LIM GUAN ENG KUMPULKAN KEKUATANNYA DI PULAU PINANG LAWAN DAP PULAU PINANG YANG MENENTANGNYA

Sunday 6 March 2016

Pada ketika golongan anarki berkepentingan yang didalangi oleh taukeh-taukeh konglomerat kroni Mahathir sedang berusaha membentuk sebuah PAKATAN PAKATUN untuk menumbangkan Najib Abdul Razak, kenyataan Mahathir bahawa dia tidak kisah sesiapa pun menjadi Perdana Menteri asalkan bukan Najib Abdul Razak, menjadi pemangkin kepada Lim Guan Eng untuk mengumpulkan kekuatan dan menjelma sebagai kuasa serta asas KEPERDANAMENTERIAN baru yang bakal mengubah landskap politik negara dan Perlembagaan Persekutuan khususnya ARTIKEL 153 sedang giat dijalankan. 

Dengan seluruh perhatian diberikan kepada Mahathir dan gelagat angkatannya, tiada siapa pun yang peduli dengan apa yang sedang dilakukan oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang. 

Lim Guan Eng di Pulau Pinang sedang berhadapan dengan masalah besar krisis kepercayaan daripada DAP Pulau Pinang dan DAP Malaysia secara keseluruhan. Walau bagaimanapun, beberapa krisis dan kontroversi melibatkan UMNO dan kepimpinan UMNO, berjaya menyenyapkan atau melindungi masalah-masalah yang dihadapi oleh Lim Guan Eng. 

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat berhubung penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa oleh Lim Guan Eng menerusi media sosial, mula menyedarkan massa tentang siapa Lim Guan Eng sebenarnya. 

Namun Lim Guan Eng tidak peduli kerana ia tidak menjadi masyhur dan popular serta hangat diperkatakan. 

Sedar yang dia semakin kehilangan sokongan di kalangan DAP Pulau Pinang, Lim Guan Eng mula mengumpulkan para penyokongnya yang ada nama dari seluruh Malaysia di Pulau Pinang. Guan Eng membentuk sebuah barisan atau pasukan yang akan mempertahankan kuasa dan kewujudannya, yang menjadi perisainya daripada serangan-serangan dari dalam dan luar DAP. 

Perlantikan Anthony Loke, Ahli Parlimen Seremban sebagai salah seorang Pengarah di Penang Hill Corporation menggantikkan ADUN Kebun Bunga PKR, Cheah Kah Peng yang dipecat oleh Lim Guan Eng bulan Januari lalu, seharusnya membuka mata semua orang. Gaya politik yang dimainkan oleh Lim Guan Eng adalah gaya politik politburo sosialis tegar yang akhirnya berpusat kepada satu kuasa sepertimana yang dinikmati oleh Mao Tze Tung, pemimpin agung Komunis China.

Anthony Loke merupakan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP.

Loke sendiri telah mengesahkan perlantikannya dan berkata, Lim telah menawarkan kedudukan di dalam Lembaga Pengarah tersebut. Perlantikan tersebut menyebabkan berlakunya protes dari kalangan ahli-ahli politik Pulau Pinang. 

ADUN Pulau Betong UMNO, Muhammad Farid Saad berkata, Lim Guan Eng telah menghina rakyat Pulau Pinang kerana perwakilan yang dipilih oleh rakyat Pulau Pinang, bukan sahaja tidak dipandang, bahkan dihina apabila seseorang dari Seremban pula yang dilantik semata-mata Lim Guan Eng mahu membina perisai di sekelilingnya. 

Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng menegaskan, Lim adalah seorang rakyat Johor yang membesar di Melaka, manakala pemimpin DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow pula adalah dari Kuala Lumpur. "Dan sekarang mereka sepakat untuk membawa orang dari Seremban untuk menguruskan sebuah bukit di Pulau Pinang. Ini adalah sesuatu yang amat mengarut."

Apa kelebihan Anthony Loke berbanding rakyat tempatan Pulau Pinang untuk menguruskan sebuah tempat di sebuah negeri yang sangat asing baginya?

Adakah dengan 10 orang Ahli Parlimen dan 29 orang ADUN Pakatan Harapan yang diketuai oleh Lim Guan Eng di Pulau Pinang, tiada seorang pun yang mampu mencapai kualiti pengurusan seperti yang ada pada Anthony Loke sehingga memerlukan Lim Guan Eng membawa Anthony Loke ke Pulau Pinang?

Atau sebenarnya Anthony Loke diperlukan oleh Lim Guan Eng untuk melindunginya daripada dijatuhkan oleh DAP sendiri kerana penyelewengan dan salah guna kuasanya?

Lim Guan Eng dalam satu tindakan gopoh telah memecah Cheah Kah Peng daripada Lembaga Pengarah Penang Hill Corporation selepas Cheah dan empat orang ADUN PKR mengambil sikap berkecuali dalam usul projek penambakan laut agar digantung sehingga kajian alam sekitar dibuat.

Usul tersebut telah dibuat oleh Muhammad Farid dan semua ADUN UMNO mengundi menyokong, termasuklah seorang ADUN DAP, Teh Yee Cheu, yang merupakan seorang pencinta alam sekitar dan ADUN Tanjung Bungah. 

Ditanya tentang perlantikan Anthony Loke, perlantikan tersebut merupakan kuasa prerogatif Lim Guan Eng. Rakyat tidak boleh mempersoalkannya kerana ia adalah hak total Lim Guan Eng. 

Untuk menyedapkan hati, Anthony Loke berkata, perlantikannya sebagai ahli Lembaga Pengarah Penang Hill Corporation adalah TIDAK BERGAJI DAN BERELAUN dan merupakan kedudukan bukan eksekutif. Menurutnya lagi, dia adalah jurucakap Parlimen DAP untuk pelancongan.

0 comments:

Post a Comment

LIM GUAN ENG KUMPULKAN KEKUATANNYA DI PULAU PINANG LAWAN DAP PULAU PINANG YANG MENENTANGNYA

Sunday 6 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks