Rusuhan Di Penampang, 6 Sehingga 8 Orang Warga Filipina Serang Warga Tempatan dan Mencederakannya Dengan Pisau

Sunday 16 April 2017

Satu kes rusuhan yang mendatangkan kecederaan telah dilaporkan berlaku di Daerah Penampang, Sabah malam tadi.

Insiden tersebut berlaku di Harun Fish Head Curry, Plaza 333, Penampang pada jam lebih kurang 1:50 pagi menyebabkan seorang lelaki berusia 19 tahun dari suku kaum Kadazan yang beralamat di Kampung Dabak, Putatan.

Mangsa bersama-sama empat orang rakannya dikatakan sedang makan di restoran tersebut. Selesai makan, mangsa pergi ke kedai runcit di seberang jalan untuk membeli rokok, manakala rakan-rakan yang lain masih berada di restoran berkenaan.

6 sehingga 8 orang lelaki yang tidak dikenali kemudiannya dilihat menyerang mangsa menggunakan senjata tajam seperti pisau, parang dan gergaji. Mangsa cuba melarikan diri kerana dikejar suspek tetapi gagal.

Penyerang kemudiannya meluru ke arah kawan-kawan mangsa di dalam restoran dan cuba memukul serta mencederakan mereka. Bagaimanapun, kawan-kawan mangsa berjaya melarikan diri.

Dalam serangan tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan pada bahagian perut di sebelah kiri akibat tikaman menggunakan senjata tajam seperti pisau. Mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth Penampang. Manakala salah seorang rakannya membuat laporan polis.

Siasatan pihak berkuasa di lokasi kejadian mendapati, tiada CCTV di situ namun ada saksi bebas dan pekerja restoran melihat kejadian berkenaan. Menurut saksi, sebelum kejadian beberapa orang lelaki dipercayai warga Filipina berlegar-legar di restoran berkenaan dan menjeling ke arah mereka seolah-olah tidak berpuas hati.

Seramai 6 sehingga 8 orang suspek berusia dalam lingkungan 18 sehingga 25 tahun, dipercayai warga Filipina berdasarkan bentuk fizikal dan cara mereka berpakaian.

Usaha untuk memburu kesemua suspek yang terlibat telah dilancarkan oleh pihak polis.

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Rosley Hobden merayu kepada orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini supaya boleh menghubungi Cawangan Siasatan Jenayah IPD Penampang atau balai-balai polis yang berhampiran.

0 comments:

Post a Comment

Rusuhan Di Penampang, 6 Sehingga 8 Orang Warga Filipina Serang Warga Tempatan dan Mencederakannya Dengan Pisau

Sunday 16 April 2017 ·

Copyright © -2012 buletin All Rights Reserved | Template Design by Favorite Blogger Templates | Blogger Tips and Tricks