii Ong bukanlah asing. Bekas ahli perbankan pada zaman Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan yang turut menjadikan bank miliknya, Phillieo Allied sebagai tempat mendeposit wang-wang dari sumber yang diragui selain menjadi tempat berlabuhnya beberapa orang kroni rapat Anwar Ibrahim, termasuklah isteri Azmin Ali, Shamsidar Tahir, juga merupakan pemilik The Malaysian Insider dan The Edge yang telah sekian lama menggunakan media untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh Anwar Ibrahim, selain bertindak menghuru-harakan negara dengan laporan-laporan yang bersifat subversif.

Pengakuan bertulis yang dibuat oleh Xavier Justo dalam surat mempunyai 22 halaman kepada polis Thailand bagaikan memerangkap Tong Koii Ong dan Ho Kay Tat, selain Clare Brown dan Tony Pua serta Rafizi Ramli.

Dengan Wall Street Journal pula mengubah pendirian mereka daripada 'MENUDUH NAJIB MENGGUNAKAN AKAUN PERIBADI' untuk mencuri RM700 juta kepada 'PERCAYA, AKAUN PERIBADI NAJIB' digunakan untuk kemasukan RM700 juta, perubahan besar sedang berlaku sebelum perjanjian TPPA dimuktamadkan menjelang lawatan kali kedua Barrack Obama ke Malaysia pada November nanti.

Tong Koii Ong dalam pengakuannya, telah membenarkan kata-kata Xavier Justo bahawa dia telah ditipu oleh seorang ahli perniagaan Malaysia. Tong Koii Ong mengakui yang ahli perniagaan Malaysia itu adalah dirinya. Sekaligus, pengakuan Tong Koii Ong itu juga telah membenarkan pengakuan bekas editor Sarawak Tribune, Lester Melanyi yang kredibilitinya cuba dihancurkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli agar kenyataan serta pengakuannya tidak diterima awam.

Namun alasan yang diberikan oleh Tong Koii Ong yang data-data tersebut dicuri dan Xavier Justo diperdaya hanyalah untuk penyiaran bagi mendapatkan kebenaran, adalah sesuatu yang langsung tidak masuk akal. Ini adalah kerana Polis Thailand dan Polis Singapura telah pun mengesahkan data-data yang disiarkan oleh The Edge, The Malaysian Insider, Sarawak Report dan digunakan sebagai hujah oleh Tony Pua serta Rafizi Ramli merupakan data-data yang telah diubahsuai dan dipinda bagi mencapai maksud bagi tujuan menggulingkan Kerajaan Malaysia.

Hanya selepas terdesak dan hanya selepas pembetulan kembali dilakukan, barulah kesemua data curi tersebut diserahkan kepada polis dengan harapan, PDRM sendiri yang akan membuat 'cucian' The Edge dan Sarawak Report tidak meminda dokumen-dokumen berkenaan.

Buat masa sekarang, hanya Ho Kay Tat yang berada dalam soalsiasat polis. Giliran Tong Koii Ong, Tony Pua dan Rafizi Ramli belum muncul lagi walaupun mereka dilihat tergesa-gesa untuk melarikan diri ke luar negara kalau tidak kerana sekatan perjalanan oleh Jabatan Imigresen.

Mereka masih dikira beruntung kerana berbuat begitu di Malaysia. Kalaulah kesemua mereka melakukan kesalahan yang sama di China, sudah tentu sekarang ini ahli-ahli keluarga mereka terpaksa mengumpulkan wang untuk membeli peluru yang akan digunakan oleh pasukan penembak hukuman mati untuk membunuh kesemua mereka!


SUSPEK Penyamar PAPAGOMO ORIGINAL Hanyalah Pembantu Kedai dan Telah Direman Di Seri Iskandar

Thursday, 23 July 2015 · 2 comments



Seorang pembantu kedai berusia 26 tahun direman kerana didakwa mengendalikan halaman Facebook 'Papagomo Original' yang mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman.

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, lelaki itu ditahan di Balai Polis Dang Wangi dan dijangka dibebaskan atas jaminan polis pada Khamis

Suspek didakwa mewujudkan dan mengendalikan halaman Facebook itu dengan mendakwa ia mempunyai kaitan dengan Papagomo yang sebenar, iaitu penulis blog, Wan Muhammad Azri Wan Deris yang ditahan kerana didakwa memuat naik maklumat tidak benar yang memberi kesan kepada insiden pergaduhan di Plaza Low Yat.

Halaman Facebook itu mengeluarkan status perkauman dan memutarbelitkan insiden pergaduhan baru-baru ini membabitkan pusat membeli-belah lain.

Suspek turut memuat naik kononnya merupakan perbualan aplikasi WhatsApp antaranya bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang didakwa meminta imbuhan untuk "menyelesaikan" kes Papagomo ketika itu.

Khalid bagaimanapun menafikan dakwaan itu, manakala Papagomo yang sebenar dan peguamnya menjauhkan diri daripada halaman Facebook itu.

Lelaki itu ditahan di kediaman di Bandar University Seri Iskandar pada Rabu, di mana polis turut merampas telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk mengendalikan halaman berkenaan.

KETUA POLIS NEGARA Arahkan Pengendali Twitter REPUBLIC OF SARAWAK Dikesan dan Ditangkap!

Wednesday, 22 July 2015 · 4 comments


Dalam twitternya, Ketua Polis Negara tidak langsung secara telus mengeluarkan arahan kepada pasukan siber anti jenayah PDRM, PCIRC untuk mengesan, menyiasat dan menahan pengendali Twitter Republic of Sarawak yang juga merupakan penyokong kuat S4S yang mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.

Hari ini juga, PCIRC telah berjaya mengesan dan seterusnya menangkap seorang pengguna media sosial yang menggunakan nama PAPAGOMO ORIGINAL yang cuba menfitnah Ketua Polis Negara dan seorang lelaki bernama Muhammad Azri di Perak. Lelaki yang berusia 26 tahun itu kini ditahan dan disiasat di bawah Akta Hasutan.

Semalam, Ketua Polis Negara telah memberikan amaran kepada kepada penganjur dan AJK S4S yang mengadakan perhimpunan haram di Padang Jubilee namun tidak diendahkan. Sebaliknya mereka pula memberi amaran dan desakan agar Pesuruhjaya Polis Sarawak meletak jawatan kerana beliau bukan merupakan orang Sarawak dan dianggap sebagai 'penjajah dari Malaya'.

Secara tidak langsung, S4S dan orang-orang mereka menghalau kesemua anggota-anggota keselamatan yang berasal dari Semenanjung agar membolehkan mereka berbuat apa-apa sahaja.

Atau lebih tepat lagi untuk menjadkan Sarawak sebagai sebuah Republik yang bebas daripada Malaysia.

S4S dikuasai dan digerakkan oleh orang-orang Cina yang telah mendapat banyak projek serta mengumpulkan kekayaan luar biasa dengan menjadikan masyarakat Pribumi dan Bumiputera sebagai macai barisan hadapan mereka.


Awal-awal lagi, DAP telah mempersoalkan tentang undang-undang membabitkan tanah adat dan tanah Bumiputera yang tidak boleh mereka kuasa serta menghalang penguasaan mereka ke atas Sarawak. Cubaan menimbulkan kebencian kepada kepimpinan Bumiputera telah disemarakkan oleh DAP dengan menjadikan masyarakat Iban sebagai dasar mereka.

Menariknya, sekalipun DAP merupakan parti dari Semenanjung dan mengakui yang mereka tidak berteraskan bangsa, kesemua ADUN DAP Sarawak adalah berbangsa Cina, sama seperti pemimpin-pemimpin S4S.

Pada zaman darurat, Parti Komunis Kalimantan (PKK) yang dianggotai majoritinya berbangsa Cina telah membunuh dan menzalimi ramai masyarakat pribumi dan Bumiputera di Sarawak dalam usaha mereka mewujudkan emparan Empayar China Komunis yang menganjur dari Negara China, IndoChina, Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Indonesia dan Kalimantan serta Filipina.

Kini cubaan memerdekakan Sarawak dilihat mengulangi cubaan Parti Komunis Kalimantan yang telah berkubur hasil kerjasama pasukan keselamatan yang dianggotai oleh anak-anak tempatan dan Semenanjung. Cubaan sekarang, tidak lagi menggunakan senjata sebaliknya mereka berdalih dan menyusup masuk dengan menggunakan demokrasi dan entiti politik.

Justeru, arahan Ketua Polis Negara agar pengendali Twitter Republic of Sarawak dikesan, disiasatan dan ditahan adalah satu-satunya tindakan perlu.

PDRM tidak seharusnya dijadikan sebagai bahan politik oleh S4S. Mereka perlu bertanggungjawab atas perbuatan mereka sendiri.


Adakah SARAWAK FOR SARAWAKIANS Berani Melabelkan Rosli Dhobi dan Sharif Mashor Sebagai Lanun Sebagaimana James Brooke Labelkan Rentap Sungai Sekrang?

· 13 comments


Pada hari ini dalam tahun 1963, Sarawak telah dikeluarkan daripada jajahan Crown British. Walau bagaimanapun, Sarawak tidak mencapai kemerdekaan sebagaimana yang cuba digambarkan oleh para penyokong dan pembesar-pembesar S4S dan puak-puak pemisah Sarawak dari Malaysia.

Kerajaan Interim Sarawak tidak mempunyai sebarang kuasa kerana sebahagian daripada pentadbiran dan pengurusan negeri Sarawak kekal di bawah penguasaan British. Sarawak hanya merdeka sepenuhnya daripada British pada 31 Ogos 1963 apabila menyertai Persekutuan Malaysia.

Bagaimanapun, disebabkan Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia, 'Ganyang Malaysia' dan tuntutan Filipina ke atas Sabah, tarikh 31 Ogos 1963 telah diganjakkan menjadi 16 September 1963 sebagai tarikh rasmi penubuhan Malaysia.

Awal sebelum itu, sebelum tahun 1841, Sarawak adalah nama lama bagi Bandaraya Kuching sekarang ini. Sarawak terletak di bawah penguasaan Syarif dan Pangeran dari Brunei Darussalam. Dengan kata lain, Sarawak merupakan sebahagian daripada Brunei Darussalam, termasuklah beberapa daerah lain yang kurang diberikan perhatian oleh Kesultanan Brunei yang pada ketika itu terlibat dalam pergelutan kuasa di kalangan keluarga Sultan Brunei.

Kegagalan Pangeran Mahkota yang merupakan gabenor Sarawak untuk mengamankan serta menstabilkan keadaan ditambah pula dengan dasar percukaian yang tidak munasabah dalam usahanya untuk merampas takhta di Brunei, menyebabkan muncul penentangan daripada Datu Patinggi Ali yang merupakan pembesar Melayu berketurunan dari Raja Jarom, menguasai Saribas bersama-sama saudara lelakinya yang berkuasa di Samarahan, Kalaka dan Sadong.

Seperti dalam sejarah beberapa buah negeri di Semenanjung, kedatangan manusia dari Barat telah dijadikan asas kepada penentangan lebih besar. Di Sarawak, Datu Patinggi Ali kemudiannya bergabung dengan seorang pelayar atau lebih tepat lagi lanun bernama James Brooke untuk memerangi Pangeran Muda Hashim dan Pangeran Mahkota antara tahun 1837 sehingga 1841.


Sebelum itu, James Brooke dengan kapalnya seberat 142 tan, The Royalist telah membantu Pangeran Muda Hashim untuk menghancurkan pemberontakan orang tempatan ke atas keluarga Pangeran Brunei. 1841, James Brooke kemudiannya dilantik oleh Pangeran Muda Hashim sebagai Gabenor Sarawak. James Brooke kemudiannya dengan bantuan daripada unit Skuadron China British telah melancarkan serangan, menakluk Brunie, membunuh sultan Brunei yang sedang bertakhta dan melantik seorang sultan yang lain.

1842, James Brooke memperolehi Sarawak/Kuching daripada Sultan Omar Ali Saifuddin II dan bergelar Raja Sarawak. Tarikh lebih tepat adalah 24 September 1841 sekalipun deklarasi pengisytiharan hanya dibuat pada 18 Ogos 1842.

Sepanjang pentadbiran James Brooke dan tiga keturunannya selepas itu, dasar melabelkan penduduk pribumi sebagai LANUN amat giat. Atas nama memerangi lanun jugalah, ramai orang Cina dibawa masuk ke Sarawak.

'Lanun' yang paling ditakuti oleh James Brooke adalah Rentap Sungai Sekrang, seorang pahlawan Iban yang telah memerangi James Brooke sehinggalah kematiannya kerana usia tua pada tahun 1863. Rentap jugalah yang telah berjaya membunuh Datu Patinggi Ali yang bekerjasama dengan James Brooke dalam satu pertempuran di Karangan Peris pada 19 Ogos 1844.


Penentangan Rentap menyebabkan James Brooke meramaikan lagi masyarakat Cina yang diketahui amat taat dan setia kepadanya. Mereka ditempatkan di kuala-kuala sungai untuk menghalang Rentap dan pasukan penentang pribumi daripada menyerang kepentingan Brooke. Pembinaan kubu Nanga Skrang adalah bukti dasar James Brooke. Kubu Nanga Skrang diketuai oleh William Brereton. Awal 1853, Rentap telah menyerang kubu tersebut dan satu pertempuran sengit tercetus di Lintang Batang. Menantu Rentap bernama Layang berjaya membunuh Alan Lee dan William Brereton pula telah tercedera tetapi berjaya melarikan diri.

Selepas Perang Dunia Kedua, keluarga Brooke menyerahkan Sarawak kepada Britain. Pada masa yang sama, kumpulan Cina telah mewujudkan Parti Komunis Kalimantan untuk menguasai Sarawak dalam jajaran Empayar Komunis Asia Pasifik dan bekerja rapat dengan Parti Komunis Malaya. Ramai masyarakat Pribumi terutama sekali masyarakat Iban telah dibunuh dengan kejam oleh komunis Kalimantan. Komunis menguasai beberapa bandar besar seperti Sibu, Miri dan Bintulu.

Bagaimanapun, perjuangan komunis berjaya dipatahkan kerana tidak mendapat sambutan daripada penduduk pribumi, sama seperti di Semenanjung. 1963, dengan syarat Sarawak menyertai Persekutuan Malaysia pada ketika Britain dilanda kemelesetan ekonomi yang teruk dan peperangan ke atas komunis dan pemberontakan bersenjata daripada kaum pendatang memakan belanja yang besar, Kerajaan Interim Sarawak diwujudkan. Selama 56 hari, Kerajaan Interim Sarawak menjaga negeri itu sebelum penyertaan ke dalam Malaysia, menjadikan Sarawak wujud sebagai sebuah negeri yang kita kenali pada hari ini.

Catatan sejarah di atas, tidak langsung diceritakan oleh S4S yang rata-rata didalangi dan dikuasai oleh para pembesar berbangsa Cina. Mereka cuba menggambarkan Sarawak sebagai sebuah negara merdeka pada tahun 1841 iaitu pada ketika James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim Brunei.

Masyarakat Cina langsung tidak mempunyai sebarang sumbangan kepada kemerdekaan Sarawak sebaliknya mempunyai sumbangan yang sangat besar dalam memporak-perandakan Sarawak sepanjang musim konfrontasi Parti Komunis Kalimantan di Sarawak.

Begitu juga ketika Rosli Dhobi, seorang pahlawan yang hanya berusia 17 tahun ketika dihukum gantung sampai mati pada 2 Mac 1950 kerana membunuh Gabenor Sarawak kedua Sarawak, Duncan George Stewart bersama-sama rakannya dari Rukun 13, Awang Ramli Amit Mohd Deli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong di Sibu.



Sekarang, S4S mendakwa mereka mahu memperjuangkan rakyat Sarawak? Adakah perjuangan mereka sama seperti perjuangan Parti Komunis Kalimantan yang telah membunuh penduduk pribumi dan Bumiputera? Mengapa pada ketika musim menuntut kemerdekaan, kesemua mereka tidak muncul tetapi selepas kemerdekaan berjaya diraih, mereka mula menonjol diri sebagai pejuang?

Rakyat Sarawak seharusnya mencungkil sejarah negeri mereka sendiri. Mengenalpasti sejarah apa yang telah tercatat di Negeri Bumi Kenyalang, berbanding bergantung sepenuhnya kepada pemesongan fakta oleh golongan DAP yang berselindung di belakang nama Sarawak For Sarawakians demi merampas hak serta harta penduduk pribumi dan bumiputera.

Jangan ulangi lagi kesilapan bumiputera dan pribumi di Semenanjung yang cukup bermegah dengan slogan muhibbah yang akhirnya, menyaksikan mereka sekadar hidup dalam bayangan angan-angan.


GEMPAR!! TONY PUA Dilarang Meninggalkan Malaysia

· 2 comments


Berita terhangat dan terbaru...

Di tengah-tengah ketakutan yang ditunjukkan oleh Tony Pua yang cuba dibantu oleh Lim Kit Siang, satu larangan keluar negara telah dikenakan kepada Tony Pua.

Tony Pua dikatakan merupakan salah seorang daripada 10 individu yang telah berpakat dengan Xavier Justo, Clare Brown dari Sarawak Report dan Tong Koii Ong untuk menggulingkan kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib Abdul Razak dengan menggunakan data-data curi dari PetroSaudi International dan kemudian dipinda sebelum disiarkan oleh The Edge milik Tong Koii Ong.

Tong Koii Ong dibantu oleh Tony Pua sebelum itu dituduh telah terlibat dalam usaha menurunkan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika Syarikat dalam urusniaga matawang yang didalangi oleh badan antarabangsa dalam usaha mewujudkan imej negatif dan kemarahan rakyat kepada Najib Abdul Razak, dan pada masa yang sama, membantu Amerika Syarikat mengenakan tekanan kepada Malaysia untuk menerima TPPA.

TPPA adalah salah satu bentuk penjajahan Amerika Syarikat yang sedang bergelut dengan serangan dan kesempitan ekonomi selain kadar pengangguran dan hutang luar yang sangat besar sehingga menjadikan ekonomi dan kewangan dunia kelam-kabut semata-mata untuk memastikan Amerika Syarikat terus berdaya saing dengan pelbagai helah mereka, termasuklah peperangan.


Yang pasti, Tony Pua sudah pun dikenakan sekatan untuk melarikan diri dan perlu bertanggungjawab atas perbuatannya selama ini. Dia terlepas ketika cuba mendedahkan kekuatan aset keselamatan dan pertahanan negara tidak lama dahulu tetapi kali ini dia seperti terjerat, apatah lagi dengan keputusan yang didedahkan oleh Polis Diraja Thailand dan Polis Singapura yang cuba dituduh sebagai telah 'dibayar dan dirasuah' oleh Najib Abdul Razak.

Ekoran sekatan yang dikenakan ke atasnya, Tony Pua telah memanggil satu sidang media di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur pada jam 4:30 petang hari ini.



1000 ORANG TIDAK PEDULI AMARAN KETUA POLIS AGAR S4S BERHENTI DARIPADA HASUT SARAWAK KELUAR DARI MALAYSIA!

· 5 comments


Amaran yang diberikan oleh Ketua Polis Negara agar S4S tidak mengadakan himpunan di Kuching, nampaknya tidak dihiraukan oleh 1000 orang penyokong kuat gerakan mengeluarkan Sarawak dari Malaysia itu.

Padang Jubilee di Kuching menyaksikan lebih kurang 1000 orang muncul untuk sambutan '722 Sarawak Freedom and Independence Day Walk' walaupun sehari sebelumnya, Ketua Polis Negara memberi amaran, polis akan menahan dan menangkap penganjur serta ahli jawatankuasa S4S.

Bagaimanapun jangkaan awal 6000 orang dari seluruh Sarawak akan menyertai perhimpunan tersebut, ternyata meleset jauh. Polis sebelum itu telah mendapat maklumat yang penganjur merancang untuk menggunakan perhimpunan tersebut sebagai platform untuk melakukan hasutan dan mempengaruhi rakyat Sarawak dengan idea pemisahan dari Malaysia.

Sarawak Dayak Iban Association (SADIA) dan Sarawak For Sarawakians (S4S) dilaporkan telah menganjurkan perhimpunan tersebut dengan berselindung di sebalik memori kemerdekaan Sarawak dari Britih pada 22 Julai 1963. 

Para peserta kebanyakannya mengenakan t-shirt hitam yang dicetak dengan slogan, 'Sarawak for Sarawakinas', berarak atau menunggang motosikal lebih kurang 1.5 kilometer ke Padang Rekreasi Song Kheng Khai, sambil diperhatikan dan dipantau oleh polis.

Mereka turut membawa bendera negera dan pemidang yang tertera perkataan, 'Peace', 'Harmony', 'Education Autonomy,' dan 'Healthcare Autonomy'.

Apakah tindakan polis dalam isu ini? Adakah polis hanya akan membiarkan sahaja atau kata-kata Ketua Polis Negara akan dikotakan menerusi tindakan ke atas Ketua-Ketua S4S dan AJKnya yang kebanyakan daripada mereka didalangi oleh DAP selain menggunakan tenaga Pribumi dan Bumiputera sebagai macai barisan hadapan untuk menunjukkan kononnya S4S merupakan dokongan anak negeri, bukannya golongan yang memiliki rumah-rumah besar di bandar-bandar besar di seluruh Sarawak atau yang membolot projek-projek penebangan balak serta projek-projek besar yang lain?

Lagi AMARAN Daripada IGP Kepada S4S... Entah Kali Keberapa!

Tuesday, 21 July 2015 · 12 comments


S4S, sebuah pertubuhan subversif yang mahu memperjuangkan sebuah negara Cina Sarawak dengan memperdayakan dan mempergunakan Bumiputera Sarawak bagi tujuan mereka, sedang merancang untuk mengadakan perarakan dan demonstrasi besar-besaran pada esok hari (22 Julai) di Kuching.

Dua hari lepas, mereka berjaya mengadakan satu perhimpunan kecil yang gagal mencapai matlamat di Miri.

S4S walaupun kononnya berjuang untuk rakyat Sarawak, hakikatnya, mereka digerakkan dan disokong sepenuhnya oleh pemimpin-pemimpin Cina Sarawak. Ramai yang melihat motif utama puak berkenaan adalah untuk merampas tanah-tanah Bumiputera yang sekarang ini terhalang menerusi pelbagai Akta termasuklah Tanah Anak Negeri. Perkahwinan campur yang membolehkan mereka untuk menguasai tanah pula, tidak begitu lancar, memandangkan bangsa seseorang anak itu mengikut bapa, bukannya ibu.

Selepas Akta Hasutan mula digunakan walaupun secara kecil-kecilan, S4S atau Sarawak For Sarawakians cuba melakukan penyamaran dan menafikan mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia, sebaliknya berhelah kononnya mereka mahu menuntut autonomi yang lebih meluas untuk negeri itu dari Malaysia, walaupun sekarang ini, Sarawak memang sebuah negeri berautonomi.

Puak-puak S4S dilihat cuba juga menipu sejarah negeri Sarawak dengan memperjuangkan tahun 1841 sebagai tahun kemerdekaan Sarawak sebagai sebuah negara, sedangkan hakikatnya, Sarawak hanyalah berstatus negeri seperti yang ada sekarang selepas menyertai Malaysia pada tahun 1963.

Sarawak asalnya adalah Kuching. Sarawak atau Kuching merupakan sebahagian daripada daerah dalam Negara Brunei Darussalam yang berada di bawah kawalan . James Brooke tidak berjaya menyatukan Sarawak dalam bentuk negeri yang sekarang ini, sebaliknya hanya mengawal beberapa batang sungai dengan mendirikan pondok-pondok pemungut cukai. Antara kawasan yang gagal dikuasai oleh James Brooke ialah Sungai Sekrang di mana dia mendapat tentang kuat daripada Panglima Rentap Sungai Sekrang yang sangat terkenal itu.

Perkataan DAYAK pula diperkenalkan oleh British untuk membezakan antara kaum pribumi Islam dan bukan Islam di Sarawak.

James Brooke dilantik sebagai Gabenor Sarawak dan kemudian digelarkan sebagai Raja Putih Brooke oleh Pangeran Muda Hashim Brunei pada tahun 1841, tahun di mana S4S menggambarkan Sarawak sebagai sebuah Negara Berdaulat.

S4S cuba memperkenalkan bendera Sarawak pada era James Brooke sebagai bendera asal Sarawak, iaitu satu penipuan yang terang dan nyata. Atas alasan yang amat cetek dan menggunakan hujah sejarah yang amat dangkal, S4S cuba mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.

Beberapa desakan agar pihak berkuasa menguatkuasakan undang-undang ke atas para penggerak S4S, tidak begitu dipandang berat, sekalipun sesekali PDRM mengeluarkan amaran akan mengambil tindakn ke atas mereka.

Perhimpunan pada 22 Julai di Kuching, dikhabarkan tidak mendapat kelulusan dan keizinan polis. Perhimpunan itu juga akan digunakan untuk mencetuskan dan membangkitkan semangat penentangan ke atas Malaysia selain mengeluarkan Sarawak daripada Malaysia sekaligus menentang dan memerangi Perlembagaan Malaysia.

Sekali lagi Ketua Polis Negara mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan akan dikenakan ke atas penganjur dan ahli jawatankuasa S4S yang cuba mengganggu gugat kestabilan serta keselamatan negara ini.

Kita perhatikan, apakah benar polis akan bertindak atau sekali lagi polis akan sekadar menugaskan beberapa orang anggota untuk memerhatikan perarakan pergerakan tersebut.


MAKIN TERDEDAH! Tony Pua Makin Meroyan Selepas CEO The Edge Group Akui Bertemu dan Perolehi Dokumen Daripada Xavier Justo

· 3 comments


Lim Kit Siang barangkali tidak menyangka sama sekali yang Tony Pua tidaklah sehebat dan secerdik mana. Malah mungkin tidak menyangka langsung bahawa siasatan Polis Thailand akan turut menjerat Tony Pua, sekaligus mengheret Tony Pua ke tali gantung atau penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah sewaktu dibicarakan di mahkamah nanti.

Setakat ini, hanya Lim Kit Siang yang cuba mempertahankan Tony Pua seboleh-bolehnya. Lim Guan Eng langsung tidak berani kerana barangkali kebimbangan dia juga terlibat, tidak boleh dinafikan. Lim Kit Siang kalau kita lihat, begitu aktif mempertahankan Tony Pua yang telah dikenalpasti terbabit dengan Xavier Andre Justo dan Clare Rewcastle Brown Sarawak Report dalam menjadikan 1MDB sebagai senjata ampuh untuk menggulingkan Kerajaan Najib Abdul Razak.

Sehingga setakat ini juga, Lim Kit Siang mahupun Tony Pua sendiri gagal membuat sebarang penafian berhubung pembabitan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dalam konspirasi dan kerja jahat Xavier Andre Justo. Cubaan Tony Pua untuk menyaman sesiapa sahaja yang cuba mengaitkannya dengan pendedahan Lester Melanyi, bekas editor Sarawak Report pula dilihat sebagai usaha terdesak yang menunjukkan ketakutannya selain cubaan untuk menutup perkara sebenar daripada diketahui awam.

Kerana itulah, Abdul Rahman Dahlan, Ahli Parlimen Kota Belud mencela Lim Kit Siang dan Tony Pua yang disifatkannya cuba menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional, tetapi langsung tidak berani bercakap tentang kaitan Tony Pua dengan Xavier Justo serta pertemuan dan konspirasi sulit mereka di Hotel Fullerton, Singapura.

Sesuatu yang amat pasti ialah, Lim Kit Siang jelas sangat terkejut dengan pendedahan yang dibuat oleh Polis Thailand selain gesaan Polis Thailand agar Polis Singapura melakukan siasatan bagi penggubahan wang haram dan pembelian data-data curi untuk modifikasi bagi tujuan menggulingkan kerajaan yang sah di Malaysia.

Pada 2 Julai, dalam sebuah artikel Malaysiakini, Tony Pua berkata, dia tidak pernah mengenali Xavier Justo. Sabtu lepas, Tony Pua mencabar ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional agar menamakannya secara rasmi yang telah mengadakan pertemuan dan kolobarasi dengan Xavier Justo dan Claire Brown untuk menfitnah sekaligus menggulingkan kerajaan Malaysia.

Terbaru, Tony Pua mengancam untuk menyaman sesiapa sahaja yang mengulang kembali pendedahan yang dibuat oleh Lester Melanyi yang merupakan bekas Editor Sarawak Report yang mengaitkan Tony Pua dan Rafizi Ramli dalam pemalsuan data serta perancangan jenayah ke atas negara ini bersama-sama wanita warganegara Britain, Clare Brown dan Sarawak Report.

Mengapa agaknya, Tony Pua dan Lim Kit Siang tidak mampu lagi menunggu keputusan siasatan Polis Diraja Thailand dan Polis Singapura berhubung pembabitan Tony Pua dalam usaha menggulingkan kerajaan dan penderhakaan ke atas DYMM Yang Di-Pertuan Agong?

Dalam perkembangan terbaru, HO KAY TAT, salah seorang yang bersama-sama Tony Pua bertemu dengan Xavier Justo, yang juga merupakan Penerbit dan CEO Kumpulan The Edge Media Corp, telah mengakui yang mereka telah bertemu Justo dan membeli beberapa dokumen daripada lelaki Swiss itu.



Meanwhile, PKR secretary-general Rafizi Ramli said that the tactics by the government to block access to the Sarawak Report website, is part of the efforts to turn Pua and himself into scapegoats over the scandal.

HIMPUNAN S4S... Dari 6000, Jadi 500, Kemudian 200 Tapi Yang Pasti, Perjuangannya Adalah CINA!

Monday, 20 July 2015 · 17 comments

Kononnya atau lebih tepat lagi, jangkaan yang bakal hadir untuk menyokong perarakan dan demonstrasi SARAWAK FOR SARAWAKIANS (S4S) adalah 6,000 orang. Bagaimanapun, jumlah yang hadir pada 19 Julai 2015 yang membuat perhimpunan kecil-kecilan di Padang Majlis Bandaraya Miri, tidak lebih dari 500 orang.

Angka tersebut bagaimanapun, cuba dibesarkan oleh para pemimpin dan tukang tiup propaganda S4S sebagai 200 orang. Sebaliknya cuba pula menutup kegagalan tersebut dengan meuwar-uwarkan bahawa perhimpunan pada 22 Julai nanti akan menghimpunkan lebih 6000 orang penyokong pemisahan Sarawak dari Malaysia yang mahu menggunakan bendera James Brooke sebagai bendera rasmi Sarawak menggantikan bendera sedia ada.

Menariknya, para pemimpin S4S yang beria-ia mahu mengeluarkan Sarawak dari Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat Cina manakala masyarakat pribumi dan Bumiputera pula, hanyalah sekadar macai yang diperdayakan dengan dakyah halus yang menggambarkan Cina lebih bijak memerintah Sarawak dari Malaysia!

Dilaporkan antara jam 8:30 pagi sehingga 10:45 pagi bertempat di Padang Majlis Bandaraya Miri, Jalan Padang, Miri telah diadakan satu perhimpunan sempena sambutan Hari Kemerdekaa Sarawak Ke-52 anjuran Jawatankuasa S4S yang diketuai oleh Eric Chin Fen-Siong. Yang hadir termasuklah ahli-ahli parti politik dari Barisan Nasional Sarawak sendiri dan DAP, ahli-ahli NGO serta orang perseorangan.

Antara yang telah dikenalpasti hadir dalam perhimpunan tersebut adalah:  

1. Hanim binti Jaraee - Aktivis S4S Miri;
2. Eric Chin Fen Siong - Aktivitis S4S Miri;
3. YB Fong Pau Teck - ADUN N.64 Pujut;
4. YB Alan Ling Sie Kiong - ADUN N.63 Piasau;
5. Dato Sebastian Ting Chiew Yew - Pengerusi SUPP Piasau;
6. Adam Yii Siew-Sang - Pengerusi SUPP Pujut;
7. Ngieng Chew Seng - aktivis S4S.

Pergerakan perarakan yang disertai oleh lebih kurang 200 orang dari kawasan Marina Bay & Centerpoint Commercial Centre menuju ke Padang MBM turut diadakan. Selain itu, sejumlah 80 helai bendera Sarawak era penjajahan Brooke telah dipasang di sekeliling padang dan kawasan belakang pentas utama. Majoriti peserta pula memakai t-shirt berwarna hitam bertulisan Sarawak for Sarawakians dan Referendum Hak Sarawak. Program tersebut turut diselitkan dengan nyanyian lagu Fairland Sarawak yang tidak mempunyai asal usul, melainkan untuk ego serta besar kepala para pemimpin S4S.

Perarakan melibatkan 29 buah kenderaan turut dijalankan dalam kawasan padang. Manakala perarakan membawa banner dan sepanduk mengelilingi padang, juga tidak ketinggalan.


13 banner berukuran 4 x 20 telah diusung dan dijulang:

1. Sarawak For Sarawakians - Gerrymandering;
2. Sarawak for sarawakians - Corruption & Cronies;
3. Sarawak for sarawakians - Transparency;
4. Sarawak for sarawakians - Social Welfare;
5. Sarawak for sarawakians - No Prejudice;
6. Sarawak for sarawakians - Review Petroleum Act;
7. Sarawak for sarawakians - Review MA 63;
8. Sarawak for sarawakians - Tariffs And Finance;
9. Sarawak for sarawakians - Education Autonomy;
10. Sarawak for sarawakians - Immigration Control;
11. Sarawak for sarawakians - Constitution &18 Points;
12. Sarawak for sarawakians;
13. 22nd July 2015 - Sarawak 52 Independence Day Parade (.)

Sehelai banner berukuran 4'x20' dipasang di tepi pagar luar padang :-
1. Sarawak Independence Day Parade, 22 July 1963, Sarawak for Sarawakians, Sunday date: 19 July 2015 Time: 8.00am, Location : Miri City Council Field (.)


Selain banner, turut dikesan adalah beberapa sepanduk berukuran 2 x 3' dibawa sama.

Dalam ucapannya, Eric Chin Fen Siong menyatakan perasaan bangganya kerana jumlah yang hadir lebih ramai berbanding tahun lepas. Menurutnya lagi, S4S menghormati pihak berkuasa seperti polis yang hanya membenarkan perhimpunan diadakan dalam kawasan tertutup dan terkawal sebagaimana yang diarahkan. Dia juga mengingatkan bahawa 22 Julai adalah Hari Kemerdekaan untuk rakyat Sarawak.

22 Julai nanti, kata Eric, perhimpunan dijangkakan akan dihadiri lebih 6000 orang di Kuching dan tiada sesiapa pun yang boleh menghalang S4S.

Walaupun perhimpunan tersebut mendapat kebenaran atas nama SARAWAK DAYAK IBAN ASSOCIATION (SADIA), kehadiran beberapa orang pemimpin parti politik tempatan seperti Alan Ling Sie Kiong, Fong Pau Teck, Sebastian Ting Chiew Yew dan Adam Yii Siew Sang sudah cukup untuk menggambarkan S4S sebenarnya adalah perjuangan Cina untuk merampas Sarawak walaupun pada masa yang sama, mereka berusaha mencipta persepsi kononnya mereka berjuang untuk rakyat Sarawak.

PANIK Kerana Bakal Didakwa di Mahkamah Thailand Membuatkan Tony Pua MENCARUT-CARUT!

Sunday, 19 July 2015 · 12 comments

Tidak syak lagi, Tony Pua sedang panik apabila beberapa pendedahan yang dibuat oleh Polis Thailand merujuk kepada dirinya.

Kepanikan itu membuatkan Tony Pua sedang melompat, apatah lagi, sudah terdengar ura-ura yang dia berkemungkinan akan diekstradisi ke Thailand selepas polis Thailand mengeluarkan waran tangkap untuk membantu penyiasatan dan dakwaan ke atas Xavier Justo. (RUJUK SINI)

Xavier Justo telah mengesahkan, dia mencuri data-data dari PetroSaudi International dan dijual kepada pihak ketiga dari Malaysia yang kemudian data-data tersebut dipinda dan digunakan dalam cubaan rampasan kuasa.

Tony Pua sedar implikasi yang akan diterimanya. Disebabkan itulah, dalam usahanya untuk membela diri, ditambah pula dengan kepanikan, dia mula menggelarkan orang lain sebagai 'PUSSIES' secara terbuka, sekaligus menunjukkan yang dia juga adalah seorang yang sangat biadap walaupun berstatus Ahli Parlimen.


Hanya kerana dia bakal dikenakan tindakan undang-undang merentasi sempadan kerana melakukan jenayah dan panik, tidak bermakna ia memberikan hak kepada Tony Pua untuk mencarut di khalayak ramai atau menggelarkan orang lain dengan pelbagai label haiwan seperti keledai (donkey), ayam (chicken) atau anjing (dog).

Rakyat Malaysia membayar cukai yang tinggi dan sebahagian daripada cukai tersebut digunakan untuk membiayai kehidupan Tony Pua dalam bentuk gaji, elaun dan pelbagai kemudahan lain selaku Ahli Parlimen. Jangan gunakan wang rakyat Malaysia itu untuk melakukan kelucahan melampau di khalayak ramai (RUJUK SINI), malah dia seharusnya menunjukkan contoh yang lebih baik kerana dia sendiri adalah wakil rakyat.


Lagi Cerita Penipuan dan Pembeli Dituduh Pencuri Selepas Ditipu Penjual Di LOW YAT PLAZA!

Wednesday, 15 July 2015 · 8 comments


APABILA saya membaca berita pergaduhan di Plaza Low Yat, saya teringat dua kes yang saya dan seorang kenalan saya alami. Dalam kes saya sekitar enam tujuh tahun lepas, saya pernah membeli housing handphone atau tab yang harga pasaran bagi original RM200.

Kalau yang AP harganya sekitar RM120. Tiba-tiba satu kedai menawarkan yang original hanya dengan harga RM180. Oleh sebab murah RM20 berbanding kedai lain, saya terus beli. Sewaktu keluar, saya jumpa dengan seorang kenalan yang agak mahir berkenaan perkakasan handphone. Dia beritahu yang saya beli bukan original, tapi AP. Dia tunjukkan tanda-tanda AP dan saya pergi ke kedai lain untuk mengenal pasti tanda-tanda original dan AP.

Selepas dapat informasi tentang tanda-tanda original dan AP, saya patah balik ke kedai asal untuk protes penipuan dia. Saya tak kisah yang RM60, tetapi saya geram sebab kena tipu. Masa saya pergi balik jumpa penjual yang juga tauke kedai, dia berkeras menyatakan yang dia bagi itu memang AP dan dia dah cakap dari awal.

Saya kata, kalau yang AP kenapa harga sampai RM180, sepatutnya RM120. Dia cakap, itu awak punya pasal lah, sebab awak dah setuju. Padahal tadi dia kata sah original dan saya pastikan dua tiga kali masa saya nak beli.

Selepas agak kecoh, tauke kedai tu akhirnya panggil guard untuk hindarkan saya dari kedai. Memang samseng betul tauke tu. Kalau ikutkan hati, tengok dia tipu kita dan berlagak samseng dengan halau kita dari kedai dia dengan suara tinggi, rasa mahu pecahkan saja kedai itu atau bertumbuk sahaja dengan tuannya.

Tapi ingat nanti jadi kes gaduh, tak mustahil kita pula yang salah dituduh menyerang dalam keadaan saksi sekeliling mungkin kawan-kawan dia. Pelanggan kedai lain rasanya mustahil nak tampil jadi saksi bagi pihak kita. Kawan yang saya jumpa tadi pun dah entah ke mana.

Apabila fikir panjang; kalau bertumbuk, polis akan datang, semua kena pergi balai bagi keterangan. Kalau saya bagi keterangan bahawa saya kena tipu, nanti polis kata: ‘encik jangan bertindak sendiri, buat laporan dulu, serahkan kepada polis, ini kerja polis dan bla bla bla....” Macam biasalah, semua kena serah ke polis menurut pemikiran idealnya.

Kalau buat laporan polis, kena tipu RM60 (RM180-RM120) agak-agak polis nak layan tak? Jangan bohong lah, kawan saya kena tipu RM120,000 polis tak layan, setakat ambil laporan sahaja. Inikan RM60. Jadi, apabila fikirkan undang-undang mahupun suasana tidak menyebelahi saya, pendam sahajalah perasaan geram tu.

Lagi satu kes ialah melibatkan seorang kenalan saya, warga Saudi tinggal di Malaysia. Beliau telah membeli laptop dari satu kedai di satu Plaza di kawasan Gombak. Kes yang sama, tuan kedai tipu spesifikasi laptop tersebut. Beliau hanya menyedari bahawa beliau ditipu selepas pulang ke kondo miliknya.

Keesokan hari beliau kembali ke kedai tersebut dan protes atas penipuan spesifikasi tersebut dan penjual menafikannya. Sebagaimana budaya orang arab, mereka payah mengalah dan akhirnya berlaku pergaduhan.

Dalam pergaduhan itu, beliau telah diwar-warkan oleh penjual bahawa pergaduhan itu sebab pak arab tu mencuri di kedai dia. Kenalan Arab ini pula langsung tidak boleh bertutur melayu dan hanya bahasa Inggeris yang sangat broken (lemah). Oleh sebab masalah komunikasi tersebut, dia tidak mampu menerangkan kepada orang ramai apa isu sebenar.

Akibatnya, beliau dipukul teruk sehingga lari lintang pukang selamatkan diri. Beliau dipukul dari kedai di tingkat 1 sehingga ke pintu keluar mall. Sehingga akhirpun, beliau tidak mendapat apa-apa pembelaan melainkan lapor di kedutaan dan buat laporan polis. Tapi laptopnya yang dah pecah dan wangnya langsung tiada pembelaan.

Kes di Low Yat dua hari lepas mengingatkan saya tentang dua kes di atas. Sama ada pergaduhan dua hari lepas adalah disebabkan oleh pelanggan mencuri sebagai dakwaan sesetengah media atau sememangnya dia adalah mangsa tipu atau dia adalah mangsa tipu tetapi difitnah oleh tuan kedai bahawa beliau mencuri, itu hanya Allah yang tahu dan bukan isu yang saya nak timbulkan dalam tulisan ini. Apapun realiti, saya yakin polis tidak akan mengumumkan apa sebab sebenar dengan alasan nak elakkan sentimen dan sebagainya.

Berbalik kepada poin asal, kenapa kes ini timbul dan bagaimana Islam selesaikan?

Kes seperti ini timbul, sebagaimana pengalaman saya sendiri, disebabkan kita sebagai mangsa tipu tiada tempat untuk mengadu. Nak pergi mengadu di balai polis, sah-sah polis hanya terima laporan dan tiada tindakan dibuat, kecuali kalau polis tu abang kita, sepupu kita atau ayah kita. Kawan saya yang kena tipu RM120,000 pun tak ada apa-apa tindakan polis sekalipun laporan dah dibuat. Jadi, abaikan sahaja laporan polis.

Ada seorang sahabat sarankan supaya saya pergi buat aduan online ke E-Aduan Kementerian Perdagangan dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) atau Biro Pengaduan Awam (BPA).

Ada juga sarankan supaya pergi adu kepada Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) dan macam-macamlah idea-idea khayal yang tidak realistik. Tidak realistik kerana kita hanya nak tuntut RM60, tapi nak kena turun naik dan ke hulu ke hilir selepas itu, confirm tak berbaloi dengan RM60 yang kita protes.

Dengan kata lain, antara pilihan yang anda ada:
1. Sama ada anda jadi samseng dan bertumbuk dengan tuan kedai,
2. Atau anda perlu ambil cuti untuk turun naik pejabat-pejabat yang dinyatakan justeru kejadian ini pada waktu petang selepas waktu pejabat. Pasti selepas itu anda dinasihatkan oleh pegawai aduan awam untuk buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya. Satu hal pula anda kena bergegas ke balai polis untuk melihat pegawai polis taip dengan 1 jari untuk report anda,
3. Atau lupakan sahaja dan banyakkan bersabar serta ingat akan dapat balik pada hari akhirat.

Saya telah ambil pilihan ketiga justeru saya bukan jenis samseng untuk buat pilihan pertama dan saya tiada masa yang banyak untuk habiskan waktu-waktu saya turun ke hulu ke hilir untuk RM60. – HARAKAHDAILY 14/7/2015

Dua Mesej Dari Grup Yang Berlainan, Menceritakan Perkara Yang Berbeza Tentang Insiden Low Yat Pada 13 Julai 2015

Tuesday, 14 July 2015 · 13 comments


Hari ini dalam Sejarah. Tragedi 13 Julai 2015.
 

Sebuah kompleks besar milik Cina sudah lengang dan sepi. Banyak kedai tutup hampir 98%.

Hal ini akan berlarutan dan trauma dalam kalangan rakyat biasa mungkin berpanjangan. Reputasi Lowyat sebagai pusat IT terbesar Malaysia juga tercalar.

Sedikit sebanyak sangat memberi kesan kepada ekonomi mereka kerana 70% pengunjung Lowyat adalah Melayu.

Selain itu reputasi brand terkenal seperti Lenovo dan Oppo turut tercalar tatkala tersebarnya cerita mereka menjual AP dan Clone set di outlet mereka.
-----

Apa yang berlaku malam tadi adalah isu kedua rentetan 7 budak Melayu yang kena pukul kelmarin.
Saya ceritakan sedikit apa yang saya sendiri lihat tatkala berada di scene field...

1. Seramai lebih kurang 400 - 500 orang telah berkumpul sekitar jam 8.30 malam dihadapan Lowyat bagi meminta penjelasan daripada pengurusan berhubung isu ini diketuai "Brotherhood".

2. Mereka gagal mendapat jawapan lantas masuk ke dalam untuk memanggil 'abang kawasan' Lowyat dan seorang supervisor security Lowyat.

3. Akhirnya Alan (kepala botak) dan seorang lelaki Melayu berbadan gempal telah dibawa keluar untuk memberi penjelasan berkenaan isu tersebut dihadapan crowd Melayu yang masih berkumpul dihadapan Lowyat.

4. Setelah mendapat jawapan, mereka telah ditenteramkan oleh seorang 'abang kawasan' agar tidak bertindak melulu.

5. Abang kawasan meminta semua crowd beri laluan pihak Polis buat siasatan berhubung isu Cina membawa kayu hendak pukul orang Melayu.

6. Mereka juga turut meminta pihak Polis mengambil tindakan terhadap semua Cina yang 'mengerjakan' budak Melayu ber-7 tersebut.

7. Sementara seorang suspek yang didakwa mencuri masih lagi ditahan reman setakat malam tadi.

8. Setelah abang kawasan tersebut tamat memberi ucapan mereka pun bersurai dan crowd berpindah ke Jln Bukit Bintang. (Rujuk video Alan kena tarik dan video abang kawasan beri ucapan).

9. Abang kawasan antara dua pihak telah duduk semeja di Arraziq berhadapan Lowyat.

10. Rundingan gagal apabila ada pihak Cina mengapikan keadaan dari dalam Lowyat dimana mereka telah bersiap sedia dengan parang, besi dan peralatan untuk keluar mengamuk.

11. Sekitar 10.30 pihak Polis telah mula menyuraikan crowd Melayu di Jln Bukit Bintang. Saya turut berpindah ke Jln Imbi ketika itu.

12. Ketika itu Lowyat telah pun di 'perimeter fencing' oleh pihak polis.

13. Sekitar jam 11.45 - 12, kawasan sekitar Lowyat sangat lengang. Crowd di Bukit Bintang sudah berkurangan.

14. Jam 12.25 lebih kurang, beberapa orang Melayu yang melalui kawasan jalan belakang parking motor Lowyat telah diserang sekumpulan lelaki Cina bersenjatakan besi dan kayu.

15. Beberapa orang melarikan diri dan memanggil crowd daripada Bukit Bintang untuk menyelamatkan mereka.

16. Panggilan dibuat kepada semua crowd. Sekitar jam 12.30 seramai lebih kurang 200 orang telah berkumpul dan mula merusuh bila melihat beberapa orang Melayu sudah tumbang. Salah seorang berbadan gempal sedang terbaring dipijak beberapa crowd Cina dan India. (Rujuk gambar di media sosial)

17. Rusuhan semakin tegang bila amarah orang Melayu tidak tertahan lagi kerana diserang setelah mereka bersurai.

18. Sekitar 10 minit setelah itu pihak UTK (berpakaian preman) dan polis (berseragam) melepaskan lebih kurang 2 das tembakan ke udara bagi menyuraikan crowd.

19. Orang Melayu ditenangkan dan crowd berjaya dileraikan sekitar jam 1 pagi dengan ketibaan Black Maria sebanyak 2 trak dan 1 jeep.

20. Crowd berpecah. Separuh ke hadapan Jalan Imbi dan separuh ke Jln Bukit Bintang.

21. Sepanjang berada di Jalan Imbi, sekitar 2 buah kereta yang dipandu remaja Cina dipecahkan cermin akibat tindakan mereka merakam video dan mengatakan perkataan "sohai".

22. Pihak polis mengarahkan Cina tersebut beredar dan FRU datang ke Jalan Imbi bagi menyuraikan crowd.

23. Namun masa yang sama, pihak polis sudah membuat sekatan jalan raya besar-besaran disekitar laluan masuk ke Segitiga Emas.

24. Pihak polis telah menutup jalan belakang Imbi menghala MRR2 untuk roadblock.

25. Sekitar jam 3.30 pagi, tatkala kenderaan beratur panjang akibat jem dalam sekatan polis, sebuah kenderaan Proton Wira dinaiki 4 orang remaja Cina telah berlaku kurang ajar.

26. Tatkala sekumpulan budak motor Melayu melalui kenderaan tersebut, salah seorang daripada 4 remaja Cina telah bersuara "Melayu tak guna". (Seperti diceritakan saksi kejadiaan awal).

27. Perkara itu didengari sekumpulan budak motor tersebut dan pergaduhan tercetus mengakibatkan keempat-empat remaja Cina tersebut dipukul teruk.

28. Saya ketika itu bersama sekumpulan dari Jalan Imbi berlari ke arah kawasan kejadian bagi melihat apa yang berlaku.

29. Crowd semakin ramai dan pergaduhan merebak apabila 'abang kawasan' Melayu telah bertembung dengan taiko Cina disebelah hujung jalan.

30. Pertembungan itu mengakibatkan pergaduhan dua penjuru jalan dimana sebelah depan, sebuah Wira remuk dihancurkan dan 4 orang remaja Cina dipukul teruk. Manakala disebelah depan, sekumpulan lagi bergaduh dan dileraikan oleh Black Maria.

31. Pihak polis terpaksa mengeluarkan pistol dan menghala muncung pistol keudara apabila gagal meleraikan crowd yang sedang memukul 4 remaja Cina tadi. Polis memanjat Wira tersebut bagi meleraikan kejadian.

32. Pihak FRU tiba dan meleraikan crowd serta berkawal dihadapan jalan membuat perimeter fencing.

33. Mangsa parah dikejarkan ke hospital terdekat menaiki ambulans JPAM.

34. Sekitar jam 4 pagi crowd berkumpul dihadapan Jalan Imbi semula dan dileraikan oleh seorang Incharge Officer. Crowd disuruh pulang dan TIADA tangkapan dibuat pada malam tersebut.

35. Akhirnya sekitar jam 4.30 pagi barulah keadaan reda dan semua crowd lengang meninggalkan kawasan.

Jadi berdasarkan laporan ini, anda fikirkanlah. Ini bukan lagi isu curi telefom atau repeat gaduh pasal henfon.
Tetapi ia terjadi bila amarah Orang Melayu yang pada awalnya sudah reda dicabar semula.

Anda baca dan nilaikan. Sebarkan untul pengetahuan semua orang.

Ingatttt ! Kita hidup di bumi ini ada batasnya. Jangan dikacau amarah orang Melayu jika tidak buruk padahnya bila termakan amukan. Tanah ini masih bertuan. Diam kita beri muka. Bukan tanda kita boleh dihina.

Tiada siapa yang mahukan kejadian seperti 13 Mei berulang. Tetapi bukan bermakna kita boleh beri orang luar pijak kepala kita. Sedarlah setelah sekian lama kita ditipu. Kes 1MDB juga ditipu Cina bernama Jho Low.

Ini masanya kita beri amaran. Kita bukan tidur tidak bangun. Ada masanya kita terjaga. Amukan membangkitkan kita. Kesatuan kita harus digembleng.

Sekarang, beri ruang untuk pihak berkuasa buat siasatan. Kita beri mereka buay kerja. Bila tindakan yang diambil tidak wajar, barulah kita bersuara semula.

Hari ini dalam sejarah, 13 Julai 2015 !

Sekian.
-bradokapak
13 Julai 2015.

Ini pula mesej kedua dari group yang berlainan:

 新消息,是收到甲洞,puchong区都開始有事了,各位,照顧自身安全
New message received kepong, puchong area begins, everyone, take care of its own security

kl的华人同胞 这几天没什么事最好不要出门 现在这件事情不只是关于lowyat罢了 现在是这个马来人打华人 就好像我们的上一代那样 马来人剎华人 现在 lowyat和Alor街已经有华人被打死了 这不是开玩笑的 看到这朋友 请帮忙分享~~ please share ~

Urgent,,, just heard from frens reliable sources. Kindly do not provoke the Malays people. Pls stay away from restaurants / entertainment or crowded Chinese area esp these week or so.

Try not to go out at night as rumours are spreading that IS religious fanatic Malays are stirring their members and are planning a rampage to slaughter the Chinese or non muslim becos of the LowYat incident. They want to make it a racial issue.

The police had received info but cannot announce on news yet as do not want to cause panic to public. Police are on high Code orange colour alert. . Be friendly and keep a distance from them . The only way to calm the storm is to stay away.

The police must act fast. Btw, This cud be a diversion action by Umno supported NGO group on 1MDB issue. Bottom line, we are the minority citizens. Malaysia is getting bad to worse under them . Is sickening news everyday.


49 KONGSI GELAP Didedahkan, Cina Sangat Dominasi... Kumpulan Mana Yang Kuasai Low Yat Plaza?

· 8 comments

Kementerian Dalam Negeri (KDN) sebentar tadi mendedahkan senarai lengkap 49 kumpulan kongsi gelap di seluruh negara yang memiliki 40,313 ahli berdaftar.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi dalam sidang medianya berkata, daripada jumlah itu 28,926 menyertai kongsi gelap India, 8,214 (kongsi gelap Cina) dan 1,923 (kongsi gelap Melayu).

Manakala, 329 dan 921 masing-masing menyertaI kongsi gelap di Sabah dan Sarawak.

Senarai 49 pertubuhan kongsi gelap:

1. Geng 04 : Kedah, Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur

2. Geng 08 : Kuala Lumpur/Selangor, Penang, Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

3. Double 7 : Seluruh Semenanjung Malaysia

4. Tiga Line : Dikesan aktif di 20 kawasan sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Kedah dan Perak

5. Geng 30 : Seluruh Semenanjung Malaysia

6. Geng 38 : Aktif di 14 kawasan antaranya Kepong, Jinjang Setapak dan Johor Bahru

7. Geng 24 : Aktif di enam kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Perak dan Johor

8. Geng 18 : Aktif di lapan kawasan seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Johor

9. Geng 36 : Jumlah keanggotaan dianggarkan seramia 8,512 orang dan aktif di 32 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

10. Geng 21 : Aktif di 11 kawasan sekitar Perak, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur

11. Ang Soon Thong : Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor

12. Wah Kee : Aktif di tujuh kawasan sekitar Kuala Lumpuir, Perak, Johor dan Selangor

13. Sio Sam Ong : Aktif di empat kawasan sekitar Kuala Lumpur, Perak, Johor, Pulau Pinang dan Selangor

14. PNEH : Aktif di tiga kawasan sekitar Kuala Lumpur, Johor dan Selangor

15. Hong Hong San : Dikesan bergiat di dua kawasan sekitar Kuala Lumpur

16. Hai San : Aktif di Perak

17. Siang Ang Bin : Aktif di Kuala Lumpur

18. New Cell 20 : Aktif di Perak

19. Jit It Hai : Kumpulan kini wujud di tiga kawasan iaitu di Johor, Kuala Lumpur dan Perak

20. Sio Koon Tong : Bergiat di satu kawasan saja iaitu di Johor

21. Gee Lam Kor : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

22. Gee Ah Eng : Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

23. Loh Kuan : Kumpulan ini ada di Kuala Lumpur

24. Tiang Yee Tong : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

25. Geng Leng Hor : Kumpulan ini aktif di Kuala Lumpur

26. Geng 35 : Dikesan sangat aktif di 32 kawasan di Utara Semenanjung Malaysia iaitu Kedah dan Pulau Pinang

27. Geng 303 : Dikesan sangat aktif di kawasan Selangor

28. Geng Satu Hati : Beroperasi di kawasan Lembah Klang dan bergerak ke Utara dan Selatan tanah air

29. ATAP : Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

30. Hung Ann : Kumpulan ini aktif di daerah Tawau, Sabah

31. Sui Yuk : Kumpulan ini aktif di daerah Penampang, Sabah

32. Otai : Kumpulan ini aktif di daerah Kota Kinabalu, Sabah

33. Borneo Red EMP : Kumpulan ini aktif di Petagas dan Jumbo, Sabah

34. Ah Ngau : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

35. Batu Tiga : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

36. Ah Feng : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

37. Batu 10 : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

38. Sibu Ti : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

39. Ah Seng : Kumpulan ini aktif di Sarekei, Sarawak

40. Ah Chin : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

41. Lee Lung : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

42. Lo Han : Kumpulan ini aktif di Kuching, Sarawak

43. Sg Merah : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

44. Sg Badut : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

45. Ting Ching Lee : Kumpulan ini aktif di Bintulu, Sarawak

46. Tua Cak Lee : Kumpulan ini aktif di Sibu, Sarawak

47. Teksi Station : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

48. Pintu Merah : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

49. Krokop : Kumpulan ini aktif di Miri, Sarawak

Beliau turut mengesahkan Geng 08 dan Geng 04 adalah geng paling berbahaya dengan aktiviti termasuk penjualan dadah dan penggunaan senjata api ketika melakukan jenayah.

P/S : Nampaknya kebanyakan geng-geng ni berkumpul di kawasan-kawasan bandar dan di situlah DAP menang majoriti besar.... DAP dapat popular vote di kawasan gangster!!!

Kongsi Gelap manakah yang menguasai Low Yat Plaza dan kawasan-kawasan sekitarnya?

Petaling Street Tak Berani Digeledah, Terkini Low Yat Plaza Pula Jadi Sarang Peniaga Penipu

Sunday, 12 July 2015 · 20 comments

Walaupun mereka dan konco-konco mereka cuba memutarbelitkan kejadian sebenar di Plaza Low Yat membabitkan 7 orang pemuda Melayu yang dibelasah beramai-ramai, hakikat sebenarnya tidak boleh dinafikan.

Isu penipuan dan harga tinggi untuk barangan klon serta tiruan di Plaza Low Yat sudah banyak kali diperkatakan serta didedahkan.

Namun sama seperti Petaling Street, tiada sebarang tindakan dari pihak berkuasa untuk menangani masalah berkenaan.

7 orang remaja Melayu itu barangkali terburu-buru dalam mengambil tindakan. Namun serbuan yang mereka lakukan hanya tertumpu di premis yang menjual Oppo tanpa mengganggu premis-premis lain. Sekaligus menunjukkan ada sesuatu yang telah berlaku walaupun puak berkenaan cuba memutarbelitkan isu dengan menuduh, salah seorang remaja Melayu itu telah mencuri.


Bukti-bukti dari CCTV serta resit pembelian mengesahkan yang tuduhan buruk yang sengaja dilemparkan untuk menimbulkan persepsi negatif kepada remaja lelaki Melayu tersebut, sekaligus menafikan tuduhan bahawa pencurian adalah kes utamanya.

Pihak berkuasa seperti SKMM, PDRM dan KPDNKK seharusnya mula bertindak dan memantau kegiatan di Plaza Low Yat. Sudah banyak kes penipuan yang berlaku di Plaza Low Yat membabitkan peniaga-peniaga tamak. Lambakan barangan tiruan yang dijual pada harga barangan tulen juga boleh dilihat serta ditemui dengan mudah di Plaza Low Yat.

Takkanlah pihak berkuasa hanya berani bertindak ke atas orang Melayu dan kawasan perniagaan Melayu sahaja tetapi kawasan-kawasan seperti Petaling Street serta Plaza Low Yat, seolah-olah tidak wujud dalam zon pengawasan dan tindakan pihak berkuasa?

Lim Guan Eng Ambil Kesempatan Sodok dan Ratakan Puncak Bukit Sempena Puasa dan Hari Raya

Saturday, 11 July 2015 · 2 comments


Selepas pendedahan yang mengaitkan skandal dan penyelewengan tanah terutama yang mempunyai kaitan dengan Betty Chew, isteri Lim Guan Eng sendiri, Tan Kok Ping dan Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang, kerja-kerja haram meneroka, memusnahkan alam sekitar dan meratakan puncak Bukit Gambir terhenti seketika.

Telah didedahkan bagaimana Lim Guan Eng cuba menjadikan keseluruhan tanah di Pulau Pinang berada di bawah jajahan takluknya dengan Betty Chew sebagai proksi. Manakala Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang yang diketuai oleh Tan Kok Ping pula bertindak sebagai funder.


Mendiang Karpal Singh pernah naik marah kerana kemusnahan di puncak Bukit Gambir, namun tidak diendahkan oleh Lim Guan Eng. Bagaimanapun, apabila nama Tan Kok Ping dan Betty Chew didedahkan sama, kerja-kerja pencerobohan itu terhenti seketika. Kerja-kerja meratakan, menolak tanah dan membersihkan kawasan hutan di puncak Bukit Gambir, dilakukan ketika tempoh sebelum Pilihanraya Umum memandangkan negeri pada masa itu hanyalah ditadbir oleh kerajaan pemangku.

Kini, kerja berkenaan diteruskan semula menjelang Aidil Fitri. Sebabnya mudah, dalam tempoh tersebut, ramai penguatkuasa yang terdiri daripada orang Melayu akan mengambil cuti, sekaligus melumpuhkan langsung sistem penguatkuasaan yang sekarang pun, sudah berada di bawah cengkaman Lim Guan Eng.



Tiada sesiapa pun atau  mana-mana pihak pun yang berani untuk menguatkuasakan undang-undang di Pulau Pinang. Undang-undang di Pulau Pinang telah dipegang sepenuhnya oleh Lim Guan Eng dan DAP serta orang sespesies mereka. Masyarakat bukan DAP dan bukan Cina, terpaksa mematuhi undang-undang yang pelbagai. Manakala Lim Guan Eng, DAP dan spesies mereka bebas melakukan apa-apa sahaja, malah sentiasa berlagak seolah-olah mereka adalah tuan di Pulau Pinang.


Keluhan 'ZAHRA' Undang Pelbagai Reaksi dan Cemuhan

· 11 comments

Ucapan seorang wanita yang dikatakan graduan universiti yang mengeluh kerana masih tidak mampu mengimbangi kehidupan zaman kini. Hidup dalam bayangan kononnya berpendidikan tinggi selepas lulus, wanita tersebut meluahkan perasaannya kerana gajinya tidak berbaki pada hujung bulan, masih memandu kereta bapanya dan gagal membeli rumah sebaliknya hanya mampu menyewa bilik.

Amat malang kerana inilah realiti yang sedang berlaku di negara ini.

Mentaliti makan gaji, bergaji besar dan senang sekelip mata sudah membarah di dalam minda sebahagian besar anak-anak muda Melayu-Bumiputera di negara ini.

Hakikatnya ialah, setiap kesenangan datang dalam bentuk usaha yang berterusan dan mengambil masa. Keluar dari universiti atau pusat-pusat pengajian tinggi dengan pekerjaan yang sudah sedia menunggu, bergaji besar serta memiliki pelbagai keistimewaan lain, tidak wujud dalam dunia ini.

Malah tiada sebuah negara pun di dunia ini yang merealisasikan sebagaimana yang diinginkan oleh wanita bernama 'ZAHRA' itu.

Budaya sentiasa memerlukan tongkat daripada kerajaan, dibantu, diprihatin serta dipapah oleh kerajaan, sudah membarah di kalangan generasi muda di negara ini. Ketiadaan inisiatif diri dan terlalu bergantung kepada kerajaan, menyebabkan mereka sentiasa mengeluh dan menyalahkan keadaan.

Menariknya, pendatang asing dan haram yang datang ke negara ini sehelai sepinggang, tidak mengambil masa yang lama untuk mengubah nasib mereka. Malah ada pula yang menjadi tuan dan majikan di negara ini.

Pergi sahajalah ke Jalan Silang, atau Bukit Bintang Kuala Lumpur. Tengok sendiri bagaimana pendatang asing dari Nepal, Pakistan dan Bangladesh yang seringkali menduduki hierarki terbawah di negara ini, mampu menyewa premis perniagaan yang harganya sangat tinggi untuk berniaga.

Walau apa pun alasan yang diberikan oleh wanita bernama 'ZAHRA' dan kawan-kawan sepemikirannya, hakikatnya sikap bermanja-manjaan dan hanya menunggu bulan jatuh ke riba adalah punca segala masalah yang sedang mereka hadapi sekarang.

Tonton sendiri klip video yang disediakan di bawah ini.

Pasal 1MDB SKMM Cukup Tegas, Tapi Kenapa DESMOND YONGKOR Yang Hina Islam, Masih Tiada Tindakan?

Thursday, 9 July 2015 · 3 comments

SKMM sekali lagi mengeluarkan amaran kepada para pengguna media sosial agar jangan buat fitnah atau buat hasutan, mahupun mewujudkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Masuk kali ini, entah sudah berapa ribu kali SKMM mengeluarkan arahan yang serupa.

Bagaimanapun, beribu-ribu kes yang membabitkan dan berada di bawah bidang kuasa SKMM langsung tidak disentuh atau ditangani.

Contoh terbaik adalah isu yang membabitkan penghinaan ke atas Islam.

Setakat ini, hanya beberapa kes 'kecil' sahaja yang ditangani oleh SKMM dengan bantuan Unit Siber PDRM. Kebanyakan yang lain lepas begitu sahaja.



Paling ketara adalah membabitkan seorang individu yang menggunakan nama DESMOND YONGKOR di Facebook. Individu ini telah menjadikan kegiatan menghina Islam, Nabi Muhammad s.a.w dan Allah SWT sebagai aktiviti utamanya. Para pengguna Facebook yang lain, telah bertindak balas dengan mewujudkan page 'Kami Benci DESMOND YONGKOR'.

Hampir kesemua komen di dalam page tersebut mengandungi elemen negatif yang menjurus kepada jenayah.

Bagaimanapun, pemberi-pemberi komen negatif tersebut tidak harus dipersalahkan sepenuhnya kerana beremosi. Ini adalah kerana individu yang bernama DESMOND YONGKOR itu lebih awal melakukan provokasi keji ke atas umat Islam.




Ketiadaan tindakan daripada pihak berkuasa, khususnya SKMM telah membuatkan individu seperti DESMOND YONGKOR rasa bangga dan bebas untuk melakukan provokasi dan mewujudkan ketidaktenteraman di kalangan rakyat.

Sepatutnya sebelum memberi amaran tentang 1MDB, SKMM sepatutnya menjawab terlebih dahulu, apa yang sudah berlaku kepada ribuan laporan polis membabitkan kes-kes seperti DESMOND YONGKOR.

Mat Sabu Sedang Promosi Gila-Gila Parti Baru Berteraskan Syiah Untuk Ganti PAS Di Sabah dan Kedah

· 0 comments



1 Julai lalu, Mat Sabu berada di Dewan Tuaran Spoon, Batu 1 1/2, Bandar Maju, Sandakan bagi tujuan dialog dan penerangan isu-isu politik semasa. Yang hadir adalah seramai lebih kurang 80 orang yang terdiri daripada ahli-ahli PAS, PKR, DAP, guru-guru dan para peniaga Sandakan. 

Antara yang dikenalpasti hadir adalah Hj. Hamzah Abdulah yang merupakan YDP PAS Batu Sapi; Haris Alimuddin yang merupakan Pengerusi majlis merangkap mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Batu Sapi dan Dayang Zubaidah Datu Tahil yang merupakan Pegawai Khas II DAP Sandakan. 

Ucapan-ucapan Hj. Hamzah Abdullah dan Mat Sabu, lebih menjurus kepada mewujudkan kebimbangan di kalangan para penyokong PAS tentang kemusnahan parti tersebut kerana meutuskan hubungan dengan DAP serta merosakkan Pakatan Rakyat. 

Paling menarik ialah apabila Hj. Hamzah Abdullah menyatakan di negara ini, rakyat seringkali ditindas oleh kerajaan yang sangat kejam di mana kerajaan dengan sewenang-wenangnya telah merobohkan kediaman masyarakat pribumi kerana gila kuasa. Hj. Hamzah juga menyatakan bangunan-bangunan yang didirikan di sekitar Sandakan adalah di atas tanah pribumi yang telah dirampas oleh kerajaan. 


Mat Sabu pula memperlekehkan rakyat Malaysia yang tidak mampu menukar kerajaan dan meniru rakyat negara baju yang menukar kerajaan seperti menukar baju. Menurut Mat Sabu lagi, PAS pada tahun 1986 langsung tidak berfungsi apabila hanya menang satu kerusi. Namun pada tahun 1999, PAS telah berjaya menguasai Terengganu apabila PAS bersatu dengan DAP dan PKR.

Mat Sabu terang-terang menipu dalam isu PAS menguasai Terengganu pada tahun 1999 menerusi kerjasama dengan DAP dan PKR memandangkan PAS menang secara bersendirian di Terengganu, manakala DAP tiada wakil pun di DUN Terengganu. 


Mat Sabu juga berbohong apabila menyatakan pada tahun 2008, PAS berjaya menguasai 5 buah negeri menerusi gandingan dengan DAP, walhal PAS hanya menang di Kedah dan Kelantan. Di Perak, PAS hanya menang 6 kerusi DUN dan wakilnya iaitu Nizar Jamaluddin dilantik sebagai Menteri Perak setelah DAP gagal memenuhi kehendak Undang-Undang Tubuh Negeri yang memerlukan seorang lelaki Melayu beragama Islam sebagai Menteri Besarnya. Di Selangor pula, PAS hanyalah pemenang minoriti yang hanya diperlukan oleh PKR dan DAP untuk membentuk Kerajaan Negeri. PAS di Pulau Pinang pula, sekadar memenangi beberapa buah kerusi sahaja. 

Di Sandakan, Mat Sabu mengambil kesempatan mengutuk dan mengeji PAS kerana telah menyingkirkannya daripada jawatan Timbalan Presiden PAS. Menurutnya, pergolakan di dalam PAS tidak dapat dielakkan lagi kerana di dalam parti itu mengandungi pelbagai pandangan yang berbeza-beza. 


Sebagai seorang penganut Syiah tegar, pembohongan adalah rutin harian Mat Sabu. Di Sandakan, Mat Sabu tidak ragu-ragu untuk menipu dan berbohong. Sepanjang program di Sandakan itu, banyak perbincangan berkaitan perpecahan dalam Pakatan Rakyat yang mendedahkan ketidakpersefahaman dalam membuat keputusan antara parti PAS dan DAP telah berlaku apabila wujudnya golongan yang menentang perlaksanaan hukuman hudud di negeri Kelantan. 

Dengar ceritanya pula, esok Mat Sabu akan menyertai Himpunan Al-Quds di Dataran Masjid Zahir. Program tersebut bagaimanapun, tidak mendapat kelulusan daripada Majlis Bandaraya Alor Star. 


Walaupun program tersebut berselindung menerusi sokongan kepada Palestin atau lebih tepat lagi Baitul Muqaddis, hakikatnya himpunan berkenaan adalah untuk menyokong gerakan Syiah di Kedah yang dilihat sebagai kuasa utama untuk pengukuhan parti baru yang akan dibentuk selepas Aidil Fitri nanti. 

Himpunan ini sebenarnya dianjurkan oleh MAPIM (Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia) yang mensasarkan penyertaan seramai 50,000 orang di seluruh negara. 


 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks