Fakta-Fakta Yang Menyebabkan Rafizi Ramli Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan

Monday 14 November 2016

Ramai terutama sekali para pemimpin Pakatan cuba memberikan gambaran kononnya Rafizi Ramli dihukum penjara 18 bulan kerana pendedahannya menggunakan dokumen-dokumen OSA. 

Mereka bukan tidak tahu bahawa kenyataan mereka itu salah, tetapi memang mereka bertujuan untuk memutarbelitkan isu sebenar. 

Pada Mac 2016, Rafizi telah menggunakan dokumen OSA untuk menyokong dua tuduhannya iaitu 1MDB mempunyai hubungan perniagaan dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan ini menyebabkan 110 orang veteran tentera tidak dibayar pencen mereka mengikut masa. 

Hakikatnya, hubungan niaga antara 1MDB dengan LTAT telah diumumkan kepada awam semenjak 2013 terutama membabitkan pengumumkan oleh 1MDB yang telah menganugerahkan projek dan kontrak bernilai RM2.1 bilion bagi membina 8 buah pangkalan tentera di seluruh negara dan untuk kos pemindahan pangkalan udara Sungai Besi ke tapak baru berkeluasan 750 ekar di Sendayan, Negeri Sembilan. 

LTAT yang memiliki Affin Bank telah berulang-ulang kali menegaskan bahawa tuduhan-tuduhan Rafizi Ramli adalah fitnah. LTAT turut mengisytiharkan bahawa 70 daripada 110 veteran tersebut telah pun dibayar, manakala bakinya berhadapan dengan masalah kerana maklumat-maklumat yang mereka beri tidak lengkap. 

LTAT kemudiannya telah mengambil tindakan undang-undang ke atas fitnah yang dilemparkan oleh Rafizi Ramli.

Kesan daripada tindakan undang-undang LTAT itu, Rafizi Ramli telah cuba untuk mempertahankan tuduhan-tuduhannya dengan melanggar Akta Rahsia Rasmi apabila sebuah dokumen yang telah pun dibaca oleh 5 orang Ahli Parlimen Pakatan dalam PAC, telah digunakannya sebagai hujah. Rafizi Ramli cuba mempertikaikan undang-undang OSA untuk tuduhan-tuduhannya yang sebenarnya merupakan maklumat dan fakta awam yang telah pun diumumkan lebih awal. 

Kesalahan di bawah OSA ini merupakan kekalahan kali ketiga buat Rafizi Ramli dalam tahun ini sahaja. Dia juga didapati bersalah menfitnah dan didenda oleh mahkamah antara Januari sehinggalah awal November. 

Pada Oktober, Rafizi Ramli telah didapati menfitnah National Feedlot Corp (NFCorps) dan telah diarahkan membayar RM300,000 sebagai pampasan. Mahkamah telah menyiasat dan mendapati, tuduhan-tuduhan Rafizi ke atas NFCorps adalah tidak berasas dan fitnah semata-mata. 

Dalam tuduhannya itu, Rafizi mendakwa, NFCorps telah menggunakan pinjaman mudah kerajaan untuk membeli hartanah. Tuduhan tersebut telah lama digunakan oleh Pakatan dan mahkamah akhirnya mendapati ia hanyalah fitnah semata-mata.

1 comment:

  1. Apapun kes ni kita bawa p pdg mhsyar ja.kesemua pemimpin kita tuntut Allah mengadili demi hak rakyat

    ReplyDelete

Fakta-Fakta Yang Menyebabkan Rafizi Ramli Dijatuhi Hukuman Penjara 18 Bulan

Monday 14 November 2016 ·

1 comments:

Anonymous said...
14 November 2016 at 22:22  

Apapun kes ni kita bawa p pdg mhsyar ja.kesemua pemimpin kita tuntut Allah mengadili demi hak rakyat

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks