Jemput Kuasa Luar Jajah Malaysia: Mahathir Difitnah, Tetapi Dia Tidak Berani Saman The Weekend Australian

Monday 11 April 2016

Berita tentang Mahathir menjemput kuasa asing untuk campurtangan hal ehwal politik di Malaysia, hebat diperkatakan sepanjang minggu ini. Mahathir pula memilih untuk mendiamkan diri dan menunggu saat yang sesuai untuk mengeluarkan kenyataan terbaru.

Bagaimanapun, hari ini, Dr. Mahathir menafikan yang dia berbuat begitu. Sebaliknya dia berkata, dia tidak meminta campurtangan asing untuk menjatuhkan Najib. 

Hairan juga kerana Mahathir adalah orang yang paling kalut mendesak Najib untuk menyaman WSJ dan Sarawak Report, tetapi dia sendiri tidak pernah berani menyaman mana-mana media asing walaupun sepanjang 22 tahun pentadbirannya. 

Peluang untuknya membersihkan namanya daripada dicemari label PENGKHIANAT dan PENDERHAKA sudah terbuka luas dengan menyaman akhbar The Weekend Australia kerana menfitnahnya.

Berani ke? 

Barry Wain adalah salah seorang journalist, wartawan dan editor The Asian Wall Street Journal yang merupakan anak syarikat The Wall Street Journal, telah menghasilkan sebuah buku berjudul 'The Malaysian Maverick' di mana tuduhan ke atas Mahathir menggelapkan wang negara berjumlah RM100 bilion, tidak pernah dicabar oleh Mahathir sehinggalah Barry Wain meninggal dunia pada Februari 2013 di Singapura.

Barry Wain juga berasal dari Australia.

Cabaran Mahathir ke atas Najib, sekarang berbalik ke batang hidungnya sendiri. Mampukah dia menyaman dan membersihkan dirinya daripada tuduhan menderhaka kepada Malaysia dengan menjemput kuasa-kuasa asing untuk masuk campur dalam hal ehwal negara ini?

Atau pun dia akan terus berputar belit memberikan jawapan-jawapan genius seperti biasa?

0 comments:

Post a Comment

Jemput Kuasa Luar Jajah Malaysia: Mahathir Difitnah, Tetapi Dia Tidak Berani Saman The Weekend Australian

Monday 11 April 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks