Penfitnah Ambil Kesempatan Naikkan Sentimen Dengan Akaun FB Palsu Jamal Yunos

Friday 15 April 2016


Pemimpin Baju Merah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, telah dilarang daripada memasuki Sarawak semalam.

Kesempatan tersebut segera digunakan oleh puak penfitnah untuk mencipta dan menaikkan sentimen kemarahan rakyat Sarawak, sekaligus bertujuan untuk menghilangkan sebahagian daripada sokongan kepada Barisan Nasional pada PRN bulan Mei nanti.

Dengan menggunakan ayat-ayat provokasi terutama sekali merendah-rendahkan dan menghina rakyat Sarawak, penfitnah melihat ia adalah peluang paling besar untuk mengaitkan keganasan dan kebiadapan Baju Merah terhadap rakyat Sarawak.


Dengan menggunakan akaun FB palsu, ramai pengguna FB yang terpedaya dan beranggapan Jamal Mohd Yunos telah menghina rakyat Sarawak hanya kerana larangan ke atasnya memasuki negeri tersebut.

Tempoh yang agak lama untuk Jamal membuat penafian dan menjelaskan bahawa akaun yang digunakan untuk memburuk-burukkan namanya dan reputasinya itu adalah akaun palsu, turut digunakan secara optimum oleh para penfitnah menyebarluaskan fitnah mereka.


Pagi tadi, Jamal Mohd Yunos atau di kalangan pengguna FB lebih dikenali sebagai Jamal Sekinchan Ikan Bakar atau di kalangan musuhnya sebagai Jamal Pak Tongkol, telah membuat laporan polis di IPD Ampang.

Sehingga artikel ini ditulis, fitnah-fitnah masih lagi berterusan bagi menaikkan sentimen rakyat Sarawak walaupun penjelasan telah diberikan dan Jamal sendiri telah membuat laporan polis.

1 comment:

  1. Pembangkang raja fitnah..dah terang2 hukum ugama tentang fitnah namun apakan daya..pemimpin2 mereka samada jahil atau sebab politik maka fitnah jadi senjata politik puak2 sesat ini..

    ReplyDelete

Penfitnah Ambil Kesempatan Naikkan Sentimen Dengan Akaun FB Palsu Jamal Yunos

Friday 15 April 2016 ·


Pemimpin Baju Merah yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, telah dilarang daripada memasuki Sarawak semalam.

Kesempatan tersebut segera digunakan oleh puak penfitnah untuk mencipta dan menaikkan sentimen kemarahan rakyat Sarawak, sekaligus bertujuan untuk menghilangkan sebahagian daripada sokongan kepada Barisan Nasional pada PRN bulan Mei nanti.

Dengan menggunakan ayat-ayat provokasi terutama sekali merendah-rendahkan dan menghina rakyat Sarawak, penfitnah melihat ia adalah peluang paling besar untuk mengaitkan keganasan dan kebiadapan Baju Merah terhadap rakyat Sarawak.


Dengan menggunakan akaun FB palsu, ramai pengguna FB yang terpedaya dan beranggapan Jamal Mohd Yunos telah menghina rakyat Sarawak hanya kerana larangan ke atasnya memasuki negeri tersebut.

Tempoh yang agak lama untuk Jamal membuat penafian dan menjelaskan bahawa akaun yang digunakan untuk memburuk-burukkan namanya dan reputasinya itu adalah akaun palsu, turut digunakan secara optimum oleh para penfitnah menyebarluaskan fitnah mereka.


Pagi tadi, Jamal Mohd Yunos atau di kalangan pengguna FB lebih dikenali sebagai Jamal Sekinchan Ikan Bakar atau di kalangan musuhnya sebagai Jamal Pak Tongkol, telah membuat laporan polis di IPD Ampang.

Sehingga artikel ini ditulis, fitnah-fitnah masih lagi berterusan bagi menaikkan sentimen rakyat Sarawak walaupun penjelasan telah diberikan dan Jamal sendiri telah membuat laporan polis.

1 comments:

Anonymous said...
17 April 2016 at 17:48  

Pembangkang raja fitnah..dah terang2 hukum ugama tentang fitnah namun apakan daya..pemimpin2 mereka samada jahil atau sebab politik maka fitnah jadi senjata politik puak2 sesat ini..

 
Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks