ISU KAITAN DAP DENGAN ZIONIS ISRAEL, Lim Kit Siang Kata, Jangan Susahkan Pihak Polis

Monday 4 January 2016



Berbanding UMNO, DAP jauh lebih agresif dan memandangkan mereka mempunyai barisan peguam yang menduduki hierarki tertinggi parti tersebut, mana-mana ancaman yang membolehkan mereka terkantoi, akan disusuli dengan tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang yang dibuat, bukannya untuk melindungi atau membela diri, tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan pihak pendedah terutama apabila kita amat-amati, dalam kebanyakan kes saman fitnah melibatkan DAP, kemenangan mereka lebih kepada sudut teknikaliti semata-mata.

Apabila seorang pemimpin PAS mengulang semula cerita dan pendedahan yang dibuat oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng tentang persetujuan DAP untuk membenarkan kewujudan pangkalan tentera di Port Dickson demi memperolehi dana politik bernilai berbilion ringgit, DAP mula kelam-kabut mencari salah UMNO, malah menuduh UMNO yang menjadi dalang kepada pendedahan yang disifatkan sebagai fitnah.

DAP bagaimanapun, telah menyaman Zuhdi Marzuki, Pengarah Penyelidikan PAS kerana bertanyakan mengapa DAP tidak pernah mengheret bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng itu yang telah membuat pendedahan mengaitkan DAP dengan Zionis Israel dan dana berjumlah RM1.2 bilion.

Baik Lim Guan Eng mahupun Lim Kit Siang, tidak berani juga menyentuh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng itu.

Isu dan pendedahan berkenaan sebenarnya sudah berlangsung begitu lama. Tiada mana-mana pihak termasuklah Setiausaha Agung DAP dan Penasihat Seumur Hidupnya, yang mahu mengambil sebarang tindakan untuk membersihkan nama DAP, sebaliknya lebih sibuk dengan hal-ehwal membabitkan UMNO, bahkan terlalu gedik dengan isu-isu RM2.6 bilion dan RM42 bilion 1MDB.

Desakan Pemuda MCA agar PAS dan DAP membuktikan tuduhan masing-masing berhubung isu tersebut, turut mendapat reaksi negatif daripada Lim Kit Siang.

Menurut Lim Kit Siang, MCA tidak relevan untuk membangkitkan isu yang sudah berlangsung selama 4 tahun itu. Sebaliknya, desakan MCA itu hanya akan 'menambah' beban kerja polis. Paling menarik ialah apabila Lim Kit Siang menafikan jawatan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri yang didakwa, pernah dijawat oleh Mohamed Razali Abdul Rahman. (RUJUK SINI)

Tiba-tiba sahaja Lim Kit Siang berubah menjadi makhluk yang enggan memberatkan tugas-tugas PDRM. Habis tu, yang dia punya tuduhan-tuduhan tersebut, macam mana pula?

Adakah kerana terkena ke batang hidung sendiri, maka terkeluarlah ayat-ayat retorik itu ya?


1 comment:

  1. Hai...baiknya lim kit sial ni....kesian kat polis...konon..baik ada makna tu....maknanya dia tak nak orang ramai tahu dana Dap adalah dari sumber kongsi gelap pelacuran perjudian dan Israel...tak caya cuba siasat..mana sprm..mana bank negara.mana pac..siasatlah janganlah malu2 pula dgn Dap ni..

    ReplyDelete

ISU KAITAN DAP DENGAN ZIONIS ISRAEL, Lim Kit Siang Kata, Jangan Susahkan Pihak Polis

Monday 4 January 2016 ·



Berbanding UMNO, DAP jauh lebih agresif dan memandangkan mereka mempunyai barisan peguam yang menduduki hierarki tertinggi parti tersebut, mana-mana ancaman yang membolehkan mereka terkantoi, akan disusuli dengan tindakan undang-undang.

Tindakan undang-undang yang dibuat, bukannya untuk melindungi atau membela diri, tetapi sekadar untuk menakut-nakutkan pihak pendedah terutama apabila kita amat-amati, dalam kebanyakan kes saman fitnah melibatkan DAP, kemenangan mereka lebih kepada sudut teknikaliti semata-mata.

Apabila seorang pemimpin PAS mengulang semula cerita dan pendedahan yang dibuat oleh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng tentang persetujuan DAP untuk membenarkan kewujudan pangkalan tentera di Port Dickson demi memperolehi dana politik bernilai berbilion ringgit, DAP mula kelam-kabut mencari salah UMNO, malah menuduh UMNO yang menjadi dalang kepada pendedahan yang disifatkan sebagai fitnah.

DAP bagaimanapun, telah menyaman Zuhdi Marzuki, Pengarah Penyelidikan PAS kerana bertanyakan mengapa DAP tidak pernah mengheret bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng itu yang telah membuat pendedahan mengaitkan DAP dengan Zionis Israel dan dana berjumlah RM1.2 bilion.

Baik Lim Guan Eng mahupun Lim Kit Siang, tidak berani juga menyentuh bekas Pegawai Khas Lim Guan Eng itu.

Isu dan pendedahan berkenaan sebenarnya sudah berlangsung begitu lama. Tiada mana-mana pihak termasuklah Setiausaha Agung DAP dan Penasihat Seumur Hidupnya, yang mahu mengambil sebarang tindakan untuk membersihkan nama DAP, sebaliknya lebih sibuk dengan hal-ehwal membabitkan UMNO, bahkan terlalu gedik dengan isu-isu RM2.6 bilion dan RM42 bilion 1MDB.

Desakan Pemuda MCA agar PAS dan DAP membuktikan tuduhan masing-masing berhubung isu tersebut, turut mendapat reaksi negatif daripada Lim Kit Siang.

Menurut Lim Kit Siang, MCA tidak relevan untuk membangkitkan isu yang sudah berlangsung selama 4 tahun itu. Sebaliknya, desakan MCA itu hanya akan 'menambah' beban kerja polis. Paling menarik ialah apabila Lim Kit Siang menafikan jawatan Pegawai Khas kepada Ketua Menteri yang didakwa, pernah dijawat oleh Mohamed Razali Abdul Rahman. (RUJUK SINI)

Tiba-tiba sahaja Lim Kit Siang berubah menjadi makhluk yang enggan memberatkan tugas-tugas PDRM. Habis tu, yang dia punya tuduhan-tuduhan tersebut, macam mana pula?

Adakah kerana terkena ke batang hidung sendiri, maka terkeluarlah ayat-ayat retorik itu ya?


1 comments:

Anonymous said...
5 January 2016 at 18:17  

Hai...baiknya lim kit sial ni....kesian kat polis...konon..baik ada makna tu....maknanya dia tak nak orang ramai tahu dana Dap adalah dari sumber kongsi gelap pelacuran perjudian dan Israel...tak caya cuba siasat..mana sprm..mana bank negara.mana pac..siasatlah janganlah malu2 pula dgn Dap ni..

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks