Mahkamah Arahkan ZAHIDA RAFIQ Bayar RM5,000 Kepada Noor Azman

Monday 4 April 2016

Artis hiburan Zahida Mohamed Rafik telah diarahkan oleh mahkamah untuk membayar wang berjumlah RM5,000 kepada bekas pemandunya, Noor Azman Azemi ekoran ketidakhadiran peguamnya di mahkamah untuk sesi pendengaran. 

Hakim Lim Yee Lan bersama-sama hakim Badariah Sahamid dan Harmindar Singh Dhaliwal mengarahkan aktress tersebut untuk membayar RM5,000 sebagai kos kepada Noor Azman apabila peguam Zahida, Shafee Abdullah gagal hadir. 

Hari ini merupakan hari yang telah ditetapkan untuk sesi permohonan pendengaran Zahida berhubungan saman fitnah ke atasnya oleh Noor Azman. 

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohamad memberitahu mahkamah, Shafee terpaksa menghadiri satu urusan penting di Butterworth. 

"Oleh kerana keadaan di sana membabitkan pendengaran CBT yang mana hari ini ditetapkan untuk pendengaran akhir, dia (Shafee) terpaksa hadir. Kes itu, telah berlangsung selama lima tahun," katanya. 

Latheefa Koya yang mewakili Noor Azman berkata, mereka tidak dimaklumkan yang peguam Zahida telah meminta penangguhan, "Kami hanya menerima surat daripada mereka untuk meminta penangguhan pendengaran selepas surat penolakan penangguhan dihantar."

Menurut Latheefa lagi, mereka juga tidak tahu bahawa Shafee akan meminta penangguhan sekali lagi pada hari ini. "Kami hanya meminta kos RM5,000 kerana penangguhan itu."

Pada 2013, Noor Azman telah menfailkan saman fitnah ke atas bekas majikannya kerana menuduhnya melarikan wang tunai berjumlah RM200,000.

Mahkamah Tinggi pada 26 Februari tahun lepas memutuskan Zahida telah menfitnah Noor Azman pada 2013. Zahida Rafik telah diarahkan membayar RM150,000 kepada Noor Azman. 

0 comments:

Post a Comment

Mahkamah Arahkan ZAHIDA RAFIQ Bayar RM5,000 Kepada Noor Azman

Monday 4 April 2016 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks