DAP SARAWAK Makin Kucar-Kacir... Setiausaha DAP Sarikie Letak Jawatan dan Keluar Parti

Thursday 14 April 2016

DAP Sarawak terpukul dalam cita-cita mereka untuk menjadi penguasa sejati Sarawak pada PRN kali ini. Cita-cita Chong Chien Jen untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak dari kalangan masyarakat Cina pertama, semakin malap.

Selain daripada masalah membabitkan Lim Guan Eng, Chong Chien Jen sendiri berhadapan dengan masalah yang mana besar kemungkinan Chong Chien Jen sendiri tidak akan menyertai PRN kali ini kerana rekod jenayah yang dimilikinya.

Kini, satu lagi pukulan buat DAP Sarawak apabila orang kuat DAP Sarikei pula meletakkan semua jawatan dalam DAP.

Wong Chin King yang merupakan Setiausaha DAP Cawangan Sarikei merupakan satu tamparan hebat kepada DAP Kebangsaan yang mempunyai cita-cita tinggi di Sarawak, bahkan menjahanamkan sebahagian daripada perancangan rapi DAP Sarawak dalam menghadapi PRN ke-11.

Menurutnya, keputusannya untuk melepaskan semua jawatan di dalam parti adalah kerana tidak berpuas hati terhadap segelintir kepimpinan parti yang tidak profesional selain mementingkan diri ketika menjalankan amanah parti. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan keluar parti, meskipun menurutnya, dia masih sayangkan DAP.

Semuanya berlaku apabila DAP Sarawak dijangka mencalonkan muka baru iaitu Yong Siew Wei, seorang peguam wanita yang mempunyai firma guaman di Kuching di N.45 Repok.

Difahamkan, tindakan meletak jawatan dan keluar parti oleh Wong Chin King telah dituruti oleh beberapa orang ahli lain. Perletakan jawatan itu benar-benar telah menjejaskan persiapan DAP untuk menambah bilangan kerusi yang mereka boleh tawan pada PRN kali ini.

Malah, tindakan Wong Chin King itu juga, sekaligus telah memberikan kelebihan kepada calon BN dari SUPP, Dato Sri Huang Tiong Sii untuk merampas semula kerusi DUN N.45 Repok.

0 comments:

Post a Comment

DAP SARAWAK Makin Kucar-Kacir... Setiausaha DAP Sarikie Letak Jawatan dan Keluar Parti

Thursday 14 April 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks