ISU TOL AKAN MELEDAK LAGI BILA PLUS SEDANG BERBINCANG DENGAN KERAJAAN UNTUK KAJI KADAR TOL BAGI KESEMUA LIMA LEBUHRAYANYA!!!

Thursday 10 March 2016



Isu tol pasti akan dihangatkan lagi dengan pelbagai cerita-cerita fitnah, tohmahan dan teori-teori berdasarkan objektif menimbulkan sentimen kemarahan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan UMNO-BN. 

Ini adalah kerana PLUS Malaysia Bhd amat berharap menghantar cadangan dan memutuskan perbincangan dengan kerajaan tentang KADAR TOL pada Jun ini, kata Pengarah Urusan dan CEO UEM Group Bhd, Izzadin Idris. 

PLUS yang dimiliki oleh UEM Group, anak syarikat Khazanah Holding, mempunyai lima konsesi lebuhraya. Sebahagian besar kepentingan lebuhraya tersebut dipegang oleh kerajaan Malaysia menerusi Khazanah dan KWSP. Lima konsesi lebuhraya yang dimiliki oleh PLUS adalah Utara-Selatan Expresway (NSE), Ekspresway Lembah Kelang Baru (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR 2), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, North-South Expressway Central Link (NSECL), Malaysia-Singapore Second Link (MSSL), Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang. 

Bercakap dalam sidang media selepas ulangtahun ke-50 UEM Group, Izzadin bagaimanapun berkata, perbincangan tersebut masih lagi di peringkat awal. 

Di bawah perjanjian konsesi, PLUS boleh mengkaji semula kadar tol untuk kesemua lebuhrayanya setiap tiga tahun bagi setiap tempoh konsesinya yang berakhir pada Disember 2038. 

Izzadin ketika ditanya tentang keputusan tender Pan Borneo Highway bagaimanapun berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi. 

Kumpulan UEM bergabung dengan MMC Corp milik Syed Mokhtar Al-Bukhary dan sebuah syarikat Sabah untuk tender bagi komponen Sabah untuk projek mega di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak itu. 

– BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

ISU TOL AKAN MELEDAK LAGI BILA PLUS SEDANG BERBINCANG DENGAN KERAJAAN UNTUK KAJI KADAR TOL BAGI KESEMUA LIMA LEBUHRAYANYA!!!

Thursday 10 March 2016 ·



Isu tol pasti akan dihangatkan lagi dengan pelbagai cerita-cerita fitnah, tohmahan dan teori-teori berdasarkan objektif menimbulkan sentimen kemarahan terhadap Perdana Menteri dan Kerajaan UMNO-BN. 

Ini adalah kerana PLUS Malaysia Bhd amat berharap menghantar cadangan dan memutuskan perbincangan dengan kerajaan tentang KADAR TOL pada Jun ini, kata Pengarah Urusan dan CEO UEM Group Bhd, Izzadin Idris. 

PLUS yang dimiliki oleh UEM Group, anak syarikat Khazanah Holding, mempunyai lima konsesi lebuhraya. Sebahagian besar kepentingan lebuhraya tersebut dipegang oleh kerajaan Malaysia menerusi Khazanah dan KWSP. Lima konsesi lebuhraya yang dimiliki oleh PLUS adalah Utara-Selatan Expresway (NSE), Ekspresway Lembah Kelang Baru (NKVE), Lebuhraya Persekutuan Laluan 2 (FHR 2), Lebuhraya Seremban-Port Dickson, North-South Expressway Central Link (NSECL), Malaysia-Singapore Second Link (MSSL), Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE) dan Jambatan Pulau Pinang. 

Bercakap dalam sidang media selepas ulangtahun ke-50 UEM Group, Izzadin bagaimanapun berkata, perbincangan tersebut masih lagi di peringkat awal. 

Di bawah perjanjian konsesi, PLUS boleh mengkaji semula kadar tol untuk kesemua lebuhrayanya setiap tiga tahun bagi setiap tempoh konsesinya yang berakhir pada Disember 2038. 

Izzadin ketika ditanya tentang keputusan tender Pan Borneo Highway bagaimanapun berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi. 

Kumpulan UEM bergabung dengan MMC Corp milik Syed Mokhtar Al-Bukhary dan sebuah syarikat Sabah untuk tender bagi komponen Sabah untuk projek mega di bawah pentadbiran Najib Abdul Razak itu. 

– BERNAMA

0 comments:

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks