TERDESAK, PAKATAN PAKATUN TERPAKSA JUAL NAMA ZAMAN KHAN YANG DINAFIKAN OLEH ZAMAN KHAN SENDIRI

Saturday 5 March 2016

Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan menafikan sekeras-kerasnya menandatangani deklarasi menyokong penyingkiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.

Beliau melahirkan rasa terkejut apabila mendapati namanya tersenarai antara mereka yang menandatangani deklarasi tersebut, yang disiarkan media.

"Untuk mengatakan saya berpihak kepada mereka yang menandatangani deklarasi itu dan akan berarak menentang kerajaan, saya menafikan sekeras-kerasnya...saya tidak terlibat," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Bekas Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia itu ditemui di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana sedang mendapatkan rawatan akibat pendarahan dalam perut sejak Isnin lepas.

Namun katanya mereka berbual tentang masalah kesihatannya dan tidak langsung menyentuh mengenai isu menyokong penyingkiran Najib.

Semalam, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengetuai kumpulan lebih 50 orang - termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR - dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Penandatangan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dan bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik. -- Bernama

0 comments:

Post a Comment

TERDESAK, PAKATAN PAKATUN TERPAKSA JUAL NAMA ZAMAN KHAN YANG DINAFIKAN OLEH ZAMAN KHAN SENDIRI

Saturday 5 March 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks